8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                    ANDREW mengangkat tangan sebaik sahaja kereta Tuan Megat meluncur meninggalkan perkarangan rumah banglo itu. Bibir yang tersenyum lebar daripada tadi terus mati apabila kelibat kereta itu sudah pun menghilang. Akhrinya lakonan mereka tamat. Pandai juga minah ni berlakon.

Aisyah tersenyum sinis. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Dia memusing memandang Andrew yang berdiri di sisi. "Tak sangka yang awak dah ubah fikiran?"

"Aku bukan ubah fikiran. Aku cuma takut kalau ada 'orang' tu pengsankan aku sekali lagi dekat depan papa." ejek Andrew. Aisyah ketawa kecil. Tergeleng-geleng kepalanya mendengar alasan tak masuk akal itu. Takkanlah aku nak buat perkara tu depan bapa mertua sendiri?

"Nampak sangat yang awak takut dengan saya, kan?" sinis Aisyah. Saja ingin menyakat. Sebelah kening dijongketkan ke atas.

Andrew ternganga dengan muka tidak percaya. Jari telunjuk ditunding ke wajah sendiri. Aku? Aku takutkan isteri? Memang tidaklah! Buat apa aku nak takutkan dia? Aku ada kuasa veto lah! Dia memusing menghadap Aisyah. Kedua belah tangannya mencekak pinggang.

"Sejak bila aku takut dekat kau? Tiada istilah takut bini lah dalam diri aku. Ini rumah aku, semua barangan dalam rumah ni aku yang beli! Tu! Baju yang kau pakai tu. Pun aku yang beli, tahu tak? Kalau aku nak ambil balik, sekarang pun bolehlah." balasnya, berlagak.

Aisyah menjuih bibir. Eleh, sengajalah tu nak menangkan diri sendiri! Takut cakap sajalah takut.

"Heh, ya lah tu... awak nak saya ingatkan balik ke muka gelabah awak waktu awak balik lewat haritu? Beli barang bayi untuk jiran sebelah konon... padahal jiran kita semuanya lelaki. Awak nak tipu saya pun, agak-agaklah."

"Hei, itu bukan takut namanya. Tapi waktu tu aku cuma nak jaga perasaan kau. Tapi itu kali terakhir yang aku akan hormat kau sebagai isteri. Selepas ni jangan harap! Kau nak merajuk ke? Kau nak mogok tak nak makan sekalipun, aku tak kesah! Faham?"

Aisyah tersenyum menyenget. Boleh percaya ke? Tengok-tengok nanti dia yang akan panggil aku untuk turun makan petang nanti. "We will see..." balasnya acuh tak acuh. Lantas, dia terus melangkah ke arah anak tangga ingin menuju ke tingkat atas. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit milik Aisyah berdering.

Langkah wanita itu berhenti di tengah-tengah tangga. Dia mengeluarkan telefon bimbit itu dari kocek seluarnya. Melihat nama di skrin telefon itu, pandangan terhala sekilas kepada Andrew. Lelaki itu juga kelihatan ingin tahu siapa yang menelefonnya. Aisyah mengukir senyuman bermakna. Sengaja dia menjawab panggilan itu situ juga.

"Hello, cayang."

Muka Andrew terus berubah terkejut. Cayang? Sayangkah maksudnya? Panggilan manja untuk siapa itu? Dia pun sudah lama tidak meneroka telefon bimbit Aisyah. Entah siapa kenalan yang wanita itu simpan.

"Oh, tak buat apa pun. Kenapa? Nak keluar? Bila? Macam penting sangat je ni kenapa? Kalau macam tu petang nanti kita jumpa dekat cafe. What? Rindu? Oh my... I miss you too cayang."

Terketap bibir Andrew tatkala mendengar suara Aisyah yang meleret manja. Mesra bukan main lagi nadanya, pasti berbual dengan orang yang dia sayang. Tak guna betul lelaki tu! Dia belum tahu ke Aisyah itu sudah mempunyai suami?

Cayang konon...  aku cincang mamat tu baru tahu!

"Okaylah. Saya tutup call dulu. Risau kalau rumah ni terbakar kejap lagi. Ada orang tu dah macam Hulk sudah. Bye cayang, See you!" panggilan ditutup. Nak tergelak Aisyah memandang riak muka suaminya. Merah padam bukan main ya? 
Telefon bimbit disimpan kembali ke dalam kocek seluarnya.

"Siapa cayang?" soal Andrew dengan nada serius. Mukanya langsung tak bergaris senyuman.

"Eh, tadi kata tak nak ambil kesah?"

Andrew menjuih bibir. "Siapa kata aku ambil kesah? Aku tanya je. Takkan tak boleh?"

"Kalau macam tu saya takkan bagitahu siapa cayang. He so hot, you know? Someone with blue eyes and so romantic.  Dah lama saya tak jumpa dia. Bolehlah saya jamu mata selepas ni. Tengok awak pun, bosan juga. Not my taste!"

"What?!" Semakin ditahan, semakin sakit hatinya. Tak sedar bila kakinya meluru laju, tahu-tahu saja dia sudah terpacak di hadapan wanita itu. Aisyah tersenyum sinis. Nampak benor muka jealousnya bang oi!

"I'm not your taste?" keras dia menyoal. Aisyah sekadar menjongket bahu sebagai jawapan. Sengaja nak naikkan lagi amarah lelaki itu. Andrew buat-buat ketawa. Boleh dirasakan kerongkongnya perit kerana menahan geram. Sebelah tangan meraut wajah. Sabar Andrew, sabar!

"Hei, kau..." jari ditunding ke muka Aisyah.

"Kau siapa berani nak cakap yang aku bukan taste kau huh? Ramai perempuan yang gilakan aku, kau tahu tak?!"

"Laaa... lantaklah dekat perempuan-perempuan tu. Ini taste saya, saya suka lelaki mata biru. Not hazel like you. Suka hati sayalah nak minat dekat lelaki mana-mana pun. Yang awak nak cemburu lebih kenapa?"

"Siapa kata aku cemburu?"

Dah jelas terpampang pun masih tak nak mengaku lagi. Mamat ni memang ego betul. Kepala Aisyah tergeleng sendiri. Layankan ajelah perangai tak semengah suami kau ni.

"This is not about jealous! Kau fikir kau boleh suka mana-mana lelaki ikut sedap hati kau sahaja huh? Apa? Kacak sangat ke lelaki 'cayang' kau tu?!"

Aisyah menjongket bahu dengan mencebik bibir. "Not bad." Ringkas sahaja dia memberi jawapan.

Makin membuak-buak angin cemburu di dalam hati Andrew. Sungguh sakit! Berani betul dia puji lelaki 'cayang' tu. Kalau aku dapat dia memang aku robek-robek muka mamat tu sampai jadi Chimpanzee!

"Ah, sudahlah. Saya malas nak layan awak. Saya dah lambat ni. By the way, saya nak minta izin dekat awak untuk keluar sekejap. Urgent."

"Pukul berapa kau akan balik?"

"Saya belum pasti lagi. Tapi awak tak perlu tunggu."

"Siapa kata aku nak tunggu kau?"

"Kalau macam tu tak payahlah tunggu." sinis Aisyah. Dia menjuling anak mata ke atas, menyampah. Berlakon pun kayu, ada hati nak tipu aku? Heh, ini Hasyailah. I'm know everything. Lantas, Aisyah terus meniti anak tangga menuju ke tingkat atas dan terus meluru masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

Andrew mengetap bibir geram. "Berani betul si cayang tu buat bini aku tergilakan dia? Eh, yang aku panggil mamat tu cayang juga kenapa? Dah lah nama panggilan tak sedap! Cayang konon... loya tekak aku! Puih!"  Andrew buat-buat seperti meludah. Kembang tekaknya apabila menyebut panggilan manja lelaki itu.
















                            TERGELAK besar lelaki berdarah Thailand itu mendengar cerita dari Aisyah. Tak sangka sampai begitu sekali cemburunya Andrew kepada dia. Alahai, Aisyah ni pun satu. Kuat sangat menyakat si suami.

"Kau ni jahatlah, Syah. Buatnya dia intip kau sampai ke sini? Tak pasal-pasal penumbuk dia melekat dekat muka aku." ujar lelaki itu, sedikit pelat. Dia pun baru 5 tahun menetap di Malaysia. Tak berapa lancar lagi sebutannya.

"Alaa... relaxlah. Dia takkan buat apa-apa. Biasalah, suami cemburukan lelaki yang rapat dengan isteri dia. It's normal."

"Yeah, because he's love you so much, Aisyah. Aku ingat lagi waktu first time kau keluar date dengan dia untuk kenal dahulu sebelum berkahwin. Nampak sangat muka nervous dia. Nak tatap mata kau pun malu-malu kucing. Aku tak sangka ada juga Mafia yang macam tu." ujarnya.

Aisyah mengangguk setuju. Apabila teringatkan semula tentang pertemuan pertama itu, serta-merta bibirnya tersenyum. Comel sangat muka suaminya waktu itu. Dia punya nervous sampai pucat muka!

Malang sekali semua itu hanyalah sementara sahaja. Selepas Andrew tahu dia adalah Hasyai, terus lelaki itu berubah sehingga tak mengaku yang dia isteri. Kecewa sungguh suaminya!

"Tulah... nampak sangat yang dia sayang aku. Tapi malam semalam, selepas Andrew tahu yang aku ni Hasyai terus dia melenting. Aku tahu dia kecewa sebab berkahwin dengan musuh sendiri."

"Alaa... kau jangan risaulah. Benda tu sekejap je. Lama-lama hati dia okaylah. Lebih-lebih lagi kalau dia dah tahu sebab apa kau kahwin dengan dia. Aku yakin hati dia akan terus berubah sayang kau semula." tutur lelaki bernama Chai Yang itu. Memberi serba-sedikit kata-kata semangat buat wanita di hadapannya itu. Dia tahu, Aisyah juga cintakan Andrew. Cuma waktu sahaja yang masih belum sesuai untuk wanita itu meluahkan perasaan.

"Macam mana dengan ayahanda? Dia masih tunggu aku untuk buat 'benda' tu ke?" soal Aisyah. Dia mula mengalih topik kepada yang lain. Mereka ke sini pun untuk berbincang tentang Ayahanda, bukan tentang kisah percintaan Mafia itu.

Chai Yang mengangguk kepala. "Yes. Dia masih tunggu. Selagi kau tak buat, selagi tu dia akan terus ganggu hidup kau. Kau kena buat sesuatu, Syah. Kalau kau biarkan benda ni berlalu, aku tak rasa yang Ayahanda akan berdiam diri."

"Habis takkan kau nak juga aku buat benda tu? I can't Chai! Aku tahu, aku kahwin dengan Andrew sebab nak buat kerja bodoh ni. Tapi bila aku fikir balik, aku tak boleh buat dia macam tu. Dia dah banyak berkorban demi aku, Chai. Kau pun tahu, kan?"

Chai Yang mengangguk kepala. "Yes, I know. Tapi kau kena fikir sesuatu untuk hentikan semua rancangan ayahanda. Tak Andrew mati, kau yang akan mati Syah. Orang tua tu dah memang gila kau tahu tak?"

"Aku tak kesah kalau aku mati, Chai. Tapi bukan suami aku. Dia tak layak."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro