bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Halilintar pergi ke sekolah pada pagi itu. Seperti biasa, kehidupannya itu sering dipenuhi dengan fitnah serta makian dan cacian daripada masyarakat dan murid-murid di sekolahnya. Disebabkan sikapnya yang terlalu senyap dan antisosial itulah orang mengatakan dia ni 'gay'. Yelah, dia bukannya bergaul dengan orang perempuan ke apa, suka buat hal sendiri je.

Macam biasalah, pagi-pagi sudah dihidangkan dengan kata-kata fitnah dan sampah. Halilintar yang sudah biasa akan keadaan tersebut membiarkan sahaja situasi itu. Dia membersihkan mejanya lalu mengeluarkan buku subjek kimia dan membacanya. Tiba-tiba,salah seorang pelajar telah menarik bukunya.

Halilintar:Haih,kau nak apa lagi? Tak puas hati lagi ke nak ganggu hidup aku?

Pelajar:Eh,pondan ni. Makin pandai melawan eh? Kau fikir kau sapa hah?! Ah long ka nak marah aku suka-suka hati?!

Halilintar:Kan aku dah cakap aku ni bukan gay, takkan kau tak faham lagi kot?

Pelajar:Ya,aku tak percaya.Sebab kau ni langsung tak buktikan yang kau ni 'normal'macam kitorang. Eh, agak-agaknya lepas balik sekolah kau buat apa eh? Oh,baru aku ingat! Kau pergi lorongkan pergi jumpa pondan-pondan kat luar sana tu. Hahaha!

Halilintar:Aku ni bukan gaylah! Kau ni dah kenapa hah? Sudah bagi balik buku aku.

Halilintar cuba mahu mengambil bukunya dari tangan pelajar tersebut namun pelajar itu asyik menjauhkan bukunya itu. Dia terkapai-kapai untuk mencapai bukunya itu sehingga seorang pelajar lelaki menendang belakangnya. Dia terus jatuh tersungkur lalu pelajar itu melempar buku itu di kepalanya dan terus meninggalkannya sendirian.

Halilintar:Aduh..sakitnya. Alamak, darahlah pulak.Haihh..apalah nasib aku..

Waktu rehat...

Semua pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin. Halilintar berjalan perlahan-lahan menuju ke kantin. Tiba-tiba seorang pelajar sengaja melanggar bahunya lalu dia terjatuh.

Halilintar:Aduh..sakitnya punggung aku.

??:Awak.. Okey?

Halilintar:Eh?

Halilintar melihat seorang gadis tersenyum ke arahnya sambil menghulurkan tangan. Hanya tuhan je yang tahu jantungnya ketika itu berdegup laju apabila melihat senyuman gadis itu.

Halilintar:Ermm...okey je. Takpe, takpe saya boleh bangun sendiri.Saya tak perlukan bantuan orang lain pun.

Halilintar bangun perlahan-lahan lalu menepuk seluarnya yang berdebu itu.Dia bercakap dengan suara yang dingin.

Halilintar:Asal kau kat sini lagi? Pergilah, tak payah tunggu aku.

Gadis:Hmm...saya cuma nak pastikan awak okey je. Saya takut awak tercedera ke apa nanti.

Halilintar:Kan saya dah cakap saya okey je. Sudahlah, awak pergilah,tak perlu menyibuk hal saya.

Baru saja halilintar mahu melangkah pergi,tiba-tiba gadis itu memangilnya lagi.

Gadis:Nanti!

Halilintar:Haish..apa lagi?

Gadis:Err..boleh saya ikut awak? Saya... Pelajar baru dekat sekolah ni. Boleh tak?

Halilintar:Haihh..yelah, yelah.

Di kantin...

Gadis:Hmm..kita ni asyik senyap je dari tadi.Apa kata kita berkenalan,mana tahu kita boleh berkawan. 😅

Halilintar:Sapa mahu berkawan dengan kau? Aku tak kata pun nak kawan dengan kau kan?

Gadis:Er...maaf(Garang betul lelaki ni, matanya menakutkan pula tu, warna merah) Jadi.. Boleh saya tahu nama awak?

Halilintar:Aku halilintar. Kau?

Airis)Oh,saya Airis. Selamat...berkenalan err..

Halilintar:Halilintar.Itupun tak ingat ke? Haishh.. 😑

Airis:Hehe,janganlah marah.Boleh saya tanya awak satu soalan halilintar?

Halilintar:Apa?

Airis:Kenapa semua budak kat sekolah ni kata awak ni... Gay? Saya nampak awak ni normal je?

Halilintar:Kau rasa kau perlu ke tahu benda tu hah, budak? Oit, kalau kau pelajar baru buatlah cara pelajar baru. Tak perlulah menyibuk hal orang lain.Dahlah malas aku nak layan kau, menyibuk je tahu.

Airis:Tapi,halilintar.Saya tanya tu sebab...

Belum sempat airis menghabiskan ayatnya, halilintar sudah meninggalkannya.

Airis:Memang betul apa dia cakap, aku tak perlu menyibuk hal dia. Hmm.. Baik aku minta maaf dekat dia waktu balik ni. Harap boleh jumpa dialah.

Tbc
........................................................................

Assalamualaikum,okey author kembali dengan story baru. Haihh berapa banyaklah story aku nak buat ni? Nak buat camna, ada idea dalam otak kita buat jelah. So,author harap korang suka story ni ya. Please vote atau komen je ok? Byeee

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#love