#9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Woi, minah. Bangunlah cepat dah lambat ni."

Aku bangun-bangun tengok pukul 6 dah. Aku selalunya bangun pukul 5 setengah. Haish.

"Tengku Mia Arissa. Bangun!"

Aku cuba mengejutkan dia banyak kali.

"Lantak kau lah."

Aku segera mandi dan solat subuh. Selepas solat subuh, dia masih tak bangun.

"Tengku Mia Arissa sayang, bangun. Kau tak nak pergi sekolah ke?"

Aku goncang dia. Wah, banyak kali goncang pun tak jalan. Aku masuk ke bilik air lalu menadah sedikit air dan cepat-cepat ke katil. Aku memercikkan air tadi ke mukanya. Akhirnya dia terjaga.

"Pukul berapa ni?"

Kata dia sambil memisat-misat matanya.

"Pukul 6 suku."

"Hah?!"

Dia terjerit lalu menolak aku ketepi lalu ke bilik air tapi tiba-tiba dia hilang imbangan ketika menolak aku. Aku terjatuh di atas lantai dan Mia tanpa sengaja terhempap atas aku. Kami terdiam. Mata kami bertaut lama. Jantung berdegup laju. Cantik muka dia. Memang ada kesan sikit sebab dia baru bangun tidur.

End Aryan POV

Mia POV

Alamak! Aku hilang imbangan waktu tolak dia. Aku terhempap atas dia dan di pun terjatuh kat atas lantai. Mata kitaorang bertaut. Dia dengan masih memakai baju melayu dan bersongkok. Aku melihat dia. Ya Allah, melting pulak aku tengok dia pakai macam ni. Tangan dia menolak rambut aku ke belakang. Jantung aku berdegup kencang. Seketika kemudian, aku yang membuka langkah dulu. Aku segera bangun. Dia tersenyum lebar. Er...perlu ke senyum macam tu?

"Apa senyum-senyum?"

Aku malu.

"Kau berat jugak."

"Kau fikir aku angin?"

"Tak. Tapikan habis batal air wudhuk aku."

"Kau dah solat ke belum?"

"Dah."

"So?"

"Aku suka pergi ke sekolah dalam keadaan yang ada air sembahyang lagi."

"Annoyying nya!"

"Kau tu tak solat lagi. Dah pukul berapa ni? Nanti dosa kau tu, aku yang tanggung tahu tak?"

Aku menjelirkan lidah lalu segera masuk ke bilik air.

Selepas solat subuh, aku segera bersiap. Aku tengok dia pun baru nak siap sebab tadi terlelap kejap. Bila aku dah siap, aku duduk kat birai katil sambil betul-betul kan tudung sambil tu tengok tv lagi. Aku dari dulu macam ni. Aku tengok dia. Mak ai, bersiap macam perempuan. Belek muka tu. Aku ni pun tak pakai bedak sangat. Sembur minyak wangi macam nak keluar dengan perempuan lain. Hah!

"Kau bersiap macam ni mesti nak jumpa dengan someone special."

"Haah. Memang pun."

Wait, what? Memang pun?

"Siapa?"

"Kau."

Alamak, tersentuh pulak hati aku.

"Kalau untuk aku, kenapa tak dalam rumah je. Mesti ke kat luar?"

"Jealous?"

"Tak adalah. Mana ada. Cuma kalau kau pakai minyak wangi ni ramai yang tergoda nanti."

"Even kau?"

"Mana ada."

"Dah lah, jom turun."

"Tak nak!"

Aku memandang dia sinis.

"Ouh, kau nak aku dukung kau?"

"Sabarlah. Kejap lagi aku turunlah."

Aku tengok tv tu kejap. Dia duduk di sebelah aku. Aku tengok dia.

"Ish, kau memang tak reti pakai tie elok-elok ke?"

Dia menggeleng. What? Seriously?

"Habis tu, selama ni siapa yang buat?"

"Ibu or bibik or Yana."

Aku dengan spontan membetulkan tie dia. Aku berganjak sedikit mendekati dia.

"Eh, kau ni. Dekatlah sikit."

Dia tersenyum lalu mendekatkan diri dia dan aku. Tak ada ruang dah. Lutut dah bertemu. Aku membetulkan tie tu bagi lagi kemas. Dia melihat sahaja apa yang aku buat. Aku fokus pada kerja aku. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Aku memandang dia. Dia masih memandang aku. Seketika kemudian, aku bangun.

"Sekarang pukul berapa?"

"6:50 pagi."

"Kau nak pergi awal?"

"Of course lah. Aku kan Headprefect. Mesti datang awal."

"So, jomlah turun. Makan ke?"

"Makan?"

"Breakfast lah."

"Hmm...Jom."

Aku dan dia segera turun ke bawah.

"Assalamualaikum mak tok."

"Waalaikumussalam. Hang dah sedia ka nak pi sekolah baru?"

"Dah. Cheq memang tak sabaq nak pi sekolah. Jangan risaulah. Adlina kan ada."

"Hang jangan lupa. Hang tu ada suami jugak. Suami hang pun boleh tolong hang."

"Ya lah, cheq tahu."

Lepas makan, aku dengan dia segera memakai kasut. Aku menuju nak masuk ke dalam sebuah kereta.

"Eh, kau nak pergi mana tu?"

"Nak naik kereta nak pergi sekolah lah."

"Naik dengan aku lah. Tu untuk Yana."

"Kau ada lesen?"

Membulat mata aku.

"Lesen motor lah."

"Oooo."

"Dah, bonceng aku."

Membonceng? Ish!

"Tak nak lah."

"Ish, kau ni ikut je lah."

"Ya lah, ya lah."

Aku ikut dia ke motorsikal dia.

"Hah, motor jenis ni?"

"Ya lah."

"Takkan walid tak belikan motor besar?"

"Aku tak nak motor macam tu. Aku nak naik motor normal macam ni."

"Hmm...yelah."

Dia memakai kan aku helmet lalu aku duduk di bahagian belakang.

"Aku nak gerak ni."

"Haa...geraklah."

"Kalau aku gerak, kau kena pegang aku. Peluk aku. Nanti kau jatuh."

"Eh, aku boleh pegang benda kat belakang ni lah."

"Serius?"

"Ye lah."

"Nanti kau jatuh."

"Tipu."

"Okay fine, tak percaya."

Dia menekan sedikit minyak. Itupun aku terkejut lalu tersandar dekat dia.

"So, kau peluk aku sekarang. Ikut cakap suami."

Erkkk... suami. Ya lah, lupa.

"Ye lah, ye lah."

Aku memeluk dia. Di atas motosikal...

"Aku ada benda nak puji kau ni."

"Apa? Aku handsome hari ni?"

"Bukan. Aku kagumlah dengan kau."

"Kagum?"

Dia masih setia memandang ke hadapan dan bersembang dengan aku.

"Ye lah. Aku kagum. Kau berani akad nikah sedangkan kau baru umur form 4 lah waktu tu."

"Demi engkau."

"Eih, annoyying nya. Tapikan. Bukan orang nikah mesti niat kerana Allah kan?"

"Memang. Memang aku niat kerana Allah tapi sebab engkau jugaklah aku ada semangat."

"Ooo...."

Melebar senyuman aku. Makin erat aku peluk dia.

Setibanya di depan sekolah...

"Orang tak cam aku sebab aku pakai motor baru. So, cepat turun."

Aku pun turun je lah. Ketika aku nak melangkah pergi, dia memanggil.

"Woi, salam mana?"

"Salam?"

"Kau kenalah dalam suami kau ni sebelum masuk sekolah. Baru dapat berkat."

"Nanti orang nampak."

"Ni kan dekat parking. Lagi satu kan, aku dah kata tadi. Orang ramai tak cam aku sebab ni motor baru lagi."

"Hmm..."

Aku Salam tangan dia. Dia mengucup dahi aku.

"Good luck."

Aku tersentuh. Dia tersenyum. Melting! Aku nak melangkah masuk sekolah, sekali lagi dia memanggil.

"Apa lagi, Encik Aryan?"

"Helmet tu. Helmet aku tu."

Erkkk...aku tersenyum sengat. Terkedek-kedek lari ke arah dia.

"Nah."

Dia spontan membetulkan tudung.

"Good luck. Kalau ada apa-apa tanya aku or Adlina. Faham?"

Aku mengangguk. Dah serupa seorang abang pesan pada adik.

"Okay, bye."

Aku segera melangkah masuk ke dalam sekolah. Aku berjalan tanpa arah. Tiba-tiba seseorang datang memaut aku.

"Eih, Adlina!"

"Tak ingat aku dah kan. Asyik dengan su---."

Aku segera menutup mulutnya.

"Apa?"

Bersambung.....

Jangan lupa vote...☺️
Abaikan typo dan maaf kalau novel ini membosankan.
Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro