9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Betul ni Nel tak nak ikut mak ke surau? Hari ini kebetulan dekat sana buat tahlil untuk arwah pak leman."

"Iya, betul. Nel malaslah nak pergi majlis-majlis tahlil ni. Karang Nel pergi, bukan tahlil yang dibuat tapi majlis membawang." sindir Neldia Rose, tanpa memandang Puan Haya yang berdiri dibelakangnya lengkap memakai telekung. Dia menyuap keropok ubi pedas kedalam mulutnya, sambil matanya tertumpu menonton rancangan yang dimainkan ditelevisyen.

"Hmm.. Kalau dah kamu kata macam itu. Mak pergi dulu ya. Kamu jangan buat apa-apa yang tak elok pula, sebab hari ini ketua kampung ada buat rondaan. Mak takut kalau..."

"Ya, tak payah risau. Anak mak ni tahu batasnya juga. Bukan jenis bawa lelaki masuk rumah pun! Sejahat anak mak ni, tak pernah lagi buat silap sampai kena kahwin!" sinis Neldia Rose. Puan Haya tidak membalasa apa-apa. Dia hanya melemparkan senyuman nipis. Berat hatinya untuk meninggalkan rumah ini biarpun untuk beberapa minit. Malam ini, seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi tetapi sukar untuk ditekanya.

“Okaylah, mak pergi dulu ya. Assalamualaikum."Pamit Puan Haya, meminta diri untuk pergi sebelum melangkah keluar daripada rumah itu. Tombol pintu ditariknya menutup rapat.  Salam yang diberi tadi hanya dijawab kembali didalam hati. Alat kawalan jauh dicapainya, menukar ke siaran yang lebih seronok untuk ditonton.

“Tak ada cerita yang best ke malam ni? Semua cerita membosankan saja? Heh!" Dia mencampakkan kembali alat kawalan jauh itu ke atas meja, dan menyandar tubuhnya ke belakang. Sebelah tangannya menyeluk plastik keropok, lalu disuap masuk kedalam mulutnya.

TOK! TOK!

Kedengaran pintu diketuk berkali-kali mengejutkan Neldia Rose. Dia spontan berpaling ke belakang. Wajahnya berkerut pelik.

"Siapa pula yang datang? Takkan sekejap sangat majlis tahlilnya? Mak tertinggal sesuatu ke?" Soal Neldia Rose pada dirinya sendiri. Tanpa membuang masa, dia terus bangun menuju kearah pintu utamanya. Tombol pintu dipulasnya perlahan, tak sempat dia menarik tiba-tiba ada seseorang merempuh pintu itu kasar sehingga membuatkan Neldia Rose sedikit tergenjak ke belakang.

“Eh? You apahal masuk rumah I ni?!" Soal Neldia Rose, terkejut apabila Nik tiba-tiba menerjah masuk ke dalam rumahnya tanpa sebarang pelawaan. Pintu kembali ditutupnya, menghalang orang kampung daripada melihat mereka berdua berada didalam rumah.
Garang Nik memandang Neldia.

"Hei, perempuan.. kau cakap dengan aku betul-betul. Apa kau dah buat dekat aku?!”

"Buat? I buat apa?" Tanya Neldia Rose, pelik. Apa yang aku buat sampai Nik datang ke rumah aku? Takkanlah disebabkan pagi tadi?

Nik meraut wajahnya. Dia mengeluh kecil, cuba untuk menenangkan perasaan amarahnya.

"Aku tanya kau baik-baik, apa yang kau dah buat dekat aku?"sekali lagi Nik mengulangi soalannya.

“Masalahnya I tak tahu I buat apa? Setakat sentuh you pagi tadi yalah I buat, tapi takkan itu sebabnya you datang sini? I sentuh bahu aje kut?"

"Hei, Perempuan!" sergah Nik. Kedua belah bahu Neldia digenggamnya, kuat. Neldia Rose tergamam, anak matanya membulat memandang lelaki itu. Air liur ditelan. kesat. Jantungnya sudah berdegup laju saat bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Kau ingat aku bodoh ke? Kau ada hantar benda dekat aku kan? Kau sihir aku kan? Betul tak?!"tuduh Nik secara melulu.

Jatuh rahangku mendengarnya. Terkejut.

“Hello? Excuse me? Even I ni jahat jenis goda ramai lelaki, I tak guna sihir untuk dapatkan seseorang. You jangan sesedap mulut you nak tuduh I yang bukan-bukan!"bentakku, geram.

Nik tersenyum sinis. "Kau ingat aku percaya apa yang kau cakap?! Aku jadi tak selesa selepas kau sentuh aku. Dah terang lagi bersuluh, kau ada sapu minyak dekat aku kan? Kononnya, kau nak buat aku berpisah dengan Adinda? Kau ingat dengan cara ni kau mampu buat aku berpaling dari dia ke?!"

"Hei, Mulut you tu jaga sikit! Kalau I nak rampas you daripada dia sekalipun, I tak bodoh untuk guna tektik kotor macam ni. I bukan Adinda yang rampas boyfriend orang macam tak ada maruah!"

“Kurang ajar!" Rahang Neldia Rose dicengkamnya kasar. Terus tubuh wanita itu ditolak rapat kedinding. Hatinya bagai dirasuk syaitan saat ini. Panas apabila Neldia Rose mula mengaitkan Adinda dengan situasi ini.  Cuak Neldia Rose melihat wajah lelaki itu yang bengis. Dadanya juga berombak naik dan turun, cukup untuk tahu degupan jantungnya selaju mana waktu ini.

"Kau jangan nak tuduh Adinda. Aku kenal dia hampir bertahun-tahun! Dia takkan buat kerja terkutuk macam kau!"
“Baguslah,You percaya sangat dengan perempuan tu? Dia cuma munafik! Sebelum you kenal dia, I lebih kenal siapa Adinda! Lepas!" Terus aku menolak dada bidang lelaki itu, mengambil kesempatan untuk melarikan diri  ke dalam bilik saat cengkaman dirahangku terlepas.Malang sekali, Nik lebih pantas menangkap tanganku. Terus dia memeluk aku daripada belakang, menghalang aku daripada melarikan diri.

"Aku belum habis bincang dengan kau!"

"Lepaslah! Bukan I yang buat semua tu, apa lagi yang tak kena? Kalau you nak bawa bincang sekalipun bukan ini caranya! Tolonglah lepas, malam ni orang kampung.. "

"Astaghfirullah hal azim.. Apa kamu berdua buat ni?" suara lelaki itu mencelah saat dia membuka pintu utama. Terkejut dia melihat sepasang lelaki dan wanita yang bukan mahram itu sedang berpelukan. Beberapa orang lelaki dibelakang orang tua itu pula menggeleng kepala.

Spontan Nik melepaskan Neldia Rose, dia mengangkat kedua belah tangannya seperti berserah. Perlahan-lahan dia menoleh memandang Neldia Rose ditepinya yang juga memandangnya dengan wajah tidak puas hati.
Ini semua salah Nik! getusku didalam hati. Apa pula yang harus mereka jawab nanti?













NIK dan Neldia Rose dibawa ke surau untuk melakukan soal siasat tentang kejadian yang berlaku tadi. Berkerut dahi Puan Haya apabila melihat kelibat Neldia Rose dihadapan surau. Lekas dia berlari anak mendapatkan anaknya.

"Neldia.. Kenapa ni? Kenapa dengan anak saya sampai ustaz bawa dia ke sini?" Soal Puan Haya kepada orang tua itu, Ustaz Aziz. Pelik apabila anak perempuannya tiba-tiba sahaja diheret ke sini bersama Nik.

Dia mengeluh kecil, kepala digelengkan berkali-kali. "Kami dapat tangkap anak kamu berdua-duaan didalam rumah siap berpelukan lagi. Jadi untuk tidak menjadi lebih rumit, kita dah hubungi orang tua lelaki itu untuk berbincang disini."kata ustaz Aziz.

"Apa?" Puan Haya terkejut. Dia menoleh memandang Neldia Rose ditepinya, malah aku hanya berpaling ke lain seperti orang tidak bersalah. Memang bukan aku yang bersalah pun. Siapa suruh Nik pandai-pandai peluk aku? Kan?

"Kenapa kumpul ramai-ramai dekat sini? Ada ceramah ke?" Sampuk Mak cik Hasnah, yang baru melangkah keluar dari pintu masjid. Kemas dengan telekung putihnya. Aiman dan Adinda juga ada mengikutinya. Pandangan Mak cik Hasnah teralih sekilas ke arah Nik yang turut berada disitu. Dia mengerut kening.

"Nik? Apa kamu buat dekat sini? Ya pun kamu rindu nak jumpa Adinda, esok-esok sajalah. Adinda takkan ke mana pun." ujar Mak cik Hasnah, sengaja dia ingin menyakitkan hati Neldia Rose.
Neldia Rose hanya membalas dengan jelingan. Malas dia hendak melayan karenah Mak cik Hasnah pada waktu itu. Ustaz aziz menghembus nafas perlahan.

"Lelaki ni datang bukan rindu anak kamu, Cik Hasnah. Tapi kami dapat tangkap dia berdua-duaan dengan anak si Haya ni." ujar Ustaz Aziz, memperbetulkan apa yang Mak cik Hasnah fikirkan tadi.

Jatuh rahangnya, terkejut mendengar berita itu. Hampir terjojol keluar matanya memandang Nik. Tak mungkin lelaki itu melakukan hal sedemikian! Adinda dan Aiman juga turut terkejut. Hancur hati Aiman bagai dihentak sesuatu yang kuat, tidak sangka apa yang Neldia lemparkan kepadanya menjadi kenyataan.

"Tak. Tak mungkin.. "perlahan suara Aiman. Terkesima.

"Mak Cik, sebenarnya semua ni salah faham. Saya tak buat apa-apa pun dengan Neldia. Saya cuma datang nak tanya sesuatu aje kepada dia, tiba-tiba kena tangkap." Pintas Nik. Cuba untuk menerangkan segalanya. Dia menoleh memandang Adinda yang berada dibelakang Mak cik Hasnah. Kelihatan jelas wajah wanita itu kesal dengan apa yang berlaku.

"Adinda, Adinda kenal abangkan? Abang takkan buat perkara bodoh macam tu! Semua ni salah faham aje! Tolong ustaz, lepaskan kami berdua. Saya dengan dia memang tak ada buat perkara yang tak senonoh. Apa yang ustaz lihat tadi bukan seperti yang ustaz jangkakan. Betul tak Neldia?" Soal Nik, memandang Neldia Rose pula. Mengharapkan wanita itu turut menyokong penjelasannya. Malah Neldia Rose hanya tersenyum sinis. Kau dah timbulkan masalah, kau ingat senang untuk tarik balik? Hanya mampu bermimpi sajalah Nik Ashraf. Desis hati Neldia Rose.

Berkerut kening Nik melihat respon daripada Neldia Rose. Takkan wanita ini sengaja nak perangkap aku supaya masuk ke jerat dia?

“Sudahlah. Apa-apa yang awak nak terangkan, kita tunggu mak dan ayah awak datang dahulu. Selepas itu, baru kita selesaikan kes ini." Cadang Ustaz Aziz.

Mak cik Hasnah menggeleng tidak setuju. "Buat apa nak tunggu dia orang ustaz? Saya syak, yang salah dalam hal ni adalah perempuan tu!" tuduh Mak cik hasnah secara melulu. Dia menunding jari tepat kearah Neldia Rose.

“Eh, kenapa pula anak aku yang kau salahkan huh? Kita langsung tak ada bukti untuk tuduh siapa yang salah!" protes puan Haya, tegas.

“Heh, tak perlu bukti pun aku tahu anak kau yang salah. Anak kau si Neldia tu memang dah kemaruk nakkan menantu aku! Aku agak-agak, anak kau ni mesti guna sihir sampai Nik datang ke rumah kau!"

“Cakap tu biar berpada-pada sikit ya, Hasnah! Walaupun anak aku ni ramai teman lelaki, dia tak pernah guna ilmu macam tu!"

“Mana kau tahu?Anak kau tu 24 jam keluar rumah. Entah dia pergi ke mana, keluar dengan siapa?! Hei, Neldia.. Kau jangan berani-berani nak rampas bakal suami anak aku. Kau tak layak kahwin dengan Nik tahu tak?!"

"Ya Allah, sudahlah! Ini masjid, rumah Allah! Tolong hormat sikit. Tak ada kerja lain ke selain kamu berdua bergaduh ditempat suci ini? Huh? Cuba bawa bertenang. Kita akan selesaikan kes ini sekejap lagi. Sabar sikit!" bentak Ustaz Aziz. Mak cik hasnah hanya menjeling. Dia memeluk tubuhnya dan berpaling ke lain, kononnya tidak mahu melihat wajah puan Haya. Benci! Meluat! Dengki! Semuanya ada.

"Neldia.. Saya tahu awak tak buat semua ni kan?"soal Aiman, memandang Neldia Rose dengan penuh sayu. Sukar untuk dia percaya wanita seperti Neldia Rose terlibat dengan kes terkutuk begini.
Neldia Rose hanya tersenyum kelat sebagai jawapan. Aku tahu, kalau aku cakap benda yang betul sekalipun, Mak cik Hasnah tak akan percaya. Malah dia akan lagi keruhkan keadaan.

"Nik!" jerit Datin Huda yang baru tiba bersama Dato Riaz. Mereka berlari anak mendapatkan Nik di hadapan pintu masjid. Lega hati Nik melihat orang tuanya yang sudah tiba. Harap-harap kes ini dapat ditutup dengan segera.

“Ustaz ke hubungi kami tadi?" Tanya Dato Riaz, hanya ingin memastikan sama ada betul ataupun tidak. Ustaz Aziz membalasnya dengan menganggukkan kepala.

"Ya. Saya yang hubungi dato dan datin. Begini ceritanya, hari ini kami ada buat rondaan pada setiap rumah. Tiba-tiba saya terdengar sesuatu dekat rumah si Neldia Rose ini, jadi kami pun pergi ke rumah untuk menjenguk apa yang jadi. Bila buka saja pintu, saya nampak anak dato dan datin peluk anak si Haya ni. Untuk menyelesaikan dengan mudah, kami bawa mereka ke sini untuk dibincang dan disoal siasat."ujar Ustaz Aziz, menceritakan dari A sampai Z dengan jelas supaya sepasang suami itu itu faham dengan situasi yang berlaku tadi.

“Ya Allah, tak mungkin anak saya buat macam tu kepada perempuan. Dia tak pernah buat kerja macam itu. Mungkin Ustaz tersalah lihat kut?" soal Datin Huda, sukar untuk dia mempercayainya.
“Betul itu! Ustaz kena percaya cakap saya yang perempuan tak guna tu yang bersalah! Dia mesti ada buat sesuatu kepada menantu saya!" Sampuk Mak cik Hasnah.

“Sabar, cik sabar. Apa-apa kita tanya perempuan itu dulu. Jangan tuduh sebarangan. Fitnah itu berdosa." tegur Ustaz Aziz. Mak cik hasnah merengus geram. Tak habis-habis nak ceramahkan orang! Macamlah dia sahaja ada ilmu agama di dunia ini. Sindirnya didalam hati. Jelingan benci dilepaskan.
Mereka menoleh memandang Neldia Rose serentak. Menantikan penjelasan daripada mulut wanita itu pula. Berdebar Nik dibuatnya, mengharapkan Neldia menceritakan perkara sebenar.

“Neldia, tolong bagitahu kami dengan jujur. Ada tak lelaki ini ambil kesempatan terhadap kamu tadi?" Soal Ustaz aziz.

Neldia Rose tersenyum menyenget. Sekilas dia menjeling memandang Adinda. Inilah masa untuk aku balas dendam!

“Yes. Dia peluk I, ustaz. Tiba-tiba masuk rumah orang, lepastu peluk I. You tak rasa pelik ke? I dah suruh dia lepaskan,tapi dia yang tak nak."

“Hei, Aku ada sebab buat semua tu! Aku datang rumah kau.. "

“Tak kesahlah. Tapi you tetap tak ada hak sampai nak peluk-peluk I even tak ada nafsu sekalipun. Betul tak ustaz?"cantasku, memotong kata-kata Nik tadi.Ustaz aziz mengangguk kepala tanda menyokong pernyataan wanita itu. Betul juga apa yang Neldia Rose sampaikan tadi.

“Tak! Saya mengaku salah saya sebab peluk dia. Tapi saya peluk sebab waktu itu dia cuba nak lari daripada saya. Sumpah demi Allah, saya tak ada niat buruk pun nak buat pada dia, ustaz." terang Nik.

“Untuk tidak menimbulkan sebarang fitnah atau penipuan. Saya rasa, elok jika kamu berdua nikah aje hari ni. Mengelak dari berlaku fitnah. Seorang cakap lain, manakala seoranglagi pun cakap lain juga. Kalau orang kampung dengar dah boleh timbul fitnah tahu?

"Apa?! kahwin? Saya tak setuju! Nik itu bakal menantu saya. Mana boleh dia berkahwin dengan perempuan tak guna tu!"bidas Mak cik Hasnah. Membantah sekeras-kerasnya.

"Betul tu ustaz, anak saya ni dah nak bertunang. Takkan dia perlu berkahwin dengan orang lain? Orang yang dia tak cinta? Tak ada ke cara lain ustaz? Tak boleh ke maafkan sahaja kesalahan anak saya?" celah Datin Huda.

“No. Sebab anak you dah sentuh I. I ni bukan perempuan murahan tau yang hanya boleh digantikan dengan maaf daripada anak you? Dia dah sesedap mulut tuduh I, jadinya sebagai tanda hormat maruah I adalah dengan cara dia kena kahwin dengan I.” laju aku membalas dengan senyum kerek.
Mak cik Hansah mendengus tidak puas hati.

“Perempuan macam kau pun masih ada meruah ke? Kau tak layaklah jadi isteri orang!” hambur Mak cik Hasnah.

“Kau diamlah nenek kebayan! I tak tanya pendapat you pun!”balasku, geram. Ada sahaja nak menyampuk si perempuan tua ni! Aku gam juga mulut dia tu nanti.
Nik menarik nafas dalam-lalam lalu dihembus perlahan cuba untuk menenangkan diri.

“Neldia, please. Aku sangup bayar berapa sahaja atas perbuatan tadi. Asalkan kita tak kahwin. Please!" rayu Nik. Dia mengenggam kedua belah tangannya seperti merayu. Berkaca anak matanya saat ini. Baru sekarang aku dapat lihat lelaki ini merayu seperti pengemis dihadapanku.

Takkala aku menggeleng dengan senyuman penuh makna.

“I am not for sale, mr Nik Ashraf."kataku. Dia terdiam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro