☂︎ + 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tadi cakap nak jumpa someone special. Tapi kenapa kat sini?" soal minjung hairan dan teragak-agak.

Kini mereka berada di tempat perkuburan.

"Ikut jelah, jom."

Tangan minjung ditarik mengikut langkahnya.

Akhirnya mereka berhenti di salah satu kubur.

"Lee Donghyuck?" ucap minjung terkejut.

Apakah bodohnya dia tidak terfikir yang mereka mahu melawat pusara ayah haechan? Sumpah bodoh.

"Ayah, maaf baru hari ni haechan datang bawak buah hati haechan. Perkenalkan, kim minjung," ucap haechan, lembut.

Minjung hanya diam dan membiarkan haechan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

"Ayah, ayah nak tahu tak yang minjung ni anak tiri anty jisoo? Kawan baik ayah dengan mak dulu? Dan, minjung pun sama macam ibu tiri dia. Fobia kepada hujan. Haha, macam takdir pula kan?"

Minjung melongo sendiri dan terkejut.

"Dulu kan, haechan bencikan minjung. Benci sangat-sangat sampai tahap haechan hampir bunuh minjung. Jahatkan haechan?"

"Kau tak jahat haechan. Cuma masa tu kau tertekan disebabkan aku," ujar minjung perlahan sambil menunduk. Mengingati perbuatan buruknya kepada puan lee.

***

Minjung melihat haechan keluar dari pasaraya manakala puan lee pula sedang membayar di kaunter. Jadi melihat situasi itu, gadis itu mendapat idea untuk menarik perhatian crushnya.

Setelah puan lee selesai membayar dan keluar, minjung sengaja berjalan laju melintasi puan lee. Disebabkan minjung yang melintas secara tiba-tiba, puan lee tidak sempat membrek lalu berlanggar dengan minjung.

Minjung pura-pura terjatuh walaupun pelanggaran itu bukannya kuat sangat.

"Hoi, buta ke apa tak nampak orang nak melintas?!" marah minjung kuat sambil berusaha bangun.

"Maaf maaf," signal puan lee panik lalu segera meletakkan barangan beliannya diatas lantai dan ingin membantu gadis itu bangun.

"Eih tak payahlah!"

Tangan puan lee ditolak kasar sambil perempuan tua itu dijelingnya.

"Maaf sekali lagi. Mak cik tak sengaja dan tak perasan tadi. Maaf," rayu puan lee lagi sambil menunduk maaf.

"Tch, bisu rupanya? Dahlah bisu. Buta pulak tu. Kau ni, beban masyarakat je tau. Takde function langsung. Kesian anak kau terpaksa kerja itu ini semata-mata nak tanggung makan minum kau. Dahlah dia kena sekolah lagi," hina minjung kepada puan lee sambil menjungkit hujung bibir tanda jijik.

Tetapi puan lee yang tidak mampu mendengar hanya mampu terkebil-kebil melihat mulut gadis itu asyik bergerak.

"Ouh, lupa. Dah bisu, tuli lagi? Hmm, kesian. Takpelah. Saya pergi dulu ya mak cik," ejek minjung selamba lantas berlalu pergi.

Di sebalik peristiwa minjung yang lantang menghina perempuan kurang upaya itu, haechan melihat dengan hati yang berdendam.

***

Haechan hanya senyum mendengar kata-kata dari minjung.

Kemudian fokus melihat ke pusara ayahnya.

"Tapi, macam orang dulu-dulu cakap, kalau kita bencikan seseorang tu, suatu hari nanti kita pasti akan suka orang tu balik. Dan sekarang benda tu dah jadi kat haechan hahahshs," haechan berhenti seketika kerana tertawa.

Minjung juga turut tersenyum.

"Hae-haechan sayangkan minjung sangat-sangat yah. Haechan dah janji dengan diri ni, untuk lindungi min, jaga dia, bahagiakan dia dan yang paling penting, haechan nak tolong sembuhkan dia. Seperti mana ayah berjaya buat anty jisoo sembuh dari ketakutannya. Tapi-"

Ayat haechan yang tergantung membuatkan minjung terus memandang ke wajah lelaki itu.

Minjung mengamati wajah haechan, mata lelaki itu sudah merah. Tanda dia sedang menahan air mata dari tumpah.

"Maafkan haechan yah. Haechan tak dapat untuk tunaikan janji tu."

"Haechan," panggil minjung lembut lalu memeluk lelaki itu.

"Kau dah tunaikan janji kau. Tengok aku sekarang, aku dah- hampir sembuh sebab kau," pujuk minjung lalu membuatkan air mata haechan pecah.

"Shh, aku ada untuk kau. Menangis saja, sebanyak yang kau mahu."

Akhirnya haechan betul-betul menangis di bahunya. Seperti anak kecil.

Minjung tersenyum pahit sambil mengusap lembut kepala lelaki merangkap kepada kekasih hatinya itu.

Kini, minjung sedar. Sepatutnya dia bersyukur masih mempunyai ayah, dapat hidup senang dan tidak perlu bersusah payah seperti haechan. Dapat belajar dengan tenang sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak seperti haechan, prestasinya hanya cukup-cukup makan untuk terus bertahan di kelas paling hadapan. Haechan selalu tidak dapat belajar dengan baik akibat penat dan stress melayan perangai ibunya yang selalu berubah-ubah mood.

Kadang baik, penyayang. Tetapi apabila ibunya melihat kesenangan orang lain dan mengenangkan hidupnya yang susah, dia akan mengamuk dan stress. Kemudian haechan akan menjadi mangsa kemarahannya.

Ya, haechan sudah menanggung derita dan penat lelahnya hidup untuk satu tempoh yang panjang serta mencabar.

Bagi orang lain yang melihat kehidupan haechan, mereka mungkin tidak menyangka betapa stressnya hidup seorang lee haechan. Hanya tuan punya badan saja yang tahu.

"Bukan tu maksud aku," bisik haechan perlahan sambil merenung dalam ke mata minjung.

  ***

Hshs maaf sbb chap ni pnjg gila 😅 btw, citer ni masi pnjg 😭🖐️ tysm for those yg stil support this fanfic. Even aku slalu lmbt update ಥ‿ಥ

And sorey juga kalau hambar and klau ada typo bgitau ;D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro