12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tepat saja pukul 9 pagi, waktu rehat telah bermula. Aku mengemas kelas dahulu sebelum turun rehat kerana harini aku bertugas seorang diri. Qisha menungguku di bawah atas arahan aku sendiri.

"Hai Reen." Suara Danish kedengaran di luar kelas. Aku menolehkan kepala ke arah pintu untuk melihat gelaran pemilik suara itu.

"Hai Danish." Balas aku malas. Siapa je tak kenal Danish? Pelajar paling nakal dalam tingkatan ni. Danish masuk ke dalam kelas. Pintu kelas di bahagian belakang dan di hadapan di kunci olehnya. Aku yang terkejut serta-merta menoleh ke arah dia.

"Kenapa tutup pintu?" Tanya aku separuh cemas. Tiba-tiba aku menjadi cuak dan takut. Bulu roma serta-merta berdiri tegang.

"Janganlah takut sayang." kata Danish manja. Tie dilonggarkan dan di campak ke atas lantai.

"Ka-kau nak bu-buat a-apa?" Tanya aku gagap. Penyapu yang dipegang terjatuh ke atas lantai. Keadaan jadi sunyi. Danish menghampiri aku yang dalam keadaan takut. Dia membuka butang baju satu-persatu. Baju kemeja sekolah itu dibuang ke atas lantai. Tali pinggang bewarna hijau gelap di buka dan di campak ke arah meja berdekatan. Aku yang cuak terus menjerit lantang.

"Kau nak buat apa ni?"

***

Instafamousboy tidak turun rehat hari ini kerana mahu membuat rondaan di kawasan persekitaran sekolah. Baru-baru ini ada kes barang hilang di dalam kelas, jadi kes itu diserahkan separuh kepada mereka berempat. Walaupun mereka tidak turun ke bawah, masing-masing sedang memegang satu cawan air minuman.

"Kau ada dengar suara orang menjerit tak?" Tanya Ayyan. Dia menghirup air minumannya setelah berkata. Instafamousboy yang lain mendiamkan diri buat beberapa saat untuk memastikan apa yang dikatakan oleh Ayyan iya atau tidak.

"Tak ada." Mereka bertiga berkata serentak. Kepala juga turut di gelengkan berulang kali. Ayyan memberi jelingan maut. Kalau iya pun tak ada, janganlah sampai buat muka macam tu.

"Ronda sekali lagi?" Ayyan membuat candangan. Semua orang menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Mereka sekarang berada di pondok berhampiran surau.

"Ini ke pengawas?" Ayyan memerli. Dia buang bekas minuman ke dalam tong sampah apabila air minumannya telah habis. Daniel, Hazmi dan juga Aliff memberi jelingan maut kepada Ayyan. Bukan mereka tak mahu tetapi mereka malas membuat rondaan di kawasan blok akademik.

"Aku bukan pengawas tapi penganas."

***

Qisha pov

Lagi 5 minit rehat nak habis tapi Azreen tidak muncul-muncul di hadapan aku. Aku yang risau akan dia terus bergerak ke kelas. Aku ternampak instafamousboy di tingkat 2 yang mahu ke tingkat 3. Aku datang menegur mereka semua.

"Kenapa naik atas ni?" Aku ditegur dulu oleh mereka.

"Azreen, Azreen!" Kata ku dalam keadaan cuak. Ayyan menjadi risau bila nama adiknya disebut begitu.

"Kenapa dengan Reen, Qisha?" Tanya Ayyan cemas. Jelas riak wajahnya berubah kerisauan.

"Tadi dia kena kemas kelas tapi rehat dah nak habis pun dia belum muncul kat Kafe. Aku risau kalau ada jadi apa-apa dekat dia, sebab tu lah aku nak naik kelas ni." Terangku panjang lebar. Bukan setakat Ayyan malah seluruh ahli instafamousboy memberi reaksi terkejut. Tanpa membuang masa, kami semua bergegas naik ke tingkat 3.

"Pintu tertutup, mesti dia ada kat dalam." Aku cuba meneka. Kami semua belari ke arah kelas tersebut. Pintu kelas terkunci dari dalam. Kami membuat keputusan untuk memusnahkan pintu kelas itu. Pintu selamat terbuka selepas Ayyan dan yang lain menendang kuat ke arah pintu tersebut.

"Tak guna!" Tengking Ayyan kuat. Sebaik pintu kelas terbuka, Azreen sedang terbaring di atas lantai dengan baju terbuka sedikit di bahagian atas manakala Danish sedang bermain-main dengan rambut Azreen.

Ayyan menarik badan Danish daripada Azreen. Dia menumbuk sekuat hati ke arah muka Danish. Danish jatuh tersungkur kerana tidak melawan tumbukkan daripada Ayyan, dia tahu dia salah. Aku serta-merta berlari ke arah Azreen. Baju Azreen dibutang semula. Aku memangku kepala Azreen di atas riba.

"Daniel, panggil cikgu! Kepala Azreen berdarah." Jerit aku lantang.  Maka dengan itu, Daniel terus keluar daripada kelas dan menuju ke pejabat sekolah.

"Apa kau dah buat dekat adik aku haa?!" Tengking Ayyan kuat. Danish sudah menelan air liur. Baru saja Ayyan mahu menendang Danish seperti bola sepak, Aliff dan Hazmi telah menghalangnya. Kini badan Ayyan dipegang kuat oleh mereka berdua.

"Sabar bro." Aliff cuba tenangkan Ayyan yang sedang baran.

"Dia nak rogol adik aku. Tak akan aku nak diamkan diri?!" Ayyan membalas dalam nada yang marah.

"Ye aku tahu tapi janganlah pukul dia. Kalau kau pukul dia, nanti kau juga yang kena dengan polis." Kata Hazmi lantang dan keras. Ayyan ni jenis keras kepala. Jadi kalau nak nasihat, kena tegas dan garang sikit. Aku yang melihat mereka bertiga, tiba-tiba mengalirkan air mata. Tak sangka, Ayyan begitu sayang adiknya.
"Sha..." Aku lantas menoleh ke arah Azreen. Dia cuba mengatakan sesuatu tetapi aku tidak faham. Oleh itu, aku terpaksa memanggil Ayyan.

"Yan, Reen panggil."

Aku angkat kepala Azreen perlahan-lahan dan meletakkannya di atas riba Ayyan pula. Aku lantas berdiri. Biarlah bagi peluang kepada mereka berdua bercakap pula sementara menunggu Cikgu datang.

"Reen tahan. Nanti aku bawa kau pergi hospital." Ayyan berkata sambil mengusap lembut kepala Azreen.

"Aku sayang kau." Itu lah ayat terakhir yang keluar dari mulut Azreen sebelum matanya tertutup rapat.

"Azreen!!!"

end pov

***

Pengetua memberi kebenaran kepada semua pelajar untuk pulang awal ke rumah. Tiga buah kereta polis berserta sebuah ambulans berada di dalam kawasan sekolah. Semua orang yang ada kaitan, berkumpul di tempat kejadian.

"Apa yang tak kena dengan kamu Danish? Kamu pelajar cemerlang sekolah kita tapi kenapa kamu buat perangai macam tu?" Tegur Cikgu Hafidz sambil menggelengkan kepala. Mungkin dia kecewa dengan sikap pelajarnya yang satu itu.

"Saya terpaksa. Maafkan saya cikgu. Saya tak nak masuk penjara." Danish mengeluarkan air mata jantannya. Dua pegawai polis menggari tangan Danish dan mereka membawa Danish pergi.

"Ayyan tolong aku. Aku tak sengaja." Sempat lagi dia berkata. Disebabkan Ayyan membuka mulut untuk membalas, dua pegawai polis itu berhenti beberapa minit.

"Aku tak kesah lah kau tak sengaja ke sengaja ke, yang penting aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau berambos sekarang!" Suara Ayyan kian meninggi. Dua pegawai polis tadi lantas membawa Danish pergi.

"Sabar." Daniel menggosok bahu Ayyan perlahan. Ayyan melepaskan keluhan yang berat.

"Ayyan." Puan Pengetua menegur anak muda itu dengan lembut.

"Ya Maksu?" Ayyan lantas membalas.

"Maksu dah telefon ibu bapa kamu. Katanya petang nanti sampai. Sekarang kamu boleh pulang ke rumah dahulu." Ujar Pengetua. Ayyan hanya memberi satu senyuman manis. Puan Pengetua dan Cikgu Hafidz meninggalkan tempat kejadian memandangkan semua polis dan ambulans sudah tiada.

"Korang berdua pergi balik rumah. Biar aku teman Yan." Kata Daniel dengan senyuman.

"Tak ada. Aku pun nak ikut." Aliff dan Hazmi berkata serentak. Daniel membuat muka menyampah apabila dua kawannya itu tidak mendengar arahan ringkasnya.

"Korang, aku balik dulu." Qisha meminta izin. Instafamousboy mengangguk.

"Tolongla dengar arahan aku." Kata Daniel sedikit tegas.

"Tak nak." Aliff dah Hazmi menjelirkan lidah ke arah Daniel. Ayyan tersenyum sedikit.

"Ish!" Daniel merungut.

"Jom." Aliff dan Hazmi menarik tangan Ayyan dan meninggalkan Daniel seorang diri. Mereka berempat pulang ke rumah untuk menyalin pakaian. Kemudian, baru lah mereka pergi ke hospital untuk melihat keadaan Azreen.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro