Bab 4-Setuju

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PLEASE FOLLOW ME ON WATTPAD& INSTAGRAM(KHAS UNTUK WATTPAD)
@SWEETIECUPCAKEE
INGATKAN NAK UPDATE SELASA TAPI AUTHOR TERASA RAJIN💔😅

"Mummy,Pak Daud mesti dah tunggu dekat luar."tegurku supaya tidak berada di sini dengan lebih lama.
"Aunty tak tahu pun Zariff kawan dengan anak aunty."Mummy tersenyum.Kawan?Tolonglah,aku takkan jadi kawan dia and aku taknak!

"Itu lah,Zariff pun tak tahu Yana ni anak mummy,kebetulan pula. Dalam kelas pun Zariff duduk sebelah dia"balas Zariff.Depan mummy aku,bukan main sopan lagi kau eh?

"Mummyyyyyyy"
"Ye2,Jom.Aunty pergi dulu ya, Zariff.Nanti bila2 aunty datang melawat keluarga Zariff."ujar mummy sebelum aku menarik mummy untuk keluar dari starbucks itu.

•••••••••

"Macam mana mummy boleh kenal Zariff?"soalku setelah masuk ke dalam kereta.

"Family kita memang ada hubungan baik dengan family Zariff,memang dari grandpa dengan grandma Yana lagi.Tenang je hati mummy ni  lepas tahu Zariff sama sekolah dengan Yana,at least boleh dia tolong tengokkan Yana dekat sekolah.Boleh tolong jagakan Yana."ujar mummy.Aku berdecit. Jaga apanya,dia merosakkan hari2 bahagia Yana ada lah.

~3 minggu berlalu~

"Aku kan..Rasa nak balik Perancis semula la."cadangku lalu
Idea datang entah dari mana.

"Janganlah,Yana.Kenapa ni tetiba je."soal Hanis.Aku mengeluh berat.
"Korang tahu kan sebabnya."balasku lalu pandangan dialihkan pada butik pakaian di sebelah kanan.
Ramai betul orang yang masuk situ.
Selama tiga minggu ni,makin hari makin melampau.

"Yana please,kitorang taknak kehilangan kau.Pasal Zariff tu kenapa kau tak bagitahu cikgu displin je?"Soal Hani lalu menyedut air yang dipesannya.

"Taknak ah aku.Nanti dia fikir  aku takut dengan dia."Aku masih ego.

"Lepas tu kau rela dia kacau kau macam tu?"soal Zara.Aku mengeleng.
"Sebab tulah aku nak pindah."
Zara dan Hanis terdiam.Ya,aku  tahu diorang tak suka.Reaksi  wajah mengambarkan segalanya.

"Senyap je korang ni.Aku
cadang jelah,memang taklah
aku nak balik Perancis.Kan aku  dah pernah bagitahu ada benda
yang aku kena buat dekat sini?"
"Kau ni buat kitorang risau jelah."balas Hanis.Aku tersenyum senget.

"Kalau boleh kan Yana..walaupun kau dah selesai benda tu kan, boleh tak kau stay je dekat  sini?"Zara menyoal.Aku mengangguk perlahan.

"Mungkin boleh.Lagipun grandma dengan grandpa aku dah takde."
Bukan tu je,ada lagi masalah.
Aku tertunduk.Wajah si dia terbayang.Ugh menyedihkan betul hidup aku ni.Ha mula lah tu nak menangis,apa aku boleh buat?
Aku tak kuat.

"Kau fikir apa tu,Yana?"Hanis menyedarkan aku dari terus
terbuai dengan mimpi siangku.
"Teringat boyfriend dekat  Perancis lah tu."teka Zara.Aku mengeleng laju,menafikan perkara itu.

Aku tersenyum kelat.
"Korang percaya atau tak,aku
tetap nak bagitahu.Aku tak pernah couple seumur hidup aku."balasku dengan yakin.Memang benar pun.
"Kau bergurau je,Yana?Rupa macam kau ni pun orang taknak ke?!"
Zara terkejut begitu juga dengan
Hanis.

"Apa yang pelik?Korang ni  terkejut lebih2 ni."soalku dengan hairan pula.Dua pelik,sorang hairan.

"Memanglah pelik!Kau cantik,Yana.
Setiap kali kita jalan mana2,
mesti semua orang tengok kau.
Semua lelaki terpaku."ujar Hanis dengan semangat.Zara mengangguk setuju.

"Korang ni dah lebih ni."Aku tersenyum lembut.Aku tak tahu nak cakap apa,cuma terlebih bersyukur pada Pencipta.
"Betul lah Yana!Kalau kitorang ni lain lah muka dah macam potato."
Hanis tertunduk.Acah2 sedih ke
ni?

"Aku ni macam timun"balas Zara.
Mengada lebih je diorang ni padahal muka sama cantik je.

"Merepek je kerja korang ni."
balasku dengan suara perlahan.
Macam mana nak isi hati dengan orang lain kalau hati aku dah diisi dengan seseorang.Tapi  takpe,sekarang dah takde.

•••••••••••

"Panggung wayang dah,karaoke pun dah,shopping pun dah.Apa lagi?"
soal Hanis.Aku betul2 habiskan masa yang indah dengan diorang hari ni.Boleh hilang stress.

"Makan pun dah.Balik jelah."
ujar Zara.Aku mengangguk.
Kaki pun rasa macam nak tercabut je ni.Setiap tingkat dekat mall  tu kitorang melawat,macam mana
tak sakit.

"Weih2 tengok nenek tu"tegur
Zara.Aku melihat ke arah jari
Zara yang menunjuk.Kelihatan seorang nenek dalam lingkungan
50-an yang mengangkat beberapa
beg kertas dari sesuatu butik.
Nampak elok je tu tapi sikap tolong menolong tetap wujud di dalam diri masing2.

"Nak tolong ke tak?"soal Hanis.
"Jomlah,aku okay je"balas Zara.
Aku sudah maju kehadapan sebelum mereka berdua mendekati nenek
itu.

"Nenek,boleh saya tolong?"soalku dengan penuh sopan.Acehh
"Takpelah.Susah2 je"balas nenek itu dengan senyuman.Aku  mengeleng.

"Tak susah pun nek.Biar saya tolong."Aku masih degil.

"Terima kasih,..."
"Yana,panggil saya Yana."
"Terima kasih,Yana.Susah2kan
Yana je."Aku tersenyum. 

"Sikit je ni."ujarku lalu memberi isyarat kepada Zara dah Hanis supaya balik dahulu.Perjalanan
ke pintu masuk utama mall itu tidak mengambil masa yang lama.
Aku melihat kereta berwarna hitam yang berada di hadapanku.

Seseorang yang keluar dari kereta itu membuatkan aku terkejut.
"Ermm mummy?"Aku tergamam.
Okay,apa ni?Kenapa mummy keluar dari kereta tu?Pelbagai soalan muncul di dalam otak aku sekarang ni.

"Alyanaa Camille?"suara nenek itu memanggil namaku.Aku menoleh ke arahnya dengan hairan.Macam mana nenek ni boleh tahu nama betul aku?And kenapa mummy boleh ada sini?!

"Ya,saya Alyanaa Camille."balasku lalu tubuhku dipeluk nenek itu.
Aku terkaku,langsung tak faham situasi ni.

"Nenek.."
"Panggil nenda.Dah lama nenda nak jumpa dengan Yana.Yana sihat?
Allahu..Nenda tak pernah sangka boleh jumpa Yana dengan cara  macam ni."ujarnya setelah pelukan dileraikan.Okay aku tak faham lagi.Nenek ni siapa?

"Masuk kereta dulu.Mummy boleh terangkan dekat rumah."balas
mummy tersenyum.Ermm okay?

••••••••••

Jadi grandma dengan nenda  berkawan baik.I see.."Aku mengangguk faham.Nenda ada
kacukan sikit dengan orang Perancis and that's why boleh terjumpa dengan grandma?And wow.. ni satu benda yang aku tak tahu.

"Nenda bersyukur sangat sebab Allah izinkan lagi nenda jumpa dengan Yana."Tanganku diraih   oleh nenda.Entah mengapa hatiku
menjadi sayu pula.Aku teringat grandma dan grandpa dengan tiba.
"Nenda nak kenalkan Yana dengan dua orang cucu lelaki nenda tapi dia takde dekat rumah pula.Ada latihan bola keranjang katanya. Aktif betul sukan budak sorang tu."ujar nenda.Satu je dalam otak aku,lelaki tu hensem tak?Gurau2 je.

"Nenda!!!!"Ada suara budak kecil mengejutkan aku.Dia berlari ke arah nenda lalu memanjat sofa.
Comel budak perempuan tu.

"Siapa akak cantik ni nenda?"
soalnya membuatkan aku tersenyum.
Cantik?Takdelah dik.Okay,aku dah
start suka budak perempuan ni.
"Yana,panggil Kak Yana."balas nenda.Budak itu tersenyum ke arahku,menampakkan kedua2 dimples miliknya.Cuteeee

"Hi Kak Yana.Nama saya Zafeara Amiliana.Kak Yana boleh panggil Zafeara."Tangan kecilnya  dihulurkan padaku.Aku berjabat tangan dengannya.

"Hi Zafeara.Berapa umur Zafeara
ni?"soalku dengan gembira.
Aku takde adik,itulah yang jadinya.Seronok main dengan
budak2 ni.
"4 tahun and Kak Yana?"
4 tahun?Comel betul la budak ni.
"Kak Yana 17 tahun"balasku.
"Sama dengan abang kan,nenda?"
soal Zafeara.Nenda mengangguk.
Oh sama..dengan aku.

"Nenda,nenda.Kalau Zafeara nak
main dengan Kak Yana boleh tak?" soal Zafeara.Nenda mengangguk sambil tersenyum lalu tanganku dipegang oleh Zafeara semula.

•••••••••

"Kita nak kemana ni Zafeara?"
soalku tatkala tubuh kecilnya menarik tanganku berjalan   seiring dengannya.

"Kak Yana reti main gitar tak?"
soalnya setelah terhenti di hadapan pintu sesuatu bilik.
Aku mengangguk ke arahnya.
Pintu dikuak olehku kerana ketinggiannya yang belum mencukupi.

"Kenapa kita dekat sini?"soalku sambil memerhati sekeliling bilik yang cukup ganjil bagi aku.
Hiasannya cantik,kemas dan tersusun.Kenapa aku rasa tak tenang ni?Lain macam je rasanya.

"Beratlah gitar tu Kak Yana.Kak Yana boleh tolong bawakan?"soal Raisya.Aku melihat gitar yang berada di katil.
"Boleh je,nak bawa pergi mana
ni?"soalku pula lalu mendekati gitar itu.

"Bilik rehat tadi.Kak Yana turun dulu ye?Zafeara nak pergi bilik Zafeara."ujarnya lalu menghilangkan diri.Eh ni bukan bilik Zafeara ke?Habis ni bilik siapa?Tak kisahlah yang penting aku kena pergi dari sini.Aku meragut gitar itu dengan secepat mungkin.Nak nampak macam pencuri pun ada.Kaki dilangkah dengsn berhati2.

"Kau..siapa?"Lenganku ditarik seseorang.Aku tergamam.Sejak bila dalam bilik ni ada orang?Aku memusing badan ke arahnya.Aku
cuba  kawal diri untuk tidak menjerit.Srs aku tengah takut sekarang ni.Mata dipejam dengan serapatnya.

"Kau ke Yana?Kau buat apa dekat sini?Dalam bilik aku?"Suara ni
aku pernah dengar.Zariff..kan?
Allahu..Gitar yang dipegang terus terjatuh kerana terkejut.Mata dibuka dengan perlahan2.

"Zariff?K-Kau buat apa dekat
sini?Kau-"kataku terhenti.
"Ye,ni aku.Tu soalan yang patut aku tanya kau.Kau buat apa dekat sini?Dekat bilik aku?Kenapa bagi jatuh gitar aku?"soalnya tidak terhenti2.Aku memandangnya dengan wajah cuak.Kaki dianjak ke belakang dan ke belakang lagi hingga beetemu dengan pintu,ianya membuatkan pintu tertutup.

"Kau..."Aku memandangnya dari
atas hingga ke bawah.Omg..
"Mummyyyyy!!!!"Aku menjerit,mahu tak terkejut kalau tengok manusia ni pakai tuala je.Mata terpejam rapat lagi,tapi mulut aku ditekup olehnya.

"Ish kau ni diam boleh tak?"
marahnya lalu aku membuka mataku kembali.Wajahnya yang cukup rapat membuatkan aku kaku,tergamam  serta terdiam.Matanya bertembung dengan mataku membuatkan jantung aku berdegup dengan laju.Pipi aku..terasa panas.Perasaan apakah ini?Entah,aku tak tahu.Ganjil dan pelik.

•••••••••••

"Kenapa kau jerit?"soalnya  setelah duduk di sofa yang berada di hadapanku.Sejak dari tadi jantung aku tak reti duduk diam2.Mungkin sebab terkejut lagi.Mana taknya,first time aku tengok dia macam tu.

"Salah kau lah.Ada pula pakai macam tu depan aku!"marahku  sambil meredakan jantung yang dah nak meletup.Tenang,Yana.Aku cuma terkejut.Aku benci dia.Itu je,tak lebih dari tu.

"Kau yang masuk bilik aku sesuka hati kan?Salah kau."bantahnya.
"Mana aku tahu tu bilik kau,kalau aku tahu memang aku tak masuk
dah!"balasku lalu berpeluk tubuh.

"Ermm abang..Kak Yana..Kenapa bergaduh ni?"Suara Zafeara terdengar.Aku mengalih pandangan pada pemilik suara itu.Baruku sedar yang Zafeara adik kepada Zariff Rayyan.Dunia ni..sangat kecil bagiku atau semua ni sememangnya takdir?

"Takdelah.Mana ada gaduh."nafi Zariff.Aku mengangguk setuju dengan kata Zariff.
"Betul ke?"Zafeara mencari kepastian.Zariff menarik adik perempuannya naik ke atas sofa.
"Sebenarnya Zafeara minta Kak  Yana bawakan gitar tu,kan berat.Abang janganlah marah Kak Yana."Zafeara tertunduk.

"Tapi kenapa masuk bilik abang
tak bagitahu?"soalnya dengan
nada biasa.Aku dapat melihat perbezaannya berbanding di
sekolah yang kalah harimau.
"Abang kan pergi latihan sukan.
Manalah Zafeara tahu abang dah balik,Zafeara ingatkan bila abang dah balik baru Zafeara nak bagitahu.Zafeara minta maaf." terang Zafeara.Petah betul  Zafeara bercakap eh.Tetiba aku  rasa teringin nak ada adik pula. (-_-;) Eh aku taknak!

"Abang maafkan,takpe malam nanti abang mainkan lagu kegemaran
Zafeara."ujarnya tersenyum.
Senyuman tu,okay lupakan.Dia..
seorang abang yang baik.Aku
tak boleh nafikan benda tu...
Tak kesahlah!Dia tetap musuh aku!
"Zafeara boleh pergi tolong nenda tak?Abang nak berbual dengan Kak Yana kejap."pinta Zariff.Adiknya mengangguk laju sebelum berlari keluar dari bilik rehat ini.

Aku memerhati gerak gerinya.
Ugh malas nak layan.Bila nak
balik ni?AirPods disumbatkan ke telinga.Nak bercakap?Ugh baik aku cakap dengan dinding dari dengan kau.Mata dipejam,cuba menghayati lagu dari melihat wajah si dia.

"Lagu apa kau dengar ni?"
Suaranya terdengar setelah aku terasa sebelah AirPodsku tiada di telinga.Mata dibuka lalu aku mengurut dada perlahan.Mahu tak sakit jantung aku kalau macam ni.Macam mana dia boleh ada dekat sebelah aku ni?!

Dia meletakkan di telinganya.
Pandangannya tidak lepas padaku.
Kau bukan buli aku dekat sekolah je Zariff tapi kau buli hati aku tahu tak?!Lupakan Yana!Aku benci dia!Benci!Dia malukan Aku depan orang ramai!Macam2 lagi dia buat!
Ugh kenapa dengan aku ni?

"Ish jauh2 sikit.Pelik betul aku dengan perangai kau ni.Dekat sekolah lain rumah lain."Aku menjauhkan diriku dengannya sedikit.

"Kau perasan benda tu juga ke?"
"Macam mana aku tak perasan kalau yang kau buli aku?Selit kaki
orang tak tentu pasal and banyak lagilah idea kau nak kenakan aku."bebelku dengan nada tidak berpuas hati.

"Benda tu menyeronokkan,apa aku boleh buat?Tambahan pula dengan budak sengal macam kau.Tiap2 hari kau bagi aku ketawa,Yana."ujarnya dengan bangga.Aku mengeleng perlahan sambil melihat wajahnya. Bila lah manusia ni nak insaf?Tengok dari segi rumah ni memanglah kaya tapi kenapa yang pergi tapau duit adik2 junior tu,tak malu betul( ̄^ ̄)

"Tahu lah muka aku ni hensem pun tapi tak payahlah tengok sampai tak berkelip mata tu."tegurnya.
Aku mengeleng laju dengan pipi yang sudah merah.Aku tenggelam dalam pemikiran aku sambil muka dihalakan ke arahnya,itu je!
"Ingatkan perangai tu gangster
je ada tapi jenis perasan pun ada eh?"ujarku cuba untuk membela diri.

"Benda betul tu.Kau boleh tipu depan aku tapi dalam diri kau,aku percaya kau pernah akui."balasnya tersenyum.Aku menjeling,rasa nak tampar2 je muka tu.Peduli apa aku hensem2 pun kalau perangai macam ni layak makan penampar je ni.
"Pe Ra San"balasku sepatah demi sepatah.First time jumpa orang macam ni Ya Allah.

"Yana,kita duduk dekat sini
sampai malam ni okay?Sebab ada benda yang nak dibincangkan malam ni.Kejap lagi Abang Aryan,daddy dengan Clara datang."kata mummy tersenyum lembut.Aku menjauhkan lagi diri dari Zariff.Pelik semacam je mummy tengok kitorang.
"Erk..bincang apa?"soalku dengan hairan.

"Malam nanti Yana tahu lah."
balas mummy lalu keluar dari  bilik rehat.Persoalannya,bincang apa?Kenapa dekat sini?Apa kaitan dengan keluarga Zariff?Aduh
boleh sakit otak kalau aku fikir.
"Kau fikir apa?Lama tengok
dinding tu."tegurnya mematikan lamunan aku.

"Tengok dinding lagi bagus dari tengok kau,Tengku Zariff Rayyan."
balasku lalu hidungku ditariknya tanpa rasa bersalah.
"Apa ni pegang2"ujarku lalu menjauhkan lagi diri aku dari si dia.Dia betul2 pelik!Makin seram aku kalau macam ni selalu!

"Jangan dekatlah"ujarku dengan cuak ketika dia makin dekat  dengan aku.Ish mental dia dah hilang ke?Mana perangai gangster tu pergi?Tolonglah datang balik!Wajahnya rapat dengan aku,jantung memainkan peranan ganjil.Aku tergamam.

"Tengku Alyanaa Camille binti Tengku Harith,aku tak peduli apa pun yang terjadi tapi aku nak kau setuju."

"Setuju?"

TQ GUYS YANG VOTE,SUDI BACA NOVEL KEDUA AUTHOR NI AND COMMENTS💕🌸
SORRY JIKALAU TERLAMPAU BANYAK
KEHAMBARAN DISITU❤️👻

NEXT CHAPTER AKAN DIUPDATE DALAM BEBERAPA HARI💞LAGI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro