#41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mia turun dari teksi. Dia melihat Adlina menunggu nya di salah satu bangku di luar sekolah.

"Mia."

Mia melangkah perlahan menuju ke Adlina.

"Jom masuk." Ujar Mia.

"Eh, Jap. Kan kena berpasang-pasangan."

"Ye lah, perempuan dengan perempuan tak boleh ke? Bestie?"

"Tapi aku nak dengan ---."

"Farhan. Aku tahu. Tak apa, aku pergi dengan orang lain." Belum sempat Adlina habiskan ayatnya, Mia menghalang.

Mia terus menuju ke kaunter pendaftaran.

"Mia, okay. Aku pergi dengan kau."

Mia mengendahkan kata-kata Adlina.

"Haa, Mia. Kau kena cabut salah satu nama dalam ni. Kau akan tukar hadiah dengan dia." Terang si penjaga kaunter.

"Bila?"

"Kan kau dah ada bagi hadiah kat Umai. Haa, nanti ada acara tukar-tukar hadiah tu." Terang lagi si penjaga kaunter.

Mia pun mengocak kotak itu dan mencabut salah satu nama yang tergulung di dalam kotak itu.

Kemudian, Mia memberikan kertas itu pada si penjaga kaunter.

"Haa, apa nama yang aku dapat? Nak tulis kat sini ni."

"Tengku Aryan Mikhail Bin Tengku Murad."

Mia terlepaskan pen yang dipegang selepas mendengar sebaris nama itu.

"Macam mana nak tahu siapa dapat nama aku?"

"Tengok lah kat list tu."

Mia mencari namanya dan membaca nama yang akan bertukar hadiah dengannya.

"Tengku Aryan Mikhail Bin Tengku Murad." Mia menyebut nama Ayam dan diakhiri dengan satu keluhan yang agak berat.

Mia menulis namanya dan nama si penukar hadiah. Tiba-tiba Elfira menyapanya.

"Mia."

"Eh, El."

"Jom kita masuk sama-sama."

Mia tersenyum. Dia mengambil nombor kerusinya.

"Jom lah." Ujar Mia dengan girangnya.

Dia meninggalkan Adlina kerana ingin menunjukkan tanda protes nya.

"Haih, Mia. Kenapa kau sensitif sangat ni? Sampai aku pun dia marah ni." Ujar Adlina sendirian.

       ............................

"Eh, depannya meja."

"Mia, kau lupa ke? Aku kan penolong ketua pengawas."

Mia tersengih. Dia terasa ingin menghantukkan kepalanya di dinding.

"Tak apalah. Kalau macam tu, aku duduk tempat lain."

"Alah, Mia. Adlina pun kena duduk sini. Dia akan orang-orang terpenting kat sekolah ni jugak."

Mia terdiam. Dia sebenarnya tidak mahu duduk semeja dengan Aryan.

"Mia, jomlah."

Mia akur duduk bersama dengan Elfira. Dia dengan Aryan sudah hampir sebulan tidak sebumbung apatah lagi bersemuka. Dia cuba elak melihat Aryan sehingga Aryan melafazkan cerai.

        ............................

"Mia, kau tak nak pergi ambil makanan dulu ke? Karang dah start majlis, nanti tak boleh makan."

"Korang ambil dulu. Kejap lagi aku ambil." Jawab Mia.

Kini, dia berseorangan di meja itu. Tiba-tiba ada seseorang meletakkan sepinggan nasi berserta dengan beberapa lauk di hadapannya.

"Nah makan."

Mia cukup kenal dengan suara itu. Suara yang dirindui nya. Sudha sebulan dia tidak mendengar suara itu.

"No thanks." Jawab Mia pendek.

"Makanlah. Karang kena gastrik, siapa yang susah."

Mia masih tidak memandang Aryan yang duduk di sebelahnya.

"Selama ni, elok je aku hidup tanpa kau. Sihat walafiat. Tinggal tunggu kau lafazkan cerai je."

"Mia, makanlah. Saya risau."

"Aku dah kata kan. Kejap lagi, aku boleh ambil sendiri. Apa masalah kau ni?" Marah Mia dan akhirnya dia berpaling ke arah Aryan.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Mata mereka saling bertatapan. Mia cepat-cepat mengalihkan pandangan.

       .........................

"Kita akan mulakan acar bertukar hadiah dengan ketua pengawas kita."

Mia hanya diam dan mengawal gelabah nya.

"Diminta ketua pengawas dan orang yang akan memberi ketua pengawas kita ni hadiah naik ke pentas. Dipersilakan."

Saat itu, Aryan menghulurkan tangannya namun Mia mengendahkan dan terus berdiri menuju ke pentas.

Mereka bertukar hadiah. Mia terpaksa senyum sahaja.

"Dan kemudian, orang yang akan memberi Mia hadiah pula."

Aryan tersenyum lebar. Pelajar-peljara terkejut dengan hadiah yang akan Aryan beri.

"Nak tangan tu."

Mia hanya diam.

"Wah, hebat sungguh hadiah yang diberikan oleh ketua pengawas kita ni." Kata si pengacara.

"Sayang, abang nak pakaikan gelang ni."

Mia hanya diam dan akhirnya menghulurkan tangan kanannya. Pelajar-pelajar turut bersorak.

           .................................

"El, aku nak pergi tandas kejap. Tak tahan lah."

Elfira hanya angguk memandangkan dia khusyuk makan makanan yang dihidangkan.

Selepas membuang air, Mia keluar dari tandas dan menuju ke dewan. Tiba-tiba ada seseorang menutup mulutnya dengan sehelai sapu tangan. Pandangan Mia mula gelap.

Aryan mencari Mia yang sepatutnya berada di dalam dewan.

"El, mana Mia?"

"Dia pergi tandas."

"Sorang-sorang?"

"Ye lah. Nak ke tandas je, takkan nak berteman."

Aryan setuju dengan kata-kata Elfira.

     .............................

"Aryan!"

Aryan segera mendapati Adlina dan Elfira. Dia melihat kedua-dua nya sudah menangis teresak-esak.

"Apahal ni?"

"Mia dah hilang. Dari tadi kitaorang cari Mia, dia tak ada."

"Dah cek tandas ke belum?"

Kedua-duanya mengangguk. Tiba-tiba Farhan mendapati mereka.

"Sah, yang balik awal ada dua orang je."

Aryan terdiam.

"Siapa?"

"Rafiq dan Nabil."

Aryan terdiam lagi.

"Farhan, takkan kau nak tuduh Rafiq?" Tanya Elfira.

"Aku bukan tuduh. Diaorang dah tulis nama kat buku balik awal tu." Jawab Farhan.

"Farhan. Kau dah cek tak mana Syazira?" Tanya Aryan tiba-tiba.

Farhan juga bagaikan tersedar sesuatu.

"Syazira!" Jerit kedua-dua sahabat itu serentak.

    .......................

"Bangunlah perempuan!" Kata lelaki itu dan menyimbah sebaldi air pada muka Mia.

Mia tersedar dari lena yang panjang. Dia melihat sekelilingnya.

"Puas tidur? Puas!" Tengking lelaki itu.

Mia melihat lelaki itu. Dahinya berkerut dan agak sedikit terkejut.

"Rafiq?"

Rafiq hanya tersenyum sinis. Mia merasakan kaki dan tangannya diikat.

"Rafiq! Awak buat apa ni!" Jerit Mia.

"Aku?"

"Awak khianati kawan awak! Awak dah janji dengan Aryan tak nak rampas saya dari dia!"

Rafiq tersenyum sinis dan kemudian mencampakkan kerusi ke dinding serta hampir terkena badan Mia.

Badan Mia menggigil-gigil ketakutan.

"Heh, perempuan! Kau dengar sini!" Tengking Rafiq dan mencengkam leher Mia.

Mia meronta-ronta dilepaskan namun makin kuat cengkaman Rafiq.

"Kau diam dulu!" Jerit Rafiq.

Mia berdegil. Dia masih berusaha melepaskan diri.

"Aku kata diam!" Jerit Rafiq seraya melepaskan sedas tembakan pada dinding.

Namun, esakan Mia membuatkan Rafiq hilang sabar.

"Aku suruh diam kan, perempuan!" Jerit Rafiq seraya menampar Mia dengan kuat.

Mia akhirnya pengsan.

"Kau dengan Aryan sama. B***h! Tak patut hidup kat dunia ni!" Kata Rafiq dan terus menuju keluar dari bilik yang kosong itu.

     ........................

"Maafkan Aryan, mak tok. Maafkan Aryan, mama dan papa. Aryan gagal sekali lagi untuk jaga Mia. Maafkan Aryan." Pinta Aryan dan kemudian air matanya gugur.

Tengku Muiz melihat menantunya yang berlutut itu dan segera membangunkan Aryan.

"Aryan, kamu tak bersalah. Papa dah lama maafkan kamu. Papa tak pernah salahkan Aryan walau apa sekali pun."

"Tapi, mereka bermusuh dengan Mia pun sebab Aryan. Aryan patut lepaskan Mia sebab Mia terseksa apabila dengan Aryan."

"Aryan, kalau kamu menceraikan Mia, papa takkan maafkan kamu sampai mati." Kata Tengku Muiz dengan tegasnya.

"Tapi ---."

"Dah, jangan menyesal atas apa yang berlaku. Sekarang, kita kena cari Mia sampai dapat." Ujar Tengku Muiz sebelum Aryan menghabiskan ayatnya.

       .............................

Rafiq menendang pintu bilik itu. Bunyi tendangan itu membuatkan Mia terkejut.

Rafiq menuju ke arah Mia. Dia mencangkung dan menghadap Mia serta dia mencabut salotape yang dilekatkan di mulut Mia dengan kuat sekali.

"Seronok tak duduk dalam ni, sayang?" Kata Rafiq sambil menyentuh pipi Mia yang elus itu.

Mia hanya mampu diam. Badannya makin bergetar-getar.

"Syazira!" Jerit Rafiq.

Kemudian, Syazira masuk ke dalam bilik itu. Di tangannya terdapat sepucuk pistol. Itu membuatkan Mia lebih takut.

"Mia, Mia." Kata Syazira dengan senyum sinisnya.

        ......................

"Kau ada syak siapa-siapa tak?"

"Aku takut tuduh-menuduh ni. Aku nakkan bukti."

"Weh, cuba kau bagitahu aku macam mana nak cari bukti. Kita tak dapat satu petunjuk pun." Kata Aryan dengan kesalnya.

Tiba-tiba Farhan menyergah Aryan dan Haziq yang sedang berbincang.

"Weh! Korang! Mak ayah Rafiq pun ada buat report yang Rafiq dah hilang." Ujar Farhan.

"Mak ayah Syazira?" Tanya Haziq.

"Bad news. Mak ayah dia tinggalkan dia kat rumah and parents dia kat luar negara sekarang."

"So?"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro