BAB 1: Langgar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hi, korang! Tolong jangan skip yang ni please!❤️
Story ni antara story terawal yang saya tulis jadi memang banyak kesalahan bahasa, grammar, typo dan ayat.

Oh ya. setiap watak dalam cerita ini tidak sempurna dari segi budaya, sosial mahupun keagamaan. Lain kata, tak ada yang sempurna kecuali Maha Pencipta.

Story ni juga santai dan tolong jangan tekankan setiap bab. Thank you sebab sudi baca. Enjoy❤️

—-

Gitar akustik dipetik dengan tenang. Pemandangan dari balkoni hotel itu menenangkan aku yang tengah terluka atau memang selalu terluka? Entah.

Pelik tapi benar.Aku termimpikan seseorang.Satu mimpi yang sangat Misteri bagi aku dan perlu ke aku percaya?Aku mengeluh.Mimpi yang pelik tapi aku berharap benar.
Dunia,dunia dan dunia.Ada benda sukar yang kita mudah dan sukar untuk diperoleh.

Aku mengeluh lagi.Apa yang Allah berikan padaku terlampau mencukupi tetapi aku dah kehilangan orang2 yang aku sayang, grandma dan grandpa.

Semuanya kerana kemalangan pagi tu tapi kalau dah ajal apa yang boleh aku pertikaikan?Takdir  tetap takdir. Aku terima dengan seadanya.

"Kau fikir apa weih?Lama betul kau tengok luar tu?"soal Clara. Bestfriend aku yang amat memahami aku. Aku mengeleng perlahan. Walaupun mengeleng,aku tahu yang dia sudah mengetahuinya.Nafas berat dihelah.

"Kau kena kuat"Dia memelukku. Untuk hari ni dah masuk 4 kali dia pujuk aku.Aku pun tak tahu apa masalah aku tapi aku mudah menangis.

Terlalu cepat terasa dan terluka. Hidup ni terlalu menyedihkan, bukan?

"Kau tak bagitahu mummy kau ke yang kau ada dekat sini?"Gadis yang mempunyai mata berwarna biru dan rambut berwarna blonde bertanya padaku.Aku mengeleng perlahan.

"Esok pagi kita baliklah sana.Aku nak tenangkan diri dekat sini dulu"balasku lalu tersenyum kelat.Jangan katakan masalah grandma dan grandpa tapi masalah lain juga aku ingin lupakan,kalau boleh.Terlalu banyak bebanan yang membuatkan aku lemah dan tertekan.

"Kau teringatkan dia eh?"
"Mungkin"balasku sepatah.Senyuman pudar ditayangkan pada Clara.
"Takpelah.Bagi dia,aku ni bukan wujud pun."sambungku lagi.Air mata mengalir perlahan.Sukar memang sukar.Lagi sakit dari putus cinta.
"Aku kan ada.Kau janganlah sedih2 eh?"Dia memujukku.Aku tersenyum kelat.

"BM kau dah makin baik"balasku dengan suara sendu.Cubaan untuk mengubah topik.Kalau boleh aku nak lupakannya.

"Oh mérci(thanks).Sudah2 tak elok duduk luar ni malam2.Jom masuk bilik and esok kita jumpa family kau"Dia menarik aku untuk bangun dari kerusi di balkoni itu.
Aku mengalah kerana terlalu letih.
Penerbangan ke sini bukanlah mengambil masa yang singkat.

-SKIP-

"Erm betul ke rumah ni?"
soalku setelah teksi itu berlalu pergi.Rumah agam tiga tingkat megah berdiri di kawasan perumahan itu aku pandang.Kali terakhir aku dekat Malaysia,sejak aku umur 2 tahun and lepas tu dah tak pernah balik sini.Mummy dengan daddy yang buat keputusan dan aku hanya mengikut.Lagipun waktu tu grandma dan grandpa masih ada.

"Cik Yana?Cik Yana kan?"tegur seseorang.Aku menoleh ke arah suara itu lalu mengerutkan dahi. Wanita kelihatan seperti berusia 50-an itu tersenyum.Dia siapa?Dia panggil aku ke?mestilah panggil aku,Yana kan.

"Ermm maaf aunty tapi ni rumah Tengku Harith kan?"soalku dengan kekok.

"Ya,ni rumah Tengku Harith.Nama aunty,CikSom.Cik puan tengah risaukan Cik Yana.Jom masuk ke dalam"ajaknya dengan sopan.Aku mengangguk faham sambil tersenyum manis.

"Kau asal diam je ni?Jomlah"ajakku pula lalu menarik tangan Clara untuk berjalan mengikuti wanita itu.

.......

"Mumm-Ouch!Sakitttt"Aku merintih perlahan tatkala pipiku ditarik2 oleh manusia yang sorang ni.
"Kenapa Yana hilang macam tu je?Puas abang cari tahu tak?"Tengku Aryan Rizqi membebel dah macam perempuan.Satu2nya abang dan adik beradik yang aku ada.

"Sorrylah.Yana dengan Clara nak pusing2 KL dulu"balasku lalu menarik tangan Clara.Memberi isyarat untuknya setuju.
"Betul tu Aryan."balas Clara.Abang mengeluh lalu mengangguk perlahan.

"Sudah2lah tu Aryan.Ayran patut bersyukur Yana dengan Clara tak sesat waktu nak datang sini"Mummy pertahankan aku,fuh.Tapi kalau aku jadi abang pun,aku pun risau.Naik satu flight,turun2 dah takde. Nakal.

"Yelah tapi lepas ni kalau buat lagi.Pipi ni lagi merah tadi yang ni tau?"Aku mengangguk faham,tak sakit pun lembut je abang buat tapi aku tahu abang terlebih jaga aku.Terlalu risaukan aku.Aku terlebih faham kerana aku membesar dengannya.

"Yana sihat?Rindu daddy dengan Yana"Daddy menyapa.Aku mengangguk dengan senyuman lembut.Walaupun tak pernah balik sini tapi daddy dengan mummy rajin je datang melawat.

"Okay sekarang ni sweet honey mummy dah boleh bersiap,pergi sekolah kejap lagi"ujar mummy tersenyum.Aku terlopong seketika. Tapi sekarang ni dah 9 pagi?Bukan sekolah dekat sini mula awal ke?
"Tapi mummy..Yana tak sediakan apa2 lagi."balasku perlahan.Mahu aku tak takut,kawan pun takde. Aduh.

"Pekerja kita dah sediakan, honey."Tak sempat berehat pun?Bilik pun aku tak tahu dekat mana?Jangan merungut Yana.

"Clara?"soalku lalu Clara mengeleng ke arahku.Ugh sebenarnya Sis Clara(-_-;) tapi itulah kitorang terlebih rapat sampai boleh jadi bestfriend.Umur Clara sama dengan abang,3 tahun lagi tua dari aku.

............

Hidup aku ni tak banyak membantah bukan?Sekolah tetap sekolah, aduhai.Contohnya?Sekarang ni aku tak tahu mana satu kelas aku. Semuanya nampak serupa je.Pengetua suruh jalan terus je lepas tu ada budak perempuan akan tunjukkan kelas sebab guru kelas aku sekarang ni mesyuarat.Daddy pun dah balik.Yelah aku bukan budak darjah satu yang nak kena teman. Dah form5 dah pun ni,aduhai.Orang dah sekolah sebulan and aku baru masuk.

......

"Ouch!"Aku membuka mata dengan perlahan2.Sedar tak sedar yang aku sudah terduduk di koridor sekolah. Sakit teramat di belakang aku akibat jatuh secara spontan tapi kenapa?Aku mengalih pandangan pada budak lelaki yang berlari di sepanjang koridor itu,langsung tak perasaan yang dia langgar aku.Tak guna.

"Heyyy..Are you okay?"seseorang menepuk bahuku.Aku mendongak memandangnya,gadis berambut paras bahu itu.Dia tersenyum ke arah aku.

"Saya okay"balasku setelah dia menghulurkan tangan untuk menyambutku bangun.Aku mengapai dan bangun.

"So awak reti cakap melayu?" soalnya. Wajahnya nampak seperti seorang periang.Aku mengangguk perlahan.Aku masih ada cikgu yang mengajar bahasa melayu.Oh ya mesti bermasalah kalau aku tak tahu.

"Okay.Mula2 kita janganlah sopan sangat.Boleh je gelar aku&kau" ujarnya.Aku mengangguk.Pendiam sangat ke aku ni?Dia menarikku duduk di atas bangku itu.
"Takpe ke?Tak masuk kelas?" soalku.

"Sekarang ni waktu rehat.Btw nama aku Hanis Zhafira.Kau boleh panggil Hanis je.Nama kau?"
"Tengku Alyanaa Camille,panggil Yana"aku berjabat tangan dengannya.

"Melayu?Orang melayu ke?"soalnya dengan cuak.Aku tersengih.Secara fizikalnya 100% nampak tak.
"Daddy aku kacukan Perancis dan mummy aku 100 peratus parasian. Tapi kalau kau duduk dekat Paris lama2 pun dah boleh gelar parasian."balasku tersenyum.Aku memilik mata berwarna hazel yang sedikit terang,berambut light-brown dan memiliki kulit yang cerah.

"I see.Kau janganlah malu2 dengan aku eh?Kau kelas apa?"soalnya lagi.Peramah orangnya,haii.

"5 Sains 1.Kau?"
"Oh jadi kau lah yang aku kena tunjukkan kelas tu?Puas aku cari tadi,ingatkan dah sesat.Kau okay ke weih?Nampak macam tak okay." ujarnya membuatkan aku mengangguk perlahan.Sakit belakang weih.Jatuh tu punya pasal lah!

"Btw aku nak tanya sikit ni.Siapa budak lelaki yang langgar aku tu?Aku rasa macam nak potong2 je badan dia hidup2.Aku jalan tepi dah kot,kaki dia senget ke tepi ke macam mana?"kataku dengan tidak berpuas hati.Tetiba je langgar orang dari belakang.

"Ermm weihh baik kau jangan cari pasal budak lelaki tu."ujar Hanis membuatkan aku mengalih pandangan padanya.

"Maksud kau?"
"Dia gangster sekolah ni.Setakat ni ada sorang je lah yang selalu bergaduh dengan dia pun.Yang lain semua tak berani."kata2 Hanis membuatkan aku berdecit.Macamlah aku takut.

"Tapi itulah..."kata2 Hanis terhenti.Aku memandangnya pelik.
"Apa yang itu?"soalku dengan hairan.

"Dia hensem namateyy weihhh."
"Ada ke gangster yang muka hensem?Arh peduli apa aku,aku tak takut. Aku nak dia minta maaf juga dengan aku."balasku lalu menyilangkan tangan.

"Kau ni degil lah Yana.Btw Yana, jomlah ikut aku pusing2 sekolah ni sementara waktu rehat ada lagi." Dia menarik tanganku lalu aku mengikuti langkahnya.

........

"Ni buku ke batu bata weihhh!"Aku yang terhuyung hayang menggalas beg sekolah yang dipenuhi semua buku tulis itu sambil Hanis membawa buku teks untukku.

"Ugh ni batu agaknya.Buku teks lagi berat tahu tak?"Hanis tersenyum sambil menolongku membawanya hingga ke kelas.Suasana di sepanjang koridor sekolah sunyi,mungkin semua murid dah masuk kelas.

"Ha sampai pun kamu berdua.Hanis dah berkenalan dengan Yana ke?" soal wanita yang kelihatan berumur 30-an itu.Hanis yang yang berada di sebelahku mengangguk laju.Cikgu ke ni?

"Yana,nama cikgu,Cikgu Aliah.Guru kelas baru,Yana.Hanis boleh duduk di tempat kamu.Yana,kenalkan diri kamu dekat kawan2 kelas baru kamu."ujar Cikgu Aliah.Oh jadi ni guru kelas aku?

Hanis meninggalkan aku yang terpinga2 di hadapan kelas.Semua mata memandang membuatkan aku gugup.Jam tangan menunjukkan pukul 11 pagi,lambat lagi ke nak balik?Haii

"Bonjour.Je m'appelle Tengku Alyanaa Camille.Je suis.."kataku terhenti.Eh kejap..Allahu.. Diorang tengok aku semacam pula.

"Sorry2.Hi.Nama saya Tengku Alyana Camille binti Tengku Harith. Gembira bertemu dengan korang semua.Saya berpindah ke sekolah ni disebabkan hal keluarga.Korang semua boleh panggil saya,Yana. Harap boleh tunjuk ajar,semua." ujarku dengan tersenyum.Cuba yakin dengan ayat skema aku(~_~;)

"Okay Yana boleh duduk dekat.." kata2 Cikgu Aliah terhenti setelah memandang sekeliling kelas.Aku mencari tempat kosong dengan memandang sudut kelas.Meja disusun berdua2.Ada 4 tempat kosong,huhu aku duduk sorang je ke?Malangnya nasib.

"Zariff,Darwish dengan Rafael tak masuk kelas lagi ke?"soal Cikgu Aliah setelah itu.
"Tak,cikgu"jawab seorang murid perempuan.Cikgu Aliah mengeleng perlahan.Siapa diorang tu?Aku tertanya2.Biarlah tak penting.

"Yana boleh duduk dekat meja yang tepi tingkap tu.Maaf ye Yana,situ je yang kosong."ujar Cikgu Aliah membuatkan aku mengangguk faham.So sebelah aku ada orang.Eh kejap.. Nama2 yang cikgu panggil tadi tiga orang kan?Satu,dua..tiga meja..

"Cikgu Azizan tak hadir ke sekolah hari ni.Murid2 semua tolong buat kerja masing secara senyap.Cikgu pergi dulu."ujar Cikgu Aliah lalu keluar dengan tergesa2.Cikgu sibuk agaknya.Aku berjalan ke arah tempat duduk yang cikgu sebut sebentar tadi.Beg diletakkan lalu aku memandang sekeliling. Semua orang memandangku..Perlahan2 mereka bangun dari tempat duduk diorang lalu mendekati aku.

"Hi,nama aku Alya"
"Hi,nama aku Zara"
"Hi,nama aku Fia"
"Nama aku Harris"
"Nama aku Hanif"
Semua orang berkenalan dengan aku.Aku tersenyum lalu berjabat tangan dengan semua orang.Peramah betul murid2 dekat sekolah ni. Berharap amanlah hidup aku dekat sekolah baru ni.

-SKIP-

Cikgu fizik pun tak hadir ke?Ugh banyaknya cikgu tak hadir hari ni.Wait,Yana..Tu bukan berita gembira ke?Aku memusingkan kerusi ke belakang,menghadap mejanya.Huh bersabar Yana!Satu masa lagi je!
"Untung kau duduk dekat dengan aku kan,Yana?"soal Hanis.

Aku mengangguk setuju.Kalau ikutkan bilangan murid dalam kelas ni,hari ni semuanya hadir tapi kenapa sebelah aku ni kosong je.
Ah malaslah fikir pasal dia.Baik aku fikir pasal buku2 aku ni.Berat ni nak bawa balik.Aku menoleh ke arah meja rakan semejaku.Beg pun takde itu yang aku syak dia tak hadir.

"So Yana,kau anak tunggal ke macam mana?Alah cerita sikit tentang kau dekat kitorang."ujar Zara.
"Tentang aku?Takde yang menarik pun.Aku ada seorang abang,Tengku Aryan Rizqi.Sebenarnya dah lama aku tak balik Malaysia,memang selepas aku pindah Paris,memang tak pernah balik dah sini so sekarang ni aku balik sini lepas kematian grandma dan grandpa aku yang katanya ada benda yang aku perlu buat dekat sini."terangku panjang lebar.

"Wow,macam menarik.Benda apa tu?"
soal Hanis.Fokus betul diorang ni dengan cerita aku.Aku membalas soalannya dengan mengeleng.
"Aku tak tahu.Misteri bukan?"
"Sangat misteri weih.Macam mana kalau benda tu,benda yang kau taknak?"soal Hanis.Aku pernah terfikir juga waktu dekat sana.
Tapi aku dah buat keputusan sampai sini,so taknaklah nak patah balik kan.

"Aku dah buat keputusan yang aku akan buat terima even aku tak tahu benda tu apa.Well,aku sayang sangat dekat grandma&grandpa aku." balasku dengan nada perlahan.Oh plz,air mata jangan turun dekat sini.

"Oh..sorry..Aku tak maksud nak buat kau ingat tentang diorang."
Hanis tertunduk.Aku dah ceritakan serba sedikit tentang aku waktu rehat tadi.Aku percaya Hanis dan sekarang ni Zara pula.Aku tahu dia rapat dengan Hanis.

"Aku faham kau,Yana.Aku pun sayang nenek dengan datuk aku tapi diorang dah takde.Mesti kau terluka lebih dalam lagi kan sebab kau membesar dengan diorang."
ujar Zara.Aku mengangguk setuju.
Tapi semua tu ketentuan-Nya,aku terima walaupun kadang2 aku selalu ingat grandma dan grandpa.Biasalah aku memang takkan pernah lupa diorang.

......

"Siapa benarkan kau duduk sebelah aku ni?"Satu suara mengejutkan aku,Zara dan Hanis.Aku menoleh ke arah pemilik suara itu.Seorang lelaki yang tinggi dan..hensem.
Memang tak boleh tipu lah!

"C-cikgu cakap ni je tempat kosong jadi aku duduk jelah."balasku dengan gugup.Tapi kenapa aku rasa macam pernah nampak dia je.
"Hmm okay."balasnya lalu terus duduk di tempat duduknya.Dingin betul mamat ni.

"Wow cantiknya.Budak baru eh?"
Ada suara yang menegur.Aku memandang dua budak lelaki itu dengan pandangan kosong.Siapa?Asal lah hensem2 sangat diorang ni?Okay,aku memang gatal(-_-;)tapi tu kenyataan!Terus lengan aku ditarik dari belakang.Hanis mengeleng laju ke arahku.

"Jangan layan diorang."gerak mulut Hanis dapat dibaca olehku. Kerusi dipusing ke tempat asal.
"Nama apa?Cantik betul kau ni.Dah ada boyfriend ke?"soal lelaki yang sorang lagi.Erkk apa aku nak buat ni?Gaya dah macam buaya2 geng ni.
Jangan2 sebelah aku ni agaknya bapa buaya...

"Korang pergi duduk tempat masing2 boleh tak?Aku tengah serabut ni."
suara dinginnya membuatkan rakan2 sebuayanya pergi.Mereka mengangguk faham lalu beredar ke arah dua meja yang sememangnya kosong dari tadi.

"Kita ada homework apa2 tak?"
soalnya setelah itu.Wajahnya aku pandang dengan curi2.Kacak mamat ni tapi itulah.Aku memerhati dari belakangnya secara senyap2,betul lah aku rasa macam baru je jumpa dia ni.Tapi dekat mana?
"Woi,dengar tak apa aku cakap?!"
Sekali lagi suaranya mengejutkan aku.Boleh sakit jantung macam ni.
"De-Dengar."balasku setelah terkedu.Semua orang mengemas buku mereka.Mungkin dah tamat waktu persekolahan.

"Sejarah,salin nota yang ada dekat muka surat 12 dalam buku teks.Guna buku A"ujarku lalu mengemas buku2 juga.Hari ni belajar sejarah je. Jam tangan di tangan kirinya menarik perhatian aku.Wait a minute..Ni bukan jam budak lelaki yang langgar aku ke?Ehhh

Banyak murid yang sudah beredar. Yang tinggal hanya mamat dingin, dua ekor buaya tu,Zara dan Hanis. Aku bangun dari kerusi setelah dia bangun.Tanpa dia sedar aku mengukur ketinggian senyap2.

Bawah bahu.Betul lah!Mamat dingin ni yang langgar aku tadi!Jam dengan ketinggian sama.Wait..Dia tak kenal aku juga ke?Ke dia lupa yang dia langgar aku?

"Nah ni buku A aku.Salinkan nota untuk aku."dengan muka selamber badaknya dia berkata.Aku agak mendongak memandangnya,tidak berpuas hati.

"Kau pahal?Ada tangan kan?Buatlah sendiri."balasku lalu menggalas beg sekolahku.Cis,tak reti nak minta maaf pula tu.

"Siapa kau nak cari pasal dengan aku?Kau tak kenal aku siapa ke?!
Baik kau buat je,tak payah nak banyak cakap."soalnya dengan agak bernada.Aku menjeling lalu bercekak pinggang padanya. Sudahlah langgar orang lepas tu suruh orang buatkan homework dia pula!Yah baru aku ingat,dia gangster.Patutlah.

"Eh aku kenal.Lelaki yang langgar orang lepastu tak reti nak minta maaf"balasku dengan membalas renungannya.

"Kau-"

Comments❤️Vote💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro