80

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aduhai, Senior Kerek! MiraFifah_
___

Aku membuka mata perlahan-lahan. Benda pertama yang aku nampak adalah siling berwarna putih. Kepala aku berdenyut-denyut. Aku pandang jam yang ada di dinding, pukul 5 pagi. Aku toleh ke arah kanan pula, ada seseorang yang sedang tidur. Kepalanya diletakkan di atas katil ini.

"Nazrul." Panggilku lemah.

Lelaki itu terjaga. Dia mengangkat muka dan aku tergamam.

"Daniel?" Ujarku perlahan-lahan. Dia membetulkan rambut yang sudah serabai.

"Ya. Baguslah kau dah bangun." Kata Daniel sambil tersenyum ke arah aku. Kemudian, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menghubungi seseorang.

Beberapa minit kemudian, Ayyan masuk ke dalam wad aku berada. Satu fail berwarna hitam turut dibawa bersama. Daniel bangun dari tempat duduknya.

"I miss you sweetheart!" Kata Ayyan lemah lembut. Aku gulingkan bebola mata, "Aku tak mati pun."

"Kau ni, sakit-sakit pun annoying. Kalau aku tahu aku potong tangan kau yang luka tu biar tak ada tangan." Dia menjelingku. Aku ketawa kecil melihat terlatahnya. Rindu pula usikkan manjanya.

"Mana Nazrul?" Soalan aku dijawab dengan hembusan angin malam. Suasana jadi diam seketika.

"Aku just nak pesan. Jangan lakukan pergerakkan yang banyak sebab tangan kau masih belum sembuh. Kalau degil, mungkin jahitan tu akan terkoyak. Kau tak nak hilang tangankan? So dengar cakap aku and lagi satu, sorry to say, kandungan kau gugur. Harap bertabah. " Balas Ayyan atau lebih tepat menukar topik perbualan daripada jawab soalan aku.

"Daniel keluar." Arah Ayyan dengan tegas. Mereka berdua keluar dari wad dan meninggalkan aku yang masih lagi penuh dengan soalan. Mana Nazrul ?

"Saya rindu Awak Nazrul." Gumanku perlahan. Air mata aku juga mengalir membasahi pipi. Peristiwa dimana Nazrul mendera aku berlayar di minda. Hati aku terasa sakit.

"Saya benci awak Nazrul. Sebab awak, kandungan saya gugur!" Jerit ku kuat dengan air mata. Beberapa orang jururawat masuk ke dalam wad aku. Maybe aku jerit terlalu kuat. Mereka semua menenangkan aku tetapi aku tetap melawan untuk melepaskan segala isi yang terbuku di hati. Aku mula pejamkan mata apabila salah seorang jururawat tersebut menyuntikkan ubat tidur.

***

Nazrul bangun dari tidur yang kurang indah. Jam di dinding di pandang, pukul 8 pagi. Niat dihati mahu pergi melawat Azreen tetapi apabila Amaran Ayyan belayar diminda terus terbatal.

Dia bangun dan mandi terlebih dahulu. Kemudian, dia turun ke dapur untuk bersarapan. Tiba saja di dapur, dia terkaku apabila teringat kembali peristiwa buruk.

"Kenapa aku marah dia?"

"Kenapa aku kata Adriana madu dia?"

"Kenapa aku tolak dia?"

"Kenapa weh kenapa?"

"Arghhhh." Dia mengusutkan rambutnya lalu dia terduduk dengan air mata di wajahnya. Jujur dia kata, dia sangat menyesal ketika itu.

***

Datuk Mikail, Datin Azira, Ayyan, Qisha dan juga Arisha duduk di meja makan bersama. Mereka sekeluarga bersarapan dahulu sebelum pergi melawat Azreen di hospital.

"Nazrul ada lawat Reen?" Tanya Datin Azira memecah kesunyian. Pergerakkan Ayyan terhenti. Pantas dia mengangkat muka memandang Mummynya.

"Yan tak izinkan dia jumpa Reen." Balas Ayyan dingin.

"Tapi kenapa Yan?" Tanya Datin Azira kerisauan. Azreen mesti dalam kesunyian. Dia perlukan seseorang untuk dijadikan peneman di hospital.

"Dia dera Azreen Mummy. Dia curang belakang Azreen. Dia lebih pentingkan perempuan yang cuba bunuh Azreen daripada isteri dia sendiri Mummy." Kata Ayyan tenang.

"Tapi dia tetap suami Azreen dan dia berhak untuk melawat Azreen, Yan." Balas Datin Azira dengan senyuman tipis. Baginya, dia seakan tahu yang menantunya tidak begitu kerana dia kenal Nazrul bagaimana.

"Ta-"

"Awak, jangan bantah kata Mummy. Tak baik." Pesan Qisha sambil memegang bahu Ayyan. Ayyan mengeluh perlahan.

"Baik. Nanti Ayyan suruh Nazrul lawat Reen." Akhirnya Ayyan mengalah juga. Dia sambung makan semula.

Mereka sekeluarga pergi ke hospital apabila semua orang sudah selesai menjamu selera di pagi hari. Bekalan Nasi goreng kampung kegemaran Azreen juga dibawa.

***

"Tuan, boleh tolong saya?" Tanya Adriana lemah apabila dia ternampak seorang pengawai polis masuk ke dalam kawasan penjara. Pengawai polis tersebut memandang ke arah Adriana, "Tolong apa?" Tanyanya.

"Tuan boleh tolong bagikan pita rakaman ini untuk Nazrul? Suami kepada Cik Azreen." Pengawai polis itu mengangguk dan menyambut huluran Adriana. Dia keluar dari kawasan penjara selepas itu.

"Maafkan aku Azreen." Guman Adriana perlahan. Air matanya juga turut mengalir membasahi pipi. Kini, Adriana ditahan di dalam penjara selama 2 minggu sebelum ke tali gantung. Alhamdulilah, dia dah bertaubat.

Kalau orang tu jahat sekalipun tak bererti dia tidak boleh berubah menjadi baik. Setiap manusia pernah melakukan kesalahan. Kita hanya mampu bertaubat terhadap Ilahi.

***

Aku pandang skrin TV dengan perasaan yang bosan. Walaupun cerita yang ditayangkan adalah cerita Goblin dan ada pelakon kegemaran aku Gong Yoo, aku tetap bosan. Di dalam hati hanya berdoa agar Nazrul datang melawat aku. Jujur aku kata, aku rindukan dia.

Memang aku kata aku benci dia tetapi aku masih sayang dan cintakan dia.

Klik!

Aku pandang ke arah pintu wad yang berbunyi. Ia bererti ada orang datang dan aku berharap sangat orang itu Nazrul tetapi malangnya orang lain.

"Kak Reen sihat?" Tanya Sha manja. Dia mula memanjat kerusi untuk naik ke atas katil aku. Aku tersenyum senget melihatnya.

"Sha, jangan nakal-nakal." Pesan Ayyan tegas. Arisha mencebikkan bibir. Ikut perangai siapa ni?

"Mana ada nakal-nakal. Sha cuma naik atas katil Kak Reen je." Balasnya ingin mempertahankan diri tapi betullah apa dia kata. Arisha langsung tidak menggangu aku.

"Aku bawa makanan kegemaran kau." Kata Qisha sambil menghulur sebuah bekas makanan. Aku sambut hulurannya. Kemudian, Qisha dukung Arisha untuk turun ke bawah. Selepas itu, aku menjamu selera dengan tenang.

"Nazrul mana Yan?" Tanyaku. Ayyan yang sedang menonton TV bersama Qisha terus menoleh ke arah aku. Ayyan hanya mampu mendiamkan diri dan perkara itu membuatkan aku meluat dengannya. 

"Korang keluarlah, aku nak tidur." Ujar ku lemah dan itu hanyalah alasan semata-mata. Bungkusan makanan aku letak di meja tepi. Aku baring semula di atas katil. Selepas itu, mereka bertiga keluar dari wad ini.

***

Nazrul hanya terbaring di katilnya. Tisu yang memenuhi katilnya hanya di biarkan begitu. Kalau ikutkan, dia sudah habiskan tiga kotak tisu dan itu masih belum mencukupi untuk dia lap air matanya.

Bunyi batuk diselangi dengan bunyi hingus dikesat menggunakan tisu. Selepas itu, dia mencampak tisu itu ke sebelahnya. Di bawah matanya sudah ada lingkaran berwarna hitam.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dia bangun dan membaca mesej yang baru dia terima. Dia terus tersenyum riang apabila mendapati Ayyan membenarkan dirinya berjumpa dengan Azreen.

"Sayang, sayang tunggu abang datang." Nazrul lantas bangun dan mandi sekali lagi. Dia memakai baju yang pernah dihadiahi oleh Azreen ketika dahulu. Kemudian, dia turun ke dapur untuk membuat mini cupcake.

"Butter, sugar, tepung gandum, telur, baking powder, baking soda, garam, serbuk koko, susu dan vanila esen." Nazrul menyebut satu per satu bahan yang tentera di skrin telefon pintarnya. Dia memandang sekeliling dapur.

"Demi isteri kesayangan, sanggup saya buka satu per satu kabinet itu." Dia terus berlari ke arah peti sejuk untuk mengambil susu, telur dan butter. Kemudian, dia beralih ke kabinet yang tersusun di atas.

"Tepung, koko, vanila, bp, bs, gula, garam, okey semua ada." Dia tersenyum melihat bahan-bahan itu tersusun di atas meja. Dia melipat lengan bajunya hingga ke siku dan memakai apron berwarna pink kepunyaan Azreen.

Dia masukkan tepung, koko, bp, bs, garam ke dalam penapis untuk diayak. Mangkuk besar turut ada di bawah penapis itu. Percubaan pertama dia berjaya kerana buat dengan lemah lembut. Cubaan kedua gagal kerana dia goyangkan terlalu kuat dan semua bahan itu terkena badannya.

"Arghhhh." Maka jiran-jiran akan kedengaran jeritan halus daripadanya. Dia pandang diri sendiri yang sudah di mandiri oleh tepung.

"Betullah kata Mama, susah jadi perempuan." Nazrul merungut perlahan. Tiba-tiba dia mendapat mesej daripada Puan Nadirah.

mamakusayang♡
naz mama ada buat cupcake
mari amik dan bagi isteri kamu

Nazrul sedaya upaya menahan air mata daripada jatuh tetapi dia gagal. Dia terus membuka apron dan berlari naik ke biliknya untuk mandi buat kali ketiga pada harini.

***
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro