6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AIR teh dituang perlahan-lahan kedalam cawan kaca, sebelum ditolak kearah Dato Riaz yang menumpu membaca surat khabar lama itu. Kerusi rotan disebelah kanan ditarik Datin Huda, dia melabuh punggung disitu.

"Bang, anak kita dah nak kawin. Kalau kita buat majlis besar-besaran pun seronok juga kan?" Datin Huda mula bersuara, membuka topik untuk dibualkan.

"Tak perlu buat sampai besar-besaran. Sederhana pun sudah cukup."

"Alaa, Abang ini. Nik itu sahajalah satu-satunya anak kita. Takkan nak buat majlis biasa-biasa kot? Lagipun, anak kita nak kawin dengan perempuan baik. Saya nak lah juga tunjuk dekat kawan-kawan saya yang anak saya bakal kawin dengan perempuan yang lengkap ilmu agamanya."

Dato Riaz tersenyum sinis. Dia meletakkan surat khabar lama itu keatas meja, dan mencapai secawan teh.

"kita tak boleh nak bangga sangat dengan menantu kita itu. Buatnya, si Nik kahwin dengan orang lain. Apa awak nak jawab dekat kawan-kawan awak nanti? Hmm?"

"Ish, abang ni! Macam itu pula dia. Tak baik tau kita doakan anak kita kahwin dengan orang lain? Si Nik tu dah betul-betul cintakan Adinda tau?"

"Cinta ataupun tak cinta, jodoh Allah yang tentukan." balas Dato Riaz, dia menghirup perlahan air teh itu.
Datin Huda mencebik. Dia menyilang sebelah kaki kanannya keatas paha kiri.

"Tak kesahlah. Saya tahu, bakal menantu saya cuma Adinda. Saya cuma akan terima apa yang Nik terima, sebab saya tahu pilihan dia semuanya terbaik."

"Habis tu? Kalau menantu awak bukan Adinda, macam mana?"

"Heh, kalau menantu saya bukan Adinda. Saya pasti, Nik ada sebabnya. Kalau atas kerana hati Nik yang benar-benar cintakan dia, saya akan terima. Tapi, kalau perempuan tu guna ilmu sihir atau sebagainya untuk pikat Nik, saya takkan terima dia jadi menantu saya sampai bila-bila."

Tersedak Dato Riaz mendengarnya. Dia menepuk dadanya yang terasa senak beberapa kali. Dia memaling wajah memandang Datin Huda disebelahnya.
"Sampai macam tu sekali ya?"

"Of course, saya cuma nak tengok Nik bahagia, bukan menderita. Kebahagian Nik juga adalah kebahagiaan saya. Jadi, apa yang Nik suka, itulah yang saya suka."










Nik menyandarkan tubuhnya ke belakang, sambil dia mengetuk pen hitam itu pada dagunya. Fikirannya pula seolah-olah melayang ke lain, memikirkan kata-kata Neldia Rose malam semalam.

Kalau you cakap macam itu, kita tengok nanti. You belum tahu I memang mahir dalam buat orang jatuh cinta. Dan satu lagi, I bukanlah wanita yang boleh dijual beli. I am not for sale, mr. Nik. Neldia Rose adalah seorang yang sangat limited. You takkan boleh jumpa orang macam I lagi kalau I dah tak ada. And you Adinda… harap bersiap sedia. Takut-takut nanti bersanding seorang diri pula. Mak cik Hasnah pun sama. Stand by ya?”

Dia menghentak pen hitam itu keatas meja semula. Tubuh dipusing menghadap kaca lutsinar yang menampakkan bangunan-bangunan yang didirikan hampir bertahun lamanya.

“Mustahil aku akan terpedaya dengan dia.”gumam Nik.

Tok! Tok!

Kedengaran pintu diketuk, mengejutkan Nik. Lantas, dia memusing semula tubuhnya memandang pintu biliknya yang ditolak seseorang.

"Maaf menganggu, bos. Ada seseorang nak jumpa dengan bos tetapi dia tak buat apa-apa appointment. Bos nak saya arahkan dia balik ataupun benarkan dia masuk?"

"siapa dia?" soal Nik.

"Ermm.. Dia beritahu saya nama dia..."

"I yang nak jumpa you." suara wanita itu mencelah. Serentak mereka berpaling memandang Neldia Rose yang tersenyum sinis dimuka pintu biliknya. Nik mengerut kening. Macam mana Neldia Rose boleh tahu aku bekerja disini? Soal Nik didalam hati. Oh, lupa! Dia ambil kad aku semalam.

"Boleh you keluar kejap? Beri I ruang untuk bercakap dengan bos you?"dengan selamba Neldian mengarah serupa aku pula yang bos di sini.

"Err, bos saya tak beri apa-apa kebenaran untuk... "

"Oh, jangan risau. I bukan nak racun bos you pun. I masih waras lagi untuk berfikir. Just go out!" halauku.Terus menolak gadis itu keluar daripada bilik itu. Tombol pintu ditarik menutup rapat. Tidak mahu sesiapa pun mendengar perbualan diantara mereka berdua. Privasi.

Kerusi dihadapan Nik menjadi tempat Neldia Rose melabuh punggung. Aku menyilang sebelah kaki kanan keatas paha kiri. Konon gaya Mem-Besar.

"Aku tak bagi kebenaran pun untuk kau duduk."

"But I dah duduk pun. I datang sini bukannya apa, I rindu nak tengok bakal suami I bekerja dalam syarikat mewah ni."ujar Neldia Rose, selamba.

Nik menjeling, menyampah. Sejak bila pula aku jadi bakal suami dia?

"Kau jangan perasan boleh tak? Apasal kau datang sini dan macam mana kau boleh terlepas masuk? Sekuriti dekat luar tak halang kau ke?”

“I cakap yang I Adinda. So diaorang terus bagi I masuk. Senang betul nak jadi dia, kan?”ujar ku dengan gelak tawa. Lucu pula apabila melihat sekuriti di sini bulat-bulat sahaja percaya yang aku ni Adinda.

“Cukuplah dengan permainan bodoh kau ni. Kau takkan dapat tawan hati aku. Jangan mimpi kau akan dapat rosakkan hubungan aku dengan Adinda. Kau bukan sesiapa bagi aku, kau cuma perempuan yang tak ada harga diri!Get out of my office!" bentak Nik, menghalau Neldia Rose keluar daripada situ dengan menunding jari kearah pintu bilik pejabatnya.

Neldia Rose tersenyum menyenget. Sedikit pun dia tidak terasa dengan kata-kata lelaki itu. Lantas, Neldia Rose bangun daripada tempat duduknya berjalan berdiri tepat dibelakang lelaki itu.

Kedua belah tangannya mengurut bahu Nik dengan penuh lemah lembut.

"You ni garang sangatlah. Macam mana Adinda boleh tersuka dekat you ek? Janganlah marah-marah, you buat I rasa tersinggung you tahu tak? You tak kesian dekat I ke?"

"Eh, Rimaslah!" Dia menepis kasar tangan Neldia Rose yang mengurut bahunya. Spontan dia bangun, memusing memandang Neldia Rose dibelakangnya.

“Apa kau nak huh?! Tak boleh ke kalau sehari jangan ganggu hidup aku? Aku dengan kau, tiada apa-apa hubungan tau?! Kita tak pernah kenal pun!" herdik Nik.

Neldia Rose mencebik bibir. Tangannya naik buat-buat seperti sedang membetulkan tali leher Nik.

"I nak you aje. Tak boleh ke? Hmm?" soal Neldia Rose, bernada manja. Aku  mengedip mata berkali-kali.

"Kau ni gilalah!" Terus Nik menolak Neldia Rose sehingga tergenjak sedikit ke belakang. Spontan tangannya melepaskan tali leher lelaki itu. Neldia Rose ketawa kecil.

"You ni nakallah! Tolak I macam tolak orang yang you sayang. Lembut sahaja."
"Kau ni dah kenapa? Kau keluar boleh tak?"Nik sudah mula naik menyampah. Dia fikir aku cair ke dengan ayatnya? Please, geli lagi adalah!

"Errmm.. Nope! Sebab I nak lepaskan rindu I sepuas-puasnya dekat you hari ni. You tahu tak? Sejak kali pertama I jumpa you, you buat tulang rusuk I bergetar tahu tak? Aura dia, Masya-Allah, I tak tahu nak cakap macam mana?"

"Baguslah. Aku pun rasa benda yang sama. Tulang rusuk bergetar sampai aku nak baling dekat muka kau, biar sedar diri sikit! Dasar perempuan miang!" sinis Nik.

Neldia Rose ketawa, kedua belah tangannya menutup mulut. Nik mengerut pelik.

"Oh my gosh! First time I dengar you beri ayat sweet dekat I. I tak sangka you begitu romantik sekali. I think I'm in love with you right now."
Makin berlapis dahi Nik memandang wanita itu.

"Sejak bila pula aku bagi ayat sweet dekat kau?"

“Oh, I know you malu nak mengaku,kan? But, It's okay I faham. Orang first time jatuh cinta memang macam tu."kataku, selamba.

Nik melopong. What?

"Eh, aku tak cakap pun yang aku... "
"Syhh! Tak perlu menafikan apa yang terbuku dihati you. I ni dah pernah couple dengan sepuluh lelaki dalam masa satu hari tau? So, I memang pakar bab meneka isi hati orang." ujar Neldia Rose, begitu bangga sekali. Jatuh rahang Nik mendengarnya. Tidak ada sedikit pun rasa cinta pada gadis itu, tiba-tiba sahaja si Neldia Rose syok sendiri?mengaku pikat 10 orang lelaki dalam masa sehari pulak tu. Play boy pun tak macam dia. Gila!

Aku menunduk memandang jam tangan seketika. Sudah tiba masanya untuk aku beredar pergi daripada syarikat ini.

"I think I should go now. This is my phone number. Just call me anytime you need. I sekarang nak pergi ngorat lelaki lain pula. So, see you next time! Muah!" aku menolak sekeping kertas yang bertuliskan nombor telefonku dia atas meja kerjanya kemudian membuat gaya flying kiss kepada Nik sebelum berlalu pergi daripada situ. Nik membuat mimik wajah geli, pantas dia mengelak ke tepi tidak mahu terkena panahan cinta yang ditiup padanya tadi.

"Sewel punya perempuan!"












Bawang yang telah dipotong nipis dicampak masuk kedalam kuali yang telah dipanasnya. Dia menumiskan bawang itu sebelum ikan kembung dimasuk ke dalam kuali. Lincah cara Mak cik Hasnah melakukan kerja. Sekilas dia menjeling  ke belakang, melihat Adinda yang sedang menyiang sotong untuk dibuat celup tepung nanti.

"Hei, Dinda.. Bila Nik nak bertunang dengan kamu ni huh? Bukan ke Datin Huda dah setuju untuk kamu jadi menantu dia?" Mak cik Hasnah, mula bersuara.

Adinda mencebik bibir, dengan menjongket kedua belah bahunya tanda tidak tahu. "Dinda tak tahulah, mak. Nik pun sibuk dengan urusan kerja dia. Mungkin minggu depan kut sesuai untuk majlis pertunangan?"

"Minggu depan?!"Mak cik Hasnah terkejut. Dia memusing memandang Adinda dibelakangnya. Adinda mengerut pelik, apa yang tak kena dengan ayatnya tadi?

"kenapa dengan mak ni? Minggu depan sahaja? Bukannya tahun depan."

“Minggu depan tu dah cukup lama bagi mak, tahu tak? Tak boleh ke buat usu lusa saja? Bukannya mak minta buat besar-besaran pun. Buat kecil-kecilan pun jadilah. Asalkan orang kampung tahu yang kamu milik Nik seorang!"

“Alaa.. Mak ni. Nak cepat-cepat buat apa? Nik takkan tinggalkan Adinda lah mak. Tiada siapa yang bakal tinggal sesiapa. Mak tak perlu risau sangat tentang hubungan Nik dengan Adinda."

Mak cik Hasnah mengeluh kecil. Kedua belah tangannya mencekak pinggang. Bukan itu penyebabnya yang membuatkan hatinya menjadi risau.

“mak bukan kesahkan tentang hubungan kamu!" Herdik Mak cik Hasnah. Adinda mengerut kening. Kalau bukan itu yang dirisaukan. Tentang apa pula?

“Mak risaukan apa kalau bukan hubungan Nik dengan Adinda?" Tanya Adinda.

"Mak risaukan pasal perempuan gold digger tu lah! Kamu tak ingat ke apa yang dia cakap malam hari itu? Huh? Dia nak rampas Nik daripada kamu. Kamu tak takut ke?"

"Tentang Neldia Mak tak payah takut sangatlah. Dia main-main aje kut? Bersangka baik sajalah mak."

"Nak sangka baik apa pada perempuan macam dia tu? Dia dah tinggalkan abang kamu, lepastu berniat nak ambil Nik pula? Kamu ingat Neldia tu macam mana? Dia tu kalau nakkan sesuatu, itulah yang dia bakal dapat. Mak takut, satu hari nanti.. Nik terlepas ke tangan minah tak guna tu!"Bentak Mak cik Hasnah. Adinda menjeling anak mata keatas. Malas pula hendak berbincang tentang Neldia Rose. Keluhan kecil dilepaskan.

"Nik takkan terlepaslah ke tangan dia, mak. Nik itu kan setia orangnya? Takkan lah dia nak tinggalkan Adinda disebabkan Neldia seorang?"

“Setia itu memanglah setia. Tapi buatnya perempuan tu guna sihir? Kamu nak biarkan aje dia bahagia dengan nik? Huh? Mak tak kira, mak nak juga kamu bertunang usu lusa. Sehari lepas tu kamu kena kawin dengan dia! Faham?!"
Adinda mendengus geram. Terpaksa dia menurut kata orang tuanya itu.

Makcik Hasnah menjeling, dia kembali memusing memandang kuali yang sudah berasap. Bawang yang digoreng tadi pun sudah hangus kerana bebelannya.

"Habis bawang mak hangit! Kamu punya pasallah ni!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro