10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lepas makan tengahari, kami bertiga duduk di dalam bilik muzik yang berada di tingkat 3. Harini hari ahad jadi semua pelajar cuti di daerah Kuala Lumpur dan selainnya.

"Kita nak buat apa ni?" Tanya Ayyan. Jelas riak wajahnya yang dia sedang bosan tahap yang tinggi. Bukan setakat Ayyan saja, tapi aku dan Daniel sekali.

"Daniel ada barang melukis tak?" Tanya aku spontan.

"Ada, dalam bilik sebelah ada semua barang seni." Jawab Daniel mendatar. Tanpa sebarang suara, aku keluar daripada bilik muzik ini dan menuju ke bilik sebelah dimana terpadat barang-barang seni yang dikatakan oleh Daniel tadi. Pintu bilik itu di buka. Suis lampu ditekan supaya bilik menjadi terang. Aku terbatuk sedikit kerana banyak habuk masuk ke dalam lubang hidung. Pelik kan? Hidung yang masuk habuk tapi mulut yang keluarkan batuk.

Buku lukisan, pensel 2B, cat poster dan berus aku ambil. Semua barang aku letak dalam sebuah bakul besar. Kemudian, aku masuk semula ke dalam bilik muzik bersama barang-barang tersebut. Ayyan dan Daniel hanya melihat aku. Aku meletakkan bakul itu di hadapan mereka berdua. Aku keluarkan semua barang dan meletaknya di atas lantai. Bakul disimpan di atas meja.

"What are you doing?" Tanya Ayyan pelik. Dia pandang aku dengan pandangan yang lain macam.

"Drawing." Jawabku sepatah sambil mengoyakkan sehelai kertas lukisan daripada buku lukisan. Buku kosong dijadikan sebagai alas.

"Azreen minat melukis ke?" Tanya Daniel.

"Ya."

"Kenapa?" Daniel memberi soalan yang kurang cerdik tetapi aku hanya melayan sahaja.

"Melukis boleh menghilang rasa bosan dan stress. Melukis dapat mengawal segala emosi. Kalau kita sedih, lukisan akan jadi sedih, Kalau kita gembira, lukisan akan jadi gembira juga." Terang aku sambil ketawa kecil. Aku sendiri pun tak faham aoa yang aku kata.

"Ayyan, jom melukis sekali." Ajak Daniel teruja. Ayyan mengangukkan kepalanya. Mereka berdua mengoyakkan kertas lukisan dan mula melukis ikut perasaan sendiri. Mereka semua melukis ditemani dengan lagu yang keluar dari corong telefon pintar Daniel.

Dua jam kemudian, kami bertiga selesai melukis siap warna dengan car poster lagi. Wah! Tak sangka air tangan kami bertiga sangat cantik dan memuaskan mata orang memandang. Tiga lukisan itu dijemur pada siling tingkap oleh kerana matahari masih berdiri teguh di atas langit. Cat poster masih belum kering sebab itu lah perlu jemur dahulu.

***

Kami bertiga duduk bersila di atas lantai. Ramen Samyang perisa keju di hadapan ditenung lama. Bilik muzik masih lagi menjadi tempat lepak kami tapi kali ini Hazmi dan aliff turut ada sekali dan sekarang ni, aku seorang je perempuan. Tak mengapa, Abang-abang ni baik lagi pemurah orangnya.

"Are you ready?" Tanya aku semangat. Aku pandang ke semua jejaka di hadapan. Mereka semua menganguk sambil berkata "Yes!" dengan serentak.

"Dengan kiraan satu, dua, tiga, mula! " kata aku sedikit kuat. Mereka berempat mula makan ramen samyang itu. Aku hanya merakam video mereka sedang berlawan dan siapakah yang akan menang? Tunggu je lah nanti.

10 minit sudah berlalu tetapi masih tiada seorang lagi yang menghabiskan ramen itu. Ramen Aliff dan Hazmi masih banyak manakala Daniel dan Ayyan tinggal sedikit. Aku yang terliur pun terus gatal nak minta Ayyan tapi Ayyan tak bagi sebab takut main kotor pula, suap orang lain makan.

"I'm a winnerrrr!!!!" Jerit Daniel sekuatnya. Aku masih merakam part tadi, biar kita badi dia malu sikit.

"Reen berhenti." Arah Daniel. Aku menamatkan rakaman dan meletakkan telefon pintar di atas lantai. Aliff dan Hazmi serta-merta belari ke arah peti sejuk yang berada di bilik muzik ini. Sekotak air susu di ambil dan minum tanpa mempedulikan tuan rumah ini.

"Jadi dah menang, nak apa sebagai hadiah?" Tanya Ayyan. Ramen yang masih berbaki itu di bagi kepada aku yang dari tadi menelan air liur. Aku ambil dan makan dengan selera ramen Ayyan. Fuh, sedap tapi tak cukup. Oleh itu, Aku ambil ramen milik Aliff dan Hazmi lalu memasukkan ke dalam mangkuk milik Ayyan.

"Aku punya pun kau nak ambil ke?" Hazmi mencebik. Dia baru nak habiskan tapi ada seorang manusia yang dah makan dahulu.

"Nak apa sebagai ganjaran?" Tanya Ayyan lagi. Daniel hanya mendiamkan diri tanda berfikir panjang.

"Aku nak esok Azreen naik kereta aku pergi sekolah. Just me and her!" Kata Daniel selamba.

Aku tersedak apabila mendengar ayat itu. Tekak terus terasa pedas. Boleh bayangkan tak? Kalau kau tengah makan benda pedas lepastu kau tersedak habis tekak tu rasa pedas dengan panas.

"Ya Allah Reen! Hati-hati lah sikit. Nanti merah muka tu." Marah Ayyan. Daniel belari ke arah peti sejuk untuk mengambil sekotak air susu buat aku. Dia memang suka jadi hero aku ke? i

"Nah!" Daniel menghulurkan cawan dan sekotak air.

"Terima kasih." Kataku apabila tekak sudah terasa basah sepenuhnya.

"Lain kali jangan buat perangai macam ni lagi." Pesan Aliff cermat.

"Ini semua salah-" Kata-kata Hazmi terpotong.

"Tengku Daniel!" Sambung kami semua kecuali Daniel.

"Hehehehe." Daniel hanya tersengeh.

"Daniel cakap apa tadi?" Tanya aku ingin kepastian.

"Daniel nak reen naik kereta Daniel pergi sekolah esok. Hanya Reen tiada orang lain." Kata Daniel sambil menyimpan perasaan malu.

"Itu ke yang kau nak sebagai juara ramen challange?" Tanya Ayyan tidak percaya.

"Haah. Hanya itu." Jawab Daniel sambil tersenyum.

"Boleh je, kalau nak masuk meminang pun boleh." Usik Ayyan selamba.

"Ayyan!!" Jerit aku kuat. Habis muka aku merah mengalahkan buah tomato. Aku yang geram lantas mengejar Ayyan yang sedang sibuk melarikan diri.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro