1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aisy,lepas ni aisy tolong basuh pinggan ya pinggan dekat luar tu dah banyak dah,boleh?"

Tanya mak ilah kepada aisy yang sibuk mengelap meja makan

segera aisy mengangguk kecil serta mengelap meja makan  dihadapan gerai kecil itu

harini ramai sungguh pelanggan yang datang untuk makan dan hari ni juga semua lauk pauk yang di masak mak ilah dan syarfa pun tinggal sedikit

senang hati orang tua itu apabila gerai makan kecilnya itu mendapat sambutan yang agak elok walaupun sebelum ini agak meragukan dan hampir membuatkan mereka untuk menutup gerai itu,tetapi hasil pujuk rayu Aisyah agar mak ilah meneruskan perniagaan mereka itu kini memberi hasil yang agak memuaskan untuk menampung hidup mereka berempat

Mak ilah,Syarfa,Aisyah dan adik angkatnya Aulia

Aisyah sedar akan kehadirannya dalam keluarga kecil itu agak membebankan keluarga tersebut dan sebab itulah dia berusaha membantu sedaya upaya agar dia dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga

Dia,
Anak yatim yang diambil oleh mak ilah sejak 15 tahun tahun lalu, dibawah jambatan dengan baju lusuh yang sudah kotor serta rambut yang kusut masai itu dibawa pulang kerumah dan dibersihkan seperti yang sepatutnya

biarpun begitu,dia amat bersyukur kerana dihadirkan seorang insan yang sanggup mengambil dirinya di kawasan seperti itu,jikalau bukan disebabkan atas ihsan dan belas wanita itu,mungkin dia masih lagi menjadi gelandangan ataupun lebih teruk daripada itu

Peristiwa itu tidak mungkin dilupakan olehnya dimana dia seorang budak kecil yang meminta diberi sedikit makanan daripada seorang mak cik yang menjual nasi lemak disekitar taman perumahan itu dengan harapan dapat mengisi perut yang kian bermaharajalela ingin di isi,kerana itu seorang aisyah sanggup meminta demi sebutir nasi

Mak ilah,wanita yang berumur 47 tahun itu sanggup mengambil dirinya 15 tahun lalu dibawa jambatan dan di bawa kerumah,wanita itu mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Syarfa Qhuzaira yang kini berumur 25 tahun dan  Aulia Qhuzandria yang bakal menduduki peperiksaan umum Sijil Pelajaran Malaysia(Spm) yang berumur 17 tahun,

keluarga itu tidak pernah menganggap dirinya seperti orang luar malah,menganggapnya seperti adik beradik kandung

Bukan dia tidak mahu mencari kerja,tetapi kelulusan apa yang dia ada untuk mendapat pekerjaan,cukuplah dia menyusahkan mak ilah semata mata ingin mendapatkannya sekeping kad pengenalan diri,tidak mahu lagi menyusahkan wanita yang menjaganya itu dengan menanggung kos pembelajarannya,bukan wanita itu tidak mahu menyekolahkan aisyah,tetapi aisyah sendiri yang tidak mahu kerana baginya,sudah berharga diberi tempat berteduh untuk menumpang kasih sayang dan tempat tinggal, kini sudah tiba masanya untuk dia membalas budi wanita itu semula walaupun sedikit cuma

Tersedar lamunannya apabila syarfa,kakak angkatnya memanggil namanya untuk membantunya melakukan kerja kerja dibelakang gerai

Dilihatnya sekilas mak ilah yang bertungkus lumus melayan pelanggan
yang datang hari itu sementara dia bersedia untuk membasuh pinggan mangkuk yang kotor di dalam besen hitam

"Mak banyak jugakkan yang datang tadi tu? senang hati arfa tengok.kalau bukan sebab aisy beria ia suruh kita buka kedai hari ni nampaknya taklah kita merasa rezeki hari ini ya mak?"syarfa yang sibuk mengemas meja dan bangku ditepi gerai menyuarakan rasa gembiranya melihat rezeki yang mereka dapat hari ini

Jam yang sudah menunjukkan hampir jam 3 petang itu menuntut mereka untuk bersiap mengemas gerai makan mereka

Aisyah yang sudah siap memasukkan pinggan mangkuk kedalam belakang van mak ilah segera pergi kepada dua beranak dihadapan gerai makan tersebut

senang hatinya melihat hari ini berjalan dengan lancar

"Macan ada orang sebut nama Aisy je tadi?eh mak?"dalam nada bergurau aisyah segera mendapatkan mak ilah yang sedang menyusun bekas lauk pauk di atas meja

"Yelah,ada orang tu bersemangat bangun jam 3 pagi semata mata nak buka gerai ni hah"Arfa pula memulangkan buah paku keras kepada aisy

Mak ilah hanya tersenyum melihat kedua anak daranya itu bertelingkah manja

"Dah dah cepat kemas nanti kejap lagi Aulia balik dari sekolah kita pergi beli barang basah untuk esok"

"Okay mak!"Laung Aisy dan syarfa sambil meneruskan gelak tawa

Tepat pukul 4:45 petang van yang dipandu syarfa tiba di pasar jaya

Biasalah syarfa ni garang garang sikit,perangai dia boleh berubah jadi lelaki dah umur 25 tahun dah, tahun depannya hajat nak kahwin dengan anak pak zaid depan rumah tu, zani tu pulak lembut hati kontra la dengan si syarfa ni

Mak ilah dan syarfa pergi ke pasar untuk membeli barangan manakala Aisy dan Aulia duduk di dalam kereta,Aisy yang melihat Aulia membuka buku itu bertanya

"Lia kat sekolah macam  mana?belajar okay?"dipandang adiknya yang duduk disebelahnya itu

"Okay kak,tapi Lia blur la dengan Cikgu Zamri tu,subjek fizik tu susah sangat,Lia tak dapat nak tangkap beberapa bab subjek tu"Berkerut dahi Aulia menerangkan rasa tidak puas hatinya kepada Aisy kalau dia mengadu dengan kakaknya syarfa sudah tentu dia disalahkan tidak fokus ketika di dalam kelas belajar

"Lia,dalam dunia ni tak de yang senang lia,semua susah kalau ada yang senang pun belum tentu kita dapat,kalau nak masuk Universiti tu senang semua orang tak payah susah lelah belajar rajin rajin tau,kakak ni pun da boleh masuk universiti kalau senang,tapi tak kalau kita nak dapat kan sesuatu kita kena usaha,usahakan tangga kejayaan,kalau usaha takda macam mana nak berjaya,capai matlamat hidup?"

"Lia taknak belajar la kak,lia bukan pandai mana pun"Hanya tinggal 9 bulan lagi untuk Aulia menyiap kan dirinya untuk menghadapi Spm pada bulan 10 nanti

"Lia,kakak tau adik kakak ni pandai orangnya kalau tak,macam mana lia dapat masuk kelas KRK(Kelas rancangan khas)kelas lia kan kelas pertama,lagipun lia kan pelajar score A spm nanti,kakak taknak la lia putus asa macam ni?Lia lah satu satunya harapan mak,kak arfa,kakak untuk lia ubah hidup lia,lia tau tak akak nak sangat jadi budak sekolah,belajar tinggi tinggi masuk U,tapi kakak tau mak tak mampu,jadi lia mak dah susah payah cari duit untuk lia belajar,masuk U sampai dapat segulung Ijazah untuk tengok lia berjaya nanti"

Aisy berhenti seketika sebelum meneruskan kata katanya.

memberi semangat kepada anak muda di hadapannya itu mungkin

"Lia,kakak tau lia takut tak dapat keputusan cemerlang nanti tapi lia kena usaha,doa dan tawakkal kalau lia rasa lia tak mampu macam apa yang kawan kawan lia ada,lia tak perlu risau,lia jadi diri lia,tanam niat lia nak belajar sehingga berjaya,takda tuisyen,takda guru ekstra untuk belajar takpa lia,Allah swt nampak usaha lia belajar tiap malam, solat lima waktu,tu dah cukup lia,ingat Allah swt adalah sebaik baik perancang,kita hanya merancang,tetapi perancangan Allah swt lebih baik dari kita hambaNya ini jadi,lia jangan putus asa,lia kena sabar,doa usaha dan tawakkal okay adik kakak?"
Diusap bahu Aulia tanda pemberi semangat agar meneruskan pelajaran

Bagai disuntik semangat baharu,Aulia tersenyum serta merta

"Betul cakap kakak,lia tak boleh putus asa,kalau lia putus asa maknanya lia putus asa dengan apa yang Dia dah tentukan untuk lia,kita tak tahu apa yang akan menanti kita nanti kan kakak?"

"Ha ar betul tu,erm lia kakak pegi kedai depan tu kejap ya,lia duduk sini kakak nak beli barang kejap ya?"Aisy yang tersedar dia ingin membeli sesuatu terus saja membuka pintu kereta untuk membeli keperluannya

"okay kakak,elok elok tau"

Aisy segera masuk ke kedai untuk membeli barangnya tanpa dia sedari dompetnya tertinggal di dalam kereta

Sampai sahaja di kedai dia mengambil kapas dan juga tuala wanita untuk simpanan dia di rumah

"Semuanya RM 15.58 sen cik"Aisy menyeluk poketnya untuk mengambil dompet tetapi baru dia tersedar dompetnya tertinggal di dalam kereta

"Ermm,cik kejap ya"Aisy berkira kira sama ada tidak jadi membeli ataupun memberitahu wanita itu bahawa dia tertinggal dompet dan akan datang kembali

Beberapa pelanggan yang beratur mula melihat Aisy yang sudah serba tidak kena itu

"Maaf cik tapi saya nak cepat,kak erm tolong kira semuanya termasuk barangan ni dan saya akan bayarkan"

Aisy yang terkejut dengan jejaka dihadapannya yang memintas nya sebentar tadi terkejut mendengar kata kata lelaki itu

"Terima kasih"

Apabila Aisy tersedar lelaki itu ingin keluar segera Aisy mengikut langkah ingin membayar kembali wang lelaki itu

"Encik tunggu sekejap,encik saya nak pulangkan balik duit encik!"laung aisy bila jejaka itu ingin melintas jalan bila dilihatnya lelaki itu berhenti seketika segera dia berlari anak ke arah lelaki itu

"Encik boleh tungg...."

"Eh takpa saya ikhlas,saya nak cepat ni"

"Erm tapi saya taknak berhutang encik,kalau boleh saya nak bayar kejap dompet saya tertinggal dekat kereta tuuuuu je encik"Dituding jarinya ke arah van berwarna biru sambil melihat ke arah lelaki tadi

"Erm takpa, saya dah cukup lambat ni cik
.....?"

"Aisy,Aisyah Athaila"

"Ok haila,saya pergi dulu,ada jodoh kita jumpa lagi,bye si cantik"Tanpa aisy tahu nama lelaki itu,lelaki itu pergi tanpa sempat dia berterima kasih

"Bbyee,terima kasih"perlahan sahaja suara aisy membalas lambaian lelaki tampan itu

Tidak mahu berlama aisy segera pergi ke arah kereta untuk pulang

"Uitttt kakak jumpa prince charming ke tuuuuu"Adiknya Aulia yang hanya memerhati dari tadi tersenyum senyum melihat Aisy yang kebingungan

"Takla dia tolong kakak tadi,dompet kakak tinggal ni hah"
Diangkat dompetnya yang berada di bangku kereta

"Yelah tuuu"

"Eih dahla,mak nak datang tu,belajar cepat"

"Yelah kakak aisy yang cantik"

Aulia sudah kembali membaca bukunya manakala aisy pula masih dalam dilema memikirkan bagaimana dia ingin membayar kembali hutang,dahla malu pun dapat hutang sekali menyusul





"Yelah,kejap lagi aku sampai kau ni pun"

"..............."

"iya,nanti aku gitau mami la ish ngada la kau ni"

"............"

"Erm ya bye aku memandu ni"

'Aisyah Athaila,what a nice name girl'

Tersenyum dia mengingati kejadian tadi,dia mesti akan bertemu lagi dengan wanita itu

Mesti.

Haila,


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro