CHP 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CLEO

Telefon aku letakkan ke sisi setelah merasa bosan asyik melayari internet. Nova yang berada di sisiku itu nyenyak diulit mimpi. Skrin telefon aku memaparkan jam sudah masuk pukul 5:30 petang. Rasa janggal jugalah sebenarnya duduk serumah dengan adik-beradik Luke. Walaupun,  sebelum ini pernah. Aku tetap rasa janggal macam baru jumpa.

Dalam masa yang sama,  aku berasa hampa sebab Luke tiada di sini. Aku ingatkan dia ada di sini. Namun,  sangkaan aku meleset. Betapa sedihnya aku mengenangkan benda tu. Aku takut kalau aku ke sini,  ianya langsung tiada membuahkan hasil untuk aku berjumpa dengan Luke. 

Tiba-tiba, telefon aku berdering menandakan ada orang yang membuat panggilan. Aku terus angkat panggilan daripada Steve itu.

"Hmm,  apa?" Soalku padanya.

Dia ni duduk satu rumah pun sibuk nak call bagai.  Ketuk je pintu bilik sana tu.

"Kau buat apa? Baru bangun tidur kah?"

"Tak lah. Aku tengah bosan ni. Kenapa?"

"Ohhh,  tengah bosan. Jom, ikut kitorang beli makanan. Memandangkan tak ada tukang masak dalam rumah ni kan.  Jadi,  jom... Jalan.."

Aku pandang Nova yang nyenyak tidur di sebelah aku itu. Dia ni kalau tak ada kerja. Memang, tidurlah kerjanya waktu petang.  Takkan aku nak tinggalkan dia seorang diri dekat sini. Tapi, nanti aku pula yang bosan. Aku tak boleh tidur petang macam minah ni.

Hmmm...

"Okay,  aku ikut."

"Good,  good. Jom."

Panggilan diputuskan. Aku turun daripada katil dan menuju ke hadapan cermin memeriksa diriku supaya kelihatan kemas. Aku ambil botol minyak wangi lalu disemburkan pada seluruh badan aku.  Kita keluar mestilah berbau harum dan kemas supaya tak ada lah nampak macam pengotor.

Selesai memastikan diriku bersih dan kemas,  aku melangkah keluar daripada bilik membiarkan Nova nyenyak tidur. Aku lihat Steve melambai dari jauh. Aku melangkah mengikuti Steve keluar daripada rumah dan masuk ke dalam kereta. Aku lihat ada dua orang manusia lagi yang ikut sekali selain daripada aku dan Steve.

"Mana Nova?" Tanya Flynn padaku.

"Dia tengah tidur. Takkan aku nak ajak dia sekali. Tak sampai hati lah aku nak gerak dia tidur. Muka dia nampak penat sangat."

"Ohhhh..." Flynn kembali bersandar pada kepala kerusi.

Steve memandu keluar daripada perkarangan rumah dan terus dipandu memasuki kawasan bandar. Aku lihat Flynn dan Shawn yang senyap duduk di tempat duduk belakang. 

"Weii, aku nak tanya soalan ni." Aku bersuara memecahkan kesunyian di dalam kereta memandangkan mereka bertiga semuanya senyap.

"Soalan apa?" Tanya Steve padaku.

"Quiz eh..." Sampuk Flynn dari belakang.

Dia ni ada je nak menyampuk cakap orang-orang tua. Memang minta kena hempuk pakai lesung batu.

"Bukan Quiz, bongok! Kau ni..." Marah aku pada Flynn.

"Alah gurau je. Dah tak ada Nova yang nak diusik. Jadi,  aku usik kau lah." Kata Flynn padaku sambil berpeluk tubuh.

"Sibuk je.." Sampuk Shawn yang sejak tadi senyap.

Keluhan aku lepaskan dan kembali memandang wajah Steve.  Mereka berdua ni kalau dilayan memang sampai ke esok pagi lah tak habis melayan perangai mereka tu.

"Kenapa Luke tak tinggal dengan korang dekat sini?"

Steve pandang muka aku menggunakan ekor matanya dan dia kembali fokus pada pemanduannya.

"Aku pun tak pasti, Cleo. Mana Luke berada pun aku tak tahu sekarang ni."

Sekali lagi aku lepaskan keluhan berat. Kenapa Luke lari sampai macam ni sekali? Sampaikan adik-beradik angkat dia sendiri tak tahu dia di mana.

"Kalau tak silap aku. Dia selalu berhubung dengan Matt je." Sambung Steve sekali lagi pada percakapannya tadi.

"Jadi, Matt seorang sahaja lah yang tahu mana Luke sekarang?"

"Yup...boleh dikatakan cuma Matt seorang sahaja yang tahu mana Luke berada sekarang ni."

Aku nak buat macam mana ni? Nak bercakap dengan Matt pun aku tak nak. Rasanya berbual dengan mamat tu pun aku langsung tak pernah. Sebab, muka dia terlampau dingin dan...menyeramkan lah.

Tapi, kalau aku tak tanya Matt. Nanti, sia-sialah kedatangan aku ke sini.

"Hmmm, susahlah. Nak berbual dengan Matt pun aku tak pernah. Apatah lagi nak tanya soalan macam ni."

"Alah kalau kau takut. Suruhlah kawan baik kau tu yang berbual dengan Matt." Cadang Steve pada aku.

Ya tak ya juga. Tapi...macam kasihan lah pula. Muka Nova apabila didesak tinggal dengan mereka pun nampak merana aku tengok.

"Ishhh, aku rasa dia tak nak lah."

"Mesti dia nak. Belum cuba belum tahu punya." Sokong Shawn pada cadangan Steve.

Hmmm...

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

NOVA

Aku celikkan mata yang masih mengantuk itu. Aku menongkat dagu memandang ke arah skrin telefon milikku.  Ia menunjukkan jam sudah masuk pukul 6 petang. Uish,  lama juga aku tidur. Dari pukul 2 petang sampai 6 petang.

Badan aku renggangkan membetulkan urat saraf badanku.  Aku lihat sekeliling bilik yang kemas tetapi kosong yang hanya ada aku di dalam bilik. Mana pula minah ni pergi? Pandangan aku alihkan ke arah bilik air dan ianya kosong. Aku duduk bersila di atas katil bersama fikiran yang masih tertanya-tanya di mana keberadaan Cleo.

Mungkin, dia ada di luar kot?  Melepak bersama mereka semua. Tapi, macam mana kalau dia tinggalkan aku seorang diri dalam rumah ni? Naiya aku kalau seorang diri dalam rumah ni. Ishhh...

Aku buangkan overthinking yang melebih-lebih itu.

Aku turun daripada katil dan menuju ke arah pintu bilik.  Aku pusingkan tombol pintu dan membukanya sedikit untuk mengintai keadaan di luar. Kosong.  Tiada sesiapa yang berada di ruang tamu.

Mana pula mereka semua ni?  Takkan mereka tinggalkan aku seorang diri dalam rumah ni? Alahhh...

Aku menutup semula pintu dan aku sandarkan badan aku pada pintu sambil otak aku cuba untuk membuat keputusan. Patut kah aku keluar ataupun aku tunggu sahaja dalam bilik ni sampailah muka Cleo muncul? Hmmm... Tapi, aku haus ni. Aku tak bolehlah kalau bangun je daripada tidur tanpa meneguk segelas air kosong.

Tekak aku terasa kering sebab terlampau banyak menyedut udara sejuk daripada penghawa dingin ketika tidur. Tak boleh dibiarkan ni. Aku kena keluar juga.  Buat je lah macam rumah sendiri.  Aku peduli apa? Asalkan tekak aku dibasahkan dengan air pun sudah mencukupi.

Pintu aku buka lalu aku membuat langkah pertama keluar daripada bilik.  Rasa macam berada dalam cerita seram pula. Pintu bilik aku tutup semula.  Pandangan aku tidak henti daripada merenung kawasan sekeliling ruang tamu. Ianya terlampau kosong dan sunyi.  Mereka tinggalkan aku kah?

Aku melangkah menuju ke arah dapur dan keadaannya juga sama.  Sunyi tanpa manusia pun yang ada di dalam rumah ini. Gelas kaca aku ambil dan aku tuangkan dengan air sejuk yang aku ambil daripada peti sejuk tadi. Gelas yang dipenuhi dengan air sejuk itu aku minum.

Rasa sejuk daripada air tersebut mengalir ke dalam tekak aku sungguh nikmat. Bagaikan aku berada di kutub utara ketika ini.  Kesejukkan berais yang aku rasakan daripada air sejuk yang kosong itu buatkan aku menambah untuk minum dua gelas lagi air sejuk.

Hahh,  heaven.

Aku lepaskan rasa lega setelah tekak aku dibasahkan dengan air sejuk.  Nikmatnya tidak terkata. Aku memusingkan badan aku untuk menuju ke sinki. Namun,  langkah aku terhenti apabila aku dihalang oleh satu susuk tubuh badan yang tinggi lampai itu.

Alangkah terkejutnya aku apabila ianya Matt sedang berdiri tegak di hadapan aku.  Air liur aku telan perit.  Namun,  akibat terlampau berdebar dan terkejut aku tersedak akibat air liur sendiri. Aku terbatuk-batuk menahan rasa perit pada tekak aku yang tadinya merasa kenikmatan air sejuk.  Kini,  sakit akibat kejutan daripada kemunculan mamat tak guna itu.

Aku tuangkan semula air sejuk ke dalam gelas dan aku teguk sehingga habis.  Aku sentuh leher aku dan urutnya perlahan untuk meredakan rasa sakit.

Tiba-tiba, satu tapak tangan melekap pada tangan aku yang menyentuh leher aku itu. Debaran pada jantung aku semakin kuat. Aku dapat rasakan pipi aku terasa panas akibat malu.

"Kau okey?" Tanya Matt sambil merenung wajah aku bersama senyuman.

Oh godddd, I miss his voice caring on me and his smile and his touch. Huhh,  it's all my fault.

"Emmm,  aku okey je."

Aku ambil gelas yang sudah aku pakai itu dan aku cuci sehingga bersih. Aku lapkannya sebelum aku letakkan ia pada rak semula. Aku lihat Matt masih lagi di meja makan memandang ke arah aku.

Why he looking at me like that? Am i doing something wrong?

Aku rasa segan lah bila dia pandang aku macam tu. Debaran pada jantung aku pun belum reda lagi ni. Aku melangkah untuk beredar daripada situ. Matt yang tadinya duduk juga berdiri apabila melihat aku cuba untuk melarikan diri daripadanya.

Aku lajukan langkah kakiku.  Namun, Matt pantas memeluk aku daripada belakang membuatkan langkah aku terhenti. 

"I miss youu..." bisik Matt pada telingaku.

Wajahnya disembamkan pada leher aku. Aku dapat rasakan satu perasaan sedih muncul daripada pelukkan yang Matt hadiahkan. Perasaan bersalah juga timbul dalam diriku.

"I miss you Nova. I miss you very very very much. I love you." Kata Matt padaku dengan nada yang mulai serak.

Pelukkan daripada lelaki itu juga semakin erat. Satu per satu perasaan datang menjengah dalam diriku. Rasa sayang,  rasa sedih,  rasa marah,  rasa menyesal. Semuanya salah aku. Aku yang buatkan dia rasa ditinggalkan. Sebenarnya, kami berdua berpisah pun atas alasan yang tidak kukuh. 

Berpisah sebab aku tak nak Luke ambil kesempatan terhadap kawan baik aku.  Apa jenis alasan yang aku buat yang menghalang aku untuk tidak bersama Matt?

I feel soooo guilty now. I hate this feelings. Fuck it!

"Kau pernah tinggalkan aku Nova. Kali ini,  aku tak nak kau tinggalkan aku lagi. Aku nak kau je Nova.  All this time,  I tried to not thinking about you. But,  i can't. I can't in love with another girl except you." Kata Matt dalam nada yang sendu.

Kata-kata daripada lelaki itu buatkan aku semakin rasa bersalah.

"I...I'm sorry Matt. I'm sorry because I left you before. I'm sorry for making you sad. Maafkan aku."

Akhirnya, air mata aku jatuh menimpa pipi aku yang mulus. Aku tak dapat menahan rasa sakit dalam diri aku. Aku tak dapat tanggung semua ni. Aku tak mampu...

Matt memusingkan badan aku menghadapnya. Pipi aku yang basah akibat menangis itu diusapnya lembut. Mata kelabunya tepat merenung wajah aku. Aku dapat rasakan mata aku mulai kemerahan dan hidung aku juga mulai bertukar warna merah.

"I want us back together,  babe. There's no one can replace you.  I want you Nova Janyson."

"But... It's my fault. I... Just can't. I can't because i came here to help my bestie. Not to see you."

Matt terpaku apabila aku berkata sebegitu padanya.  Tanpa sebarang halangan,  dia menarik kepala aku mendekati wajahnya dan satu kucupan melekap pada bibir aku. Debaran pada jantungku semakin laju mengepam darah dengan tindakan drastik daripada Matt.

He's my first kiss even though he's not my first love. I can feel his loyal feelings to me.

Matt melepaskan kucupan pada bibirku.  Kedua-dua belah tapak tangannya melekap pada wajahku.  Matanya langsung tidak beralih daripada memandang anak mataku.

"I don't care what makes you came here. I just want you my girl. I don't want anything.  Just you. Please,  come back to me." Pujuknya pada aku.

Aku ukirkan senyuman dalam keadaan terpaksa. Pujukkannya pada aku sentiasa buatkan aku tenang.  Dia lah lelaki yang aku rasakan...lain daripada semua lelaki.

"I...don't know Matt. I..."

Belum sempat aku mahu menyambung ayat terakhirku Matt letakkan ibu jarinya pada bibirku. Dia usap perlahan dan merenung mataku dalam. Pandangannya ketika itu membuatkan aku semakin rasa bersalah.  Kenapa hari ini perlu tiba?

"It's okay. Kalau kau tak dapat terima aku semula pun. Tak apa. I can't force someone to love me back."

Sekali lagi aku rasakan perasaan bersalah mendengarkan kata-kata terakhirnya.  Patutkah aku terima Matt semula? Tapi...hmmm.. Susahnya nak buat keputusan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro