bab 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aura!!!!!" Hairy tersedar dari tidurnya.

"Hairy kau ok bro?" tanya Zuhair.Dia memegang bahu Hairy "group Aura dah sampai?" Soal Hairy "belum lagi" ujar Hazziq sedih.Yaa memang semua jejaka itu sangat risau akan keselamatan the four princess "Cikgu cakap ada lagi 3 Group belum sampai"  kata Mateen.Hairy hanya mengangguk

1 jam kemudian

"perhatian semua pelajar tingkatan lima. Nampaknya ada 1 group yang kehilangan dan kami akan berusaha mencari.Diharap semua dapat bertenang" kata cikgu Shakir

Hairy,Mateen,Hazziq dan Zuhair sudah terkaku "g..group siapa tu cikgu" tanya Hairy walaupun dia tau hanya group Aura sahaja yang belum sampai tapi dia sedaya upaya menafi perasaannya sendiri.

"maafkan saya Group APYH.Group yang hilang tu Group Aura"  kata cikgu Kalsom serba salah.

Hairy terkedu.Dia terkejut,sangat terkejut,macam mana boleh berlaku pun dia tidak  tahu.Lututnya sudah mula tidak berfungsi,serta merta dia melutut.Gadis yang berjaya menjentik pintu hatinya hilang? Bagai nyawanya sekali hilang.Begitu juga yang lain,diam seribu bahasa,semua terkejut.

"apa tindakan cikgu? Kalau tercegat kat sini tak boleh jumpa punn la Aura dan kawan dia!" marah Hairy.Dia meraup wajahnya.

"sabar Hairy.Cikgu Munir dan cikgu Shakir dah laporkan pada bomba dan juga pihak polis.Nanti diorang akan bantu cari"  kata cikgu Salmah "nanti?nanti bila?! Sampai diorang dah takde baru nak cari?!"  kata Mateen pula "j..jangan cakap macamtu Mateen"  kata cikgu Kalsom

"kenapa lambat sangat polis nak datang!"  Ujar Hazziq pula "kalau macam ni lah,kami boleh pergi cari diorang sendiri!"  ujar Zuhair "jangan! dalam hutan tu bahaya!"  larang cikgu Kalsom

"kita kena tunggu kat sini sampai pihak atasan datang" kata cikgu Salmah.

"dah jom!" ujar Hairy seraya itu group APYH berlari masuk ke hutan "Ya Allah Hairy!Mateen! Zuhair! Hazziq! Datang balik!!" jerit cikgu Kalsom.Semua terkejut dengan tindakan Group APYH termasuk cikgu.Diorang tekad redah hutan untuk mencari gadis yang mereka cintai (wahh ayat👏👏) 

"Aura!!!! Ainon!!! Ainnn!!! Asyikien!!.. Korang kat mana?!!" jerit Hazziq.Sudah lebih setengah jam mereka meredah hutan tebal itu namun batang hidung gadis-gadis itu pun mereka tak nampak

"Ainn!!!" panggil Hazziq "oi panggil la nama semua orang!" marah Zuhair "eishh dah la kat hutan pun nak gaduh!" Hairy menjeling mereka berdua "korang kat manaaa?!!!" laung group APYH lagi "kita rehat sini dulu la" kata Mateen sambil melabuhkan punggung di atas tanah.Mereka teralu penat.Hairy menilik jam tangannya.

2:45 AM

Dia mengeluh,sudah merata tempat dia cari tapi takde juga kelibat gadis-gadis itu. Kemana dia pergi agaknya ya.

"aku dah penat la" rungut Zuhair sambil melabuhkan punggung di sisi Hairy "kita rehat dulu,nanti sambung la" ujar Hairy. Sebenarnya dia tidak akan dapat tidur tanpa menemui the four princess.Tak putus-putus mereka berdoa pada Allah agar mereka dapat menemui gadis-gadis tersebut.

                                 ↪🏫↩

"Emerlyn.Aku takut la kalau kantoi"  ujar Sofea risau "kalau korang tutup mulut benda ni tak akan kantoi!!" kata Emerlyn tegas.Sebenarnya dia sendiri pun takut jika kantoi.Perasaan takut dan risau semakin meningkat apabila group APYH mencari group Aura "aku dah cakap kan berhenti seksa diorang kau yang tak nak!" ujar Shasha tidak puas hati.Emerlyn menjeling Shasha "kalau boleh aku nak seksa diorang sampai mati!!" Ujar Emerlyn sebelum dia melangkah pergi meninggalkan mereka.Amanda menggeleng kepala melihat kawannya itu

°

°

"dah jom la sambung" Hairy bangun dari tempat duduknya "kat sana tu kita belum pergi! Apa-apa pun jangan berpecah" arah Hairy tegas.Mereka bertiga menganggukkan kepala.Kemudian mereka berempat pun meneruskan pencarian

Hairy menyelak daun pokok yang menghalang laluannya.Tiba-tiba langkahnya terhenti.Dia terpaku! Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya

"woi.Asal kau berdiri tengah tengah ni!" marah Zuhair.Hairy masih berdiri tidak bergerak seinchi pun "kau kenapa?" tanya Mateen sambil memandang Hairy .

Mereka bertiga memandang ke arah 3 tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri "Ya Allah!"  Terbeliak mata Hazziq,dengan segera mereka berlari mendapatkan Ain, Asyikein dan Ainon.

"ya Allah Asyikein,apa jadi dengan korang ni" kata Zuhair sambil menangis (huh! Tak gentle langsung)  "Ainon..bangun Ainon.. Aku datang ni" kata Mateen dengan nada sebak.Dia memangku kepala Ainon "Ain..maafkan aku.. Aku tak dapat selamatkan kau" air mata jantan sudah mengalir  di pipi mereka

Hairy masih berdiri di tempat yang sama.Matanya memandang sekeliling tempat itu "A..Aura mana?" tanya Hairy gagap.Aura tidak bersama rakannya yang lain.

Semua memandang Hairy dengan mata yang merah "haah.Aura takde" kata Mateen dalam nada sedang menangis

"Hairy diorang tidak sedar lagi ni"  kata Hazziq sambil mengelap air mata yang berada di tubir matanya "korang angkat diorang.Bawa diorang pergi tempat perkhemahan" arah Hairy

"habis kau nak pergi mana? Tanya Akmal. "aku nak pergi cari Aura" ujar Hairy sambil mengemas barang milik the four princess

"ta..tapi" belum sempat Mateen menghabiskan ayatnya.Hairy sudah memotong "dah! Pergi cepat.Pergi bawa diorang ke tempat cikgu!" arah Hairy tegas "o..ok.." balas Zuhair. Tanpa batahan mereka mencempung gadis-gadis itu untuk dibawa ke tapak perkhemahan

Setelah mereka bertiga pergi, Hairy sambung mencari Aura

"Auraaa!!! Kau kat mana?!!" Hairy menjerit sekuat hati.Air matanya mula mengalir.Namun mutiara jernih itu segera diseka.Buang masa nangis! Aku kena cari Aura!

Hairy berkerut memandang sesuatu yang dipijaknya.Dia mencapai sehelai kain yang berwarna krim..hmm nampak macam familiar.

"tudung?!" tanya Hairy terkejut.

Seraya itu sesuatu terlintas di ruang pemikirannya.

"Hairy kau group number berapa?" tanya Aura sambil tersenyum "aku group number 17" balas Hairy sambil mengeluarkan kad kecil yang diberi cikgu sebentar tadi.

"kau?" tanya Hairy pula "aku group belakang lah.Group 25" ujar Aura sedih "takpe lah nanti kita jumpa kat sini tau" kata Hairy cuba menenangkan Aura "cantik kau malam ni..simple but pretty"  puji Hairy

"HAHAHAHA terima kasih..kau pun smart je even masuk hutan"  gurau Aura.Mereka menghamburkan tawa "cantik warna tudung kau" kata Hairy sambil menunjuk tudung berwarna krim yang terletak kemas di kepala Aura "terima kasih" Aura melemparkan senyuman manis

"Aura?!!" Hairy menjerit sendiri..yaa kain yang dipegang ini ialah tudung,tudung milik Aura dan wangian Aura masih terlekat pada tudung tersebut walaupum tudungnya sudah kotor.Hairy bertambah risau

"lelaki ke yang culik dia?"

"entah-entah..Aura kene rogol?"

"Astaghfirullahalazim Hairy! apa yang kau cakap ni?!" Hairy menampar-nampar pipinya.Dia terus berjalan untuk mencari Aura

Tiba-tiba kakinya sudah tidak lagi menyentuh tanah.Hampir-hampir sahaja dia terjatuh.

"gaung?!" tanya Hairy sendiri.Kemudian dia ternampak sekujur tubuh wanita yang berambut panjang terbaring "Astaghfirullahalazim!! Aura!!" jerit Hairy

°

°

"cikgu!!! Cikgu!!!" jerit Zuhair dari jauh.Semua berlari ke arah mereka bertiga

"Ya Allah Asyikein,Ain,Ainon.Ya Allah alhamdulillah" cikgu Kalsom mengucap syukur kemudian mereka bertiga di bawa ke khemah perubatan (anggap wujud je lah😂)

ketiga-tiga pelajar lelaki itu bersandar  di dalam khemah.Penat.Seharian mencari gadis itu "alhamdulillah,kat mana kamu jumpa mereka?" tanya cikgu Salmah "kitaorang tak tahu cikgu tapi yang penting jauh dari tempat ni..jauh gila" jelas Hazziq sambil meneguk air.

"ja..jauh? Macam mana diorang boleh jauh masuk ke hutan?" tanya cikgu Kalsom hairan.Setahu dia tempat anak panah yang dilekatkannya tidak jauh dari tempat ini.

"kami tak tahu cikgu" sedang sibuk mereka berbual tentang the four princess.Tiba-tiba cikgu Salmah terperasan sesuatu "wait.Aura mana?" tanya cikgu Salmah kehairanan.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri sebelum salah seorang daripada mereka bersuara "kitaorang masih tak jumpa Aura.Hairy tengah cari Aura dekat hutan" terang Mateen serba salah.Kedua-dua cikgu itu terkejut monyet (terkejut beruk la monyet!) alaa biarlah!

"Ya Allah! Sorang-sorang?!!" Soal cikgu-cikgu itu serentak

°

°

Hairy melangkah menuruni gaung itu dengan berhati-hati.Dia memusingkan tubuh Aura.Muka Aura yang berdarah dan dipenuhi luka mengejut kan Hairy.Batu besar yang berada di tepi Aura dipandang.Tentu dia terhantuk batu ni.Hairy boleh nampak terdapat setompok darah di batu tersebut.Air mata Hairy menitis sehingga terkena pipi Aura.

Dia sedih,sangat sedih melihat keadaan Aura yang begitu parah.Aura terpaksa menganggung sakit yang entah berapa lama tanpa sesiapa di sisinya.

Wajah Aura ditilik,walaupun wajah Aura berlumuran darah namun raut wajahnya masih cantik seperti biasa.Tenang sahaja melihat Aura,seperti tidur.

Dengan berhati hati Hairy mencempung Aura naik ke atas.Gaung itu didaki dengan perlahan.

Sebaik sahaja tiba di atas Hairy membaringkan Aura.Dia mengusap lembut rambut Aura "aku minta maaf Aura.Aku minta maaf sebab aku takde masa kau perlukan aku" Hairy menundukkan kepalanya.Air matanya laju menitis.Dia sungguh kesal kerana tidak menunggu Aura

Dengan segera Hairy mencapai tudung milik Aura dan melilitnya di kepala Aura.Hairy mencempung Aura kembali dan berjalan menuju ke tapak perkhemahan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro