CHP 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

LUKE

Sejak tadi,  pandangan aku langsung tidak beralih daripada merenung gambar kekasih hati aku,  Cleo.  Sejak aku tinggalkan dia,  hidup aku rasa kosong seperti apa yang aku rasakan 5 tahun kehilangan dia dulu. Aku ambil kepingan gambar yang kedua di mana ia tertulis tarikh yang penting buatku. Tarikh dimana aku jadikan Cleo sebagai kekasih aku.

Malam itu,  aku bawa Shawn dan Flynn ke Funfair sempena hari lahir mereka berdua.  Mereka bukanlah kembar.  Tapi,  wajah serupa sebab antara kami berenam cuma Shawn dan Flynn sahaja lah adik-beradik sebenar.  Mereka yang masih berumur 15 dan 14 tahun itu aku bawa mereka untuk berjalan-jalan luangkan masa sebagai budak remaja.

Sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai abang angkat mereka, aku bawa mereka luangkan masa bersama-sama. Memandangkan yang lain tengah sibuk belajar di luar negara.

"Aku nak kita main rollercoaster nanti." Kata Flynn pada aku.

"Korang berdua je lah yang main. Aku malas nak ikut." Tolak aku pada permintaan Flynn.

"Malas kah takut?"

"Hahahahahhahahahahha. " Tawa Shawn dan Flynn serentak pada aku.

"Korang tahu kan yang aku bukannya jenis suka tempat crowded yang banyak manusia!" Aku tinggikan suara ke arah mereka berdua yang memperlekehkan aku.

Mereka berdua secara automatik senyap apabila aku meninggikan suara ke arah mereka. Aku tak suka dalam keadaan macam ni. 

"Ishhh,  kitorang gurau je pun. Itu pun nak marah kah." Kata Shawn pada aku.

Aku bukannya jenis yang suka bergurau merendah-rendahkan orang. Jadi,  aku ambil langkah untuk senyap kali ini.  Kalau aku terlalu terbawa-bawa dengan emosi marah,  nanti lain pula ceritanya. Aku hulurkan beberapa keping not dollar 50 kepada mereka berdua. 

Mereka berdua tersengih dan senyum gembira.  Tanpa melengahkan masa mereka pergi meninggalkan aku. Aku pula cuma duduk di dalam kereta sementara mereka berdua pergi berseronok. 

Aku lihat pesanan yang dihantar oleh Grandma Marry.

Balik awal.  Jangan lewat sangat. Si Zender beradik tu bukannya boleh tidur lewat.  Kalau tidur lewat nanti memang tak ke sekolah lah pagi esoknya. - Grandma Marry.

Pesan penjaga baharu kami selepas bertahun-tahun, Matt, Aku, Paul, Steve, Shawn dan Flynn di rumah anak yatim, akhirnya kami di ambil oleh Grandma Marry seorang wanita yang baik hati sanggup menjaga kami berenam dan dia sanggup bayar yuran pengajian Matt dan Paul untuk sambung belajar di luar negara. 

Tekak aku terasa kering pula. Aku ambil keputusan untuk beli air dan aku lihat keadaan di luar yang sesak dengan manusia itu buatkan mata aku rimas pula. Aku meredah kawasan yang sesak itu dan aku melangkah menuju ke arah satu kedai yang menjual air di situ. 

Aku ambil air Coca Cola dan satu air mineral.  Aku buat bayaran dan tanpa melengahkan masa,  aku berlalu daripada situ. Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat parkir kereta,  mataku tertancap ke arah dua susuk tubuh seorang gadis. 

Hei,  aku kenal mereka berdua tu. 

Aku berjalan mendekati mereka dan aku lihat salah seorang daripada mereka berdua monyok sahaja wajahnya. Seorang pula sibuk dengan gula-gula di mulutnya.

"Hey,  girls." Sapa aku kepada mereka berdua.

Hanya Cleo seorang sahaja yang terkejut melihatkan aku yang tiba-tiba sahaja muncul.  Manakala Nova pula hanya diam termenung melihat skrin telefonnya.

"Ohhh, Luke. Kau seorang je kah dekat sini?" Tanya Cleo pada aku.

Entah kenapa sejak selalu sangat bertembung dengan dia, buatkan aku jatuh suka padanya. Aku suka setiap kali dia bersuara memanggil nama aku.

"Tak lah. Aku datang ni pun sebab bawa Shawn dan Flynn. Lagi satu, kenapa dengan kawan baik kau ni?"

"Dia ni gila sangat dah dekat abang kau. Kau tengoklah muka dia tengah tunggu chat daripada Matt. Dah macam orang gila dah aku tengok." Kutuk Cleo pada Nova.

Memang aku tahu Matt dan Nova bukannya ada hubungan apa-apa. Tapi, mereka ibarat tak ada pun salah seorang daripada mereka yang ajak 'couple'. Macam masing-masing suka antara satu sama lain dan berkelakuan macam 'couple'.  Lagipun, aku faham yang Nova mesti rindukan Matt.  Semenjak mamat tu dah sambung belajar di German kot...minah ni jadi macam ni.

"Ohhh." Kataku sambil mengangguk kepalaku tanda faham.

"Weii,  jomlah ikut aku beli cotton candy." Pinta Cleo pada kawan baiknya.

Aku lihat Nova yang memang rindu tahap tak bermaya langsung muka dia.  Parah betul lah minah ni.

"Tak apa.  Aku ikut kau beli.  Kau berilah kawan baik kau ni ruang sikit."

Cleo pandang muka aku dan Nova silih ganti. 

"Aaa,  bagus-bagus.  Kau temankan dia eh." Kata Nova gembira.

Cepat betul mood dia berubah. 

"Tapi,  nanti... "

"Tak apa,  ikut je lah. Okey... " Kata Nova pada Cleo.

Nova tarik Cleo mendekati aku dan dia tarik tangan aku untuk menggengam tangan Cleo secara paksa.

"Nah ambil dia dan jaga dia baik-baik. Kalau aku tahu ada apa-apa terjadi dekat kawan baik aku. Aku takkan maafkan kau sampai mati." Pesan Nova dalam nada mengugut aku.

"Okey,  byee.. Tunggu aku dekat sini tau. " Pamit Nova pada Cleo sebelum aku membawanya pergi.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

CLEO

Luke bawa aku ke tempat parkir kereta.  Seperti yang dia cakap dia tak nak tengok pertunjukkan bunga api di khalayak ramai.  Jadi,  ikut je lah dia ke tempat parkir kereta.  Nova pula menghilang dengan adik-adik Luke.  Entah ke mana lah mereka bertiga aku pun tak pasti.  Yang pastinya,  aku sekarang ni sudah mula rasa selesa dengan Luke.

Tak macam mula-mula jumpa dulu. Kekok dan membisu je aku sepanjang dengan dia.

"Sebenarnya kan,  kau ni lain daripada orang lain tahu tak." Kataku padanya.

Luke pandang muka aku dan senyum lebar. Senyuman dia tak pernah tak buatkan aku cair.  Dengan pandangan mata kelabunya semakin buatkan aku sukakan dia.

"Yeah,  aku memang lain daripada orang lain. Macam yang Grandma aku cakap.  Aku istimewa."

Yess,  he is special.  He's different from other guy. 

"Oh ya,  aku tengok kau dan Nova rapat sangat-sangat.  Mesti kau datang sini sebab nak ceriakan dia kan? "

"Hmm,  memang pun. Tapi,  entah macam mana dia lebih ceria pula dengan adik-adik kau."

Memang aku dengki juga tengok dia gembira dengan orang lain.  Tapi,  siapalah aku nak halang dia bergembira dengan orang lain.  Lagipun,  Nova bukannya jenis yang suka dikongkong hidupnya. Dia tak suka cuba untuk mengarah dia.

Tiba-tiba,  tangan aku disentuh oleh Luke.  Aku pandang muka dia dan Luke pandang muka aku.  Mata Luke yang berqarna kelabu itu sentiasa kelihatan memukau. Matanya cantik terbentuk buatkan aku rasa macam bergetar di tempat sendiri.

Rasa...entah apa yang merasukiku...

Tiba-tiba, satu letupan bercahaya warna-warni dilangit menarik perhatian kami berdua. Pertunjukkan bunga api itu sudahpun mula.  Tepat jam 12 malam di mana aku sepatutnya balik rumah sekarang ni. Sudahlah aku bawa Nova sekali.  Entah apa lah nak jadi kalau Nova balik rumah nanti. 

"Kau tahu tak.  Pertama kali aku jumpa kau,  aku rasa macam baru jumpa seorang perempuan kesukaan aku. Lepastu,  bila kita jumpa untuk kali kedua, aku dapat rasakan yang... Aku mula sukakan kau. And now.. We meet again. Watching this fireworks." Luah Luke secara tiba-tiba.

Aku baru kenal dia selama seminggu yang lepas dan sekarang ni dia macam...lain macam. Yang pastinya berbeza.

"You know what,  I love you." Ucap Luke pada aku.

"Be my girlfriend?"

Tiba-tiba,  satu bayangan hitam melintas di dalam fikiran aku. Degupan jantung aku juga mengepam darah dengan sangat laju. Peluh turun ke dahi aku.

"It's your fault!"

"I hate you!"

"I don't want you to leave me!  Just stay here!"

"SHUT THE FUCK UP!"

Aku tersentak daripada tidurku yang lena.  Nova yang duduk bersebelahan dengan aku juga terkejut dengan aku yang secara tiba-tiba menggenggam kuat kain bajunya. 

"Hey,  are you okay?" Tanya Nova pada aku.

Kepala aku terasa pening secara tiba-tiba. Imbasan memori aku yang terakhir itu buatkan aku terjaga daripada tidur. Terasa denyutan di bahagian kepala aku mencengkam dengan sangat kuat.

"Kau okey tak ni? Sakit sangat kah kepala kau ni?" Nova mulai risau melihatkan keadana aku.

"Emmm,  Miss is there something i can do for you? "Tanya seorang pramugari perasan akan aku daripada jauh sedang berada dalam kesakitan.

"Can I have a glass of water?"

"Okay... " Pramugari itu berlalu setelah menerima permintaan aku.

Aku sandarkan badan aku pada kepala kerusi.  Nova yang berada di sebelah aku kelihatan sangat risau dengan keadaan aku.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni? Kau buatkan aku risau tahu tak."

"Aku okey je.  Benda biasalah untuk aku yang menghidap amnesia." Kataku padanya.

Nova melepaskan perasaan lega.  Dia kembali bersandar pada tempatnya. Aku lihat jam tanganku dan masih ada 2 jam lagi untuk sampai ke Chicago.

"We're sorry. But,  she had an amnesia."

Tiba-tiba sahaja kata-kata persis seorang doktor terlintas di fikiran aku. Amnesia...

Aku pandang wajah Nova yang berada di sebelah aku itu.  Tidak lama kemudian,  seorang pramugari datang membawa segelas air untuk aku.  Air kosong itu aku hirup sehingga separuh.

"Haih,  nasib baiklah kau tak mati.  Rupa kau tadi macam kena tarik nyawa je." Beritahu Nova padaku.

"Weii,  kau tahu tak apa-apa pasal penyakit aku ni?"

"Yeah,  ofcourse i know about amnesia.  Dia macam kau lupa ingatan dan hanya ingat.. "

"Bukan yang tu lah. Apa yang aku maksudkan adalah kau tahu kenapa aku boleh jadi macam ni?" Potongku pada penerangannya tadi.

"Ohhh,  lain kali cakap tu jelas lah sikit.  Well,  aku tahu.  Mestilah aku tahu kenapa kau boleh jadi macam ni."

"Boleh kau ceritakan dekat aku tak?"

"Boleh tapi,  kau pasti nak cerita dekat tempat public macam ni? Kau tahu kan yang aku ni suara kalau bercakap dekat publis memang satu dunia boleh dengar." kata Nova padaku.

"Oh ya,  kau dilahirkan tertelan mikrofon lupa pula aku. " Sindir aku padanya.

Nova tak puas hati dengan sindiran aku dan dia pergi cubit lengan aku. Aku hanya mampu ketawa melihatkan Nova yang sakit hati itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro