53

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Harini berlangsungnya majlis persandingan Ayyan dan Qisha. Majlis akad nikah sudah berjalan lancar semalam dan hari ni adalah persandingan. Nak tahu macam mana Qisha boleh setuju nak jadi wife Ayyan? Meh baca bawah ni,

Aku dan Ayyan keluar makan di sebuah restoran terkenal. Aku bawa Arisha sekali sebab dia yang nak ikut then Ayyan ajak Qisha makan malam sekali jadi senanglah plan nanti.

"Waiter." Aku angkat tangan ke udara. Seorang waiter lelaki datang ke arah meja kami.

"Nak pesan apa?" Tanya waiter tersebut.

"Wait." Arahku kepadanya dan aku terus memandang Arisha.

"Sayang nak makan apa? Order je banyak mana pun, abang Yan akan belanja." Kataku selamba. Ayyan memandang aku tajam selepas itu. Arisha sudah menepuk tangan tanda kegembiraan.

"Sha nak makan chieken chop ngan ice lemon tea." Kata Sha dengan pelatnya. Aku sekadar mengangguk. Dia sama macam aku, pegemar ice lemon tea.

"Haa Qisha! Kau order je apa-apa. Abang aku hari ni baik hati nak belanja kita semua." Kataku sambil memandang Qisha yang berada di sebelah Ayyan.

"Bagi saya chieken chop 2 and ice lemon tea 2." Kataku kepada waiter tersebut. Dia menyalin apa yang aku pesan dan memandang ke arah Ayyan dan Qisha pula.

"Haa, saya nak sama macam diorang berdua." Kata Qisha.

"Encik?" Tanya waiter tersebut kepada Ayyan.

"Sama je lah." Balas Ayyan. Macam tak ada selera je nak makan. Waiter itu pergi selepas itu. Kami semua diam sementara tunggu makanan sampai. Setibanya sampai, kami makan dahulu sebelum memulakan misi.

"Alhamdulilah." Ucap Sha sambil memegang perutnya. Kenyang mungkin.

"Eyy, Sha dah gemok." Kataku dengan gelak tawa.

"Mana ada. Kak Reen yang gemok." Kata Sha untuk membantahnya.

"Ehem." Ayyan berdehem seketika. Aku terus memandangnya. Dia mengeyitkan mata ke arah aku. Aku mengangguk tanda faham.

"Aku pergi tandas jap. Arisha jom ikut akak." Kataku kepada Sha. Dia ikut aku pergi tandas selepas itu.

Qisha POV

Azreen dan Arisha pergi ke tandas meninggalkan aku dengan Ayyan. Ayyan pandang aku dengan renungan yang tak boleh ditafsirkan.

"Qisha, aku nak cakap sikit ni." Kata Ayyan mendatar.

"Apa?"

"Kita putus."

Pang! Rasa macam kena tampar. Kata-kata Ayyan berjaya menarik perhatian orang ramai di dalam restoran ini kerana dia bercakap dalam nada yang kuat. Aku terus mengambil air ice lemon Azreen yang masih berbaki dan membaling ke muka Ayyan. Orang ramai mula menutup mulut, lagi-lagi anak dara yang ada di dalam tu. Kebetulan juga, Azreen dan Arisha sampai di hadapan meja.

"Kenapa abang Yan basah ni?" Tanya Arisha sambil memegang rambut Ayyan yang basah akibat simbahan air lemon tadi.

"Aa, aku minta maaf. Tak sengaja." Kataku gugup. Ayyan tidak layan kata-kata aku. Dia terus bangun dan pergi dari sini. Air mata aku mula mengalir. Beberapa minit kemudian, dia muncul kembali dengan sekotak kecil berwarna merah.

Dia melutut di hadapan aku "Aku minta putus sebab nak kan lebih kebaikan dalam cinta kita bukan sebab mahu kesedihan. Kesian muka hensem aku ni kena air manis." 

Aku pandang dia dengan mulut ternganga. Tak percaya. Aku dapat lihat yang Azreen menahan ketawa.

Ayyan membuka kotak tersebut " my sweetheart, sudikah engkau menjadi suri hati buat aku seumur hidupmu?"

Aku memandangnya sambil tersenyum manis, "Aku terima and pasal air tu, maaf okay? Tak sengaja."

Ayyan menyarungkan cincin di jari manis aku manakala Azreen, Arisha dan orang yang berada di restoran menepuk tangan meraikan kejayaan.

Majlis persadingan ini akan diadakan di dalam dewan hotel Empire Diamond. Sekarang aku tengah tunggu Aliff pujaan hati korang semua datang amik memandangkan kereta aku masuk bengkel.

Pin Pin !

Aku keluar dari rumah selepas mendengar bunyi hon kereta. Aku terus masuk ke tempat duduk sebelah pemandu tanpa berfikir panjang. Aku terkaku selepas melihat siapa pemandunya.

"Aliff dia kena bawa adik dia pergi hospital sebabtu dia suruh aku amik." Daniel memberi penerangan kepada aku.

"Kalau macam tu aku naik kereta aku je." Aku ingin membuka pintu kereta. Daniel lantas memegang tanganku erat.

"Kereta kau rosak. Duduk diam-diam dalam ni." Ujarnya.

"Jangan sentuhlah." Aku tepis tangan dia dengan kuat.

"Please, pergi dengan aku." Daniel merayu meminta simpati. Dia masih tidak melepaskan tangan aku dari genggaman dia. Elak makan kasut aku dia ni.

"Fine!" Jeritku kuat. Daniel melepaskan tangan aku dan mula memandu kereta dengan laju. Mungkin majlis sudah bermula tanpa aku di sana? Huhu.

***

"Boleh saya duduk sini?" Tanya seorang lelaki sambil membawa makanan dan minuman di tangan. Aku angkat muka memandangnya. Fuh! Daniel ni lagi.

"Duduklah. Macam tak kenal aku je." Balasku selamba tanpa memandangnya. Tapi kenapa aku rasa macam ni bukan Daniel eh? Sebab dia ada parut kat bawah mata, Daniel mana ada.

"Erm, maaf miss. Saya tak kenal miss." Aku angkat muka memandangnya. Tak kan mamat ni ada penyakit pelupa sebab baru makan besi tadi? Hahaha, merepek!

"kau buat lawak apa Daniel?" Kataku bengang. Terus hilang selera makan aku macam ni. Dahlah tadi buat aku sakit hati dalam kereta.

"Maaf Daniel tu adik saya. Saya Danish, 26 Tahun." Katanya sambil menghulurkan tangan.

Aku sambut huluran dia, "Puteri Azreen, saya tak tahu pula sebab Daniel tak ada cerita apa-apa."

"Daniel tak suka dengan saya mungkin sebabtu dia tak ada cerita pasal saya dekat awak tapi saya selalu dengar pasal awak dalam rumah."Danish bersuara agak perlahan. Tiba-tiba aku rasa sedih dengar cerita dia yang tadi.

Aku berfikir sejenak. Selalu dengar pasal aku? Maksudnya Daniel selalu cerita pasal aku? Macam itu ke.

"Janganlah buat muka macam tu, dia cerita benda baik je. Tak ada benda buruk."

Erk! Dia boleh baca fikiran aku apa?

"Okeylah, saya minta diri dulu." Aku terus bangun dari situ. Mood makan aku terus hilang. Aku terus keluar dari dewan dan pergi ke taman yang berada berdekatan dengan hotel ini. Aku melabuhkan punggung di sebuah kerusi panjang.

"Boleh aku duduk?" Tanya seorang lelaki. Lelaki lagi, perempuan tak ada ke? Ish serabut.

"Duduklah." Balasku malas. Aku tahu bahaya duduk berdua-duan dengan lelaki, lagi-lagi lelaki tu Daniel dan sekarang tengah waktu malam. Kang, tak pasal-pasal aku kena tangkap dengan dia.

"Bagi aku explain kenapa aku minta putus dengan kau dulu." Daniel meminta simpati. Aku yang bosan terbuka hati untuk membenarkan dia menceritakan semuanya.

"5 minit."

Daniel menarik nafas sedalam mungkin dan dia menceritakan segalanya.

"Aku kena tunang dengan Dina masatu sebab satu kejadian yang paling teruk dalam hidup aku. Ayah aku kata, kalau aku tak tunang dengan Dina, dia akan pindahkan aku belajar di luar negara. Memang aku menyesal masa tu sebab tak pilih belajar di luar negara lagi pun anak dalam kandungan Dina bukan anak aku, ianya anak lelaki lain.

2 minggu sebelum kem kau pergi tu, Dina call aku. Dia kata, dia dalam bahaya dan dia suruh aku datang gudang lama bapa dia. Aku pun datang la tanpa fikir panjang. Sampai je kat gudang tu aku nampak yang Dina sedang baring di atas katil dengan baju ... macam mana eh nak cakap..alaa.. baju yang seksi tu. Lepastu ada orang pukul kepala aku. Bila aku sedar je, yang aku berada atas katil dengan perempuan tak guna tu.

Aku terus tindih badan dia sebab nak cekik leher dia tapi lain yang jadi, masa aku tindih dia tu, pintu gudang tiba-tiba terbuka dan wajah mak ayah Dina muncul masa tu then satu fitnah berlaku di mana Dina kata aku cuba nak rogol dia. Macam babi bodoh perempuan tu. Lepastu aku tunang dengan dia then masa hari akad nikah tu, datang seorang lelaki dan lelaki tu mengaku yang anak dalam kandungan Dina ialah anak dia. Lepastu aku batalkan majlis tu dan aku pun pergi dari rumah tu."

Nangis? Mungkin tak. Entah betul ke tidak dia ni cerita kat aku, aku pun tak tahu. Aku hanya beri pandangan yang tiada perasaan.

"Aku nak minta maaf. Hinaan dan makian aku dulu, aku tak pernah maksudkan. Aku cakap macam tu sebab nak kau lupakan aku dan benci aku tapi bila aku dapat tahu yang Dina tu macam tu aku rasa menyesal. Aku masih sayangkan kau Azreen. Kalau aku boleh putarkan masa untuk tidak melakukan kesalahan besar ni, aku akan buat tapi siapa lah aku untuk putarkan masa? Baru aku tahu langit tinggi atau rendah selepas kejadian itu."

Ya Allah, kenapa aku jadi sebak ni dengar kata-kata dia. Wahai air mata, janganlah engkau keluar di waktu ini, tunggulah bila aku di rumah nanti. Daniel mengelap air matanya yang jatuh membasahi pipi. Ya Allah, dia nangis sebab aku, aku tak tahan dah dengan dugaan ini. Aku cuba mengawal air mata daripada terjatuh. Aku terus bangun dari situ tetapi terhenti apabila mendengar kata-kata Daniel.

"Please give me a second chance to take care of your heart."

Aku dah tak boleh tahan sebak, terus jatuh air mata aku membasahi pipi. Aku tidak memandangnya, aku cuma berkata sesuatu sebelum pergi meninggalkannya,

"Jangan jilat ludah sendiri."

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro