2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tak! Aiman tak percaya kalau Nel tolak pinangan, Man! Dia kata dia sayangkan, Man. Mungkin ada sebab dia buat semua tu mak." rungut Aiman, seolah-olah tidak percaya. Neldia tolak pinangannya? Mustahil! Padahal wanita itu telah berjanji sudi sehidup semati bersamanya. Mungkin emaknya sengaja ingin menakut-nakutkan dia dengan berita buruk itu.

Hasnah mula hilang sabar, sudah dikatakan berkali-kali benda yang sama tapi masih lagi hendak wanita sombong itu menjadi isterinya. Apa yang perempuan itu telah meracun fikiran Aiman sehingga tergilakan dia begini? Kurang ajar betul!

"Hei, Man! Perempuan tu cakap macam tu sebab dia nak akan harta kamu. Boleh tak buka fikiran itu sikit? Fikir yang perempuan tu takkan pernah cintakan kamu!"bidas Mak cik Hasnah.

"Tapi mak… Aiman lebih kenal siapa Nel, mak. Dia tak macam yang kita fikirkan selama ni." keluh Aiman.

"Habis dia macam siapa huh? Macam adik kamu, Adinda? Hei, adik kamu itu lebih mulia daripada gadis gold digger itu tau! Setakat perempuan macam Neldia tu, mak boleh cari tepi jalan aje lah! Dia tak layak pun jadi sebahagian keluarga kita!”

PAP!

Aiman menghentak meja dihadapannya tidak puas hati, lantas dia berdiri memandang emaknya. Tersentak mak cik Hasnah dibuatnya, mujur tidak luruh jantung tadi.

"Mak takda hak nak cakap Neldia macam tu! Ada sebab dia pinjam duit, Man! Dia bukan gold digger mak!" bentak Aiman, masih lagi hendak menegakkan benang yang basah. Mak cik Hasnah mula meraut wajah. Entah apalah yang si Neldia Rose tu meracuni fikiran Aiman sampai begini sekali.

"Inilah sebabnya...inilah sebab mak tak suka kamu berkawan dengan perempuan macam Nel itu! Sampaikan aku yang besarkan kau daripada kecil sampai ke tua bangka ini pun kau melawan! Kau kalau kawin dengan dia, jangan harap mak terima dia jadi menantu. Ingat sikit, syurga kamu tetap pada mak. Bukan perempuan tu!" degus Mak cik Hasnah. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya yang berada dihujung berdekatan dengan dapur. Aiman mengetap bibirnya, tangan dikepal sekuat mungkin cuba menahan rasa panas barannya.
Adinda mengeluh kecil.

"Bang... Ada banyak lagi perempuan dalam dunia ini. Kawan Dinda pun ada yang masih tak berpunya. Kalau abang nak... Adinda boleh.. "

"Aku tak nak perempuan lain selain Neldia. Hanya aku sahaja tahu perempuan itu macam mana!" tegasnya. Tetap tidak mahu mengalah. Hatinya kuat mengatakan bahawa Neldia Rose punya alasan tersendiri kerana menolak pinangannya.

Aiman menggeleng kepala. Dia perlu dengar sendiri penjelasan dari wanita itu! Segelas air puteh diteguk sebelum dia berlalu keluar dari rumah. Namun langkahnya terhenti dimuka pintu saat bertembung dengan seorang lelaki berkaca mata hitam, memakai coat biru gelap. Itulah dia, Nik Ashraf.

"Bang, kenapa ni?" Tegur Nik Ashraf, pelik apabila melihat muka lelaki itu yang merah padam. Namun hanya jelingan sahaja dibalas Aiman. Bahu Nik terus dilanggarnya, menyambung langkah menuju ke arah  mptorsikal skuter berwarna merah dihalaman rumahnya. Lantas dia menghidupkan enjin motor itu sebelum dibawa pergi bersama.

Nik mengerut kening.Dia memandang Adinda yang masih tercegat di ruang tamu.

"Kenapa dengan abang Man tu Adinda?" Soalnya.

"Biasalah, bang. lamaran baru kena tolak, pasrahlah jawabnya.” balas Adinda.

"kena tolak?"Nik sedikit terkejut. Siapa wanita yang berani menolak pinangan Aiman?

"Haah. Yang abang datang rumah tiba-tiba ni kenapa?" giliran Adinda pula untuk menyoal.

Nik tersengih menampakkan gigi sambil rambut belakang digosoknya, perlahan.

"Macam biasalah abang rindu bakal isteri abang. Mak ada? Kalau mak ada boleh abang masuk?"

"Ada aje. Masuklah. Dinda pergi buat air kejap ya." pinta Adinda. Dia mengangguk kepala, tanpa segan silu dia pun masuk ke dalam rumah dan duduk diruang tamu sementara menunggu Adinda membuatkan air untuknya.


KELOPAK bunga mawar merah yang mekar dihidunya. Harum. Secarik senyuman muncul dibibir Neldia Rose. Begitu kena sekali namanya dengan bunga itu. Nampak cantik dari luar, akan tetapi hakikatnya berbahaya dengan durinya yang tajam.

"Nel!" Suara garau menyeru kuat namanya. Terus dia memusing ke belakang, memandang Aiman yang sedang membuka topi keledar hitam yang dipakainya.

Ha, dah datang pula mamat tu! Anak mata dijelingkan ke atas. Menyampah. Malas betul nak hadap muka lelaki tu. Tak puas lagi ke dia mendengar penjelasan dari Mak cik Hasnah yang aku tak sudi berkahwin dengannya? Tanpa mempedulikan lelaki itu, Neldia Rose terus melangkah menaiki anak tangga, ingin melarikan diri daripada lelaki itu. Namun, Aiman lebih pantas menggapai tangannya.

"Nel, tunggu!"halangnya.

“Lepaslah! I rimas! Tak payah nak sentuh-sentuh, boleh aje kan?" herdik Nel, menepis kasar tangan lelaki itu. Aiman mengangkat kedua belah tangannya, tanda dia tidak akan menyentuh lagi. Dia tiada niat ingin menyentuh wanita itu, niatnya cuma ingin menghentinkan langkah Neldia Rose dari melarikan diri daripada dia.
Neldia Rose berpaling ke lain.

Seolah-olah benci melihat wajah Aiman yang muncul dihadapannya. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.

"Nel, kenapa awak tolak pinangan saya? Apa salah saya dekat awak huh? Awak cakap sahaja awak nak hantaran berapa, saya akan tunaikan Nel! Saya sanggup!"

"No, Aiman. I will never and ever terima pinangan you. Terima aje lah hakikat yang kita nin tak sepadan!”

“Tak sepadan? Apa yang tak sepadannya Neldia? Awak pandang saya boleh tak?”dia menarik bahu wanita itu memusing menghadapnya supaya dia boleh melihat dengan jelas kejujuran dari sepasang mata coklat wanita itu.
Neldia rose tersenyum senget.

“Terlalu banyak perbezaan sampaikan I tak boleh nak senaraikan. You tak boleh terima ke, apa ke, itu bukan masalah I. Ini pilihan I and you kena hormat. Lagipun…”aku melamparkan pandangan ke hadapan.

“You terlalu baik untuk I. I tak minat lelaki baik-baik ni. I suka bad boy.”
Aiman menjuih bibir dengan muka tak percaya. Alasan itu terlalu ramai wanita yang gunakan untuk tolak lamaran seseorang. Sudah lapok alasan itu jika ingin digunakan lagi. Dia takkan mudah percaya apa yang wanita itu katakan. Dia percaya itu semua dusta!

"Awak ingat saya percaya ke dengan kata-kata awak? Huh? Awak mesti buat semua ini sebab.. "

"Sebab you bukan taste I!" cantasku laju. Aiman tetap menggeleng kepala, tidak percaya. Neldia Rose memeluk tubuhnya, dan menjeling. Entah macam mana aku harus jelaskan kepada lelaki itu bahawa mereka sudah memang tidak ditakdirkan bersama. Dah bercakap dalam bahasa melayu pun masih lagi tak faham bahasa! Habis dengan bahasa apa lagi aku harus guna?

“Cukuplah Neldia… lakonan awak takkan mampu kaburi mata saya. Saya kenal awak.”

"Ceh! Kenal konon… kita baru aje kenal berapa minggu. Dan you dah boleh yakin yang I ni perempuan yang baik huh?”

"Neldia.. "

"eh, you boleh faham tak? I tak suka keluarga you. Lebih-lebih lagi si Adinda yang kononnya 'alim' sangat itu? Inikan pula nak I jadi sebahagian daripada keluarga you? Heh, memang tak lah!"sinisku.

"Tapi kenapa, Nel? Apa salah Adinda sehingga awak tolak pinangan saya? Takkan awak tolak hanya kerana dia seorang? Saya tahu awak dengan dia musuh, tapi jangan disebabkan dia… Awak putuskan hubungan kita."

"Siapa kesah? Suka hati I lah nak pilih ataupun nak tolak sesiapa sekalipun. You takda hak dalam menentukan hidup I! Dah tertulis kita bukan jodoh, nak semakkan kepala otak lagi untuk apa?!"bentakku, geram.

Aiman mengeluh berat sambil sebelah tangannya meraup wajah. Cuba untuk bersabar.

"Sebab saya tak boleh terima alasan awak. Kejap awak cakap sebab saya terlampau baik, selepas itu sebab saya bukan taste awak, selepas itu Adinda? Apa yang awak cuba nak beritahu saya yang sebenarnya Nel? Mesti ada sebab awak tolak pinangan saya kan? Just tell me the truth, Nel…manalah tahu yang saya boleh bantu awak."

Neldia Rose menggeleng kepala berkali-kali, sikit pun aku tak yakin bahawa lelaki ini mampu untuk menolongku. Kalau betul dia mahu bantu aku, tinggalkan aku! Itu adalah salah satu jalan yang terbaik yang dia boleh lakukan untukku.

"I tak cintakan you, I cuma pandang duit you dan cintakan wang you… faham? Lebih baik kalau you pergi cari perempuan muslimah macam adik you tu, bukankah lagi bagus? Kononnya boleh pimpin tangan sehingga ke syurga. Ada ciri-ciri perempuan melayu terakhir. You tak nak macam itu? Setahu I…lelaki memang suka perempuan solehah macam itu. Betul tak?"

"Tak. Saya tak nak Neldia! Saya cuma nak awak."dia tetap berkeras.

“You ni memang tak faham bahasa ek? Tak apa… kalau you tetap tak faham pun, lantaklah!I tak peduli. Dan lagi satu.”Rantai emas dileherku ditanggalkan, lalu dilemparkan ke atas tanah tanpa rasa bersalah. Aiman tergamam. Membulat matanya melihat tindakan Neldia Rose itu.Seingatnya, itu adalah rantai emas paling mahal yang dia pernah beli kepada wanita itu dan kini dicampak sahaja seperti tiada lagi nilai. Jujur, hatinya hancur.

"You ambillah balik rantai emas itu, leher I gatal bila pakai. Mungkin murah sangat kut?" sindirku sambil buat-buat menggaru leher yang gatal. Melihat reaksi Aiman yang berubah kecewa, Neldia Rose hanya tersenyum menyenget.

Tanpa mempedulikan lelaki itu, aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Kedua belah pintu dihempas kuat, menyentakkan Aiman.
Disaat figura Neldia Rose tidak lagi kelihatan, perlahan-lahan dia menunduk mengutip rantai itu dan mengenggamnya seerat mungkin. Berkaca matanya saat kenangan manis bersama wanita itu kembali bermain di kotak fikirannya. Seolah-olah satu tayangan semula yang dirakam penuh indah kini sudah hancur begitu sahaja. Pedih!

"Kenapa awak buat semua ni Nel?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro