Chap 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Secangkir teh diletakkan kembali ke atas meja "kamu rasa kamu dah bersedia untuk pegang takhta?" Raja Abqari memandang Putera tertuanya yang duduk bertentangan darinya.

Darrel menghirup sekali teh panas itu

Dihirup lagi.

Dan lagi.

"Don't ignore me young man" Raja Abqari bersuara dan disambuti tawaan kecil dari Darrel.

Darrel malas mahu menjawab pertanyaan papanya kerana Darrel tahu papanya sendiri sudah mempunyai jawapan yang dia mahukan.

Bersedia atau tidak dia akan tetap menjadi Putera Mahkota dalam beberapa bulan sahaja lagi. Nak harapkan siapa yang menggalas jawatan itu? Isander? Huru hara lah negara jawab nya.

Darrel sanggup terima semua tanggungjawab yang dicampak kepadanya kerana dia tidak mahu adiknya terlibat dalam hal ehwal beraja. Lahir dalam keluarga diraja sahaja sudah cukup membuat adiknya itu kehilangan tiket kebebasan.

Lain lah dirinya ini. Dia pewaris takhta, anak sulung dan bakal raja. Jadi, sejak kecil dia sudah di hantar ke merata tempat untuk belajar menjadi pemimpin.

"You must to find your future queen" Darrel mengeluh di dalam hati. Satu hal belum selesai sudah ditambah hal lain.

"No pa, masa dah terlalu dekat. I cannot find in this short term" Ada lagi lapan bulan untuk menjadi 'The crown prince' mana mungkin tempoh sesingkat itu dia dapat mencari puterinya. Itu memang mustahil.

"You can my son. I trust you"

What the hell??

Darrel sudah memaki di dalam hati. Dia harus mencari calon isterinya sebelum dirinya menjadi Putera mahkota officially.

Wajib ke? Jawapannya tidak wajib tetapi kalau dia menerima gelaran itu tanpa isteri di sisi jadi segala proses akan menjadi lebih sukar.

Bila dia cakap sukar bererti memang sangat sukar. Pendek cerita dia perlu ada isteri untuk memudahkan segala prosesnya nanti.

"I don't care pa. If Darrel tiada calon just carry on I can take it" ucapnya bersahaja.

Raja Abqari menganggukkan kepalanya "ok papa ikut je keputusan Darrel"

Lelaki itu sudah bangkit dari sofa diikuti Darrel "oh ya petang ni Envar datang. Be kind" bahu kiri Darrel ditepuk berkali-kali.

Envar? Sepupunya itu? Mahu muntah hijau mengaku lelaki angkuh itu sepupunya.

Darrel menundukkan kepalanya sedikit, memberi penghormatan kepada papanya sebelum lelaki tua itu melangkah pergi.

Ah bala apa lagi yang perlu dia hadap. Bencinya!

DARREL membuka pintu rumahnya "baru balik?" Suara itu. Suara itu cukup membuat mood nya jatuh mendadak.

Dia fikir balik boleh tenangkan diri ini makin tertekan "what are you doing inside my house?" Suaranya bersahaja, wajahnya beku seperti biasa.

"Saja. Wanna meet you. Cousin" Satu senyuman sinis terbentuk di bibir merahnya.

"Kau jangan risau. Aku memang sekejap sahaja kat sini. Aku akan ke istana sekejap lagi"

"Good. Don't have plan to let you stay"

"Woahhh watch your mouth your highness" wajahnya bertukar serius serta merta. Mata mereka saling menikam antara satu sama lain.

"Maaf saya ganggu tuanku. Putera Isander cari tuanku" satu suara mematikan suasana tegang mereka berdua.

Envar menoleh ke sisi kanannya. Mulutnya hampir terlopong melihat figura di hadapannya ini. Wanita itu memiliki paras rupa yang sangat cantik.

Darrel mengangguk sebelum memulakan langkah "what's your name beautiful?" Soal Envar

Baru sahaja Febrina mahu menjawab satu suara sudah menyampuk terlebih dahulu "Febrina follow me"

Envar memandang Darrel. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah Putera itu.

"Aku nak minta tolong dia" Envar tidak puas hati. Dia baru sahaja mahu berkenalan dengan gadis di hadapannya ini.

"Kak Azia!" Satu laungan kedengaran

"Ye tuanku?"

"Tolong Envar apa yang patut" Kak Azia mengangguk faham dan mendekati Envar yang sudah mengetap giginya.

Darrel memandang Febrina. Mata mereka bersatu "come here" Febrina mengangguk dan melangkah pergi membuntuti Darrel menaiki lif.

Envar sudah mengepal penumbuknya.  Tak guna!

8:00 pm

"Febrina jom turun makan. Hari ini putera ajak makan sama" Ujar Celine yang sudah bersiap untuk turun ke bawah.

Febrina menghela nafas "Takpe lah kau turun lah. Aku tak lapar"

Celine berkerut kehairanan "kau okey ke? Tak sihat?"

Febrina sudah menyelimuti seluruh tubuhnya "aku tak sedap badan"

Celine mengangguk faham "nanti aku bawa naik ubat. Kau rehat lah dulu"

Febrina mendengar pintu bilik yang dibuka dan ditutup semula. Matanya terasa berat jadi sudahnya dia terlebih juga.

Manakala di tingkat bawah sudah riuh dengan suara pembantu rumah yang lain. Sebaik sahaja figura Darrel muncul keadaan serta merta senyap. Semua pembantu rumah menundukkan badan mereka

Darrel memakai ringkas hari ini. Baju sweatshirt dan berseluar track tetapi aura tampan miliknya masih terpancar

Darrel membetulkan jam tangannya. Dia memandang pembantu-pembantu rumahnya. Ada yang tak kena

"Febrina mana?"

Mereka memandang sesama sendiri. Ada yang baru perasan sosok wanita itu tidak kelihatan "Febrina ada dekat bilik tuanku, dia tak berapa sihat" jawab Celine

Darrel hanya mengangguk sebelum dia menuju ke meja makan.

Sudah larut malam. Febrina baru tersedar dari lenanya. Itu pun kerana perutnya berkeroncong minta diisi. Dia membuka mata perlahan-lahan memandang jam dinding.

2:30 am

Febrina duduk dari perbaringannya. Rambut panjangnya diikat siput kemudian hoodie miliknya di capai dan di sarung.

Febrina menggosok matanya. Separuh dari dirinya malas mahu turun dan separuh lagi memintanya untuk turun. Febrina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Akhirnya selepas 5 minit dia termenung, Febrina turun dari katil dan keluar dari bilik.

Dia menuju ke pintu utama. Niat mahu membeli makanan di luar tapi hampa pintu sudah dikunci. Mestilah dikunci. Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi kot!

Febrina berdecit. Dia memusingkan badannya untuk kembali naik ke biliknya.

"Arhh!" Dia memukul apa sahaja yang berada di hadapannya sambil menutup mata.

"Kau lapar?" Suara itu sangat familiar . Febrina membuka matanya. Terbuntang biji matanya apabila figura di hadapannya ialah Putera Darrel.

"Maaf tuanku" tanpa sedar secara automatik Febrina mengelus dada bidang lelaki itu yang tadi menjadi sasaran tangannya mendarat.

Tangan kecil Febrina digengam oleh tangan besar milik Darrel. Tubuh Febrina serta merta kaku. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah dirinya yang dungu ini. Suka-suka hati sentuh putera! Kau fikir kau siapa Febrina oi!

"Kau buat apa turun bawah 2 pagi macam ni" Suara Darrel kedengaran tidak kuat dan juga tidak perlahan. Sedap telinga mendengarnya.

"saya lapar tuanku" untung sahaja keadaan di ruang itu gelap. Kalau tidak ternampak lah pipi Febrina sudah berwarna kemerahan.

"Jom pergi dapur" Febrina membuntuti bossnya itu ke dapur. Lampu ruangan itu dibuka. Darrel membuka peti sejuk dan mengeluarkan makanan lebih yang mereka makan malam tadi.

"Eh tuanku biar saya panas kan" Darrel mengangkat tangannya. Jari telunjuknya di arah ke kerusi sebagai arahan untuk Febrina kembali duduk.

Febrina menggigit bibir. Ini salah! Sepatutnya dia yang perlu lakukan semua tu bukannya putera raja itu

"Er tuanku bi-"

"Shhh" Darrel meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Dia sambung melakukan kerja-kerja yang dia lakukan tadi.

"Aku dengar kau tak sihat. Jadi duduk situ diam-diam" Selesai memanaskan lauk, Darrel menghidang lauk dan mengisi nasi di dua buah pinggan.

"Tak mati pun kalau aku buat semua ni" Darrel meletakkan hidangan itu di atas meja dan melabuhkan punggung di hadapan Febrina.

"Tapi itu kerja saya tuanku. Tuanku dah bayar gaji saya untuk saya buat kerja. Kalau tuanku yang buat baik saya tak payah kerja" gumam Febrina sedikit protes.

"aku dah terbiasa buat kerja sendiri. Aku upah orang gaji pun sebab mama dengan papa aku yang suruh"

Febrina memandang dua pinggan nasi di hadapannya. Dia tahu satu pinggan untuk dirinya tapi lagi satu pinggan untuk siapa? Darrel?

"Eh? Tuanku belum makan?" Darrel menggelengkan kepala sambil mencedok lauk dan diletakkan ke pinggan nasinya

Aik Celine kata Darrel akan ada makan malam tadi tapi tak akan lah boss nya ini tak makan kot.

"Kenapa tuanku tak makan tadi?" Febrina berkerut kehairanan.

"Aku ada hal tadi" balas Darrel ringkas. Febrina hanya mengangguk kepala. Tak mahu bertanya banyak. Dia juga sudah kelaparan. Lebih baik dia makan.

Akhirnya mereka berdua makan dalam keadaan senyap. Senyap yang selesa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro