3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                           SELESAI sahaja menghidangkan makanan di atas meja, Andrew terus mengangkat bakul berisi pakaian kotor ke arah mesin basuh. Dia menyumbat semua pakaian ke dalam mesin, lalu cecair sabun dituang. Butang pemula ditekan, lantas mesin itu mula membuat kerja membasuh baju secara automatik. Sementara menunggu pakaian itu siap, dia mengemas ruang tamu yang kelihatan bersepah.

Permaidani yang kelihatan berhabuk, di sedut menggunakan Vacum. Kusyen juga ditepuk-tepuk mengeluarkan habuk kecil yang melekat. Sesekali dia membetulkan cadar meja kopi itu yang senget. Hampir sejam dia mengambil masa membersihkan rumah. Kedengaran bunyi kereta terparkir di halaman rumah terus mengalihkan perhatian Andrew. Pantas dia berlari ke arah pintu utama.

“Hai, sayang!" sapa Andrew. Senyuman lebar dilemparkan ke arah Aisyah yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Namun seperti biasa, muka wanita itu tampak masam mencuka. Sudah betul nak nampak dia senyum.

"Wau, you look pretty today." puji Andrew. Kelu lidahnya apabila melihat wanita itu mengenakan blouse hitam dan skirt labuh berwarna merah dengan tudung bawal yang senada. Tipulah kalau imannya tak tercabar. Dengan solekan ringan yang dikenakan oleh Aisyah, memang nampak menawan dan jelita. Bergetar tulang rusuk!

Andrew menelan air liur. Kesat. Berdebar-debar jantung dibuatnya saat wanita itu menghampiri. Bau minyak wangi yang dipakai lagi menggoda gelora hatinya. Fuh! Macam bau pontianak harum sundal malam!

"Kenapa? Sebelum ni saya tak cantik ke?" soal Aisyah. Dia menjongket sebelah keningnya ke atas. Sengaja ingin menguji lelaki itu. Pantas Andrew menggeleng menafikannya.

"Ya Allah, isteri abang ni tiap-tiap hari cantik. Cuma hari ni... laaaaagi cantik! Kalau sayang hari-hari macam ni, habis tercabut tulang rusuk abang."

Aisyah tersenyum sinis. Ayat lelaki buaya ke ni?

Mata Andrew membulat. Benarkah apa yang aku lihat ni? "Sayang senyum?" soalnya seperti tidak percaya. Walau hanya senyuman sinis yang dia tayang, tetap membuatkan hatinya bergetar. Ya Allah, indah sekali senyuman wanita ini. Kan bagus kalau dia senyum.

Saat menyedari teguran lelaki itu, terus Aisyah mematikan senyuman. "Mana ada."

"Laa... kenapa buat muka macam tu balik? Tak salah kalau hadiahkan senyuman dekat suami, kan? Dapat pahala lagi. Hati abang pun makin sejuk."

"Suka hati sayalah nak senyum ke tak." sinis Aisyah. Dia terus menanggalkan kasut stiletto merah itu dan masuk ke dalam rumah. Beg tangannya di campakkan ke atas sofa. Lantas, dia terus menuju ke dapur. Rasa dahaga pula. Terkocoh-kocoh Andrew berlari mengejar isterinya.

"Sayang nak tahu tak? Sayang ni bila marah, nampak cute sangat." puji Andrew lagi. Heh, sajalah tu nak ambil hati! Malah, Aisyah hanya buat-buat pekak sahaja. Dia membuka peti ais mencapai sebotol air mineral.

"Sebab tu abang tak kesah kalau Aisyah nak marah, abang." ujar Andrew. Aisyah hanya mengangguk sahaja. Tangannya cuba membuka penutup botol itu. Ish, time ni juga penutup botol ketat! Melihat wanita itu yang berkeras cuba membuka penutup botol itu, Andrew terus mengambilnya.

Aisyak tergamam. Dia menoleh memandang lelaki itu.

"Kenapa tak minta tolong abang je?" sekali direntap sahaja, penutup botol itu terbuka lalu diserahkan kepada isterinya semula.

"Terima kasih." balas Aisyah acuh tak acuh. Dia terus mencapai botol mineral itu dan meneguknya perlahan-lahan. Andrew hanya tersenyum sahaja saat melihat Aisyah sedang minum air. Haih, tengah teguk air pun masih cantik. Untung betul aku sebagai suami! Namun,  riak mukanya berubah ketika melihat buku lima wanita itu ada kesan lebam.

"Sayang, kenapa dengan..." baru sahaja Andrew hendak menyentuh kesan lebam itu dengan pantas Aisyah menyorokkan tangan itu ke belakang. Kening Andrew berkerut. Dia menatap muka wanita itu yang kelihatan resah.

"Kenapa dengan tangan tu?"

"Tak ada apa. Saya jatuh tadi."

"Jatuh?!" Andrew terkejut.

"Sayang jatuh dekat mana? Meh, abang tengok tangan tu."

"Tak perlu." halang Aisyah, laju. Botol mineral itu terus disimpan ke dalam peti ais semula.

"Alaa... apa salahnya kalau abang tengok? Bukannya abang nak buat apa-apa pun?"

"Saya kata tak perlu, jadi tak payah. Sikit je. Bukannya teruk pun. Awak ni tak ada kerja ke? Dari tadi asyik nak berkepit dengan saya?" soal Aisyah dingin. Kedua belah tangannya memeluk tubuh memandang Andrew. Lelaki itu tersengih seperti kerang busuk.

"Mestilah. Sayangkan isteri abang?"

Aisyah mengecilkan sedikit matanya. Serius. Andrew ketawa. "Okay, fine... abang gurau je, sayang. Semua kerja abang dah buat. Abang dah basuh baju, kemas rumah, masak pun dah! Sayang lapar?"

Aisyah mengangguk perlahan. Andrew tersenyum. "Kalau macam tu kita makan sama-sama, nak? Abang masak makanan kegemaran sayang. Tomyam. Tanda abang minta maaf pasal semalam."

"Minta maaf?" Kening Aisyah bertaut pelik.

"Yalah, sebab abang balik lewat sampai sayang merajuk dengan abang." ujar Andrew. Aisyah menjuih bibir. Nak tergelak dia mendengarnya. What? Aku merajuk?

"Sejak bila saya merajuk?"

"Habis semalam kenapa sayang tak nak tidur sekatil dengan abang? Makan pun tak nak. Itu bukan merajuk ke namanya?"

"Sorry sikit. Saya tak ada masa nak merajuk dengan awak. Semalam saya memang dah kenyang. Dan sebab saya tak nak tidur sekatil dengan awak sebab saya ada kerja nak disiapkan." ujar Aisyah. Andrew tersenyum sinis. Lihat dari muka wanita itu nampak macam menipu sahaja. Alahai, merajuk kata je merajuk.

"Betul kata orang, Perempuan ni memang payah nak mengaku yang dia tengah merajuk."

"Excuse me? Saya tak merajuk."

"Are you sure?"

Aisyah mengangguk kepala. Namun, mukanya tetap tidak boleh menipu lelaki itu. Setiap kali dia cuba berbohong, pasti pipinya akan memerah. Andrew tergelak kecil.

"But you are blushing now, sayang. Tu, Pipi tu." Andrew menunding jari ke arah pipi Aisyah.

"Dah macam ikan buntal abang tengok." ejek Andrew. Pantas kedua belah tangan Aisyah menekup pipinya. Malu. Dia mendengus kecil.

"Ish, malaslah saya nak layan awak!" bentak Aisyah. Dia terus mengayun kaki ingin menuju ke tingkat atas. Namun, Lelaki itu lebih pantas menyambar lengannya menahan wanita itu daripada pergi. Baru ejek sikit dah nak lari!

Andrew ketawa besar. "Alolo... sayang abang ni..."

"Don't call me sayang abang, please. Geli!"

"Yeke geli? Abang nampak macam sayang suka. Ah, tak kesahlah. Apa kata kita makan dulu? Tadi sayang kata laparkan? Jom!" ajak Andrew. Dia menarik tangan isterinya menuju ke meja makan. Kerusi ditarik, mempelawa Aisyah untung duduk di situ. Tanpa banyak bicara, dia terus melabuh punggung di kerusi itu.

"Kejap ek, abang sendukkan nasi untuk sayang." dia menyenduk nasi ke pinggang Aisyah.

TING!

TING!

Serentak telefon bimbit mereka berbunyi menandakan ada mesej masuk. Andrew menoleh ke dapur, memandang telefonnya yang berada di atas kabinet.

"Err... Sayang, abang nak ambil telefon jab."pamitnya. Aisyah mengangguk kepala. Lantas, Andrew terus kembali ke dapur mencapai telefonnya. Apabila melihat Andrew yang masih berada di sana. Aisyah mengambil peluang itu untuk bangun menuju ke arah ruang tamu mengambil telefon bimbitnya juga. Dia menyelongkar beg tangan, mengeluarkan telefon. Tertera mesej daripada Lutfi.

"Apa lagilah masalah yang diaorang buat?" gumam Aisyah. Dia membuka mesej.

Bos, malam ni geng Mafia tu nak serang tempat kita. Ada budak pengintip yang bagitahu. Bos nak kitaorang buat apa?"

Aisyah mendengus kecil. Sekilas dia memusing ke belakang. Lelaki itu masih lagi sedang membalas mesej seseorang. Lantas, Aisyah kembali menunjuk memandang skrin telefon. Jari-jemarinya mula menari-nari membalas mesej kuncunya itu.

Malam ni aku datang."

Ringkas Aisyah membalas. Tanpa menunggu balasan mesej itu, dia terus menyumbat telefon bimbit ke dalam beg tangan semula. Lantas, berlari anak menuju ke arah meja makan dan duduk seperti tiada apa-apa yang berlaku. Andrew pula masih lagi sedang berbalas mesej dengan seseorang. Nampak serius sahaja mukanya. Macam ada masalah.

"Nanti aku datang. Tunggu aku."

Mesej itu dihantar. Dia menarik nafas panjang lalu dihembus, cuba untuk mengawal sabar. Telefon itu diletakkan ke atas kabinet, lalu dia melangkah semula ke arah isterinya yang sedang menunggu di meja makan. Mereka sama-sama berbalas senyuman.

"Sorry, lambat sayang." rayu Andrew. Dia meletakkan punggung di atas kerusi di sebelah kanan Aisyah.

"Tak apa. Nampak serius je muka tadi kenapa?"

"Tak ada apalah. Kawan abang tanya pasal resepi nak buat pancake." bohong Andrew, namun wanita itu hanya mengangguk sahaja. Dia menceduk kuah tomyam ke atas nasi dipinggan isterinya.

"Err... awak..."

"Sayang..."

Serentak mereka bersuara. Andrew dan Aisyah saling berpandangan.

"Awak cakaplah dulu."

"Eh, tak apa. Sayang cakaplah."

Aisyah mengeluh. "Malam nanti saya nak keluar kejap. Dalam pukul 10 nanti saya balik. Boleh?"

Andrew mengangguk kepala. "Boleh. Sebab abang pun nak keluar juga sebenarnya. Ada hal sikit. Sayang nak abang hantarkan ke?"

"Tak apa, saya boleh pergi sendiri." balas Aisyah. Lelaki itu mengangguk lagi. Lantas, mereka pun menjamu selera bersama-sama. Sememangnya masakan lelaki ini memang sedap. Tidak ada sebutir nasi pun tinggal di atas pinggan. Dia harus makan banyak-banyak supaya mempunyai tenaga yang cukup untuk malam ini.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro