17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ke-2

Oppa memandikan aku. Tubuh aku dilap lembut. Aku tahu dia sedih tapi dia cuba ceria depan aku. Aku dengar dia menangis di malam hari. Aku tahu dia tak nak aku pergi. Tapi sudah takdir aku.

"Chaa! Noona Kookie bawakan makanan" ujar Jungkook.

Dia bahasa diri dia Kookie dan panggil aku noona. Aku tahu dia mahu aku tersenyum. Tapi aku tak mampu. Mulut aku seakan terkunci rapat. Hanya anak mata saja bergerak.

"Sini Kookie suap" dia menghulurkan air berperisa kepada aku.

Aku minum secara perlahan-lahan. Aku pandang mata Jungkook. Penuh dengan kesedihan.

Tak lama itu pintu ditolak dari luar. Semua orang mengelilingi katil aku. Tapi Hoseok dan Jungkook tetap berada di sebelah aku.

"Hana unnie nak cakapkan sesuatu" ujar Saena dalam nada sendu.

Aku hanya menggerakkan mata saja.

"Tentang hari itu. Unnie bukan kena pukul tapi unnie sendiri cederakan diri unnie. Unnie cemburu tengok Hana dan Tae bermesra. Unnie ingat Hana nak rampas Tae dari unnie. Masa itu unnie tak tahu apa unnie fikirkan. Unnie yang bagi Hana surat ugutan itu. Unnie nampak Hana terus saja unnie pukul. Unnie tak tahu. Unnie minta maaf sangat" jelas Saena.

Aku terkaku. Betulkah? Kenapa unnie sanggup buat aku macam ni? Apa salah aku?

Tanpa aku sangka oppa menampar Saena unnie. Unnie menangis manakala wajah oppa menegang.

"Tak guna! Sanggup kau pukul dia sebab jantan! Kau eloknya mati! Tak layak hidup lagi! Kau tahu masa kau pukul Hana dia dah sakit! Sebab pukulan kau tu buat dia macam mayat hidup sekarang. Aku nak tanya kau puas sekarang? Puas?!" Tengking Hoseok.

Saena menangis teresak-esak. Omma dan appa juga sama. Taehyung pula dah lama lecun dengan airmata. Aku juga sama. Tapi aku dah maafkan unnie. Aku tahu dia tak sengaja.

"Oppa maafkan Saena! Saena tahu Saena salah" tangis Saena.

"Bukan aku tapi dia. Aku kecewa dengan kau. Tak sangka aku ada saeng yang berhati busuk macam kau Saena" tengking Hoseok.

Aku hanya mampu mendengar. Aku sedih. Kenapa saat aku mahu pergi keadaan jadi macam ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro