86

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

- special chapter : four -

Gas dapur aku buka. Kuali yang separuh besar aku letak. Segala bahan tumis untuk buat mihun aku masukkan. Aku biarkannya selama 2 minit.

Kalau korang nak tahu, kini aku sedang berbadan dua. Alhamdulilah, berkat rezeki daripada Allah. Doktor kata umur kandungan aku sudah cecah 3 minggu


"Sayang." Nazrul memeluk pinggangku erat. Habis terkejut. Nasib baik senduk ni tak terbaling.

"Apa Abang ni. Saya tengah masaklah." Aku pukul lengannya perlahan. Dia mengadu kesakitan.

"Nak bergurau pun tak boleh. Haih." Nazrul menarik muncung.

"Ala-ala. Bukan tak boleh tapi Abang nampak tak sayang tengah masak ni. Abang kan nak pergi pejabat sekejap lagi." Kataku manja. Nazrul melepaskan pelukkan.

Dia terus hilang dari dapur. Merajuk ke suami aku ni. Actually Dia belum tahu yang aku mengandung. Diam-diam guys! Jangan bagitahu dia.

Setelah selesai memasak, aku hidangkan mihun itu di atas meja. Air hot chocolate untuk Nazrul dan Izz aku sediakan sekali. Jam aku pandang sekilas, baru pukul 7 pagi.

"Mama! Tadi Papa call Kesa-" Lantas mulut Izz ditekup dengan tapak tangan Nazrul. Kesa apa ?

"Kenapa tekup mulut dia? Biarlah dia habis bercakap." Marahku. Nazrul menggeleng.

"Dah. Duduk. Makan." Ujarku satu persatu. Aku cedokkan mihun ke dalam 2 pinggan dan beri kepada mereka seorang satu.

"Tadi Papa call kesayangan dia. Papa yang cakap sendiri macam tu." Bisik Izz perlahan tanpa disedari Nazrul. Hatiku seakan-akan rapuh.

"Mama jangan risau. Boy tetap sayangkan Mama." Bisiknya lagi. Aku tersenyum hambar ke arahnya.

Nazrul menyuakan mihun ke dalam mulutnya, "Sedap sayang masak. Ikut resepi siapa ni?"

"Mummy." Jawabku sepatah. Aku langsung tidak memandangnya.

"Kenapa ni? Abang ada buat salah ke?" Nazrul letak garfu dan pandang wajahku.

"Tak ada." Aku makan tanpa memandangnya. Izz hanya buat tak tahu.

"Boyyy." Nazrul melirik nama Izz. Izz pandang Nazrul dengan wajah tidak bersalah.

"Boy ada buat mood Mama down ke?" Tanya Nazrul ingin tahu lantas Izz menggeleng.

"Betul ni?" Nazrul minta kepastian sekali lagi.

"Ya!" Balas Izz sambil menganggukkan kepala.

"Mama naik atas dulu ya boy." Aku usap kepala Izz lembut. Nazrul yang memerhati memandangku pelik.

"Okey."


***

Nazrul masuk ke dalam pejabatnya. Dia sedang menunggu panggilan penting dari seorang perempuan.

Tok !

"Coming."

"Maaf Tuan tapi ada orang nak jumpa Tuan." Kata pembatu peribadi Nazrul.

"Bawa dia masuk." Seorang perempuan masuk ke dalam pejabat. Pembantu peribadi Nazrul pun keluar dari pejabat.

"Kan Naz suruh call je. Kenapa datang pejabat ni? Nanti Azreen datang macam mana?" Tanya Nazrul. Dia mengeluh perlahan memandang perempuan itu.

"Biarlah Azreen datang." Balas perempuan itu. Dia menggeleng melihat perangai Nazrul ini.

"Kita bincang kat Cafe bawah." Nazrul dan perempuan itu keluar dari pejabat. Cafe yang ada di bawah syarikat menjadi tempat tujuan.

***

Aku mundar-mandir di dalam bilik. Perbualan aku dan Izz tadi bermain di layar fikiran.

Aku masuk ke dalam bilik. Beberapa minit kemudian, Izz masuk ke dalam bilik.

"Mama?" Suara Izz kedengaran. Aku menoleh ke arahnya, "Ya sayang."

"Boy nak cerita pasal tadi." Ujarnya. Aku menganguk.

***

Izz yang baru selesai mandi keluar dari bilik air. Dia mandi dalam bilikku dan Nazrul. Izz nampak yang Papanya sedang on-call dengan seseorang di balkoni bilik.

"Papa call siapa?" Terjah Izz. Nazrul terus mematikan panggilan telefon. Nanti kantoi tak pasal-pasal.

"Dengan kesayangan. Kenapa?" Tanya Nazrul dengan senyuman sinis.

"Kesayangan? Siapa? Mama ke?" Tanya Izz ingin tahu. Dalam fikirannya, mesti Papa call Mama sebab Mama tak ada di dalam bilik.

"Bukan. Orang lain." Balasnya. Izz mendiamkan diri. Dia terus masuk ke biliknya yang asal untuk pakai baju.

***

"Macam tu lah cerita dia Mama. Mama janganlah sedih. Mungkin Papa hanya bergurau." Izz memujukku. Dia lap air mata yang mengalir di pipiku.

"Mana ada Mama sedih. Papa dah pergi kerja?" Aku tukar topik perbualan.

"Dah. Lepas Mama naik atas, Papa terus keluar dari rumah." Balas Izz.

Hmm. Dia curang ? Jangan fikir benda negatif Azreen. Fikir benda yang positif je.

Ting ! Ting !

Chat daripada WhatssApp aku buka dan baca.

+6012345678
B

oleh kita jumpa ?


[ Share Location ]

Aku mengerutkan dahi. Siapa pula ni ?

Siapa ni? 

Tak save number ke ? 

Makin berkerut dahiku. Kenapa tak save nombor? Dia kenal ke siapa aku? and aku kenal ke siapa dia?

Aku putuskan untuk pergi ke tempat dia share sekarang juga disebabkan sekarang sudah pukul 2 petang. Jangan risau, Izz mahu pergi rumah Daddy. Katanya rindu pada Damia.

***

Qisha tersenyum melihat Izz bermain bersama Damia.

"Boy." Panggil Qisha. Izz terus memandang ke arah Qisha.

"Ya Auntie." Balas Izz tersenyum manis.

"Boleh tolong ambilkan botol susu Damia tak?" Tanya Qisha penuh harapan. Izz lantas mengangguk.

"Kat mana?"

"Dalam bilik Uncle Yan dengan Auntie." Balas Qisha.

Izz terus berlari ke tingkat atas. Bilik Uncle Yan dituju. Dia terus mengambil botol susu Damia sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

"Auntie Sha." Tegur Izz apabila lalu di hadapan bilik Arisha yang tidak berkunci.

"Berapa kali Kak Sha cakap. Jangan panggil Auntie, Panggil Kak Sha." Pesan Arisha.

Izz menjelir lidah, "Nak panggil Auntie juga sebab Auntie nampak tua but comel."

"Boy!" Suara Arisha bergema di seluruh rumah banglo 3 tingkat ini. Izz terus berlari turun. Botol susu Damia diberi kepada Qisha dan dia sambung bermain dengan Damia.

Sekali sekala dia melirik ke arah tangga. Mana tahulah kan tiba-tiba Arisha turun. Mati dia.

***
- soon okey -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro