☂︎ + 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weyh, budak sombong tu dah datanglah."

"Uish, dia tak malu ke kalau jumpa minjung nanti?"

"Tak tau bersyukur punya laki. Ingat senang ke minjung tu nak suka kat seseorang?"

"Sebab dia minjung sakit."

Semua suara yang menyakitkan mula menyerbu haechan sebaik sahaja dia masuk ke kelas.

Dia memandang mencari si tuan punya suara. Tapi semua menunduk dan berbisik sesama sendiri.

"Kenapa dorang cerita pasal aku dengan minjung? Ke-"

Haechan membulatkan matanya terkejut.

Takkanlah rakan-rakan sekelasnya nampak peristiwanya dengan minjung minggu lalu? Tapi setahu dia, sekolah mereka memang benar-benar kosong masa dia balik.

Kepala haechan terus-terusan dihujani seribu pertanyaan.

Tidak lama kemudian, minjung sampai ke kelas bersama dua kawan baiknya.

Haechan memandang minjung dan mengharapkan minjung melihatnya juga.

Tapi tidak.

Langsung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro