bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Membaca sambil mendengar lagu itu amat dialu-alukan.Kalau korang menangis.Jangan salahkan author😘

"kenapa dengan Hairy tu?" tanya Ain pelik "ntahlah...kenapa eh diorang"  ujar Zuhair pelik "dan bila masa geng sotong tu baik dengan Aura?"  tanya Asyikien pulak "entahlah..peliklah diorang ni" Mateen sudah menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

Masing-masing tergaru-garu kepala and tiada seorang pun tau kenapa Hairy tiba-tiba berubah and macam mana geng sotong tu boleh baik.

"k...kau jangan ambik hati..." kata Amanda gagap.Dia cuba menjaga setiap percakapannya agar tidak mengecilkan hati Aura.

"takdelah..aku tak terasa pun...maybe dia dah bosan kot dengan aku..HAHAHAHAHA dahlah tak payah pikir sangat,jom buat kerja"  kata Aura pura-pura ketawa tapi hatinya bagai kaca yang sudah retak seribu

Hairy memandang bosan kertas di hadapannya.Menyampah betul 1 group dengan sotong kurita ni.Tak habis-habis nak pegang tangan orang, takde tangan agaknya "Hairy.U ok tak?" suara gedik itu menyelinap masuk ke telinga Hairy "ok" balas Hairy ringkas "jap eh" Hairy bangun dari tempat duduknya dan melangkah menuju ke meja Aura.

Papp!! buku dihempas ke atas meja Aura.Aura yang menunduk membuat kerja tersentak.Weii nasib takde sakit jantung tau.

"ni buku untuk pengawas"  kata Hairy serious "wei kau pahal?" kata Ain tak puas hati melihat kelakuan Hairy yang semakin menjadi-jadi.Siapa bagi dia kebenaran buat Aura macam tu??

"tak boleh bagi elok-elok ke?" tanya Aura perlahan namun nadanya terdengar sinis.Hairy terkedu..d..dia dah mula marah kat aku ke?

"dah cukup baik aku pergi kat meja kau untuk bagi buku ni! Kalau ikutkan hati aku ni,tak hingin pun la aku nak singgah meja kau ni!! jijik tau!!!" tengking Hairy.Semua terkaku dengan tindakan Hairy.Dia marah Aura?  Seriously?!  Emerlyn yang setia jadi pemerhati tidak bosan mengukir senyuman.Ini lah yang dia mahukan dari awal.

"Eh Hairy kau biar betul.." Asyikein sudah ingin menapak mendekati Hairy namun dihalang oleh Zuhair "bro sabar bro" kata Zuhair sambil memegang bahu Hairy.Hairy menepis tangan Zuhair lalu melangkah pergi.

"takde adab ke ha? Tak layak jadi ketua pengawas!" Jerit Sofea.Semua mata memandang Sofea

Hairy memberhentikan langkahnya.Dia memandang Sofea,pandangan tajam diberi.Kemudian dia menuju ke arah Sofea.

"kau pahal biadap dengan aku? Kau ingat sikit aku ni headprefect! Kau kene hormat aku!" Tengking Hairy

Sofea tersenyum sinis "kene hormat kau? Habis kau boleh pulak tak hormat Aura? dan layak ke kau jadi headprefect ha?!" sinis Sofea berkata.Tangan Hairy sudah diangkat ke udara.Sofea menutup matanya.Habis pipi gebu aku ni.Serentak Amanda dan Shasha memeluk Sofea.

Mateen sempat menghalang perbuatan Hairy.Dia memegang tangan Hairy dari terus mendarat di pipi Sofea.Hairy merentap kasar tangannya "jangan ingat kau headprefect.Kau bole tengking semua orang!" kata Mateen.Matanya tajam menusuk mata Hairy.

"kau?!!" suara Hairy sudah naik seoktaf

"apa masalah ni? Kalau kau tak puas hati dengan aku just dengan aku.Tak payah libatkan orang lain.Hairy,diorang tu kawan kau tau! sampai hati kau kan" suara sedih Aura kedengaran.Hairy memandang Aura yang ingin menangis.Terusik hatinya melihat perempuan itu menangis.Tolong Aura tolong jangan menangis.Hairy meninggalkan mereka semua.

Ekor mata Aura menemani setiap langkah Hairy.Aura mengeluh.Kenapa ye.Kenapa cepat sangat dia berubah "kau ok?" tanya Asyikien kepada Sofea "ok" Sofea mengangguk.Akmal meraup rambutnya berkali kali

Kring!!

Kini tiba masa untuk balik.Aura orang terakhir yang masih belum keluar dari kelas.Dia mengemas kelas.Sesudah itu dia mengangkat bag untuk pulang.Kemudian kelibat Hairy kelihatan masuk ke kelas "Hairy! Aku ada buat salah ke?" kata Aura sedih.Hairy tidak mempedulikan Aura.Dia mengemas barangnya.Dia memandang ke luar tingkap..bas?.Ye ada sebuah bas sekolah di hadapan sekolah iaitu bas yang Aura naik.Hairy sudah merancang idea jahat.Bibirnya mengukir senyuman.

"aku benci orang fake! dan aku tak akan terima perempuan jijik macam kau!" kata Hairy sinis.Bagai panahan kata kata Hairy itu.

"sampai hati kau kan?!" kata Aura perlahan.Sungguh dia tidak percaya.Kata-kata tadi keluar dari mulut Hairy.Kalini dia memang sudab tidak mampu menahan air mata nya.Setitis demi setitis air mata itu jatuh.Hatinya sudah tidak kuat menahan panahan yang diberi Hairy.Hairy menahan perasaan melihat Aura menangis di hadapannya.

"kau tipu aku Aura! Kau perbodohkan aku! Kau dah mainkan perasaan aku! dan aku akan benci perempuan jijik macam kau ni sampai bila-bila!" tengking Hairy.Tangisan Aura semakin esak.Puas rasa hati Hairy.Baru dia tau bertapa sakitnya hati dia bila dia tau Aura tidak suci lagi "a..apa kau cakap ni?" tanya Aura terketar-ketar.Mata Hairy memandang bas yang sudah jalan, dia tersenyum puas "kau balik jalan kaki! Bas kau dah pergi!" kata Hairy sambil terenyum sinis. Aura seakan baru tersedar yang dia menaiki bas disebabkan pemandunya cuti. Dia menoleh ke tingkap and  ya bas memang sudah tiada "dah blah!" Hairy menolak Aura kasar sehingga Aura jatuh teruduk lalu Hairy hilang dari pandangan mata Aura.Sikit pun dia tidak menoleh memandang Aura.Tolong? Memang jauh sekali.

"sampai hati kau Hairy!" kata Aura sambil menangis sepuas puasnya

Aura berjalan longlai balik ke rumah.Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam berhenti di tepi Aura.Dua orang lelaki menarik Aura masuk ke dalam kereta berkenaan.Aura terkejut dan cuba memberontak.

Pokk!! Elok kayu besbol mencium kepala Aura.Darah seperti air lajunya.Habis tudungnya dipenuhi darah lalu salah seorang dari mereka mendukung Aura masuk ke kereta.

Aura tersedar dari pengsan.. Dia memandang sekeliling..gelap! "ya Allah aku kat mana ni?" dia melihat tudung nya di sisi nya ya Allah aku tak pakai tudung?! 

Krekkk pintu bilik itu dibuka

"hai sayang" kata seorang lelaki.Membuntang mata Aura melihat gerangan lelaki itu "Hadif?!!" kata Aura terkejut "ohh kau ingat aku lagi rupanya.. Ingat dah lupa" kata Hadif  sambil tersenyum sinis "apa kau nak ha?! Lepaskan aku!" Tengking Aura lalu seorang perempuan masuk ke bilik itu.Seksi pakaian yang dipakai.Err terseksa mata i tau u "hai Aura"  kata perempuan tu gembira "Emerlyn?"  kata Aura terkejut sejurus itu dia teringat sesuatu

"jauhkan diri kau dari Hairy!"

"Emerlyn aku mohon dengan kau lepaskan aku..lepaskan kawan kawan aku"

"Amanda.  Tolong jangan apa apa kan Ainon"

"kalau aku tak dapat Hairy kau pun takkan dapat Hairy!"

"buat Amanda!!"

"aku akan buat kau terseksa Aura!"

"ini lah akibat orang abaikan apa yang aku warning!"

"kalau boleh aku nak kau mati!"

"kau ingat kau dah sedar kau boleh bocorkan rahsia aku?"

"kau?! Kau yang cederakan kitaorang.. Kau yang plan apa yang berlaku malam tu!"kata Aura.. Dia sudah ingat..dia sudah ingat segalanya.. Memang Emerlyn and the gang yang buat benda itu pada dirinya dan kawannya" well.. Nampaknya ada orang dah pulih lah ingatan dia " Emerlyn tersenyum sinis..tapi tak guna pun Aura kau dah ingat sebab kau tak ada siapa siapa dah ni "kau settel kan lah dia..aku nak pergi jumpa Hairy iaitu boyfriend aku!" kata Emerlyn sambil memandang Aura.. Kelibat Emerlyn tidak kelihatan

"Aura.."  Hadif cuba mendekati Aura "jangan dekat dengan aku!! Aku benci kau!" tengking Aura "kau tak payah belagak dengan aku lah! Dah takde sape yang akan selamatkan kau!" Hadif menunjal kepala Aura "kau buat la macam mana pun...aku tetap benci kau!" jerit Aura lagi..

Pang!! Tangan Hadif selamat mendarat di pipi kiri Aura..Cecair merah mula muncul di hujung bibir lalu dunianya terus menjadi gelap.  Tetapi sempat dia mendengar perkataan terakhir Hadif "a...aku minta maaf Aura"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro