Chap 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seluruh kawasan istana sudah terdengar sorakan dari beribu-ribu atau mungkin berjuta rakyat yang hadir. Helikopter penyelamat masih meronda-ronda di atas sana. Pengawal yang turun bertugas sudah lengkap berpakaian vest bulletproof dan senjata yang dibawa bersama.

Kawasan istana memberikan sistem keselamatan terbaik mereka. Semua pengawal yang bertugas menggunakan mata helang mereka melihat sekeliling istana.

Batas antara kedudukan rakyat dan pintu pagar istana dikawal dengan amat rapi. Mereka tak akan biarkan seorang pun rakyat terlepas.

Kenapa? Kerana hari ini ialah hari resepsi perkahwinan Putera sulung Ebrahim sekali gus majlis penyerahan takhta kepada Putera itu.

Hari ini, detik ini Larriance menjadi negara yang paling bahagia, yang paling heboh. Mereka menyambut bakal raja mereka dengan meriah. Penyerahan mahkota putera raja akan diserahkan hari ini pada bila-bila masa sahaja.

Larriance juga menyambut puteri baru mereka dan bakal permaisuri mereka. Semua rakyat jelata yang berpusu-pusu di luar istana menjerit kegembiraan dengan pembaharuan yang dilakukan Ebrahim family.

Tok tok tok

"Puteri?" Febrina mengangkat muka. Dia memandang pintu biliknya yang sudah dikuak dari luar "puteri dah siap?" Soal Shey di muka pintu. Febrina mengukir senyuman manis.

"Nanti saya keluar"

"Baik lah. Saya tunggu di luar bilik ya" Pintu kembali ditutup selepas menerima anggukan daripada Febrina. Febrina menilik dirinya di cermin.

Dia memakai gaun bewarna emas, ada tiara di atas tudungnya dan perhiasan kecil seperti gelang, rantai dan cincin dipakainya.

Febrina menutup mata, mengawal rasa gugup yang dia hadapi sekarang. Rantai yang diberi permaisuri sudah cantik terlilit di leher jinjangnya. Febrina menyentuh loket berbentuk bulan sabit itu.

"Percaya diri dan lakukan lah" dia mengumam perlahan ayat tersebut. Sebetulnya dia tidak mengerti apa yang kanak-kanak perempuan itu ingin sampai kan tetapi dia mengambilnya untuk memberi sedikit semangat untuk dia melalui hariannya hari ini.

Hari ini dia akan bergelar seorang puteri dan isteri kepada Putera Darrel Ivander Ebrahim. Mulai hari ini dia bukan lah rakyat biasa, segala tindak tanduknya akan diperhatikan oleh rakyat jelata jadi dia perlu menunjukkan sikap yang baik.

Febrina berdiri dan melangkah keluar dari bilik. Di luar bilik Shey, Oliv dan permaisuri sudah menunggu. Febrina menundukkan badan melihat Permaisuri Helen yang sudah tersenyum melihatnya.

Satu dakapan hangat diberikan oleh ratu itu "buat lah yang terbaik" Febrina menutup mata seketika sebelum pelukan dileraikan. Permaisuri mengelus lembut pipi Febrina sebelum dia melangkah pergi terlebih dahulu.

Sejurus kakinya melangkah keluar, suasana luar istana mendadak meriah dengan sorakan daripada rakyat jelata melihat figura puteri mereka buat pertama kali. Memang identiti bakal permaisuri Larriance ditutup kemas agar dapat mengelak perkara yang buruk berlaku.

Febrina menutup wajahnya menggunakan satu kain nipis bewarna putih. Dia dapat melihat figura Darrel yang sudah duduk berdiri di pentas dan ditemani Raja dan Isander.

Tak lama mata mereka bersatu sebelum Darrel menoleh ke tempat lain. Febrina masih mengekalkan senyuman di bibirnya. Dia berjalan dengan penuh karisma menuju ke kerusi yang disediakan. Shey dan Oliv menjadi peneman setia puteri itu sepanjang jalan.

Barisan pengawal masih utuh berbaris di hadapan pagar dan diketuai oleh Mike, pengawal kebanggaan Darrel.

Helikopter yang berada di udara juga masih berpusing-pusing di atas sana memastikan kawasan sekitar istana selamat.

Febrina melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan untuk pengantin perempuan.

Beberapa minit berlalu, akhirnya Febrina sah menjadi isteri Putera Darrel sekali gus menjadi puteri Larriance. Darrel mendekati isterinya dan melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.

Kain yang menutupi wajah isterinya itu dibuka perlahan-lahan. Febrina menundukkan bawa melarikan anak mata. Sejujurnya dia malu mahu bertentangan mata dengan suaminya.

Febrina merasakan dagunya dipegang dan wajah ditarik perlahan agar matanya bersua dengan mata suaminya.

Ini lah buat kali pertama Febrina melihat senyuman kecil tapi manis dari Darrel. Hampir-hampir mahu pengsan Febrina dibuatnya.

Cincin di sarungkan dan Febrina mengucup tangan suaminya. Buat pertama kali mereka bersentuhan dari kulit ke kulit. Mahu sahaja Febrina menjerit kegembiraan. Dia dapat pegang tangan Putera Darrel woo!

Tangan besar Darrel mengelus lembut kepala isterinya dan sebuah kucupan mendarat di dahi mulus Febrina. Febrina menutup mata menikmati kehangatan sentuhan bibir Darrel di dahinya.

Sesi bergambar dijalankan. Naik kejang urat pipi dibuatnya. Selepas seorang-seorang yang bergilir-gilir mahu bergambar. Kakinya sudah lenguh, pipinya juga naik kejang kerana sering senyum.

"Its my turn!" Ah ye terlupa pula kesayangan Darrel dengan Febrina ini.

"Ya Allah Is" Permaisuri Helen menggelengkan kepala melihat Isander yang berlari melulu ke arah abang dan kakak ipar kesayangannya. Dari tadi dia menunggu giliran untuk bergambar dengan dua orang yang dia sayang itu tetapi orang lain terlebih dahulu memotongnya.

Isander duduk di tengah-tengah antara Darrel dan Febrina. Dia merangkul tangan kedua pasangan itu. 

Isander tersenyum lebar. Dia bahagia melihat abangnya bahagia. Remaja itu tidak pernah tersenyum selebar ini sebelum-sebelumnya.

FEBRINA duduk di birai katil. Dia memakai losyen pada tangannya. Jam telah menunjukkan pukul 8 malam. Darrel masih di bawah. Mungkin masih berbual dengan keluarga-keluarga yang hadir. Febrina sudah tidak tahan. Dia mahu rehat jadi dia meminta izin untuk naik ke bilik dahulu.

Tudung yang dipakai segera dilucutkan dan digantung. Febrina meletakkan losyennya di meja yang berada di sisi katil.

Pintu bilik dibuka figura Darrel memasuki bilik berkenaan. Febrina meneguk air liur. Kalau ikut kan hati dia mahu sahaja mencapai tudung.

Darrel melabuhkan punggungnya bertentangan Febrina. Febrina teringat sesuatu "jap eh" Dia ke meja solek dan mengambil satu botol kaca yang disimpan di laci.

"Ini perfume untuk awak" Botol kaca itu dihulurkan. Darrel menerima huluran dan membuka penutup berkenaan.

Bau kenanga dan vanilla. Dia memejam mata menikmati bau enak yang menyapa hidungnya.

"Itu ikut cita rasa saya. Saya tak pasti awak suka ke tak"

Darrel menutup kembali penutup botol berkenaan dan tersenyum kecil "suka"

Febrina mengukir senyuman dan menghela nafas lega. Darrel menatap lembut wajah cantik isterinya. Ini kali kedua dia melihat wanita itu tanpa hijab. Kali pertama di bilik air semasa wanita itu pengsan tapi masa itu dia tak melihat sangat kerana dia tahu itu adalah aurat wanita tapi tidak sekarang. Dia boleh menatap puas-puas wanita itu tanpa tudung dan yang penting hanya dia sahaja boleh melihat Febrina berkeadaan sedemikian.

Darrel mengelus lembut rambut panjang Febrina "this is mine don't let others look at it" Suara lunak itu berjaya membuat jantung Febrina laju bekerja. Ini kali pertama dia tidak memakai tudung di hadapan lelaki dan yang penting lelaki itu adalah suaminya.

Febrina hanya mengukir senyuman dan mengangguk

"you're my princess your highness"

"And you're my prince your highness"

Darrel mencuit hidung Febrina "tidur lah esok kita ada kerja yang kena buat"

Febrina mengangguk dia merebahkan badannya di sisi kanan katil dan Darrel pula menutup lampu dan turut merebahkan badan di sisi isterinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro