27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada pagi yang cerah bertemankan sang matahari, semua pelajar tingkatan satu hingga enam berada di padang untuk memeriahkan lagi hari sukan sekolah pada tahun ini. Lagu-lagu popular yang sesuai dengan tema sukan pada abad ini dimaikan seawal 7 pagi.

Pelajar yang terlibat dalam acara akan ditempatkan di dalam dewan, pelajar yang terlibat dengan pembarisan dan pasukan sorakkan akan ditempatkan di tempat masing-masing dan pelajar yang tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti akan berada di bawah khemah berdekatan dengan padang.

"Perhatian kepada semua atlet acara sukan akhir, diminta semua melaporkan diri di khemah rumah sukan dalam masa 30 minit." Suara cikgu Hadi kedengaran di seluruh sekolah. Aku, Daniel dan Aliff berjalan bersama-sama ke arah khemah pasukan ungu.

Tiba di sana, cikgu mengambil kehadiran kesemua atlet pasukan dan nombor pin diagihkan oleh Amanda iaitu penolong pengerusi pasukan ungu. U021 diberikan kepada aku. U001 diberikan kepada Daniel. U003 diberikan kepada Aliff.

Nombor pin yang terdiri daripada dua bahagia aku pakai dahulu di bahagian hadapan berserta dengan atlet yang lain.Aku meminta pertolongan Daniel untuk pakaikan aku punya di bahagian belakang.

"Sayang, pakaikan saya punya." Pinta Daniel dengan mimik muka yang comel.

"Aliff tolong Daniel!" Arah aku bersaja sambil menghulur nombor Daniel ke arah Aliff. Aliff hanya mengikut, dia ambil nombor itu dan dipakaikan di belakang Daniel. Sekali tengok macam gay dua kali tengok macam bloodbrother.

"Apa ni sayang? Not fair." Daniel tarik muncung tanda protes. Aku dan Aliff sudah gelak habis. Beberapa pelajar yang tengok ikut gelak sekali.

"What? Saya banyak kerjalah."

"Awak ni tak sweetlah." Runggut Daniel perlahan. Muncung di tarik lagi.

"Ouh, nak sweet." Aku tersenyum sinis.

"Sayang." Panggil aku meleret. Daniel terdiam. Dia menelan air liurnya.

"Apa?" Tanya Daniel gugup. Aku tolak Daniel ke arah kerusi yang berdekatan. Sebaik sahaja dia duduk, aku mendekatkan jarak muka aku dengannya untuk berbisik.

"Gila sweet."

"Aksi apakah ini?"

"Nak buat maksiat jangan kat sini."

Rata-rata aku dengar dari bisikkan pelajar adalah benda negatif. Otak diorang memang kotor sebab tu suka fikir benda-benda yang negatif.

"Awak orang tengok." Daniel masih tergagap.

"Good luck baby." Aku menjarakkam kembali muka aku daripada wajahnya.

Apabila aku menoleh ke arah belakang, semua atlet pasukan ungu malah ada pasukan lain juga memandang. Bahang mula menguasai seluruh wajahku.

"Apa? Aku just bisik dekat telinga dia je." Ujarku selamba. Semua orang hanya mengangguk dan membuat kerja masing-masing semula.

"Kenapa takut sangat ni bro?" Aliff menepuk bahu Daniel yang masih terpinga-pinga dengan kelakuan aku tadi.

"Mana ada." Daniel menjawab bagi mempertahankan dirinya.

"Azreen, apa riaksi abang kesayangan kau bila tengok apa kau buat tadi eh?" Aliff mula menyakat aku.

"What? Kau jangan macam-macam Aliff. Aku sumbat kau dalam loji nanti." Pesan aku tegas. Aliff hanya tersenyum sinis dan membuat tanda 'OK' menggunakan jarinya.

***

Aku menarik nafas dalam-dalam. Acara 4×400m akan bermula sekarang. Aku pandang pihak lawan yang bersaing dengan aku sambil tersenyum. Aku perserta terakhir untuk pusingan 4×400m ini. Cikgu kata, budak laju kena jadi yang pertama dan terakhir.

Pritt !

Cikgu Hadi menekan hon yang berada di tangan. Perserta pusingan pertama sudah pecut ke hadapan manakala perserta kedua sudah bersedia di garisan permulaan. Sibuk aku melayan perasaan yang entah kemana, Cikgu Hadi sudah memberi arahan untuk perserta pusingan terakhir.

Aku masuk track yang sama line dengan pasukan aku. Tangan kanan aku hulur ke belakang untuk menyambut button nanti. Kaki sudah bersedia untuk memecut.

Dalam beberapa saat, pasukan biru dan hijau sudah memecut dahulu. Aku orang kelima yang menyambut button itu. Tanpa melengahkan masa, aku terus pecut selaju yang boleh. Genggaman button aku kemaskan untuk pastikan tidak terjatuh.

"Go azreen!"

"Azreen! Azreen! Azreen!"

"Delta! Delta! Delta!"

Aku terdengar bunyi sorakkan dari arah khemah. Terus bertambah semangat aku nak berlari. Dengan kata-kata terakhir yang aku dengar dari arah khemah, aku terus memecut laju dan aku MENANG!

"Acara larian pasangan 800m akan bermula 10 minit lagi." Kata-kata cikgu Hadi mula bergemar di seluruh kawasan padang. Aku berlari lagi sekali ke arah khemah dengan segera.

"Air mineral?" Tanya ku lemah kepada Adam yang ada di hadapan khemah.

"Hmm, tak ada." Jawabnya. Kepala ditundukkan ke arah lantai. Aku menarik nafas tercungap-cungap. Tangan mula memegang lutut.

"Nah." Seorang lelaki menghulur sebotol air mineral yang masih penuh tetapi sudah terbuka. Aku bangun dan wajah Faris kelihatan. Ternyata Faris juga ahli pasukan delta kerana dia memakai baju sukan berwarna ungu.

"Terima kas-" Belum sempat aku ambil air mineral itu, Daniel lantas mengambil dan mencurah segala air ke rumput. Botol yang telah kosong di remukkan dan di buang ke rumput.

"Minum yang ni. Takut orang tu ada letak apa-apa dalam minuman sayang. Habis sayang kalah nanti." Daniel menghulurkan air mineral. Aku ambil dan menjulingkan bebola mata ke atas. Air tersebut terus diminum sehingga separuh.

"Wah! Sedap mulut lelaki tu je main tuduh-tuduh. Macam dia bagus sangat. Lagipun takkan la nak buat ahli pasukan sendiri kalah." Faris membalas kata-kata Daniel dengan perasaan marah yang membuak-buak.
"Lelaki macam dia mana peduli satu team or tak. Kalau dia rasa nak bunuh orang, dia akan bunuh terus." Daniel tersenyum sinis. Pelajar yang berhampiran khemah mula merakam kami bertiga.

"Lelaki macam dia ni pula mana ada perasaan. Dia cuma tahu mainkan perasaan perempuan saja. Dia tak patut digelar manusia tetapi sepatutnya binatang." Faris mula mengambil langkah untuk beredar dari situ.

"Binatang!" Daniel tarik bahu Faris kuat lalu satu tumbukkan kena di muka Faris. Faris mengelap darah yang keluar di tepi bibirnya sambil tersengih.

"Macam ni ke manusia? Fuh." Faris mengambil langkah sekali lagi. Daniel yang ingin menarik Faris semula terbantut apabila aku menarik tangannya dahulu.

"Kita ada game." Muka ketat aku tayang. Kami berlari menuju ke track larian. Daniel mengeluh perlahan sambil mengikut langkah larianku.

"Kegarisan, sedia, mula!" Hon ditekan sekali lagi. Suasana di padang sekolah mula menjadi riuh apabila sebahagian yang lari ialah senior kegilaan ramai. Aku lihat Daniel hanya berlari perlahan manakala yang lain sudah mula laju ke hadapan. Ayyan daripada pasukan biru mendahului perlumbaan diikuti dengan Hazmi daripada pasukan oren di belakang.

Dia sakit ke? Tak pernah dia lari perlahan macam tu, bisik hatiku.

Beberapa pasukan atlet lelaki telah memberi button kepada atlet perempuan. Apabila aku mendapat button, aku terus memecut laju untuk mendapat kedudukan yang pertama. Usaha aku tidak mendatangkan sia-sia. Aku terus bagi button kepada Daniel dan berharap agar dia berlari sehabis mungkin.

"Laju gila." Gumanku perlahan. Kelajuannya dapat dikejar oleh Ayyan dalam beberapa saat. Aku memuji diri sendiri memandangkan Ayyan abang kandungku. Aku terus bersedia untuk buat pecutan terakhir dan bergelar juara. Penyerahan button berjalan dengan lancar dan aku di kedudukan yang pertama.

Sekarang mata seri dengan pasukan biru jadi aku kena menang! Aku menjerit di dalam hati sekuatnya.

Alangkah terkejutnya aku apabila terdengar perkataan "noob" di sebelah. Atlet perempuan pasukan biru mula memotong. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan memecut sambil memejamkan mata. Beberapa saat kemudian, aku terjatuh akibat terlanggar sesuatu. Mata terus terbuka dan aku nampak benda kecil bertaburan.

"Azreen!" Suara daripada para pelajar kedengaran dari arah belakang. Aku terus duduk apabila mendapati kulit lengan dan kaki aku panas.

"Aduh! Panas, panas, panas, panas." Aku merungut sambil menggosok kulit lengan.

"Are you okey?" Suara Faris kedengaran lalu wajahnya muncul di hadapan aku. Dia meletakkan selimut kosong berwarna putih di belakang badan aku. Dua botol air mineral dicurahkan di atas kepala. Aku terus menggosok-gosok muka apabila terkena air.

"Tepi!" Daniel menolak Faris ke tepi dengan kuat. Selimut yang diletakkannya juga dia baling ke udara. Tiba-tiba badan aku mula terbang ke udara.

"Daniel!" Jerit aku kuat.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro