64

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada hari ini, Syarikat Empire Diamond dan The Crystal akan bermesyuarat di Empire Diamond holdings. Aku menuju ke lif dan naik ke tingkat 25. Haih, kenapa tak buat sampai tingkat 50?

"Tunggu." Jerit seorang lelaki dari arah luar. Aku terus menekan button open semula apabila terlihat lelaki itu mahu masuk bersama.

"Thanks."

"Sama-sama."

"Siapa nama awak?" Dia mulakan perbualan.

"Azreen."

"Nama saya-"

Ting! Cepat gila dah sampai tingkat 25. Mana tak cepat kalau tadi aku kat tingkat 22. Aku pergi meninggalkan lelaki itu. Bilik mesyuarat menjadi tempat tujuan aku. Habislah, dahlah lambat 10 minit. 10 minit weh!

Aku buka pintu bilik mesyuarat dan semua mata yang berada di dalam termasuk Datuk Mikail, Encik Naim dan Nazrul memandang ke arah aku. Aku hanya mampu tersengih seperti kerang wangi. Wangi tau bukan busuk.

"Maaf. Ada emengercy." Itu sekadar alasan untuk lepaskan diri. Aku terus mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Mikail. Di hadapan aku ialah Nazrul.

"Mesyuarat kita kali ini ialah perbincangan tentang persetujuan untuk gabungkan syarikat bersama The Crystal." Kata Dato Mikail atau lebih dikenali sebagai My Daddy. Aku mengerutkan dahi.

"Kalau gabungkan syarikat, Ceo syarikat seorang sajakan?" Tanya seorang lelaki sambil mengangkat tangan. Lelaki itu lebih tepat dikenali sebagai Nazrul. Soalan dia macam nak menyindir aku je. Yakin ke dia boleh jadi ceo compony ni bila dah gabung?

"Iya Naz." Balas Datuk Mikail mesra. Dia sudah tersenyum lebar dihadapanku. Aku pula yang naik menyampah kalini.

"Salah satu sebab mengapa kami berdua nak gabungkan ialah untuk memberi ruang kepada anak saya berehat di rumah, duduk goyang kaki tunggu suami pulang dan sebagainya." Kata Datuk Mikail sambil melirik kepadaku. Alasan dia sungguh tidak menarik!

"Saya setuju! Biarlah dia duduk kat rumah dan tunggu kepulangan suami yang tercinta." Kata Nazrul pula. Rata-rata manusia yang berada di dalam bilik mesyuarat berbisik sesama sendiri dan ketawa.

"Bukan tercinta tapi terbenci." Balasku pedas. Hm, aku baru sedar yang Datuk Mikail dan Encik Naim pandang aku macam nak bunuh. Alamak! Terlepas cakaplah pulak.

"Ignore that." Arahku dengan wajah yang selamba. Datuk Mikail sambung semula perbincangan tadi dan semua orang telah setuju kecuali aku sebab aku akan serta-merta di berhentikan kerja kerana Nazrul yang akan jadi Ceo Empire DC holding's ini.

"Reen, setuju ke tidak?" Tanya Daddy buat kali ke dua ratus dan jawapan aku tetap sama iaitu Tak.

"Tak."

"Why sayang?" Tanya Nazrul pula.

"Kalau Reen setuju, Reen nak kerja apa lepas ni?"

Aku orang yang jenis tak suka duduk rumah goyang kaki. Lagi-lagi kalau duduk sorang-sorang, seram.

"Reen boleh cuba bidang lain." Datuk Mikail mula memberi pandangan. Pelbagai perkars muncul dalam otak aku.

"Fine. Saya setuju." Balasku terpaksa. Demi Datuk Mikail dan Nazrul aku sanggup. Bolehlah aku kerja dengan Qishakan mulai hari esok? By the way Qisha buka Butik Florist, kedai bunga.

***

"Kenapa monyok je ni Bos?" Tanya Arshad yang kebetulan lalu di hadapan aku. Selepas mesyuarat habus, aku terus pergi ke kafeteria bawah.

"Awak tahukan syarikat kita akan bergabung dengan syarikat The Crystal?"

"Tahu."

"And Then?"

"Ouh. Janganlah sedih-sedih." Pujuknya.

"Banyaklah awak punya sedih." Balasku malas.

Aku ambil air minuman dan bangum dari situ. Sebelum pergi, sempat aku pesan kepada Arshad.

"Tolong saya kemas barang."

Arshad yang faham terus berlari anak mengejar aku. Kami berdua naik semula ke tingkat 17. Misi kali ini ialah mengemas segala barang dan peralatan aku yang ada dalam pejabat tersebut. Hm, Arshad kena pecat ke nanti?

Pintu bilik Ceo tersebut aku buka. 2 kotak yang sememangnya dah disediakan oleh pihak atasan aku pandang lama sebelum memulakan operasi mengemas bersama Arshad.

46 minit kemudian,

"Thank you Arshad sebab sudi tolong saya kemas barang." Ucapku dengan nafas yang tercungap-cungap. Penat punya pasal.

"Sama-sama. Memang kerja saya untuk membantu bos." Balasnya sambil tersenyum manis. Memang murah senyuman dia ni.

"Jangan panggil saya bos sebab saya bukan bos awak lagi." Kata ku perlahan.

"Baik Puan Azreen."

"Tak payah nak berpuan-puanlah Arshad. Kita sebaya jadi call me Azreen." Arahku. Hm, macam tua sangat pula panggil puan walaupun aku sudah berkahwin.

"Okey Azreen. Tapi saya masih tak biasa."

"Lama-lama biasalah." Balasku.

"Saya minta diri dulu ya Azreen. Saya nak kemas barang saya pula." Pamit Arshad. Aku sekadar mengangguk dan Arshad terus keluar dari bilik aku. Aku ambil keputusan untuk melawat Ayyan di hospital.

***

Aku keluar dari kereta dan masuk ke dalam kawasan Hospital PrinceA. Seorang jururawat yang berkerja di bahagian kaunter pertanyaan aku tegur.

"Hello" Tegurku ceria. Senyuman manis dihadiahkan.

"Puteri Azreen?" Tanya jururawat itu macam tidak percaya.

"Ya."

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya lagi.

"Bilik Pengarah Hospital ni tingkat berapa?"

"Doktor Ayyan?"

"Ya."

"Tingkat 15." Aku pun tak faham juga dengan dia kenapa nak bina hospital sampai tingkat 15. Itu kalau ada kebakaran memang habis terbakarlah dia kat situ.

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Aku terus menuju ke lif. Aku terus masuk ke dalam apabila lif sudah tiba di tingkat aku berada. Di dalam lif ni ada seorang Doktor lelaki yang aku tidak kenal. 

"Hai" Tegur Doktor tersebut. Tak sangka, semua orang dalam hospital ni akan tegur aku dengan mesra.

"Hai" Balasku acuh tak acuh. Aku kena hati-hati, manalah tahu dalam lif ni ada cctv lepastu Ayyan tunjuk dekat Nazrul. Habis aku kena tidur atas sofa nanti.

"Doktor kat sini ke?" Tanyanya lagi.

"Nope. Nak jumpa Doktor Ayyan."

"Kenapa nak jumpa dia?"

Ya Allah, banyak tanya pula dia ni. Sekali aku ketuk kepala, hilang ingatan terus.

Ting!

Terima kasih Ya Allah. Aku terus keluar apabila lif sudah berhenti di tingkat 15. Doktor lelaki tersebut tidak keluar bersama, mungkin dia nak pergi tingkat lain? Tapi ni tingkat paling atas. Aku hanya buat tak tahu dengan dia.

Aku mengatur langkah ke pejabat Ayyan. Kita bagi surprise sikit kat dia. Harap dia suka. Aku masuk ke dalam pejabat Ayyan dengan selamba.

"Ya Allah Reen, terkejut aku" Ucap Ayyan sambil memegang dadanya.

"Baby Ayyan, tengah buat apa tu?" Tanyaku dengan nada suara yang lembut. Ni kalau ads orang nampak, habis fitnah tersebar luas di seluruh hospital ni.

"Aku tengah kerjalah. Kau buat apa kat sini? Pergi office sana" Arah Ayyan dalam nada menghalau aku untuk keluar dari pejabatnya.

"Aku mana kerja kat office Daddy lagi." Balasku. Tangan mula mengusik segala peralatan yang berada di atas meja.

"Baby Azreen, kena pecat ke tu?" Sindirnya. Aku yang geram terhentak cawan yang berada di atas meja kerjanya. Harap itu bukan cawan penting atau mahal.

"Daddy tu lah. Dia suruh Nazrul jadi Ceo compony kita." Balasku dalam nada merajuk tak jadi gitu.

"Compony dia?"

"Kita dah bergabung dengan compony diorang."

"Wah Bagus!"

"Cakap dengan kau ni boleh buat aku lagi sakit hati. Dah lah aku nak balik."

"Baliklah. Aku tak suruh kau datang sini pun."

Tak guna punya Abang. Aku terus keluar dari pejabatnya. Tidak lupa untuk menghempas pintu pejabat dengan kuat sekali. Biar roboh bangunan ni dengan gegaran pintu pejabat dia.

Aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah Datin Azira. Harap-harap Datin Azira ada di rumah kalau tidak aku keseorangan lagi. Kereta Honda milikku mula melalui jalan raya yang sudah sesak dengan pelbagai kenderaan yang lain seperti motor, bas dan sebagainya.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro