84

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- special chapter : two -

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Harini ialah hari terakhir ramadan. Selepas sahur, seluruh ahli keluarga mula sibuk untuk membuat persiapan sebelum raya menjelang tiba.

"Ada nampak Naz tak?" Tanyaku kepada Qisha yang sedang sibuk memotong bahan masakkan.

"Naz, Ayyan, Hazmi, Aliff pergi cari buluh, lampu pelita dan macam-macam lagi." Balas Qisha. Lupa nak bagitahu yang Hazmi dengan Aliff datang rumah Nenda dua hari lepas.

Katanya, Mama dengan Papa sibuk bekerja sebab itulah diorang datang sini. Lagi satu, Hazmi masih single dan Aliff sudah berpunya. Alhamdulilah, dia laku bukan macam Hazmi gay 😂.

P/s : try lah ngorat Hazmi

"Reen!" Panggil Datin Azira lantang.

"Coming!" Aku terus menuju ke ruang tamu dimana tempat Datin Azira berada.

"Tolong Mummy tukar cadar sofa, langsir, dengan alas meja." Aku mengangguk lalu membuat kerja. Aku tukar alas meja dahulu kerana itu lah kerja yang paling senang.

"Boleh saya bantu?" Tegur satu suara garau. Aku lantas menoleh ke sebelah kiri.

"Kenal saya ke?" Tanyaku hairan. Tak pernah nampak pula lelaki ni. Dari mana dia datang eh ?

"Mestilah kenal bidadari syurga ni." Balasnya tersenyum manis ke arahku tetapi aku tidak termakan dengan kata-katanya. Aku hanya tayang wajah beku. Maaf, saya sudah berkahwin dan sudah menjadi seorang ibu kepada Izz Rykal.

"Gurau je. Janganlah tunjuk muka garang. Takut saya." Lagi sekali aku geli dengar ayat dia. Budak sesat mana yang ada dalam rumah Nenda ni?

Aku tak melayannya. Aku pergi ke arah langsir pula. Tidak lupa juga untuk membawa kerusi sekali. Takkan nak suruh saya tukar langsir dalam keadaan terbang di udara. Saya bukan superman.

"Biar saya buat." Dia menawarkan dirinya sendiri untuk membantu aku. Aku iyakan aja. Orang dah tolong tu, janganlah nak bodoh sombong pula.

"Terima kasih." Ucapku separuh malas. Lelaki itu mula panjat kerusi dan membuka satu persatu penyakut yang berada di antara langsir dan tempatnya.

"Boleh saya tanya satu soalan?" Kenapa lelaki ni banyak tanya? Masa tengah buat kerja pun mulut masih boleh bercakap.

"Tanya jela." Balasku malas. Aku duduk di atas sofa. Tangan lincah membuka sarung bantal yang terdapat di sofa tersebut.

"Awak siapa? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Tanyanya. Patutnya, aku yang tanya dia.

"Reen. Cucu Nenda and you?" Aku pandang ke arahnya dengan wajah selamba.

"Eiman. Jiran Nenda."

"Okey."

"Mama!" Jerit Izz riang. Izz yang baru sahaja sampai ke rumah terus berlari anak menuju ke arahku. Badan aku dipeluk olehnya dengan erat sekali.

"Dari mana?" Aku ajukkan soalan kepadanya. Senyumannya daripada tadi tidak henti-henti terukir. Apa yang disenyumnya pun tak tahulah.

"Tesco. Auntie Nabila belanja boy bunga api." Ucapnya. Dia siap tunjuk lagi plastik yang berisi bunga api.

"Dah cakap terima kasih kat Auntie Nabila?" Izz lantas mengangguk. Dia mana pernah lupa pesanan Mamanya untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berikan sesuatu kepada dirinya. Ceh.

Ouh ya! Auntie Nabila itu ialah Isteri kepada Aliff Izzani. Macam mana diorang kahwin? Pandai-pandailah korang fikir sendiri.

"Terima kasih Nabila." Kataku sebaik sahaja dia lalu disebelah aku.

"Sama-sama. Kita kan dah macam keluarga, jadi apa salahnya belanja sesama keluarga." Balasnya. Dia tersenyum manis ke arah aku dan aku membalas senyumannya. Nabila menuju ke dapur untuk hantar bungkusan daging, ketupat dan lain-lain.

"Hye si hensem!" Tegur Eiman ceria. Dia sudah pun siap menukar langsir baharu. Gila cepat dia buat kerja walaupun tadi banyak mulut mengalahkan perempuan.

"Hmm, uncle siapa?" Tanya Izz ragu-ragu. Mama pesan, jangan layan orang yang tak kenal. Bagus Izz ni, dengar cakap Mama dia.

"Uncle kawan Mama kamu." Balasnya tersenyum manis.

Kawan? Bila masa beb!

"Betul ke Ma?" Tanya Izz ingin meminta kepastian. Aku pandang ke arahnya dan dia mengangukkan kepala supaya menyuruh aku mengiyakannya.

"Haa, Ya." Balasku mahu tak mahu. Suka hati dia je menyuruh orang.

"Hi Uncle. Hensemnya Uncle tapi Papa saya lagi hensem dari Uncle." Ujar Izz dengan senyuman nakal ke arah Eiman. Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Izz. Tak boleh dinafikan yang Nazrul  hensem walaupun umurnya sudah 28 Tahun. Ala, muda lagilah.

"Nenda! Boy dapat bunga api." Jerit Izz lantang. Nenda yang baru turun dari tingkat atas memandang Izz sambil tersenyum.

"Anak awak?" Tanya Eiman. Aku mengangguk. Dia ni takkanlah anak kampung sebelah pula.

"Berapa tahun?" Aku angkat tangan dan tunjuk 4 jari ke arahnya. Dia ketawa kecil melihat perlakuanku. Apa yang lawak weh?

"Kenapa jadi bisu pula ni?" Tanyanya hairan.

"Boy! Tunggu Mama sayang." Aku terus pergi ke arah Izz yang sudah berada di tangan Nenda. Eiman terkial-kial melihat perangai aku. Aku memang kurang bergaul dengan orang lain selepas berkahwin.

***

Takbir raya kedengaran jelas dari rumah Banglo Nenda. Jarak Masjid dengan kawasan perumahan ini cuma dalam 2 KM. Jadi tak hairanlah kalau dengar Takbir raya jelas dan lancar.

Kaum Adam sibuk membakar lemang, pasang pelita, pasang lampu raya, angkat kawah, angkat kuali, angkat itu dan angkat ini. Kaum Hawa pula sibuk dengan memasak rendang daging, kurma ayam, lontong dan sebagainya.

"Tolong hantar air minuman ni dekat orang bakar lemang." Arah Datin Azira lembut. Aku ambil dulang air tersebut dan membawanya ke halaman belakang. Di tempat bakar lemang ada Nazrul, Ayyan, Hazmi, Aliff dan Eiman. Tak sangka Eiman tu senang bergaul dengan orang lain.

Aku mengatur langkah ke arah pondok berdekatan tempat mereka membakar. Dulang air aku letak. Kaki diatur menuju ke arah mereka berlima.

"Boys, minumlah air dulu." Kataku. Kelima-lima lelaki itu pusingkan kepala memandang ke arah aku lalu mengangguk laju. Kami berenam menuju ke pondok tadi. Aku tuang air sirap itu ke dalam cawan untuk Nazrul.

"Aku punya tak ada ke Reen?"Hazmi bersuara lantang. Nazrul menjeling Hazmi sekilas.

"Siapa suruh belum kahwin lagi." Balasku selamba. Tawa Ayyan dan Aliff bersatu. Eiman hanya mendiamkan diri. Rasa janggal pula.

"Bukan tak nak kahwin lagi. Tapi semua perempuan kat luar sana nak harta aku je." Lagi sekali tawa kami terhambur. Hazmi memang boleh jadi pelawak.

"Apa yang lawak guys?!" Hazmi tarik mucung. Kalah itik dibuatnya.

"Taste kau je tinggi macam langit or kau sebenarnya gay? Sebab tu tak nak kahwin. Macam-macam alasan kau bagi." Tekaku. Sekali lagi aku cakap, ketawa kami terhambur. Wajah Hazmi mula merah. Marah or malu?

"Kau memang nak kena Reen!" Belum sempat Hazmi ingin menarik tudungku, Nazrul sudah pegang tangannya.

"Berani kau nak sentuh Isteri aku?" Tanya Nazrul acah marah. Padahal, gurau-gurau je.

"Haah. Betul tu. Berani kau nak sentuh adik aku." Tambah Ayyan pula. Hazmi menggulingkan bebola mata. Annoying!

"Yela-yela. Untunglah kau, ada 2 hero." Kata Hazmi monyok. Alololo, dia merajuk ke? Tak ada masa aku nak pujuk nanti orang tu pula yang merajuk.

"Mama!" Izz berlari anak menuju ke arahku.

"Ya boy?"

"Tolong bukakan." Pintanya manja. Satu bungkus bunga api dihulur. Bunga api besi tu.

"Mari Uncle yang hensem ni bukan kan." Kata Hazmi sambil menepuk dadanya.

"Tak nak. Nak suruh Papa sebab Papa lagi hensem dari Uncle Hazmi." Balas Izz.

"HAHAHAHAHAHAHAHA." Tawa kami semua kecuali Hazmi bersatu. Eiman juga turut ketawa sedari tadi hanya mendiamkan diri. Mungkin dia belum selesa dengan kami semua yang sudah seperti keluarga ni.

"Ayyan! Ayyan! Ayyan!" Jerit Datin Azira kuat. Kami semua terus menoleh ke arah belakang. Mummy sedang berlari tergesa-gesa. Macam ada pekara buruk yang berlaku.

"Ada apa ni Mummy?" Tanyaku dan Ayyan serentak. Yang lain hanya memerhati.

"Qisha."

***
- habis habis habis -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro