58

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang bangun solat subuh." Gerak satu suara di tepi telingaku.

Aku mengeliat seketika. Kemudian, aku terus bingkas dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air sembahyang. Aku keluar selepas itu, Nazrul sudah duduk di atas sejadah sambil menunggu aku.

"Kita solat sama-sama ya?" Tanya Nazrul dengan senyuman.

"Okey." Aku pergi ke arah almari dan keluarkan kain telekung dan pakai. Kemudian, aku bentangkan sejadah di belakang Nazrul dan kami berdua menunaikan solat subuh bersama-sama.

Selesai solat, aku turun ke dapur untuk menolong Puan Nadirah menyiapkan sarapan untuk kami.

"Mama, buat apa tu?" Tegurku sebaik sahaja masuk di ruangan dapur.

"Eh menantu Mama. Mama tengah buat breakfast lah." Jawab Puan Nadirah ataupun panggilannya mama.

"Nak Reen tolong tak?" Tanyaku sambil menjenguk-jenguk apa yang Puan Nadirah masak di dalam kuali.

"Tolong Mama sediakan pinggan dengan cawan boleh?" Pintanya sambil mengaul-gaul nasi goreng yang dimasak.

"Boleh!" Kataku bersemangat. Aku mula menuju ke kabinet yang meletakkan pinggan kaca dan cawan. Kemudian, aku susun pinggan di atas meja mengikut sususan. Air hot chocolate yang sudah sediakan oleh Puan Nadirah di dalam jug air aku curahkan kedalam setiap cawan yang ada.

"Dah siap." Puan Nadirah meletakkan nasi goreng yang sudah dimasukkan ke dalam bekas di tengah-tengah meja makan. Aku susun sudu dengan garfu di sebelah semua pinggan selepas itu.

"Mama nak panggil Papa kejap." Katanya.

"Okey." Balasku ringkas. Aku terfikir sejenak. Nak panggil Nazrul atau tidak?

Aku ambil keputusan untuk panggil dia sebab Mama panggil Papa, Papa kan suami dia jadi aku perlulah jadi isteri yang baik kepada Nazrul.

Tok Tok !

Aku masuk selepas itu, "Awak, jom breakfast!" Ajakku dengan suara yang lembut. Nazrul yang sedang pakai tie memandang ke arah aku.

"Boleh tapi satu syarat." Balasnya.

"Syarat apa?" Tanyaku pelik. Nak pergi sarapan je bukannya berperang.

"Tolong pakaikan tie untuk suami awak ni." Dia hulurkan tie ke arah aku. Aku ambil huluran itu dan memakaikannya dalam masa 2 minit.

"Pandainya awak." Puji Nazrul sambil menepuk tangan. Macam orang jakun pula.

"Sekolah saya dulu pakai tie jadi senang je." Balasku sambil tersengih.

"Ouh."

"Dah, jom turun." Aku tarik tangan dia lembut dan kami berdua turun ke bawah. Sampai sahaja di dapur, Encik Naim dan Puan Nadirah sudah ada di meja makan. Siap sudah makan lagi, tak tunggu kami berdua.

Aku ambil tempat duduk diikuti dengan Nazrul. Aku cedokkan nasi ke dalam pinggan Nazrul barulah pinggan aku.

"Sejak bila Naz pandai pakai tie sendiri?" Tegur Encik Naim. Aku yang mendengar terkejut. Rasa nak ketawa pun ada.

"Papa." Rungut Nazrul perlahan.

"Nazrul tak pandai pakai tie ke Papa?" Tanyaku menahan gelak. Aduh, suami aku ni. Patutla dia suruh aku pakaikan tadi ingatkan saja nak bermanja.

"Naz mana pandai. Biasa, Mama yang tolong pakaikan." Balas Puan Nadirah lalu tersenyum. Aku tersenyum lebar kerana selepas ni boleh tanya lebih tentang Nazrul pada Puan Nadirah.

"Sayang gelak, abang merajuk sebulan." Kata Nazrul dalam nada merajuk. Dia menarik muka.

"Abang?" Tanyaku segan. Encik Naim dan Puan Nadirah hanya mampu tersenyum melihat kami.

"Ya Abang. Tak boleh ke?" Tanyanya lagi.

"Tak kata pun tak boleh." Balasku sedikit gugup. Kang kalau salah cakap, mahu dia merajuk sebulan.

"Okay. Mulai harini sayang kena panggil saya abang dan abang akan panggil sayang, sayang'." Kata Nazrul sambil tersenyum manis. Dia sentuh hidungku lembut.

"Erk." Aku mati kata-kata.

"Sweet kan diorang Abang, macam kita muda dulu." Celah Puan Nadirah.

"Ya. Tengoklah anak siapa? Anak saya kan." Balas Encik Naim dengan sengihan.

"Yelah." Balas Puan Nadirah lalu menggulingkan biji mata. Encik Naim bangun dan menuju ke singki untuk meletak pinggan diikuti dengan Puan Nadirah maka tinggallah aku dan Nazrul di meja makan.

"Sayang. Pandang abang kejap." Arah Nazrul.

"Ap-"

Ap!

Satu sudu hinggap ke dalam mulut aku akibat disuap oleh Nazrul. Menyesal buka mulut masa toleh arah dia.

"Awak ni me-"

Ap!

Dan satu lagi suapan masuk ke dalam mulut aku. Aku cepat-cepat menguyah kerana takut dia sumbat lagi. Nanti tercekik pula.

"Abang cakap pandang. Bukannya bercakap." Kata Nazrul dengan senyuman sinis.

"Yela-"

Ap!

Ish !

Aku terus pusing ke arah belakang. Malas hadap muka dia. Nak pura-pura merajuk kejap.

"Ala, Abang gurau jela. Pandang abang semula." Arahnya dan aku menurut arahan.

"Abang nak pergi kerja jadi jangan nakal-nakal ya sayang." Pesan Nazrul lembut. Aku rasa macam aku ni budak kecil yang nak kena tinggal kat rumah pengasuh pula dengar pesanan macam tu.

"Abang, saya nak masuk office juga boleh?" Aku meminta izin. Ialah, sejak dia lamar aku hari tu. Aku jarang masuk office tapi Datuk Mikail tak ambil kesah pun sebab setiausaha dengan pembantu aku ada untuk uruskan urusan kat syarikat.

"Boleh. Nanti kita lunch sama-sama. Abang ambil sayang so sila tunggu." Katanya.

"Thanks."

"Most welcome sweetheart."

"Abang dah lewat ni." Aku terus hantar Nazrul di hadapan muka pintu.

"Tangan?" Tanyaku.

"Tangan?" Tanya Nazrul blur kepadaku semula sambil menghukurkan tangannya. Aku sambut huluran itu lalu menciumnya.

"Selamat tinggal. Take care." Ucapku lembut sambil tersenyum.

"You too sayang." Balasnya dan terus masuk ke dalam kereta BMW miliknya. Kereta BMW milik Nazrul sudah pun keluar dari pekarangan Villa'N

***

Tok Tok !

Aku ketuk pintu rumah banglo 3 tingkat milik Datuk Mikail dengan perasaan gembira tak terkata. Kemudian, Kak Munah muncul disebalik pintu.

"Puteri Azreen dah balik!" Jerit Kak Munah dengan teruja. Selepas itu, Datin Azira muncul di belakang Kak Munah.

"Anak Mummy datanglah. Ada apa sayang?" Tanyanya dengan senyuman.

"Macam tak bagi Reen masuk rumah je." Balasku dengan sindiran. Ialah, dia tak pelawa aku masuk pun selama 4 minit 18 saat tadi.

"Silakan masuk tuan Puteri." Datin Azira layankan aja perangai aku ni. Aku terus ke sofa dan merebahkan badan.

"Ya Reen kenapa balik?" Tanya Datuk Mikail yang baru sahaja turun dari tangga.

"Memang semua dalam rumah ni bahagia eh tanpa Reen?" Tanyaku bengang. Aku nak balik rumah sendiri pun salah.

"Bukan macam tu. Daddy cuma tanya je, jangan ambil hati." Balas Datuk Mikail sambil menggelengkan kepala melihat telatah aku.

"Reen nak masuk office. Rindu pula kat kod warna hitam tu." Balas ku dengan sengihan.

"Masuklah. Tak ada siapa halang." Balas Datuk Mikail.

"Yes!" Aku terus berlari keluar dari rumah selepas itu. Tujuan nak datang sini cuma minta kebenaran walaupun dah tahu akan dapat.

"Bye Mummy!" Laungku sebelum masuk ke dalam kereta. Aku terus memecut laju ke syarikat memandangkan aku sudah selesai memakai pakaian yang sesuai.

"Comel betul Azreen tu." Puji Kak Munah.

"Tahu tak pe. Perangai dia tak ubah macam saya muda dulu." Balas Datin Azira terseyum.

"Bersemangat betul dia nak masuk office." Tegur Datuk Mikail pula dan mereka bertiga membuat hal masing-masing.

Empire Diamond holdings

Aku hentikan kereta di tempat letak kenderaan yang memang disediakan khas oleh Datuk Mikail untuk CEO syarikat ni. Jadi sesiapa yang berani letak kereta kat situ, silalah jawab soalan maut daripada Datuk Mikail. Tak kesahlah dia anak Raja ke Tan Sri ke apalah.

Aku keluar dari kereta dan masuk ke dalam syarikat.

"Selamat pengantin baru Puan Azreen." Tegur seseorang di kaunter pertanyaan di tingkat bawah. Aku sekadar tersenyum.

Aku menuju ke lif dan naik ke tingkat 17 . Sampai di sana, aku terus masuk ke kawasan pejabat aku.

"Selamat pagi Puan Azreen." Tegur seorang perempuan di kaunter pertanyaan. Aku berjalan ke arah Munirah iaitu setiausaha aku.

"Arshad, masuk pejabat saya." Arahku tegas dan aku terus masuk ke dalam pejabat. Kod hitam yang tergantung di tepi kerusi aku ambil dan pakai.
"Ada apa Bos?" Tanya Arshad sambil membawa beberapa lampiran kerja. Aik! Dah tukar panggilan ke ?

"Saya nak awak bagitahu saya segala projek yang saya terlepas semasa saya tak masuk office." Arahku. Arshad mula membelek kertas lampiran tersebut.

"Projek pembangunan kedai buku dan Projek pembinaan hotel di Pulau Langkawi." Balas Arshad satu persatu.

"Result?"

"Semuanya berjalan lancar. Kita punya client pun memberi kerjasama yang baik dan cemerlang." Jawab Arshad.

"Ada masalah tak semasa saya tak ada?"

"Ada. Pekerja yang dibahagian jurutera kebanyakkan curi tulang semasa bos tak ada tapi jangan risau. Saya dan Munirah dah uruskan." Balasnya.

"Okey baiklah."

"Eh bos, biasanya orang lepas kahwin dia ambil cuti nak pergi bulan madu. Bos kenapa tak ambil cuti pula?" Arshad mula menyakat.

"Awak nak saya potong gaji bulanan awak ke?" Aku merenungnya tajam. Aku dan Nazrul masing-masing sibuk bekerja jadi kami tiada masa yang banyak untuk berbulan madu.

"Gurau-gurau. Saya keluar dulu bos."

Aku duduk bersandar di kerusi. Dokumen projek yang aku terlepas aku baca satu per satu sehinggalah habis.

Tok Tok !

"Come in."

"Datuk Mikail nak jumpa bos." Kata Arshad dengan senyuman. Aku mengangguk dan terus keluar untuk menuju ke pejabat pengarah di tingkat 22.

Tiba saja, aku terus masuk ke dalam pejabat Datuk Mikail.

"Ada apa Daddy panggil Reen?" TanyaKu polos.

"Kita ada projek pembinaan hotel di Johor bersama dengan syarikat Crystal Holdings jadi Daddy nak kamu ketuai syarikat kita untuk projek ni. Daddy harap kamu setuju."

"Wait? Crystal Holdings?" Tanyaku ingin kepastian.

"Yes."

"Syarikat Nazrul?" Tanyaku tidak percaya. Rasa bahagia ada, nak nangis sebab terkejut pun ada.

"Ya sebab tu Daddy harap kamu setuju." Jawab Datuk Mikail menahan senyuman. Gila apa tak nak setuju.

"Saya setuju Datuk Mikail. Saya akan jalankan tugas dengan bersungguh-sungguh." Kataku gembira dan keluar dari pejabatnya. Aku terus masuk ke dalam pejabat aku.

Tok Tok !

"Come in."

"Apa pula kalini?" Bisik hatiku.

"Maaf bos tapi saya nak bagitahu yang bos ada lunch appoinment dengan Ceo."

"Ceo?"

"Rahsia. Dia minta rahsiakan."

"Batalkan." Arahku tegas. Aku dah janji dengan Nazrul. Mana boleh.

"But-"

"Saya cakap cancel, cancellah!" Bentakku sedikit kuat. Arshad terus keluar dari bilik aku.

Ting !

Encik Suami 🌼❤
sayang
Abang ada hal tengah hari
Sorry!

Aku menutup telefon dengan perasaan kecewa. Mahu tak mahu aku kena pergi lunch appoinment yang telah ditetapkan itu.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro