19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"You?"

"Kenal ke?" Qisha memandang ke arah aku dan Faris silih berganti. Mukanya terlihat kehairanan. Aku menjawab soalannya dengan jawapan yang berbeza daripada soalan, "Dia langgar aku tadi." Qisha membuat mulut berbentuk 'O'.

"Maaf sekali lagi." Faris meminta maaf sambil menunduk sedikit.

"It's okay."Balas aku sedikit ramah.

"Faris Mohd Faizal." Dia memperkenalkan diri dengan segaris senyuman di bibir. Aku membalas kembali, "Puteri Azreen Mikail." Faris tersenyum selepas mendengar namaku.

"Nice to meet you Azreen. Ingatkan tak pandai bahasa melayu."  Katanya.

"Muka aku tak nampak macam orang melayu ke?" Wajah bengang di tayang.

"Tak. Nampak macam orang putih." Balasnya. Aku sekadar membalas, "Okey."

Dia pandang ke arah depan semula. Aku keluarkan alat tulis dan menyalin apa yang dicatat oleh Puan Maira di papan putih. Masa selama satu jam hanya dihabiskan dengan menyalin nota. Peperiksaan nak dekat, mungkin sebab itu Cikgu selalu bagi nota dan latihan.

Kelas sejarah habis begitu cepat. Buku latihan perlu di hantar manakala buku nota aku simpan semula di dalam beg sekolah. Cikgu keluar bersama buku latihan di tangan.

"Kau chat buah hati ke?" Aku meneka. Qisha yang terkejut dengan soalan aku terus membalas, "Mana ada." sambil terbalikkan telefon pintarnya.

"Eh, dengan aku pun nak berahsia ke?" Aku pandangnya tak puas hati. Dia tersenyum kecil. Dia mendekati aku sambil menunjuk 'nama' yang dia mesej sambil tersenyum.

"What the hell." Qisha membuat isyarat senyap dengan jari di bibir. Aku menggelengkan kepala. Aku menoleh ke depan. Alangkah terkejutnya aku bila Faris tenung ke arah aku.

"Nak apa?" Tanya ku sedikit malas.

"Tak ada apa-apa." Jawabnya ringkas.

"Habis tu, kenapa pandang aku macam tu." Tanya ku lagi. Dahi dikerutkan tanda menyampah.

"Tak ada apa-apa." Katanya lagi.

"Boleh tak stop cakap tak ada apa-apa, tak ada benda lain ke nak kata?" Tanya ku bengis. Dia cabar tahap kesabaran aku.

"Okay sweetheart." Jawabnya. Dia terus memusingkan badan ke hadapan. Senyuman di bibirnya masih mekar. Aku yang pandang pun naik menyirap.

Ting Ting !

Notifikasi telefon pintar aku berbunyi. Mesej daripada Daniel aku baca di WhatsApp.

B🙈❤

kenapa lelaki depan sayang tadi tenung sayang lama

Aku tersentak. Adakah dia nampak? Lantas aku menoleh ke luar kelas, ternyata di bagunan sebelah ada kelas 6V. Dia memberi jelingan maut kepada aku.

Entah

Aku tersenyum sedikit. Tanpa sedar, Faris memandang ke arah aku.

Boyfriend maybe, omel hati Faris. Dia terus memusingkan kepalanya ke hadapan.

"Boyfriend eh?" Usik Qisha di sebelah. Dia sempat menyengol lengan aku dengan lembut. Aku terdiam seketika.

"Mana ada." Nafi aku. Qisha memberikan renungan yang tidak puas hati.

"Kalau tak kenapa senyum macam tadi tu " Tanya Qisha sinis.

"Ayyan la." Nafi ku lagi. Kali ini dia percaya bulat-bulat.

Ayyan? Tengku Ayyan ke? Anak Datuk Mikail itu ke? bisik hati Faris. Dia dari tadi yang kusyuk mendengar perbualan dua perempuan di belakang terus menoleh ke arah belakang dan mata kami bertembung.

"Kau kenapa?" Tanya aku.

"Tak ada apa-apa. Aku cuma nak tanya satu soalan je. Kenapa selama ni aku tak nampak kau? Pelajar baru ke?" Tanya dia. Aku tergelak kecil, dia belum tahu rupanya.

"Actually, aku koma hampir 2 bulan lepas sebab tu kau baru nampak aku harini. Kau jangan terkejut sangat lah." Kata aku. Buku addmath aku ambil di bawah meja. Pensel 2B aku keluarkan sebagai peconteng jalan kerja nanti. Faris sudah memandang ke arah depan apabila sudah dapat jawapan dari soalannya. Aku memulakan ulang kaji sementara menunggu cikgu masuk ke dalam kelas.

Di dalam kelas 6V, Daniel dan yang lain duduk di satu meja. Mereka sedang menunggu giliran untuk membuat eksperimen.

"Sekolah kita ada budak baru ke?" Tanya Daniel.

"Ada. Tak silap aku budak satu kelas dengan Reen." Hazmi memberikan jawapan.

"Kenapa?" Kini Ayyan mula bersuara. "Tak ada apa. Tadi aku nampak ada budak berbual mesra dengan Reen. Siapa nama dia?" Tanya Daniel lagi.

Ayyan mengangkat bahu diikuti dengan Aliff juga.

"Kalau tak silap aku, nama dia Faris." Kata Hazmi keraguan. Riak wajah Ayyan dan Daniel berubah 360° serta-merta.

"Faris Mohd Faizal?" Tanya Ayyan. Jelas riak wajahnya bertukar cuak. Daniel terdiam. Kata-kata Faris mula bermain di kotak fikirannya. Dia menjadi buntu, apa betul Faris akan berbuat demikian?

"Haah. Ada apa-apa tak kena ke?" Tanya Hazmi. Pelik bila lihat muka sahabatnya bertukar bengis. Mereka bertiga terdiam.

"Tak kan kau tak ingat Faris mi?" Tanya Aliff. Hazmi membuat muka, apa kena dengan kawan aku ni.

"Faris? Kenapa dengan dia?" Tanya Hazmi.

"Faris abang Bella tu." kata Aliff. Hazmi tersentak.

"Takkan lah dia masuk sini sebab nak balas dendam? Ew tak matangnya." Kata Hazmi tanpa perasaan.

"Perkara tak matang tu lah kita kena hati-hati. Lagi-lagi dia satu kelas dengan adik aku, Mi." Ayyan tepuk bahu Hazmi separa kuat. Hazmi sekadar mengangguk.

***

"Weh! Kenapa aku rasa dia ni scary semacam." Aku berbisik kepada Qisha. Qisha yang mendengar terus memandang ke arah Faris.

"Perasaan kau je kut. Lagi pun dah sebulan dia kat sini, aku tengok elok je." Qisha membalas. Aku menjawab soalan addmath yang tertangguh.

"Reen ajar aku addmath." Aku yang terkejut terus mengangkat muka. Wajah Faris yang gembira kelihatan. Aku memandang Qisha sambil menelan air liur.

"Don't worry." Qisha menepuk bahu aku perlahan.

"Kenapa ni? Aku takutkan kau ke Reen?" Faris menyoal. Aku lantas menggeleng. Buku addmathnya aku tarik.

"Kau ingat aku pandai addmath?"

"Kalau addmath  boleh dapat A setiap kali ujian, bukan ke pandai namanya tu?" Qisha menyelit. Aku memukul lengan Qisha.

"Ish kau ni. Aku baru ingat nak tengok otak dia sehebat mana." Aku menjeling.

"Otak aku sehebat dapat addmath lulus je." Balas Faris.

"Kalau macam tu macam mana boleh masuk kelas ni? Ke kau saja nak masuk kelas ni?" Aku memberi pandangan yang penuh tanda tanya. Di sudut hatiku, jelas yang dia sungguh mencurigakan.

"Lulus aku tu bukan cukup-cukup makan tapi B+" Dia menjeling.

"Lain kali jangan lah kata setakat boleh lulus." Tanpa sebarang kata aku memukul kepalanya menggunakan pensil kayu.

"Maaf." Aku yang baru tersedar terus menggaru kepala yang tidak gatal.

"Untungla pandai. Aku addmath boleh score C je." Qisha mengeluh.

"Tak apa. Nanti nak SPM kita belajar sama-sama." Faris memberi cadangan.

"Nak dekat SPM baru nak belajar? Macam mana nak score A. Lain kali buat persediaan dari awal tahun bukan nak dekat baru nak belajar." Aku membidas.

"Baiklah bos." Qisha dan Faris berkata serentak. Aku membantunya membuat jalan kira bagi beberapa soalan. Cikgu yang berada di hadapan tersenyum manis melihat kami bertiga.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro