62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu kemudian,

Harini aku dan Nazrul akan ke Johor Bahru untuk Projek pembinaan hotel bersama-sama. Kami berdua akan menginap di rumah Nenda semasa berada di sana.

"Sayang, dah siap belum?" Tanya Narul sambil membetulkan tali lehernya. Sekarang dia dah pandai pakai, itu pun selepas 2 minggu 4 hari dia belajar dari aku.

"Dah." Kataku semangat sambil memandang ke arahnya.

"Jom." Narul tarik tangan aku selepas itu. Kami berdua turun ke tingkat bawah menggunakan lif.

"Semua barang dah masuk dalam bot kereta?" Tanya Puan Nadirah ramah.

"Dah." Jawabku dan Nazrul serentak. Inilah dinamakan jodoh sentiasa bersama kami.

"Papa harap kamu berdua boleh buat yang terbaik untuk projek kali ni." Ujar Encik Naim pula.

"In sha Allah." Balas Nazrul.

Aku salam dan cium tangan Puan Nadirah. Nazrul salam tangan Encik Naim. Selepas itu, kami berdua masuk ke dalam kereta BMW milik Nazrul. Aku nak bawa Honda tapi dia tak bagi. TT.

"Pakai seatbelt sayang." Arah Nazrul lembut. Aku hanya menurut arahannya. Kereta BMW itu mula membelah jalan raya yang sesak tak kira masa.

Setelah 4 jam 14 minit 8 saat, kami berdua tiba di rumah Nenda. Jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Maka matahari sedang ketawa kegembiraan disaat lihat manusia di bawahnya.

ok, merapu.

"Nenda!" Jeritku sambil berlari anak ke arahnya yang berada di hadapan pintu utama. Nasib baiklah Nenda tak ada sakit jantung, kalau tak boleh arwah tadi dengar aku jerit.

"Ya Allah, dah besar pun cucu Nenda ni. Last jumpa masa tingkatan 5 sekarang dah boleh jadi mak orang pula." Nenda gosok kepala aku perlahan. Aku tersengih manja.

"Dan Naz dah boleh jadi ayah. Betul tak sayang?" Nazrul tolak lengan aku perlahan menggunakan siku dia. Tak perlahan pun, kuat je dia tolak.

"Abang jangan nak merepek." Aku tolak dia kembali. Dia tolak aku balik. Maka Nenda menoleh ke arah aku dan Nazrul silih berganti. Ni kalau dia rap, lagi cantik hehehe.

"Siapa yang datang mak?" Tanya seseorang dari dalam rumah. Suara itu macam aku kenal.

"Azreen dengan suami dia." Balas Nenda.

"Ya Allah, Reen."

"Maksu!" Jeritku riang sambil berlari ke arah seorang perempuan yang dikatakan Maksu itu.

"Maksu dia peluk pula, Nenda tak peluk." Kata Nenda pura-pura merajuk. Aku ketawa kecil melihat terlatah Nenda yang macam budak-budak.
"Assalamualaikum Nenda, Maksu." Ujar Nazrul. Dia menyalam tangan Nenda dan Maksu. Kami berdua di pelawa masuk ke dalam rumah.

"Timah! Tolong sediakan bilik buat cucu saya. Ni bawa sekali begnya." Kata Nenda sambil menunding jari ke arah satu bag ditepi Nazrul. Kak Timah yang dikatakan itu terus mengambil beg tersebut dan naik ke tingkat atas.

Aku mengatur langkah ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Tak sangka, Nenda dah pandai amik orang gaji selama ni dia suka duduk sorang-sorang je.

"Ada apa kamu berdua datang rumah Nenda?"

Nazrul duduk di sebelah aku, "kami berdua ada kerja syarikat."

"Jadi, kami berdua nak tinggal sini selama dua hari." Ujarku dalam nada yang manja. Serius, macam budak kecil yang nak beli gula-gula.

"Nak tinggal selamanya pun boleh." Balas Nenda bersaja. Aku tersengih-sengih macam kerang wangi. Yang busuk tu orang lain, sekian. Selepas itu, aku memandang sekeliling.

"Kamu cari apa sayang? Zahrin?" Tegur Maksu. Aku tersentak. Macam mana Maksu boleh tahu ni.

"Zahrin?" Tanya Nazrul sedikit hairan dan cemburu.

"Ya, Zahrin, Anak Maksu." Balas Maksu.

"Reen masuk bilik dulu." Pamitku. Aku terus ke tingkat atas. Sebenarnya nak lari daripada Nazrul. Nanti mesti ada 1001 soalan dia nak tanya.

***

Makan malam kalini, agak meriah dengan kedatangan aku dan Nazrul. Di meja makan terdapat pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh Nenda dan Maksu.

"Reen, boleh tolong panggilkan Zahrin tak?" Tanya Maksu sambil menyusun pinggan mangkuk di atas meja makan.

"Okey." Aku terpaksa relakan diri. Dari aku datang sini, aku tidak lagi berjumpa dengan dia. Aku takut dia dah berubah macam orang tua, ada uban, ada janggut, ada misai sebab aku reject dia dulu.

Aku naik ke tingkat atas. Satu persatu bilik yang berada di tingkat dua ini aku ketuk dan buka tetapi tiada langsung kelibat Zahrin.

Aku ambil keputusan untuk naik ke bilik bacaan yang berada di tingkat 3 kerana aku tahu dia suka melepak di situ. Pintu bilik bacaan aku buka perlahan-lahan. Benda pertama yang aku nampak ialah seorang lelaki sedang bermain telefon pintar.

Dengan nafas yang dalam aku panggil namanya, "Zahrin."

Dia tersentak. Pantas dia menoleh ke arah aku.

"A-Azreen?" Tanya Zahrin tidak percaya. Dia terus bangun. Telefon pintar di simpan ke dalam poket seluar.

"Maksu suruh turun makan." Kataku kuat. Kemudian, aku terus keluar dari bilik itu.

"Wait!" Zahrin pegang tangan aku dari belakang. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh ada kat belakang aku.

"Lepas. Reen isteri orang." Kata-kata aku berjaya membuatkan dia terkaku dan terpaksa melepaskan tangan aku.

Aku terus turun ke bawah dengan cepat. Kelihatan Nenda, Nazrul dan Maksu sedang tunggu ketibaan aku dan Zahrin sebelum makan malam bersama.

Beberapa minit kemudian, Zahrin datang dengan wajah yang muram. Dia duduk di hadapan aku. Aku mengeluh perlahan.

"Zahrin baca doa." Arah Maksu. Zahrin hanya buat tak endah.

"Biar Naz baca."

Nazrul membaca doa makan dan kami semua menjamu selera dengan hati yang gembira. Selesai makan, aku membantu Nenda dan Maksu mencuci pinggan dan semua peralatan memasak. Baik kan? Tak payah puji, dah tahu.

"Kenapa dengan Zahrin, Reen?" Tanya Maksu di meja makan.

"Tak tahu." Balasku. Aku memang tak tahu kenapa dengan dia.

***

Zahrin keluar ke taman belakang selepas makan malam. Kelihatan Nazrul sedang duduk di atas buaian sambil bermain telefon pintar. Dia mengatur langkah untuk mendekati Nazrul.

"Hmm, kau siapa?" Tanya Zahrin tanpa adab. Dia terus duduk di sebelah Nazrul. Kan aku cakap, tak ada adab.

"Nazrul." Balas Nazrul malas. Bukan apa, Nazrul sakit hati dengan Zahrin sebab masa makan tadi, mata Zahrin tak habis-habis pandang aku. Perasaan cemburu dia naik mendadak masa itu.

"Zahrin." Katanya sambil menghulur tangan ke arah Nazrul tetapi Nazrul hanya buat tak endah.

"Aku tak tanya." Guman Nazrul perlahan.

"Ni aku nak tanya, kau siapa?" Tanya Zahrin tak puas hati. Dia merenung Nazrul tajam seperti mahu membunuhnya.

"Aku dah cakap yang aku Nazrul kan. Kau ni pekak atau buat -buat pekak?" Tanya Nazrul bengang. Boleh tak bagi soalan yang straight to the point. Tak ada lah dia nak pening sangat.

"Memanglah kau Nazrul. Maksud aku, kau siapa dalam hidup Azreen? Boyfriend dia?" Jelas suara Zahrin sedikit cemburu. Aku je yang tahu kenapa.

"Aku suami dia."

"Aku tak percaya." Kata Zahrin ingin menafikan ayat Nazrul. Dia memang tidak percaya yang Nazrul itu suami aku. Dasar otak sempit. 

"Bukti ada depan mata." Balas Nazrul sambil menunjuk cincin perkahwinan kami di hadapan muka Zahrin. Jelas kelihatan wajah Zahrin berubah.

"Kau jangan cakap yang kau suka kat dia." Pesan Nazrul awal-awal.

"Memang aku suka dia pun." Balas Zahrin dengan senyuman sinis.

"Aku tak benarkan kau rampas dia dari aku. Langkah mayat aku dulu kalau kau nak dia." Pesan Nazrul tegas.

"Aku tak ada kata apa-apa pun. Rilek lah bro, aku tak suka rampas bini oranglah." Kata Zahrin sambil pandang rumput di situ.

"Muka kau mana boleh percaya sangat." Sindir Nazrul pedas. Tanpa sebarang balasan daripada Zahrin, Nazrul teruz bangun dan masuk ke dalam rumah. Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata memerhati dari balkoni tingkat atas. Orang itu ialah aku.

***
TBC


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro