22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku dan Qisha duduk di bawah kipas bahagian belakang. Pelajar lelaki mula masuk ke dalam surau sebaik saja pelajar perempuan sudah duduk dalam kumpulan masing-masing.

"Diminta semua lelaki masuk ke dalam kumpulan yang ada. Hanya seorang lelaki dalam kumpulan jadi satu kumpulan ada dua orang perempuan dan satu lelaki. Harap maklum." Kata cikgu Azian lantang semasa pelajar lelaki memasuki surau. Dengan itu, Faris datang ke arah aku dan Qisha.

"Boleh aku masuk kumpulan ni?" Tanyanya dengan senyuman.

"Masuk jelah." Kata aku perlahan. Pen berwarna hitam dan biru aku keluarkan. Test Pad aku keluarkan dari dalam beg juga.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Faris perlahan.  "Entahlah. Sejak dia keluar tadi, dia jadi macam tu." Jawab Qisha.

"Dia keluar dengan siapa tadi?" Tanya Faris rancak. "Ayyan." Aku membalas. Mereka berdua menoleh ke arah aku serentak.

"Apa?" Tanyaku tak puas hati.

"Tak ada apa-apa." Mereka berdua berkata serentak.

"Harini kita akan belajar tentang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam." Kata cikgu Azian lantang di hadapan. Semua pelajar mula menadah telinga tetapi bukan aku.

"Azreen!" Panggil cikgu Azian mendatar. Semua pelajar memandang ke arah ku. Aku tersedar apabila Qisha menyengol bahu ku. "Ha, ya!" Jawab ku.

"Mengapakah masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan ataupun zaman jahiliah?" Tanya cikgu Azian. Aku terdiam memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan tersebut.

"Kerana keruntuhan Empangan Maarib." Jawabku ringkas.

"Ingat tak dengar tadi." Cikgu Azian sambung mengajar di hadapan. Aku melepaskan nafas lega. Fikiran mula melayang sekali lagi. Qisha yang memerhati hanya mampu mendiamkan diri.

Tiga Puluh Minit sudah pun berlalu. Masa pendidikan islam tinggal satu jam maka dengan itu Cikgu Azian mengarahkan kami untuk membuat kerja secara berkumpulan.

"Kamu semua boleh mula sekarang." Kata cikgu Azian lantang. Aku yang terdengar mengangkat muka ke arahnya. Dia sudah pun duduk di atas tikar surau.

"Reen, kau dengar tak cikgu cakap apa tadi? " Tanya Qisha. Aku menoleh ke arahnya lalu berkata "apa?" .

"Ya Allah. Cikgu suruh buat peta minda ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Lepastu, cikgu akan pilih beberapa kumpulan untuk bentang di hadapan." Kata Qisha panjang. Aku hanya mendengar dengan teliti.

"Kau buat lah Faris." Kad manila berwarna putih pemberian cikgu Azian tadi aku campak ke arah Faris.

"Ikut je lah Faris." Kata Qisha perlahan sambil memukul peha Faris menggunakan pen berwarna merah.

"Baik." Faris menganggukkan kepalanya.

Aku hanya duduk diam memerhati setiap pergerakkan mereka berdua. Qisha menolong Faris melukis bulatan.

"Reen, kaum hadhari tinggal kat mana?" Tanya Faris. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah selamba, "Kota lah. Tak kan kau tak tahu!" Jawab ku dengan sinis di bibir.

"Aku saja nak uji kau tadi. Aku semestinya dah tahu." Balasnya.

"Kaum badwi pula?" Tanyanya lagi.

"Hidup secara normad. Macam kau." Balasku selamba. Setelah semua selesai membuat tugasan, cikgu Azian mula memanggil kumpulan.

"Kumpulan Amirul bangun dan bentang." Ujarnya. Semua pelajar memandang ke kumpulan arahnya. Kumpulan Amirul bangun sambil membawa kad manila ke hadapan. Kami semua hanya diam dan mendengar pembentangan mereka.

"Seterusnya, Azreen." Aku yang terkejut lantas memusingkan kepala ke arah cikgu. Kesemua pelajar kini memandang ke arah aku. Tanpa banyak kata, kami bertiga keluar ke hadapan surau. Kad manila di pegang oleh aku dan Qisha. Faris memulakan pembentangan dengan baik.

***

"Asal addmath je dua orang ni dapat markah penuh." Hazmi bersuara sambil melihat kertas ujian minggu lepas miliknya.

"Asal tak dapat A+  je mesti Hazmi." Aliff bersuara sambil melihat kertas ujiannya.

"Asal nak bergaduh je korang berdua." Daniel bersuara.

"Korang ada otak robot ke sampai boleh dapat full mark addmath?" Tanya Hazmi tak puas hati. Ayyan dan Daniel sekadar tersenyum ke arahnya.

"Ish tahulah pandai." Hazmi mencebik.

"Tadi kau kata asal tak dapat A je aku kan? Kau pun sama mana pernah dapat A+." Ujar Hazmi sambil menjeling ke arah Aliff.

"Sekurang-kurangnya aku dapat A- daripada kau B." Aliff menjelir.

"Ehem, sekurang-kurangnya aku dapat A daripada kau A- je." Semua mata memandang ke arah Damia yang sedang bersilang tangan. Mereka berempat berpaling semula tanpa berkata apa-apa.

"Hello?" Damia memetik jarinya di hadapan mereka semua untuk dapatkan perhatian.

"Mama aku pesan, kalau ada langau singgah kita kena diam sebab takut langau tu suka dekat kita pula." Hazmi bersuara sambil duduk tegak. Aliff tiba-tiba menepuk tangan sekuat hati.

"Bagusnya mama kau."

"Mama aku juga ada pesan, kalau langau ada singgah kita kena diam sebab takut langau tu berak pula." Aliff menahan tertawa dengan senyuman lebar. Hazmi pula menepuk tangan sekuat hati. Ayyan dan Daniel hanya perhatikan tingkah laku mereka berdua.

"Ada lori ada bas, lain hari aku balas." Damia beredar daripada situ.

"Hoi! Ingat kau sorang je pandai pantun? Aku pun pandailah." Hazmi menjerit dengan kuat ke arah Damia pergi.

"Apa pantun kau?" Aliff cuba menyakat kerana dia tahu Hazmi bukannya pandai berpantun sangat.

"Seekor keldai makan rumput, aku tak takut." Hazmi menjerit lagi sekali.

"Pantun kau band 1." Aliff menjelir.

"Biarlah." Hazmi mencebik.

"Macam budak-budak dua orang ni." Ayyan bersuara perlahan.

"Haih, belum matang lagi rupanya kawan kita ni." Daniel menggeleng.

"Kami dengar." Hazmi dan Aliff memandang ke arah Ayyan dan Daniel dengan pandangan yang tajam.

***

"Terima kasih." Aku tersenyum ke arah Qisha sambil memegang secawan minuman berperisa latte. Qisha turut tersenyum melihat aku tersenyum. Dia lega kerana aku dapat tersenyum ceria seperti itu.

"So, what's wrong with you?" Qisha mula bertanya untuk mendapatkan info. Aku sekadar menggeleng dan mengangkat kedua-dua belah bahu.

"Ala, dengan aku pun nak berahsia ke?" Qisha mencebik.

"Betul aku tak ada apa-apa. Tadi tu aku masam muka sebab Ayyan."

"Kenapa? Dia buat apa?" Qisha mula mendesak aku untuk memberitahu.

"Dia su-"

"Mari balik." Aku yang baru saja ingin katakan suruhan Ayyan terpaksa berhenti. Ayyan yang tiba-tiba muncul terus menarik tangan aku hingga ke parking kereta. Dia memaksa aku memasuki kereta. Aku menutup pintu keretanya dengan kuat tandas protes.

"Kereta aku!" Ayyan menjerit. Aku hanya buat tak tahu. Dia menghidupkan enjen kereta. Kemudian, penghawa dingin kereta dihidupkan di tahap ke-2.

"Panas." Aku pusingkan ke tahap ke-4. Ayyan yang baru saja ingin memusingnya semula terhenti apabila dengar jeritan kuat aku.

"Okey-okey. Jangan jeritlah! Sakit telinga aku." Ayyan membebel. Aku mengajuknya menggunakan bibir dan tangan. Muka juga turut dibuat bagi menambahkan kemarahannya.

"Jangan bagitahu Qisha tentang Faris." Ayyan bersuara tegas.

"Kena-"

"Aku cakap jangan. Janganlah pandai. Kau cakap je apa-apa, aku akan buat untuk kau satu hari je. Ingat satu hari je aku bagi." Ayyan keluar dari perkarangan sekolah. Aku berfikir sejenak.

"Aku dah buat keputusan." Aku menjerit sekali lagi. Ayyan yang terganggu terkeluar dari jalan sedikit. Kemudian, dia masuk semula ke jalan tar sepenuhnya.

"Kau nak bunuh aku ke?" Aku bernafas tercungap-cungap akibat terkejut.

"Lain kali janganlah jerit. Apa keputusan kau?"

"Aku terima cadangan kau jadi hamba aku satu hari!" Aku menjerit sekali lagi. Kemudian, aku pandang ke luar tingkap sambil berpeluk tubuh.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro