82

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Harini hari paling bahagia bagi aku sebab aku dapat keluar dari hospital jahanam ni. Tak ada lah, aku tak suka bau ubat ataupun makanan hos sebenarnya. Sekarang aku tengah tunggu seseorang. Cuba teka siapa?

"Lamanya dia ni." Runggutku perlahan. Jam tangan dipandang sekilas, sudah pukul 2 petang. Tadi kata pukul 1:30. Haih.

"Azreen! Nazrul accident." Jerit Ayyan kuat. Aku terkaku. Tolong katakan itu semua dusta.

"Azreen?" Ayyan lambai-lambaikan tangannya dihadapan muka aku. Aku kembali ke dunia nyata.

"Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Tanya Ayyan ingin kepastian. Aku berkata perlahan, "Nazul accident."Ayyan mengerutkan dahi.

"Bila masa aku cakap Nazrul accident? Aku cakap kereta Nazrul tayar bocor so dia minta kau tunggu lagi 20 minit." Aku masih lagi dengan wajah yang pelik. Kenapa sekarang lain, tadi lain.

Aku berangan ke? Takkan lah berangan sampai boleh fikir Nazrul accident. Ke dia sengaja kata macam tu dan buat-buat tak tahu?

"Hye!" Marah Ayyan. Dia memetik jarinya di hadapan muka aku. Aku tersentak lagi sekali. Sejak bila aku suka mengalamun ni?

"Ye!" Balas ku.

"Jom aku hantar kau kat bawah."

***

Jahanam punya Abang. Dia tinggalkan aku kat bawah sorang-sorang. Kalau ada orang culik aku macam mana? Tiba-tiba ada seseorang lelaki duduk di sebelah aku. Lantas aku menoleh, Ihkwan rupanya.

"Awak dah boleh keluar?" Tanyanya.

"Macam tu lah." Jawab ku tersenyum hambar. Lain yang tunggu, lain yang datang.

Pon ! Pon !

Aku alihkan pandangan ke arah depan. Sebuah kereta BMW berwarna hitam kelihatan. Nazrul keluar dari tempat pemandu.

"Sorry Sayang. Tayar bocor tadi." Kata Nazrul tersenyum manis ke arahku. Kemudian, dia alihkan pandangan ke arah Ihkwan dan dahinya berkerut.

"Saya Ihkwan. Lelaki yang tolong Abang masa di gudang dulu." Kata Ihkwan sambil menghulur tangannya. Nazrul sambut huluran tersebut tanpa berkata apa-apa.

"Kenapalah budak ni ingatkan aku kejadian tu." Bisik hati Nazrul.

"Sayang, kita kena pergi sekarang." Kata Nazrul. Aku mengangguk. Ihkwan terus beredar dari kawasan itu selepas aku selamat masuk ke dalam perut kereta. Kereta BMW itu meluncur laju di atas jalan raya.

***

Aku keluar dari kereta dan berlari anak menuju ke arah pintu utama Villa'N ini. Nazrul bawa aku ke rumah Encik Naim dan Puan Nadirah. Lama tak datang sini. Rasa rindu pula.

"Reen rindu Mama." Ujarku. Aku peluk Puan Nadirah dengan erat. Nazrul hanya mampu menggelengkan kepala melihat terlatah aku.

"Mama pun rindu Reen." Balasnya. Pelukkan dileraikan. Aku tersenyum bahagia di hadapannya. Nazrul berdehem sekali.

"Naz kenapa?" Tanya Puan Nadirah hairan. Aku turut mengalihkan pandangan ke arah Nazrul sambil menjongketkan sebelah kening.

"Abang tak rindu?" Tanyanya saja. Aku menggulingkan bebola mata.

"Sudah-sudah lah. Mari kita masuk. Mama ada masak makanan favourite Reen." Ujar Puan Nadirah tersenyum manis. Bahu aku ditepuk perlahan. Kami bertiga masuk ke dalam. Meja makan di ruangan dapur menjadi tempat tujuan.

"Omg! Rendang ayam!" Jeritku riang. Kali terakhir aku makan, erm dua bulan lepas.

"Mana Mama tahu makanan favourite Reen rendang ayam?" Tanyaku. Aku cedok nasi ke dalam pinggan. Seketul ayam aku letakkan di atas nasi putih.

"Naz bagitahu." Jawab Puan Nadirah ringkas. Aku pandang Nazrul tidak percaya. Mana suami aku tahu?

"Ayyan." Dia seakan-akan faham fikiranku. Aku anggukan kepala. Apa sahajalah abang aku dah cerita kat Nazrul ni. Cerita baik-baik sudahlah, jangan jahat-jahat.

Dengan lafaz bismillah, aku menjamu selera di petang hari. Tak petang mana pun, 10 minit lagi nak masuk pukul 3. Fahamkan?

Selesai makan, aku menolong Puan Nadirah cuci pinggan, mangkuk dan sebagainya. Encik Naim dan Nazrul ke ruang tamu untuk menonton rancangan bola sepak. Lelaki dengan bola sepak, memang tak boleh dipisahkan.

"Reen nak tahu satu cerita tak?" Tanya Puan Nadirah lemah lembut. Mama sekarang sedang membasuh kuali manakala aku mengelap pinggan mangkuk yang basah di atas meja.

"Cerita apa?" Aku tertarik dengan soalannya.

"Cerita pasal Nazrul." Balasnya tersenyum manis. Aku mengerutkan dahi. Puan Nadirah datang ke arah aku dan duduk di hadapanku. Dia mula membuka bicara,

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun sedang menangis di dalam sebuah kereta mewah. Lelaki itu ialah Putera Nazrul bin Naim.

"Anak Mama kenapa ni?" Tanya Puan Nadirah lembut. Dia mengusap lembut kepala anak terunanya. Anak kecil itu hanya tahu menangis, menangis dan menangis. Puan Nadirah cuba memproses keadaan Nazrul ketika ini. Kemudian, dia tersenyum manis melihat Nazrul.

"Anak Mama rindu Puteri Azreen eh?" Puan Nadirah mengelap air mata anak terunanya menggunakan ibu jari. Tangisan Nazrul terhenti.

"Mana ada." Nafinya dalam keadaan sebak.

"Tak baik tipu Mama. Dosa tau." Puan Nadirah bergurau manja dengan Nazrul. Lantas Nazrul memeluk erat ibunya.

"Naz rindu Puteri Naz." Adu Nazrul perlahan.

"Janganlah nangis wahai baby boy Mama. Mama janji, suatu hari nanti kita akan jumpa Puteri Azreen lagi." Ujar Puan Nadirah lembut. Nazrul tersenyum riang.

"Naz nak kahwin dengan dia Mama." Ucap Nazrul tersenyum manja. Datin Nadirah memandang ke arah Nazrul dengan pandangan terkejut. Jauh betul pemikiran anak teruna dia ni.

"Kalau Naz nak kahwin dengan Puteri Azreen. Naz kena janji dengan Papa yang Naz akan belajar rajin-rajin sampai ke Menara Gading." Encik Naim menyampuk perbualan mereka.

"Betul tu!" Sokong Puan Nadirah pula. Nazrul mengerutkan dahinya.

"Menara Gading?" Tahu sangat budak kecik ni tak tahu maksudnya.

"Maksud Menara Gading ialah Naz kena belajar sampai ke sekolah tinggi. Bukan sekolah tu yang tinggi tapi peringkat yang tinggi seperti Universiti." Puan Nadirah tolong terangkan kepada anak terunanya.

"Wah! Naz nak belajar kat luar negara." Jerit Nazrul riang.

"Mana belajar semua ni?" Tanya Puan Nadirah hairan. Nazrul tersengeh, "TV." 

Aku tergelak kecil mendengar ceritanya. Tak sangka, Nazrul nangis dalam kereta masa dia dan keluarganya berangkat ke Kuala Lumpur. Masa ucap selamat tinggal kat aku bukan main gentelman lagi.

"Mama bangga cita-cita dia tercapai."

"Cita-cita dia apa Mama?"

"Cita-cita dia dari darjah 1 lagi hingga sekarang ialah kahwin dengan kamu."

Ketawa aku makin kuat. Sumpah aku tak tahan nak gelak. Dia tak ada cita-cita lain ke? Mesti masa cikgu tanya cita-cita kamu apa, dia jawab 'Cita-cita saya ialah kahwin dengan Puteri Azreen'. HAHAHAHAHA.

"Kamu dah kenapa senyum sorang-sorang?" Tegur Puan Nadirah hairan. Aku kembali ke dunia nyata. Termasuk ke dalam dunia mengelamun pula.

"Tak ada apa-apa." Balasku sepatah. Bukan sepatah tapi empat patah. Patah tau bukan Fattah Amin, sekian.

***

"Kami balik dulu Papa, Mama." Aku salam kedua-dua tangan orang tua Nazrul. Kemudian, aku masuk ke dalam perut kereta BMW Nazrul. Nazrul masuk ke dalam selepas 2 minit.

"Kita pergi rumah Daddy pula." Kata Nazrul. Enjin kereta dihidupkan. Aku hanya mengangguk tanda 'okey' . Selepas pastikan enjin kereta panas, Nazrul membelah jalan raya menuju ke rumah Banglo 3 tingkat. Rindu semua orang!

"Tadi kenapa?" Tanya Nazrul memecah kesunyian. Aku pandang wajahnya, "Tadi?".

"Yelah. Tadi kenapa, asyik ketawa je dengan Mama kat dapur."

Aku tersenyum nakal, "Tak sangka masa umur awak 7 tahun, awak nangis sebab terpaksa tinggalkan saya kat Johor." Muka Nazrul bertukar merah.

"Mana awak tahu? Ni mesti Mama punya kerja. Apa je yang Mama cerita kat awak?" Tanya Nazrul menahan malu.

"Banyak. Memang banyak sampaikan saya tak boleh henti kira berapa." Usikku lagi. Seronok kenakan dia. Jangan aku terkena balik sudah.

"Ouh. Nak tahu cerita tak?" Nazrul menukar topik perbualan. Aku angguk dengan laju.

"Ada seorang budak perempuan ni pernah merajuk dalam bilik selama 2 minggu. Tak nak makan dan semualah."

Senyuman aku terus mati. Lantas aku memukul lengan sasa Nazrul. Dia mengadu perlahan.

"Sakitlah Sayang."

"Ni mesti Ayyan punya kerja." Aku berdecit menahan marah. Siaplah dia nanti bila aku sampai rumah.

"Mana ada. Abang tahu sendirilah. Eh! Sayang terasa ke yang budak perempuan tu Sayang?" Nazrul tersenyum sinis.

"Abang!" Runggutku. Nazrul ketawa terbahak-bahak. Aku alihkan pandangan ke arah luar tingkap. Malas nak tengok muka hensem dia.

"Merajuklah. Abang tak nak pujuk." Ujarnya lagi. Bertambah sakit hati aku dibuatnya. Aku mendiamkan diri.

"Sayang." Panggil Nazrul perlahan. Aku masih mendiamkan diri. Dia berhentikan kereta di bahu jalan. Dah kenapa?

Dia pandang wajahku. Tangannya naik menolak bahuku untuk memandang wajahnya. Aku pandang lehernya sebab itu saja paras kepalaku. Siapa suruh dia tinggi macam tiang lampu sangat.

"Look at me." Suara Nazrul bertukar menggoda. Dia menolak daguku ke atas perlahan. Mata kami bertembung. Degupan jantung bergerak dengan laju.

"Jangan merajuk Sayang. Abang minta maaf okey?" Bisik Nazrul di telingaku. Aku masih lagi kaku. Tidak tahu ingin berbuat apa.

"Nak tahu suatu benda tak?" Tanyanya lagi. Aku sekadar angguk. Suara tidak mampu dikeluarkan.

"Abang cintakan Sayang lebih dari nyawa Abang sendiri." Katanya. Dia tersenyum manis. Kemudian, satu kucupan hangat hinggap di dahiku. Muka aku membahang.

"I Love You." Ucap Nazrul. Dia sambung semula perjalanan ke rumah Daddy.

Aku sandarkan kepala semula. "I love you too." Gumanku perlahan. Aku tidak pasti sama ada Nazrul dapat tangkap ayat itu atau tidak.

***

"Yeahh! Kak Reen datang!" Jerit Sha kuat. Dia berlari anak dan memeluk kakiku. Aku duduk mencangkuk di hadapanya.

"Gembiranya dia." Ujarku dengan satu garis senyuman manis.

"Mestilah! Jom ikut Sha." Sha menarik tangan aku. Aku ikuti saja langkahnya naik ke tingkat 2. Rindu pula bilik lama aku. Masih kekal ke design dia ataupun dah ada orang tukar.

"Kak Reen, sini!" Panggil Sha. Dia berdiri di hadapan bilik lamaku. Pantas aku berjalan ke arahnya dan masuk ke dalam bilik tersebut. Semuanya masih sama, tiada satu pun yang bertukar. Tak sangka ada orang jaga bilik ni lagi.

"Cantik tak bilik ni?" Tanya Sha. Dia melompat di atas katil empuk yang pernah jadi milikku di zaman remaja dahulu.

"Cantik." Aku tersenyum gembira.

"Mestilah cantik. Bilik Sha ni." Balasnya. Naik dah hidung dia tu.

"Tapi ni bilik Kak Reen dulu." Aku jelirkan lidah ke arahnya.

"Dah macam budak-budak, kau jelir lidah." Sampuk seseorang. Aku memandang ke arah pintu bilik yang masih terbuka dan wajah Ayyan kelihatan. Bukan dia kat hospital ke? Eh tapi baguslah aku ada misi nak kena buat.

"Kau!" Jeritku kuat. Lantas aku berlari ke arahnya dan menolaknya sehingga terkena dinding belakang. Ayyan memberikan riaksi wajah terkejut dengan tindakkan aku.

"Kau nak goda aku ke?" Tanya Ayyan lurus bendul. Pap! Satu tamparan kuat hinggap di atas kepalanya.

"Sakitlah baby!" Marahnya. Dia menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat di pukul olehku. Pukul sikit dah sakit. Manja!

"Tahu pun sakit. Yang kau cakap aku nak goda kau kenapa longkang?" Marahku kembali. Ada ke patut dia cakap aku nak goda dia. Tolonglah, nanti Qisha marah aku, Naz pula merajuk. Ceh

"Manalah aku tahu. Dah kau tiba-tiba tolak aku sampai kena dinding belakang." Ayyan balas kembali. Nampak gayanya, macam dua-dua tak nak mengalah.

"Kau cerita apa kat Naz masa aku 7 tahun dulu?"

"Yang kau nak main tuduh aku tanpa bukti ni kenapa?"

Soalan dijawab dengan soalan. So good! 

"Nazrul yang cakap."

"Yang kau percaya cakap Nazrul kenapa?"

"Sebab dia suami aku lah aku percaya."

"Boleh percaya ke muka jebon tu?"

"Kau jangan nak kutuk muka suami aku eh!"

"Kalau aku nak juga, kau nak buat apa?"

"Aku belasah kau sampai mati!"

"Cubalah kalau berani!"

"Kak Reen! Abang Yan! Janganlah gaduh." Jerit Sha kuat. Aku dan Ayyan terdiam. Kemudian, kami berdua ketawa terbahak-bahak.

"Mana ada gaduh, kitorang tengah bergurau senda ni Sha." Balas Ayyan dengan sisa ketawa palsunya. Arisha menghembus nafas lega. Mati-mati dia ingat Abang dengan Kakak dia bergaduh tadi.

"Haah. Bergurau senda!" Tambahku pula. Aku pijak kaki Ayyan dengan kuat sebelum masuk ke dalam bilikku ataupun Sha semula. Aku sempat kunci pintu. Tak nak bagi longkang tu masuk dalam. Nanti bertambah sakit hati.

***

"Kenapa Mummy dengar dekat atas tadi bising-bising?" Tanya Datin Azira hairan. Aku dan Ayyan saling berpandang.

"Kak Reen dengan Abang Yan ga-"

"Gapok!" Balasku dan Ayyan serentak. Seluruh ahli keluarga yang berada di ruang tamu memandang ke arah aku dan Ayyan.

"Apa benda gapok tu?" Tanya Datuk Mikail hairan. Tak pernah-pernah lagi dengar perkataan gapok kat selangor ni.

"Gapok bermaksud gurau." Balasku dengan senyuman sinis dan jelingan padu ke arah Ayyan.

"Haah. Bahasa jawa." Balas Ayyan pula. Dia turut memberi jelingan padu ke arahku.

"Abang tak pernah dengar pun." Balas Nazrul pula.

"Adalah. Abang je tak tahu." Balasku.

"Okey." Dia menonton TV semula.

Azreen/note  : jangan search pula perkataan tu sebab aku dengan Ayyan hentam je

Ayyan/note : yes, betul tu!

Author/note : macam mana boleh sama ?

A&A/ note : nama je adik beradik

Apa - apa lah korang berdua ni .

Jam tangan aku pandang sekilas. Ya Allah, tak sedar pula yang sekarang sudah pukul 5:30. Jangan risau, aku dah solat asar tadi dekat bilik Sha.

"Abang, dah pukul 5:30. Nanti jalan jammed." Tegurku. Nazrul pandang jam tangannya pula dan dia mengangguk tanda faham.

"Daddy, Mummy. Kami berdua terpaksa balik awal sebab takut nanti jammed." Kata Nazrul. Ayyan mematikan TV. Semua ahli keluarga menuju ke pintu utama rumah. Qisha tak ada bersama kami. Mesti dia kat kedai lagi.

"Bye! Assalamualaikum." Ujarku dan mencium tangan Datin Azira lembut. Kemudian, aku masuk ke dalam kereta diikuti dengan Nazrul di belakang.

"Dah sampai tolong gerak." Pesanku. Aku ambil satu bantal kecil di seat belakang dan bawanya kedepan. Aku turunkan sedikit kerusiku supaya senang untuk terlelap nanti. Tak ada lah, aku sakit kepala nanti.

"Okey. Have a sweet dream." Nazrul mencium dahiku lama. Aku rasa, semua orang yang kat depan pintu tu nampak apa yang Nazrul buat tetapi aku hanya buat tak tahu. Baik tidur. Dah penat ni.

***

"Jangan kacau." Ujarku perlahan tetapi 'Benda' itu tetap kacau. Hidungku dicuit banyak kali. Aku dah halau 'Benda' tu tapi dia tetap kacau.

"Meoww."

Bila masa aku bela kucing?

"Ouh pocot Kucing menari." Latahku sebaik saja membuka mata. Mana aku tak terkejut kalau Nazrul ada betul-betul di depan mukaku. Boleh gugur jantung ni.

"Abang ni kenapa?" Tanyaku pura-pura marah. Kacau orang tidur betul. Dia tak menjawab. Dia betulkan anak rambutku yang serabai. Saat ini, aku dapat tenung wajah dia lama.

"Abang tahu Abang hensem. Janganlah tenung sekarang." Katanya perlahan. Mukaku membahang. Kenapa kau berani sangat nak tenung wajah suami kau sendiri, Azreen?

"Kita kat mana?" Aku tukar topik perbualan. Aku masih lagi tak dapat kesan tempat ini sebab Nazrul ada di depanku. Dia menghalang pandangan aku ke arah cermin depan kereta.

"Tidur je tahu, kan dah tak tahu kita kat mana ni." Balas Nazrul dalam nada memerli.

"Dahlah. Abang keluarlah dari kereta ni. Nanti orang tengok." Kataku. Macam yang aku cakap tadi, Nazrul ada di hadapanku ditempat aku berada. Mana aku tahu orang tengok? Aku nampak ada seorang lelaki di kereta sebelah yang merenung ke arah kami berdua.

"Yelah." Nazrul mengalah. Dia keluar dari kereta. Lelaki yang pandang kami tadi dia tegur.

"Apahal Bro? Kitorang ada buat salah ke?" Tanya Nazrul. Lelaki itu tersenyum, "Korang dah kahwin?".

Okey! Ni mesti budak ni fikir Aku dengan Nazrul buat benda tak senonoh dalam kereta tu.

"Dah. Nampak ni?" Balas Nazrul menyampah. Dia siap angkat jari ke langit dan tunjuk cincin perkahwinan itu.

"Okey, maaf." Pintanya. Dia berlalu pergi selepas itu.

Aku naikkan kerusi dan perlakuanku terhenti apabila nampak ? Dihadapan. OMG! Pantai!

Aku terus keluar dari kereta dengan laju. Gembira punya pasal. Aku rasa, dah lama kut aku tak pergi pantai.

"Happy?" Tanya Nazrul. Aku angguk. Kemudian, dia pegang tanganku dengan lembut dan kami berdua menuju ke sana.

Aku duduk di atas pasir putih Pantai. Ramai orang pada waktu ini. Nazrul duduk di sebelahku dengan Ice Cream perisa coklat di tangan. Dia hulur satu kon Ice Cream. Aku ambil dan makan.

"Comotlah Sayang." Aku terkaku apabila Nazrul mengelap kesan comot di tepi bibirku. Dia ambil ice cream itu dan masukkan ke dalam mulutnya sendiri.

"Kotorlah Abang." Ujarku. Nazrul mengjongketkan sebelah kening.

"Makan bekas Isteri sendiri pun kotor ke Sayangku?" Tanya Nazrul menggoda. Dah kena dia ni, demam kus kus ke suami aku ni?

"Abang tengok matahari tu!" Aku tukar topik perbualan. Nazrul alihkan pandangan ke arah matahari yang mahu terbenam. Setelah habiskan ice cream, aku baringkan kepala di atas bahu Nazrul di sebelah. Dia juga sudah habis makan. Kami berdua melihat matahari terbenam dengan perasaan yang indah.

Nazrul masukkan jarinya ke dalam jariku. Jari kami bersatu.

"Abang cintakan Sayang." Kata Nazrul perlahan.

"Sayang tahu." Balasku lembut.

Angin-angin malam menyapa kedua-dua pipiku dan Nazrul.

"Ingat tak masa kita kat France?" Tanya Nazrul tiba-tiba.

"Ingat." Balasku.

"Sayang ingat tak Abang pernah bagitahu Sayang yang jodoh Sayang dengan Instafamous?" Tanyanya lagi.

"Ya. Mana boleh lupa." Balasku.

"Betulkan apa yang Abang kata. Jodoh Sayang dengan Instafamous dan Instafamous itu ialah Abang." Aku tersenyum manis sambil mengangguk.

"Kita mulakan hidup baru?" Aku anggukkan kepala lagi. Aku ambil sedikit pasir dan baling ke arah seluar Nazrul.

"Sayang!" Jerit Nazrul kuat. Aku sudah pun berlari anak meninggalakan Nazrul di belakang. Dia mula mengejar aku.

Jarak aku dan Nazrul tak jauh mana pun. Mungkin dalam 8 ke 9 ke 10 meter.

"Instafamous, I Love You!" Jeritku kuat dengan kedua-dua tangan dinaikkan ke atas kepala. Aku tersenyum gembira.

[ TAMAT ]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro