19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"BAJU atok mana awak rembat ni huh? Kenapa awak pakai macam ini?" soal Aisyah begitu geram sekali. Sebelah tangannya sudah memicit kepala. Pening kepala dia dibuatnya. Kenapa tiba-tiba sahaja Andrew berpakaian pelik begini? Nak kata demam, tak pula. Sekilas Aisyah memandang ke kiri dan kanan. Melihat ada mata-mata yang memandang pelik ke arah suaminya. Tapi memang pelik pun!

Andrew menunduk memandang pakaiannya seketika. Bagi aku, pakaian ni biasa sahaja. Criss dan Badri yang cadangkan. Mereka kata aku nampak gempak tadi dan puji yang Aisyah bakal suka dengan fasyen terbaharu ini tapi tak pula. Muka isterinya nampak lagi marah adalah. Kemudian, Andrew memandang Aisyah semula.

"Kenapa? Pelik sangat ke pakaian aku?"

"Memang pelik pun! Awak tak nampak ke pandangan orang tadi? Kenapa awak tiba-tiba pakai macam ni?"

"Sebab kau kata kau suka lelaki yang bad boy tapi alim." Gumam Andrew menunduk kepala ke bawah sambil jari-jemarinya tidak duduk diam mencubit sesama-sendiri. Malu.

Kening Aisyah berkerut pelik. Cuba untuk teringat semula. Pernah ke aku cakap macam itu kepada Andrew? Sejak bila?

"Mana ada saya cakap saya suka lelaki bad boy tapi alim? Bila masa saya cakap macam tu?"

"Masa dalam kereta."

"Dalam kereta?" Aisyah cuba memproses memorinya semula. Oh, aku baru ingat! Andrew ada cakap sesuatu pagi tadi di dalam kereta cuma aku kurang dengar kerana memakai earphone. Mesti Andrew dah salah faham. Aisyah mengeluh kecil.

Wanita itu menarik nafas lalu dihembus perlahan sebelum kembali bersuara. "Look, saya rasa awak dah salah faham." ujar Aisyah.

"Saya tak suka lelaki yang bad boy atau lelaki yang terlebih alim. Just be yourself. Awak tak perlu pun tunjuk effort macam ni dekat saya sebab saya tahu awak suami yang baik. Saya rasa lebih baik awak pakai macam biasa sahaja."

"Tapi prof dalam radio tu kata, perempuan suka lelaki yang jahat. Kau pun kata pagi tadi yang Squidwerd tu kacak. Nampak sangat kau suka penampilan dia sebab dia ada ciri-ciri lelaki yang kau suka, kan?" ujar Andrew. Anak matanya memandang tepat ke mata Aisyah mencari kejujuran. Pantas wanita itu menggeleng kepala menafikannya. Eeiiiyuu! Sejak bila pula lelaki tu ada ciri-ciri lelaki idaman aku?

"Tak. Mana ada. Dia tak ada pun ciri-ciri yang saya suka, lagipun..."

"Dia pun kata yang kau tak sesuai dengan aku. Maknanya betullah, kan? Sebab tu kau tak suka aku pakai macam ni? Sedangkan si squidwerd tu pakai seluar jeans koyak macam orang miskin kau boleh kata yang dia handsome?"

Aisyah melopong. Sejak bila pula aku kata mamat tu kacak? Aduhai, dah salah faham teruk suami aku ni. Siapalah yang hasut dia ni?

"Ya Allah, saya rasa awak dah makin merepek sekarang ni? Saya tak pernah kata yang dia tu kacak."

"Betullah orang kata. Perempuan suka putar belit ayat. Aku belum tua lagi nak lupa apa yang kau cakap. Tak apa, jujur je yang aku ni sebenarnya tak ada pun ciri-ciri suami mithali yang kau nak. Aku tak kesah pun. Sikit pun tak kesah." Andrew menunduk kepala ke bawah. Bibir dicebirnya.

Aisyah sudah mula tidak keruan. Selalunya kalau lelaki itu buat mulut macam itu pasti dia nak nangis. Oh, jangan kata dia nak nangis dekat tempat awam macam ni. Sudahlah ramai orang!

"Jangan kata awak nangis dekat sini?"

"Mana ada aku nangis. Aku tak nangis pun lah..." rungutnya dengan nada suara seperti sedang menahan diri daripada menangis. Aisyah semakin tak keruan. Apa aku nak buat ni?

"Aku takkan nangis. Aku takkan... hiks!" Andrew menekup kedua belah matanya dengan tangan. Air matanya sudah mula mengalir dengan laju.

"Oh please, jangan menangis dekat sini. Orang tengoklah." pujuk Aisyah. Jujur, dia sedang buntu sekarang. Orang sekeliling mula mengalihkan perhatian ke arahnya. Nampak seperti sedang menyalahkan Aisyah. Seolah-olah aku pula yang bersalah dalam hal ini.

"Huarghhhh! Sampai hati kau cakap aku tak ada ciri-ciri suami yang kau nak. Aku beli baju ni mahal, kau tahu tak? Budak dua ekor tu kata nak belanja padahal diaorang belanja aku air mineral je! Jaket ni aku beli seratus ringgit, kalau nak diikutkan dekat shopee lagi murah! Dapat diskaun 30% tapi aku beli je disebabkan kau tapi kau langsung tak sokong aku! Kau lebih sokong mamat kepala sotong biru tu!" ngongoi Andrew seperti budak kecil. Langsung tidak kesah tentang orang sekeliling yang memandangnya. Biarlah diaorang nak kata apa sekalipun. Hati aku benar-benar sakit sekarang ni!

"Awak, syhhhh... Jangan macam ni, orang tengok. Awak tak nampak ke?" pujuk Aisyah separuh berbisik. Merah mukanya menahan malu. Terpaksa dia tebalkan muka di sini.

"Apa tengok-tengok?! Ada hutang?" herdik Andrew kepada lelaki tua yang berjalan di sebelah sambil memandang pelik ke arahnya.

Aisyah tersengih kepada lelaki tua itu. "Maaf, pak cik. Dia memang macam ni, tak dapat lolipop." rayu Aisyah. Lelaki tua itu sekadar menggeleng kepala. Tak sangka dah besar pun masih menangis hanya kerana tak dapat gula-gula. Anak muda zaman sekarang makin manja!

"Awak sudahlah tu, saya janji saya takkan kata macam ni lagi. I'm so sorry, okay?"

"Apa sorry-sorry? Sorry naik lorilah! Serban ni kau ingat murah ke huh? Dah lah mahal! Susah nak cari pulak tu. Tengok seluar ni! Tak ada pun koyak macam lelaki sotong tu!"

"Ya saya tahu. Actually awak nampak kacak sangat pakai macam ni. Tapi saya rasa pakaian sebelum ni lagi kacak! Sebab itulah saya tak berapa berkenan awak pakai macam ni." ujar Aisyah. Terpaksa juga dia mengalah. Demi menghentikan tangisan lelaki itu.

"Kau tipu! Kau sengaja cakap macam tu supaya aku berhenti menangiskan?"

"Ish, mana ada. Saya seriuslah! Sebagai tanda terima kasih awak pakai macam ni, saya belanja awak makan? Nak?" cadang Aisyah. Harap-haraplah berkesan.

"Belanja makan?"

Aisyah mengangguk kepala.

"Duit kau?"

Aisyah mengangguk lagi. "Ya, duit saya. Kita pergi kedai paling mahal dan makanan paling special. Awak kan suka tangkap gambar makanan sebelum makan? And then upload dekat Instagram dapat banyak likes." ujar Aisyah. Itu memang perangai suaminya. Sebelum makan, wajib tangkap gambar dahulu. Dia tahu dengan tawaran ini pasti Andrew akan setuju. Lebih-lebih lagi bila pergi kedai makan yang mewah.

"Okay fine. Aku berhenti menangis." rungut Andrew. Aisyah tersenyum lebar. Akhirnya, lelaki itu berhenti menangis juga. Lega sedikit hati aku.

"Ha, macam inilah bagus. Househusband kesayangan saya." puji Aisyah sambil kedua belah tangannya melekap di pipi Andrew. Air mata lelaki itu dikesat dengan ibu jarinya.

"OMG you all's. Itu mafia ke mama kepada fia? Dia punya hati lembut kalah mak!" bisik Shami yang mengintai babak romantik suami isteri itu dari jauh. Damia dan Maya mengangguk kepala serentak. Itulah, mereka pun pelik. Setahu mereka Andrew tu seorang Mafia, takkanlah hati lembut sampai begitu sekali. Ini kalau musuh nak pukul, tak jadi nak pukul sebab rasa kasihan.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro