CHP 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NOVA

Sesampainya di rumah,  Cleo terus diserbu dengan pelbagai soalan daripada kedua-dua orang tua aku. Aku yang baru balik ni pula dibiarkan sepi. Kan... Nanti mengadu pula bila aku nak balik London. Aku dah balik ni pun macam hmmm je.

Tapi,  tak apalah.  Asalkan kawan baik aku dah selamat.  Dalam masa yang sama,  aku kasihan tengok Cleo sebenarnya.  Dia nampak muram je.  Entah apa yang terjadi antara dia dan Luke pun aku tak pasti kenapa.

Tiba-tiba,  loceng pintu ditekan menandakan ada orang yang datang.  Siapa pula yang datang?  Takkan adik-adik aku dah balik. Baru je semalam mak aku cakap mereka ada summer camp masa cuti ni.

Aku melangkah menuju ke arah pintu rumah dan tombol pintu dipulas. Aku buka pintu utama rumah dan wajah Taylor bersama ayahnya di muka pintu. Aku tersengih ke arah mereka berdua. Ayah datang mendekati aku yang masih berada di muka pintu itu apabila dia mengetahui ada tetamu yang datang.

"Eh,  kenapa tercegat je dekat luar tu.  Masuklah." Pelawa ayahku kepada mereka berdua.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah dan aku pula berjalan menyembunyikan diri di dalam bilik studio.  Cleo pula aku rasa dia ada dengan ibu dekat dapur.  Jadi,  aku duduklah dalam bilik ni je.  Aku tak naklah hadap muka Taylor dan ayah dia.  Menyeramkan....

Aku berbaring di atas sofa yang empuk itu untuk merehatkan tubuh badan aku yang letih seharian langsung tiada rehat itu.  Belum sempat untuk membuka telefon,  pintu aku dibuka dan Cleo menerjah masuk ke dalam bilik.

Ehhh,  minah ni main terjah je memang aku lempang nanti berdarah hidung dia.

"Wei,  ayah kau panggil kau luar sana tu." Kata Cleo padaku.

Keluhan berat aku lepaskan tandanya aku memang malas sekarang ni. Aku angkat daripada pembaringan dan aku melangkah keluar daripada bilik studio. Cleo juga turut keluar mengekori aku daripada belakang.

Aku menuju ke arah ruang tamu di mana ayah, Uncle Clifford dan Taylor sedang berbual antara satu sama lain.  Ibu pula dekat dapur rasanya. 

Aku ambil tempat duduk pada single sofa dan aku pandang muka mereka bertiga.  Mereka bertiga pun senyap memandang ke arah aku.

Boleh pula mereka senyap bila aku dah datang ke ruang tamu.  Ibarat aku ni malaikat maut yang datang tak dijemput je.

"Oh ya,  Uncle nak tanya ni.  Kenapa tak beritahu kami yang kamu nak balik ke London?" tanya Uncle Clifford padaku. 

Aku pandang muka Cleo yang duduk berhadapan denganku itu.  Wajahnya memaparkan reaksi menyuruh aku untuk berbohong.

"Boleh tak kau tipu pihak polis yang aku larikan diri."

Kata-kata Cleo berlegar semula di dalam fikiran aku.

"Hehe, saya datang sini pun sebab Cleo yang suruh saya datang berseorangan tanpa ada orang lain yang tahu yang saya ke sini untuk jumpa dia." Tipu aku pada mereka berdua.

Aku lihat Uncle Clifford seakan-akan tidak puas hati dengan penipuan yang aku berikan.

"Jadi,  selama ni Cleo memang menghilangkan diri ke London lah?" Satu lagi soalan diajukan oleh Uncle Clifford seperti seorang penyiasat.

Memang dia penyiasat pun.  Kalau tidak tak adanya aku minta bantuan dia untuk cari kawan baik aku.

"Ya... Saya larikan diri ke sini nak tenangkan fikiran sebab sejak saya tinggal di Manhattan, fikiran saya serabut sikit dengan macam-macam perkara." Sampuk Cleo apabila dia perasan yang aku tidak tahu nak jawab apa lagi pada soalan Uncle Clifford.

Wajah Uncle Clifford bertukar serius apabial sudah masuknya topik soal siasat.

"Ohh...okey. Pihak polis dapati yang kamu ke Brazil. Betul kah?"

"Ya, betul. Sebab flight yang saya naiki terpaksa ambil perhentian di Brazil. Tapi, keesokkannya, saya terlepas flight pukul 7 pagi untuk ke London. Jadi, saya terpaksa lah tinggal di Brazil selama 2 hari. Lepastu, barulah saya sampai di London." Terang Cleo penuh dengan penipuan yang direka olehnya sendiri.

Aku sendiri yang mendengar semua itu pun rasa gementar. Sebab, takut nanti di ketahui menipu. Bukannya senang nak tipu pihak polis. Kalau tipu mak ayah sendiri tak kisahlah. Ini, nak tipu polis macam menipu pada James Bond.

Mereka berterusan menyoal siasat Cleo manakala aku hanya sekadar membantu sedikit demi sedikit sahaja jika Cleo tidak mampu menjawab semua soapan yang diajukan.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Malam itu,  aku mengemas semua barangan aku untuk ke Chicago esok menghantar Cleo kepada keluarganya. Memandangkan Cleo berjaya meyakinkan Uncle Clifford bahawa dia melarikan diri dan bukannya diculik.  Jadi,  sekarang ni kes kehilangan Cleo ditutup begitu sahaja atas sebab dia melarikan diri.

Aku letakkan pakaian dan barang-barang yang tak digunakan di dalam almari.  Tak ada lah berat sangat nanti untuk aku bawa ke hulu ke hilir. Banyak dah duit aku bazirkan untuk tiket penerbangan.

"Nova,  kau tahu pasal aku kan?" Tanya Cleo secara tiba-tiba padaku.

"Ofcourse,  aku tahu.  Kau kawan baik aku.  Tak ada apa yang aku tak tahu pasal kau."

"Kalau macam tu.  Boleh kau ceritakan dekat aku pasal masa silam aku?"

Aku pandang muka Cleo.  Dia ni biar betul nak tahu semula masa silam dia. Benda yang tak sepatutnya dikenang pun.

"Are you sure?  You want to know about your past?"

Cleo angguk tanda dia memang ingin tahu mengenainya. 

"Okey,  kau nak tahu yang mana satu?  Banyak yang aku ingat pasal kau ni. Tak adalah banyak sangat. Mungkin,  sedikit membantu untuk kau ingat siapa diri kau."

Cleo buat reaksi seakan-akan sedang berfikir.  Aku nantikan sahaja soalan yang bakal meniti pada bibir gadis itu.

"Emmm,  aku nak tahu daripada awal siapa Luke dan macam mana aku boleh kenal dia. "

Aku memang boleh agak ada sesuatu yang Luke buat pada minah ni.  Tapi, aku tak pasti buat apa. Ketika ini,  aku hanya mampu berfikiran positif sahaja tentang mamat gila tu.

"Masa tu..."

Aku tambahkan lagi kertas ke dalam printer dan butang hijau itu aku tekan. Mesin pencetak itu melakukan tugasannya untuk mencetak kad jemputan yang bakal aku dan Cleo edarkan petang ini.  Seharian aku dan Cleo buat kerja ni memandangkan aku dan dia malas nak belajar lah kan.  Sangguplah buat kerja ni untuk elak daripada belajar.

Hahahahha,  bertuah betul budak macam aku dan Cleo ni. 

Cleo pula melakukan tugas menggunting dan aku pula menampal kertas yang digunting oleh Cleo pada setiap kad.  Semuanya ada 200 keping kad dan hanya berbaki 65 keping sahaja lagi yang aku dan Cleo perlu habiskan. 

Sebenarnya,  ada banyak lagi kad jemputan untuk dibuat.  Tapi,  bagi memudahkan kerja aku dan Cleo, Miss Vien bahagikan kerja dengan pelajar lain juga.  Jadi,  aku dan Cleo uruskan kad jemputan untuk orang luar. 

"Kau dah ada baju tak untuk prom night ,esok?" Tanya Cleo padaku.

"Dahh,  ibu aku dah belikan awal-awal lagi memandangkan setiap tahun ada prom night dekat sekolah. Jadi,  aku dah tak perlu risau dah untuk malam esok. "

Aku susunkan kad jemputan itu kepada 100 keping untuk rumah anak yatim dan 35 keping lagi untuk rumah orang-orang tua. Cuma,  tunggu yang masih dicetak sahaja lagi untuk cukupkan semuanya.

"Kau pula?  Dah ada baju untuk esok?" Kali ini,  aku pula yang mengajukan soalan pada Cleo.

"Dah,  kalau kau nak tahu baru malam semalam aku beli."

"Ohhh,  kau pakai warna apa?"

"Grey.  Kau?"

"Aku punya peach.  Tapi kan, ada seorang budak ni aku rasa senior. Dia ajak aku jadi partner dia esok."

Cleo kerutkan dahinya memandang ke arah aku seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Mamat bernama Matt tu kah?"

"Yep...dia ajak aku."

Aku rasa malu pula bila bercerita pasal benda ni dekat Cleo.  Bukan apa aku malu,  dia ni muka suka menyakat orang. 

Aku lihat ke arah Cleo yang tiba-tiba sahaja berhenti daripada kerjanya itu.  Aku pandang ke arah wajahnya.  Dia membuat senyuman yang menjengkelkan dan menjongketkan kedua-dua belah keningnya itu.

KAN AKU DAH KATA!

"Hehh, ini yang aku benci kalau tengok muka kau. "

Cleo menepuk-nepuk bahu aku.  Entah apa fungsinya dia tepuk bahu aku. 

"Jadi,  kau terima tak?"

"Emmm,  terimalah.  Hahahahahah,  ini adalah perkara yang paling memalukan!" Jerit aku ke arahnya.

Aku dapat rasakan yang muka aku membahang tanda malu.  Cleo pula hanya mampu ketawa melihatkan aku sebegitu.

"Dah besarlah kawan aku seorang ni.  Tengok aku,  single sepanjang tahun ikut prom night." Kata Cleo sendu acah-acah menyapu air mata halimunannya yang jatuh itu.

Drama lebih.  Aku tampar nanti lebam muka dia ni.

"Jangan risau kawanku sahabat sejati sehidup semati. Kau akan bahagia nanti.  Aku jamin." Aku mendabik dada. 

Cleo buat muka menyampah melihat gelagat aku memperjuangkan orang-orang single.

Tanpa membuang masa, aku ambil lebihan yang sudah siap dicetak itu.  Hanya perlu tampal sahaja lagi. 

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Sudah selesai dengan kerja menyiapkan 200 keping kad jemputan, tepat pada pukul 4 petang aku dan Cleo terus dibawa oleh Miss Vien menuju ke rumah anak-anak yatim untuk mengedarkan kad jemputan.  Sebenarnya,  untuk pertama kalinya tahun ini sekolah buat jemputan prom night untuk orang luar.

Setibanya di depan sebuah rumah banglo yang besar,  kami bertiga keluar daripada kereta bersama-sama 100 keping kad jemputan di tanganku. Bila dilihat dari luaran,  banglo yang menempatkan anak-anak yatim itu lebih mewah daripada rumah aku sendiri. 

Aku dan Cleo mengekori Miss Vien daripada belakang.  Miss Vien menekan loceng pada pintu rumah dan tidak lama kemudian,  seorang wanita berumur 50an membuka pintu.

"Ehh,  Miss Vien. Kenapa tak beritahu pun yang Miss Vien nak datang. "

Aku agak-agak Miss Vien sudah dikenali oleh penduduk di dalam rumah ni.  Lagipun,  Miss Vien memang suka buat kerja-kerja amal.  Mungkin,  disebabkan itulah dia dikenali ramai.

Kami bertiga dipelawa masuk dan dipersilakan oleh wanita itu untuk duduk di ruang tamu sementara dia bawakan hidangan untuk tetamu yang datang.

Aku dan Cleo macam biasa senyap sahaja sebab tak ada benda nak dibualkan. Tidak lama kemudian, wanita itu sampai bersama dulang yang berisi biskut dan tiga gelas minuman.

"Kami datang nak agihkan kad jemputan untuk prom night esok." Beritahu Miss Vien kepada wanita itu tentang tujuan mereka datang.

Aku dan Cleo buat hal sendiri dengan menghabiskan biskut yang dihidang oleh wanita itu. Hehehhe,  aku lapar sangat ni. Kalau boleh,  aku seorang je yang dah lahap 5 keping biskut.  Cleo baru je makan 2 keping.

Tiba-tiba,  suara seseorang membantutkan sekejap perbualan antara Miss Vien dan wanita itu.

"Aunty???"

Kepala seseorang menjenguk ke arah ruang tamu. Kedatangannya menarik perhatian kami.  Aku tertarik melihat warna mata kelabu yang dimiliki oleh lelaki itu.  Cantek dan bentuk matanya yang tajam itu membuatkan aku terpukau sekejap.

Hensem.  Aku boleh katakan yang lelaki ni memang hensem.  Tapi,  apa yang penting! Adalah biskut coklat aku belum habis ni sebab tergendala sekejap dengan muka mamat tu tadi.

Aku sambung menyuapkan biskut itu ke dalam mulut. 

"Aunty,  ni saya ada bawakan makanan untuk mereka. "

"Ohh,  okey okey.  Letak je dekat atas meja makan." Kata wanita itu pada lelaki itu.

Secara tiba-tiba Cleo mencengkam tangan aku lalu dicubitnya kuat membuatkan aku menjerit kecil.

"Apa kau ni?  Gila kah?" kataku pada Cleo dalam nada yang kecil sahaja.

Nasib baik jeritan aku tak mengganggu perbualan Miss Vien dan wanita itu.

"Kau nampak tak lelaki tadi?" Kata Cleo padaku yang menyamakan aku ni dengan orang buta.

"Ehh,  nampak. Aku dilahirkan dengan dua mata yang sempurna." Kataku padanya dalam nada yang menyindir.

"Heheh... "Sengih Cleo padaku.

Aku pandang dia atas bawah.  Macam ada sesuatu je minah ni.

"Ehhh,  kau tertarik dengan dia kah?" Usik aku padanya.

Cleo memuncung apabila aku berkata sebegitu padanya.

"Ehh,  tak lah.  Suka tengok muka dia je."

"Alasan... Kau suka kan... " Usikku lagi padanya.

Cleo senyum nipis membiarkan aku mengusiknya.  Hehh,  dia ni.  Memang minta ditampar betul lah. 

"Ini kad jemputannya.  Nanti, Aunty edarkan lah dekat mereka semua."

Aku yang sudah habis menghabiskan kesemua biskut yang ada kini,  bersandar pada sofa melepaskan kekenyangan pada perut aku.  Bahu aku dicuit pula oleh Cleo.

Aku buat isyarat 'kenapa?' ke arahnya. 

"Ikut aku ke tandas jap.  Aku nak kencing. " Kata Cleo padaku.

"Kau tanyalah tandas dekat mana."

Cleo menanyakan di mana letaknya tandas dan wanita itu menunjukkan arahnya kepada kami berdua.  Aku hanya mengekori Cleo daripada belakang.

Sesampainya di depan tandas yang berdekatan dengan pintu belakang yang tidak jauh daripada dapur, Cleo cuba untuk membuka pintu tersebut.  Aku pula duduk diam di meja makan. 

Cleo memulas berkali-kali timbol pintu tersebut.

"Aku rasa berkunci lah." Kata Cleo padaku dengan reaksi wajahnya yang tidak mampu tahan untuk buang air kecil itu.

"Ada orang kot kat dalam tu. Cuba kau ketuk. "

Cleo cuba sekali lagi untuk memulas tombol pintu dan kali ini ia terbuka secara tiba-tiba. Ia membuatkan Cleo terdorong kedepan dan wajah gadis itu berlanggar dengan dada seseorang.

Aku yang menyaksikan situasi itu buat muka jengkel. Aku cemburu sebab tak pernah pun berada dalam situasi macam tu.  Hahahahahhaha... Ada lah yang kena sakat ni nanti.

"Be careful girl." Kata lelaki bermata kelabu itu kepada Cleo.

Aku dapat lihat muka Cleo pucat dan kemerahan ketika itu.  Aku pula yang rasa nak tergelak je bila tengok adegan itu.

"...dan nanti aku akan sambung balik.  Perut aku sakitlah. Nak berak jap." Tangguh aku pada cerita Cleo tadi.

"Alah,  kau ni.  Spoil betul lah. "

Aku bergegas menuju ke arah bilik sambil menahan kesakitan pada perut aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro