24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan kerana ada perhimpunan rasmi sebentar lagi. Semua guru sudah mula duduk di tempat masing-masing. Pengawas juga telah mula menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang berguna.

Aku beratur bersama Qisha di barisan kelas ku. Matahari sudah pun memancarkan sinaran kepada warga sekolah Victon. Pengerusi majlis memulakan peranannya.

Selama Pengerusi bercakap, aku dan Qisha tidak henti-henti bercakap. Walaupun salah perlakuan ini, kami tak ambil kesah pun. Apa salahnya sekali sekala langgar peraturan perhimpunan rasmi.

"Dengan segala hormatnya, dipersilakan Puan Airin selaku pengetua Viction highschool untuk memberikan ucapan." Tepukkan tangan dari pelajar junior kedengaran. Aku hanya diam memandang ke arah Pengetua

"Hari sukan sekolah akan tiba tidak lama lagi, dengan ini saya minta semua pelajar tingkatan satu hingga enam berada di dewan pada waktu rehat berserta dengan guru-guru sekali." Suasana di dataran menjadi riuh-rendah. Semua orang tidak habis-habis bersorak kegembiraan. Pengawas mula naik pening untuk mendiamkan kembali semua pelajar.

"Kalau kamu semua bising, saya akan batalkan hari sukan di sekolah kita." Ugutan Pengetua berjaya membuatkan semua pelajar mendiamkan diri. Selama 40 minit perhimpunan berlangsung akhirnya tamat juga.

Semua pelajar mula masuk ke dalam kelas untuk memulakan  pembelajaran seperti biasa. Aku dan Qisha jalan bersama-sama menuju ke kelas. Segala gosip terhangat di sekolah aku dengar dari mulut manis Qisha. Gelak tawa memenuhi sepanjang jalan ke kelas.

"Wah! Puteri sekolah kita dah kembali semula. Ingatkan dah mati rupanya belum." Sindir Dayana sinis. Pelajar yang berada di koridor tingkat empat mula memberi perhatian.

"Wah! Diva lembik dah kembali. Ingatkan dah bisu sebab tak ada dengar khabar angin." Sindir aku pula. Jelas riak wajah mereka berubah apabila mendengarnya.

"Jaga sikit mulut kau." Marah Ain. "Mulut aku suka hati aku lah. Memang aku kena jaga mulut aku sendiri. Aku tak suruh kau jaga pun." Sambung aku lagi.

"Kau tunggu Azreen!" Kata Dina sambil menunding jari ke arah aku. "Aku sentiasa tunggu diva lembik beraksi." Kata ku sinis.

"Dah lah diva lembik. Ada hati nak kacau puteri sekolah." Kata Qisha sambil bersilang tangan di dada. Mereka bertiga mengerutkan dahi.

"Girls, jom!" Arah Dina. Ain dan Dayana mula mengikut langkah Dina ke kelas. Aku memandang ke arah Qisha di sebelah,"Jom lah masuk kelas. Cukup lah tayang muka kat orang ramai ni." Aku menarik tangan Qisha sehingga tiba di hadapan pintu kelas 5V.

Ayyan duduk bersila di atas lantai selepas penat bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Kelas 6V akan sukan sekali dengan kelas 6K jadi instafamousboy kena hadap muka diva lembik yang tak habis-habis mengedik.

"Air, bro?" Tanya Aliff sambil menghulurkan sebotol air mineral kepadanya.

"Thanks." Air mineral itu Ayyan ambil dan minum dengan selera.

"Sama-sama."

"Aku dengar cerita kau datang rumah Ayyan semalam." Bahu Daniel ditepuk oleh Hazmi.

"Ha'ah. Ada masalah?" Tanya Daniel malas. Dia meneguk lagi air mineralnya yang masih berbaki.

"Wah! Dapat jumpa girlfriend." Sindir Hazmi dengan tawanya. Daniel dan yang lain hanya memandang sepi ke arah Hazmi.

"Lawak kau tak menjadi mi!" Kata Aliff dan mereka semua tertawa kecuali Hazmi.

"Kenapa korang ketawa?" Tanya Hazmi pelik. Mereka semua berhenti ketawa selepas itu.

"Tak ada apa-apa." Kata Ayyan selamba. Peluh di dahi di lap dengan kain tuala berwarna biru muda pemberian Azreen pada hari lahirnya tahun lepas.

"Hye boys!" Tegur Dina sambil tersenyum manis. Mereka bertiga duduk di atas lantai berhadapan dengan instafamousboy.

"Diva muncul pula." Guman Hazmi perlahan. Tanpa buang masa, mereka bertiga pergi ke arah crush masing-masing.

"Sayang haus?" Tanya Dina. Lengan Daniel dirangkul kemas supaya tidak terlepas. Daniel naik rimas dengan perlakuan Dina ni.

"You lepas!" Marah Daniel. Pelajar yang lain tetarik dengan drama pagi ini.

"Tak nak. I tak nak lepas. I nak bersama you every time." Kata Dina mengada. Daniel terus alihkan tangan Dina itu.

"Sayang tengok kawan you tu. Kenapa dia jahat sangat dengan kawan i. You marah lah dia." Dayana bersuara akhirnya. Dia cuba merangkul lengan Ayyan tetapi tidak berjaya kerana adanya Hazmi.

"Eh, jangan nak gatal sentuh dia. Kau dengan kawan kau boleh berambus!" Hazmi menolak Dayana ke arah Ain yang masih berdiri tegak di hadapan mereka semua.

"You! Tengok kawan you ni!" Dina menghentak-hentak kakinya ke atas lantai. Dah macam budak kecik.

"You! Tengok kawan you ni!" Ajuk Hazmi dengan gaya yang sama Dina buat. Orang ramai sudah mula mengeluarkan suara untuk ketawa.

"Pergi main jauh-jauh lah Dina!" Halau Aliff dengan gaya tangan menghalau lalat.

"You diamlah Aliff." Marah Dina.

"You diamlah Aliff." Ajuk Hazmi lagi. Ketawa orang ramai tidak henti-henti kedengaran.

"Dina, malulah orang tengok." Pesan Ain. Semua pelajar memandang ke arahnya.

"Kalau you malu, jangan dekat dengan I lah." Jawab Dina lantang sambil menjeling ke arah Ain. Sememangnya perkara ini sungguh memalukan apabila pelajar junior melihatnya.

"I tak maksudkan macam tu. Dina dah lah. Ramai orang tengok ni." Pesan Ain lagi. Sememangnya dia tidak berputus asa untuk memujuk Dina berhenti berlakuan sebegini.

"Apa masalah you ni Ain? You dah tak tahan dengan perangai I ke? Okay stop! You boleh berambus dari kumpulan I. I tak perlukan bantuan you pun. Pergi mati lah dengan muka you tu." Makian Dina membuatkan Ain mengalirkan air mata sedikit. Dia berlalu pergi ke tandas berdekatan.

"Tak baik buat kawan kau macam tu Dina. Susah senang dia dengan kau juga." Kata Daniel.

"Betul tu. Kau susah dia juga yang ada dengan kau. Salah ke kalau dia nasihat sikit kat kau Dina? Tak perlu nak maki hamun dia macam tu." Sokong Aliff pula.

"Dayana, jom pergi."

Tuk Tuk !

Aku mengambil berus lukisan untuk mewarna lakaran bunga aku tadi. Warna biru dan merah di campurkan untuk mendapat warna ungu buatan sendiri. Berus lukisan aku hala kan ke arah sketchbook. Kelopak bunga orchid aku warna dengan cermat dan tenang.

"Azreen, ada orang nak jumpa." Jerit Amirul di hadapan pintu kelas. Aku meletakkan dahulu berus lukisan ke tempat yang sesuai dan menuju ke pintu. Macam biasa, Amirul akan masuk selepas itu.

"Ain?" Tanya ku perlahan. "Ya." jawabnya dengan nada yang perlahan juga.

"Ada apa?" Tanya ku.

"Aku nak minta maaf kalau ada buat salah kat kau." Pintanya dengan penuh ikhlas aku rasa.

"Haa, okey." Balasku tanpa ragu-ragu.

"Bye." Ain pergi meninggalkan aku di pintu. Tanpa melengahkan masa, aku masuk dan kembali ke tempat duduk semula. Kerja sivik perlu disiapkan sebelum tamat waktu persekolahan.

"Ain nak apa?" Tanya Qisha selepas aku selamat duduk di atas kerusi.

"Dia minta maaf kalau ada buat salah."

"Haa? Kau biar betul?" Tanya Qisha lagi. Ingat dia sorang ke terkejut? Aku lagi terkejut!

"Ya, betul."

"Aku tak percaya." Katanya lagi. Lengan aku di pukul perlahan.

"Woi! Habis rosak lukisan aku." Marah ku. Habis kelopak bunga aku jadi buruk sebab warna terkeluar daripada garisan.

"Maaf." Pintanya sambil tersenyum bahagia ke arah ku. Ey, senang je dia minta maaf macam tu kalau maaf dia boleh pulihkan balik lukisan aku tak apa juga ni still macam tu. Nasib baik member tak jadi nak marah-marah lebih.

"Yelah!" Bebola mata aku putar ke atas. Tisu di dalam beg aku ambil untuk menghilangkan kesan comot itu. Aku menyambung semula mewarna selepas Qisha mendiamkan diri.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro