Chap 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Febrina memegang kepalanya yang terasa berat. Pandangannya mula berpinar.

Febrina rebah ke atas lantai bilik. Mungkin dentuman kecil yang terhasil membuat Oliv dan Shey masuk ke bilik.

"puteri!" Terjerit kecil mereka melihat wanita itu sudah tidak sedarkan diri di atas lantai.

.

Tidak lama kemudian, Febrina membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat Raja Aqbari, Permaisuri Helen dan Isander sudah berkumpul di biliknya.

"Febrina okey?" Kepala Febrina diusap lembut oleh Permaisuri. Riak khawatir jelas terpancar di wajah cantik itu. Febrina mengangguk.

"Maaf menganggu tuan puteri" seorang lelaki menghampiri Febrina. Febrina bangun dari perbaringannya perlahan-lahan dan dibantu oleh Isander.

"Kenapa dengan saya doktor?"

Lelaki muda itu tersenyum kecil "jangan risau tuan puteri. Cuma tekanan darah tuan puteri mendadak naik. Saya harap tuan puteri tidak terlalu tertekan"

Febrina menganggukkan kepala "saya minta diri dulu" Doktor itu menundukkan badan dan melangkah keluar dari bilik.

"Ya Allah Febrina. Mama risau"

Febrina mengukir senyuman kecil "mama jangan risau. Febrina okey"

"Febrina rehat lah dulu. Papa akan beritahu Darrel-"

"Jangan!" Semua mata terarah ke arah Febrina yang sudah sedikit gelisah. Dia berdehem sedikit.

"Papa jangan beritahu Darrel. Febrina tak nak dia risau"

Raja dan Permaisuri itu sempat bertukar pandangan sebelum Raja Aqbari mengangguk faham "Febrina rehat lah okey" Permaisuri Helen mengucup dahi mulus wanita itu sebelum sepasang suami isteri itu melangkah pergi.

Febrina menutup mata. Melepaskan keluhan

"Kakak"

Mata kembali dibuka. Mata menatap wajah polos adik iparnya. Bibirnya mengukir senyuman. Tangan mengelus lembut rambut putera muda itu.

"Kakak okey?"

Pertanyaan Isander membuat Febrina terdiam sedikit tetapi dia tak akan menceritakan apa-apa pada Isander. Remaja itu masih terlalu muda dan tak faham apa yang sedang dia hadapi. Sudahnya Febrina hanya mengangguk "okey je. Kenapa?"

"Akak gaduh dengan abang ke? Abang buat apa kat akak? Beritahu Is. Biar Is pergi kerja kan abang tu"

Febrina tertawa bebas. Hai lah remaja ini langsung tiada idea yang kehadirannya membuat hidup Febrina lebih ceria.

"Akak okey je dengan abang. Tiada masalah apa pun"

Isander memuncung sedikit. Dia merehatkan kepalanya di bantal yang digunakan Febrina. Febrina mengukir senyuman. Tangan diangkat mengelus kepala remaja itu.

"Please don't leave us. Please don't leave me"

Kata-kata itu membuat Febrina memiringkan kepala memandang Isander.

"I cannot live without you. If you leave please bring me with you. I don't want to be here without kakak"

Mata Febrina berkaca. Dia menelan ludah untuk menahan empangan air mata yang kian pecah. Pedih sungguh hatinya mendengan kata-kata yang keluar dari Isander.

Beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya. Hatinya sayu. Febrina diam membisu. Menahan rintihan hatinya. Dia mahu menjerit sepuas-puasnya melepaskan segala bebanan yang terhumban di bahunya.

Febrina merehat pipinya di kepala Isander. Nafas dihela lagi.

I don't want to be here too Isander.

FEBRINA terbangun dari lenanya apabila dia merasakan sentuhan lembut di wajahnya.

Dia segera duduk apabila melihat suaminya sudah berada di sisinya "abang"

Darrel mengukir senyuman. Tangan Febrina diraih dan dikucup lembut "awak dah makan?"

Febrina menganggukkan kepala "abang?" Anggukan juga diterimanya.

"Awak mengantuk?"

Febrina berkerut memandang suaminya "kenapa"

"Today's sky is so beautiful. Jom tengok"

Tanpa memikir panjang Febrina segera menganggukkan kepala. Dipa memang suka duduk luar pada malam hari. Pertama kerana angin malam membuatnya tenang dan kedua ialah langit malam yang hitam pekat dan diterangi hiasan bintang itu ialah pemandangan kegemarannya.

"Jom"

Febrina mencapai tudung dan melilit. Tangan mereka bersatu dan mereka melangkah keluar dari istana dan duduk di halaman istana.

Kasut diletakkan di sisi. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas rumput. Darrel duduk bersila manakala Febrina memeluk kedua-dua belah lututnya kerana angin pada malam itu membuatnya sedikit kesejukan.

Pasangan itu mendonggak memandang keindahan langit pada malam itu.

"Saya selalu rasa yang saya ni macam langit hitam tu dan awak bintang tu" ujar Darrel. Matanya masih tergam pada lelangit itu.

"Kenapa pula"

"Sebab cuba awak bayangkan langit masa tiada bintang. Dark. Empty. uninterested. Nothing special, and that's me before you came"

Darrel diam sejenak sebelum dia kembali menyambung ayatnya.

"And you look at how beautiful sky tonight. Pretty. Interested. Bright, and thats me when you're here with me"

Mata mereka bersatu "you're"

Darrel mengangkat kening. Tak berapa mengerti apa yang cuba disampaikan oleh isterinya ini "huh?"

"you're. You're special and always special"

Darrel menatap isterinya. Sinar mata Darrel menunjukkan sinar cinta yang terang. Dia bahagia bersama Febrina dan hanya dengan Febrina.

"don't look down to yourself. Remember you're Larriance favorite prince and the great future king" Febrina mengangkat tangan dan mengusap lembut pipi Darrel. Menyentuh kulit mulus itu.

"You're the best prince ever" Jarinya mengelus kening tebal suaminya.

Darrel memejam mata. Menikmati kelembutan sentuhan isterinya. Dia mahu kekal seperti ini sampai akhir hayatnya. Dia mahu hidup bersama Febrina hingga ke tua. Dia mahu memerintah Larriance bersama Febrina. Dia mahu turun takhta bersama Febrina juga.

Larriance tak perlukan puteri lain. Febrina adalah puteri yang sesuai untuk Larriance dan Darrel.

Darrel membuka mata, kembali menatap wajah cantik isterinya. Tangan Febrina dipaut dan digenggam lembut.

"Thank you"

Febrina mengukir senyuman. Darrel merebahkan badannya di atas rumput itu. Febrina juga turut berbaring tetapi kepalanya direhatkan di atas dada bidang suaminya. Mendengar detak jantung Darrel yang bagai alunan musik di telinganya.

Febrina menutup mata.

Ya Allah, Kau kekal kan lah kebahagiaan seperti ini

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro