CHP 38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NOVA

Malam itu, kami berdua bermalam di hotel sahaja. Aku duduk di balkoni cuba untuk menenangkan fikiranku. Angin malam menyapa lembut wajahku.

Aku masih lagi tak boleh lupakan apa yang terjadi. Aku tak boleh terima semua ni. Aku bagai nak gila menahan semua ni.

Pihak penyiasat mengesahkan kematian keluarga Janyson, bukanlah disebabkan kemalangan ataupun kecuaian. Tetapi, ianya adalah satu kes pembunuhan.

Semua ni...ada kaitan dengan Cleo. Ya, aku pasti 100% semuanya ada kaitan dengan minah tu. Aku memang tak patut ambil risiko ikut dia cari Luke. Memang sial!

I hate it!

Keluarga aku tak bersalah. Yang salahnya adalah aku. Aku yang tinggalkan mereka.

Now, i don't have parents.

I don't have brothers and sister.

Aku rapatkan kedua-dua kaki aku pada dada. Kepala aku tundukkan mendarat pada lutut dan menangis semahu yang boleh. Aku tak mampu lupakan semua memori yang aku ada bersama keluarga aku.

Walaupun aku tidaklah serapat mana pun dengan keluarga aku, aku tak boleh kehilangan mereka. Aku yang selalunya marah dan selalu berhasrat dalam hati supaya menjauh daripada mereka. Tak semestinya aku inginkan mereka hilang daripada hidup aku.

That's not what i want. I have...nothing.

Pintu bilik aku dikuak dari luar, dan Cleo melangkah masuk bersama bungkusan makanan di tangannya. Dia meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja kecil yang ada di situ. Aku langsung tidak mempedulikan kedatangan gadis itu ke dalam bilikku.

"Nah, aku letakkan makanan kau atas ni. Nanti, makan tau." Pesan Cleo pada aku.

Aku tidak menjawab malah aku berpaling daripada memandangnya. Aku tak nak diganggu ketika ini. Cleo mendekati aku yang sedang duduk di kerusi di luar balkoni.

Dia menyentuh bahu aku dan aku dengan pantasnya menepis tangannya daripada menyentuh aku. Aku rasa marah ketika ini.

"Kau tahu kan aku tak nak diganggu sekarang ni?! Boleh tak kau...pergi je dari sini." Marah aku padanya.

"Macam ni kau layan aku? Aku cuba untuk pujuk kau. Tapi, kau buat aku macam tunggul."

Aku tidak endahkan kata-katanya. Aku sedaya upaya menahan rasa marah yang mulai membuak ketika ini.

"Kau anggap aku siapa selama ni hah? Aku tak penting kah?!" Sambung Cleo tidak berpuas hati melihatkan aku tidak bersuara.

"Aku menyesal ikut kau. Disebabkan kau lah keluarga aku mati. It's all your FAULT!" Tengking aku padanya.

Cleo tersentak mendengar ayat yang meniti pada bibir aku. Aku tak kisah kalau dia sentap kah apa. Sekarang ni aku hanya fikir perasaan aku sahaja. Aku tak kisah dah.

"Fine...that's how you treat me. Okay, i know it's all my fault. Because of me, your family is gone. I'm a mess Nova."

"You fucking piss me off. Just, go away! I don't want to see your face. GO!"

Aku dapat lihat wajahnya memaparkan riak hampa terhadap sikapku. Dia berjalan keluar daripada bilik aku.

Aku genggam rambut aju bagaikan orang gila ketika ini. Aku rasa sangat bersalah ketika ini sebab menghalau Cleo begitu sahaja. Aku terlampau ikutkan emosi. Akuu... Erghh!  Fucking shit!

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

CLEO

Aku sudahpun selesai menyarungkan pakaian pada tubuh badan aku. Dalam masa yang sama, fikiran aku tak henti-henti memikirkan tentang kawan baik aku, Nova. Dia marah disebabkan aku. Dia berada dalam kesedihan, disebabkan aku.

Aku jahat sangat kah? Sampai dia sanggup tengking dan herdik aku tuduh semuanya salah aku.

Memang patut pun aku dipersalahkan. Kalau tidak disebabkan aku terhegeh-hegeh sangat nak cari Luke, semua ni takkan terjadi.

Kad akses bilikku ambil bersama beg tangan aku sangkutkan pada bahu aku. Tombol pintu aku pulas dan tolak. Langkah kakiku atur keluar daripada bilik. Mata aku sempat menoleh ke arah bilik Nova yang hanya bersebelahan dengan aku itu.

Huhh, aku yang salah kan? Apa salahnya kalau aku minta maaf dekat dia. Semalam aku ganggu dia pada waktu yang salah.

Aku melangkah ke arah bilik Nova lalu mengetuk pintu biliknya berulang kali. Namun,  tiada tanda-tanda gadis itu akan membuka pintu biliknya. Aku nak ajak dia sarapan, takkan dia masih belum reda lagi dengan kesedihan yang dia alami?

Aku ketuk sekali lagi dan secara tiba-tiba pintu bilik terbuka. Seorang gadis yang mengenakan pakaian uniform pekerja hotel tersenyum ke arah aku. Mungkin, dia tengah kemas bilik Nova sebab aku ada nampak troli yang dipenuhi dengan barang hotel yang perlu ditukarkan dengan barang baru.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik?" Tanya pekerja hotel tersebut pada aku.

"Emmm, maaflah kalau saya ganggu. Saya sebenarnya cari kawan saya. Tapi, tak tahu pula yang awak tengah kemas bilik ni."

"Kawan Cik? Kawan Cik duduk dalam bilik ni eh? "

"Ha'ah. " Angguk aku padanya.

"Setahu saya, bilik ni dah kosong. Mungkin, kawan Cik dah check-out daripada hotel."

Aku berkerut sekejap. Dia tinggalkan aku macam tu je?  Dasar tak guna. Sampai macam ni sekali dia marahkan aku.

"Ohh, okay. Thanks for the information. " Senyumku kelat ke arahnya.

Aku melangkah menuju masuk ke dalam bilik aku semula. Malang betul lah hidup aku. Kalau bukan aku yang malang, mesti orang yang bersama aku ditimpa malang yang aku bawa.

Lebih baik aku pun check-out daripada hotel. Bagasi milikku, aku hereta keluar daripada bilik dan menuju ke arah lif untuk turun ke lobi. Aku tak tahulah sama ada ianya satu penyesalan ataupun tidak aku berkawan dengan Nova. Dia tinggalkan aku macam tu aje.

Huhh, memang patut pun aku tak ada kawan. Ada kawan, macam tak ada langsung.

Aku berjalan menuju ke arah kaunter dan menyerahkan kad berserta kunci bilik pada pekerja hotel tersebut.

"Thank you and come again." Senyum gadis itu ke arah aku.

Senyumannya aku balas tanpa rasa ikhlas. Aku heret bagasi tanpa hala tuju keluar daripada hotel. Aku lihat suasana Bandar London yang di awal pagi sudahpun dipenuhi dengan kenderaan dan manusia.

Aku buka laman web untuk menempah tiket pulang ke Chicago. Tak ada gunanya kalau aku duduk di sini lama-lama. Lagipun, kawan baik aku pun dah tinggalkan aku.

Perut aku terasa lapar dan mula berkeroncong minta untuk diisi. Hmm, lebih baik aku breakfast di airport sahaja. Nampak pelik lah kalau makan di kafe bersama bagasi yang aku bawa.

Langkah kakiku masuk ke dalam kereta Uber yang aku tempah sebentar tadi. Lepasni, aku putuskan sahaja lah hasrat nak cari Luke. Buat apa cari orang yang tinggalkan kita, kan? Ianya menyusahkan sahaja.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

NOVA

"Kau pasti kah? Aku selamat tinggal dengan korang?" Tanyaku pada Paul.

"Yeah, ofcourse kau selamat. Kau dikelilingi oleh jejaka-jejaka yang kacak. Contohnya, macam aku." Puji Paul pada diri sendiri.

Dia ni, memang suka angkat bakul sendiri lah. Perasan sangat. Kenapalah banyak-banyak manusia, dia ni juga yang aku perlu hadap. Tapi, lebih baik lah kan berbanding duduk serumah dengan Matt.

"Hmm, aku hempuk kepala kau nanti memang huduh terus muka kau."

"Ehhh, tak payahlah cemburu. Memang betul lah aku kacak, kan?"

Tenung Paul tepat pada anak mata aku. Matanya yang disaluti warna kelabu itu buatkan aku terpaku seketika. Memang tak dinafikan pun Paul memang kacak. Tapi, aku rasa menyampah lah dia asyik puji diri sendiri.

Aku senyap sahaja tidak menjawab kata-katanya. Makanan aku suapkan ke dalam mulut. Paul buat muka bangga dengan pujiannya sendiri.

"Haihh..." Keluh aku malas melayannya.

Sebenarnya, aku tak tahulah nak buat apa sekarang ni. Aku rasa bersalah tinggalkan Cleo begitu sahaja dan salah aku juga tengking dia semalam.

"Hey, kau okey tak ni? Kau nampak muram je dari tadi."

"Aku okey je lah. Tak ada apa yang perlu kau risau pun." Senyum aku ke arahnya.

"There you are. I love to see your smile Nova. You need to be a strong girl. Your family would like to see their daughter become a strong person, right?"

"Thanks untuk nasihat tu. By the way, berapa lama aku tinggal dengan korang?"

Paul menelan makanan di dalam mulutnya lalu menghirup minumannya sebelum menjawab soalan aku.

"Aku tak pastilah. Sebab, esok mereka semua akan ke sini untuk ambil kau."

"Wehhh, kau pergi mana pula?"

"Aku tinggal sini je lah. Ada kerja yang aku nak uruskan. Kau akan tinggal dengan mereka di Brazil buat sementara waktu."

Hmm, aku ingatkan aman damai aku lepasni tak jumpa lagi dah muka Matt. Tapi, huhh, kuat betul lah jodoh ni. Haihh, berapa ratus duit dah aku habiskan sebab nak bayar tiket penerbangan. Pakai kapal terbang macam pakai uber. Ulang-alik ke sana ke mari.

"Kau jangan risau, kau serahkan aje semua masalah ni pada Luke. Dia akan selesaikan semua ni."

"Bukankah, ianya akan menganggu kerja polis?"

"Nope, Luke can handle this. Don't worry. Ianya takkan melibatkan bantuan polis pun."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro