☂︎ + 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hanya tinggal satu jam lagi sebelum berakhirnya waktu persekolahan.

Tetapi, ada suatu perkara yang agak mengganggu fikiran Haechan sehingga membuatnya tidak terlalu fokus pada pembelajaran. Pada tengahari itu, awan hitam sudah berarak dari arah timur yang pastinya menandakan hujan bakal turun.

"Turunlah cepat. Aku tak sabar ni," ucap haechan perlahan dan hanya mampu didengarinya. Rindunya kepada bunyi rintikan hujan serta bauan tanah yang menenangkan menyerang dirinya.


***

Kringg!

Bunyi loceng akhirnya berbunyi dan semua pelajar bergegas menyusun barang dan berebut mahu pulang.

Haechan di dalam hatinya sudah berketawa girang. Tidak sabar untuk melancarkan rencananya.

Dia dapat melihat riak gelisah dan pucat pada wajah Minjung apabila mata gadis itu terpandang keadaan langit.

Ya, itulah kelemahan Minjung. Dialah pelajar yang paling pelik di sekolahnya kerana mempunyai penyakit ombrophobia ataupun dengan maksud lain fobia kepada hujan. Tapi gadis itu kritikal sikit, mendung pun sudah menggelupur macam nikmat oksigen bakal kena tarik.

Setelah menyangkut beg di belakangnya, Haechan segera menghampiri Minjung dan merentap pergelangan tangan gadis itu.

"Ka...kau kenapa?" tanya minjung berang dan terkejut. Dia cuba melepaskan tangannya. Namun usahanya sia-sia. Genggaman lelaki itu terlalu kuat mencengkam. Desahan sakit keluar dari bibirnya. 

"Lah! Minah tu dah keluar pula. Macam mana ni?" Sempat Minjung merungut. Rakan-rakannya sudah hilang lesap. Tiada sesiapa lagi berada di dalam kelas mahupun pelajar bersesak-sesak di koridor.

Seketika dia lupa dia hampir diculik.

"Ikut aku." Haechan menarik paksa tangan minjung dan membawa gadis itu ke lembah penyeksaan.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro