#7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dalam perjalan, aku senyap je lah. Aku tengok Mia. Mia mengantuk tahu tapi tak nak tidur.

"Tidurlah."

Dia tersenyum nak tidur. Aku dengan Mia duduk belakang sekali. Dia pun macam nak cari bantal tau tapi takkan jumpalah. Aku try offer.

"Lentok kat aku."

Dia pun macam ngantuk sangat. Dia pun lentok je lah kepala kat aku. Entah dia sedar ke tak apa yang dia buat. Hmm...Aku Tak kisah pun. Makin lebar senyum aku iye lah. Sampai je sana...

"Mia, bangun."

Sekali je, bangunlah dia. Mamai gila. Senget senget tudung. Haha, hodoh jugak dia lepas bangun tidur. Tangan aku automatik lah betulkan tangan dia. Dia pun sedar tak sedar lagi. Haish, teruk mamai dia.

Kemudian, aku pun check-in lah. Dia seronok tengok kawasan. Dengan sejuknya lagi. Tapi aku tengok muka dia macam ada 1001 soalan nak tanya. Tapi aku macam biasa. Biarkan dia. Aku nak tengok dia marah-marah tapi belum marah lagi. Aku dan dia menuju ke bilik. Dia ni macam budak sikit. Masuk bilik terus. Aku sebagai seorang lelaki yang agak gentleman ni aku angkatlah semua bagasi dia.

"Eh, Kenapa katil ni semua ni ada kelopak mawar ni?"

Aku tersenyum.

"Mama and papa book honeymoon suite."

Dia terlopong.

"Nampak macam kita tengah honeymoon ke?"

Aku tersenyum.

End Aryan PO

Mia POV

"Nampak macam kita tengah honeymoon ke?"

Dia tersenyum. Aku membuat muka menyampah lalu duduk di birai katil.

"By the way, Ni soalan yang paling ku nak tanya."

"Apa dia?"

"Mana ibu and walid?"

"Tempat walid kerja jauh lagi naik atas. So kita berdua je kat sini."

What?

"Kenderaan?"

"Sama ada kita jalan kaki. Ye lah, jalan kaki best lah."

"Tak ada kereta ke?"

Dia tersenyum.

"Ada. Walid ada sewa kereta untuk kita. Nanti ada orang bawakkan kita kalau. Kalau kita pergi jauh sikit. Nak lawat ladang strawberi? Ladang teh ke semua tu kan. Kau kan tak pernah pergi Cameron."

Aku mencapai bantal yang terdekat. Aku baling kat dia tapi dia mengelak pulak.

"Kali ni takkan kena."

Dia menjelir lidah. Dia terus duduk di birai katil sebalah aku.

"Lepas Asar kita keluar. Aku nak tidur."

Dia mengetepikan kelopak mawar tadi. Aku ingatkan walid and ibu adalah book bilik yang ada dua katil Queen. Tak adalah aku kena tidur sebelah dia. Tapi best jugak kot kan tidur sebelah dia. Waktu dia dah tidur, boleh curi-curi tenung muka dia. Ahh, Mia jangan gatal. Tiba-tiba ada dengkuran halus. Dia ke yang drive tadi? Lepas tu, ada muncul idea bernas. Aku naik ke atas katil. Kumpul semua kelopak mawar tadi. Aku mendekati muka dia.

"Kesian kau. Hahaha."

Aku tenung muka dia kejap. Lepas tu, aku susun semua kelopak mawar atas muka dia.

End Mia POV

Aryan POV

Aku terjaga dari lena. Dah Asar dah kot. Tapi ada benda kat muka aku. Aku bangun. Aku menoleh ke kiri. Mia sudah tersenyum. Ada benda masuk dalam mulut aku. Tawa Mia terletus.

"Mia!"

Dia masih tergelak-gelak.

"Kau ni kan. Aku makan kau jugak kejap lagi. Kau bagi aku makan bunga ros je ke?"

Dia masih tergelak. Hati aku lega sangat dapat tengok dia gelak. Mesti dia gembira. Tak apalah, kalau ni yang membahagiakan kau, kau buatlah. Aku nak sangat tengok kau bahagia.

"Sedap tak makan bunga ros tu?"

Dia tergelak lagi.

"Dah lah, sebelum aku makan kau, baik kau pergi siap. Aku lapar tahu tak."

"Eleh, kau boleh ke makan aku?"

Dia mengejek aku? Ouh, memang nak kena ni.

"Kau cabar aku? Aku makan kau betul-betul nanti. Even Tak kenyang."

Air muka dia berubah. Ermm...ada benda yang aku salah kata ke?

"Tapi... Kau dah janji tak nak sentuh aku."

Hahahha...ini yang dia faham.

"Nampak sangat otak kau kuning."

Dia membaling bantal.

"Pergilah siap. Aku tunggu kau dekat luar. 10 minutes."

Dia segera berlari masuk ke tandas.

Selepas dia siap, kitaorang pergilah makan.

"Weyh, ramai perempuan lah tengok kau."

End Aryan POV

Mia POV

"Weyh, ramai perempuan lah tengok kau."

Dia tersenyum. Eh, boleh pulak dia senyum. Kau tahu tak. Kau suami aku. Ish, nak je aku penumbuk sorang-sorang yang tengok laki aku. Pergilah kahwin bijak.

"Kau senyum?"

"Kau jealous eh?"

Sejujurnya yes. Aku hanya diam.

"Dik nak order apa?"

"Bagi fresh Oren satu. And nasi goreng tomyam ni satu."

"Yang, abangnya pulak?"

Abang? Helo. This is my husband, okay.

"Ermm...sama macam dia."

"Adik beradik dua ni datang dua orang je ke? Mak ayah."

"Kami ni ---."

Aku tak sempat nak kata apa-apa, Aryan tutup mulut aku.

"Kami ni couple."

Riak wajah waiter tadi berubah lain macam.

"Belum kahwin, dah pandai bawak anak dara orang keluar. Inilah budak-budak zaman sekarang. Otak yilek."

Wah, bahaskan kita pulak.

"Adik, kenapa adik murah sangat. Lain kali, jangan ikut lelaki sesuka hati Aje. Adik baru form 5 kan?"

Aryan mengangguk sahaja.

"Abang, jom makan tempat lain. Mia dah tak ada selera langsung nak makan tempat ni. Kata orang otak yilek, dia yang tak ada otak. Ouh ya, for your information lah. We are married even baru 17 tahun. Suka hatilah dia nak bawak saya ke mana pun."

"Lah, kahwin lari ke ni?"

Aku bagi penampar jugak kat dia.

"Jomlah, abang. Jom."

Aku dah buat gedik kat sini. Manja dengan Aryan. Aku menarik tangan dia.

"Lantaklah korang nak jadi apa pun. Haish, perut membuncit nanti jangan nak salahkan mak bapak."

Dia pun berlalu pergi. Aku tarik kuat tangan Aryan keluar dari kedai tu. Dia senyum je.

"Cuba panggil lembut-lembut macam tadi. Panggil abang dengan sepenuh ikhlas macam tadi. Sweet sangat."

Aku memukul lengan dia.

"Apa?"

"Dia tu memang otak tak ada. Kata orang. Aku tumbuk dia jugak nanti. Aku tahulah dia ni siapa. Dia suami aku. Ish..."

Aku membebel tak tentu arah. Nasib dah kat luar kedai.

"Sayang jugakkan kau dekat aku."

Aku hanya senyap. Tak pasti perasaan apa yang selubungi hati aku ni.

"Dah, jom makan tempat lain."

"Biarlah dia. Yang aku tahu, apa pun jadi, kau tetap milik aku dan apa pun yang diaorang nampak akt kit sebenarnya ---."

"Halal!"

Aku sambung apa dia kata. Senyuman aku dan dia melebar.

Bersambung.....

Jangan lupa vote...☺️
Abaikan typo dan maaf kalau novel ini membosankan.
Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro