CHP 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

CLEO

Nafas aku tarik dan hembus. Langkah kakiku atur keluar daripada bilik memuju ke balkoni rumah sewaku. Aku leka dengan pemandangan yang cantik di bandar itu.

Sudah hampir 3 hari aku duduk di Brazil. Aku rasa sangat aman. Ibu bapa aku pun tak risau tentang aku dan mereka langsung tak tahu tentang aku yang tinggal di Brazil. Nova juga begitu. Aku menjalankan kehidupan aku macam biasa.

Aku dapat rasakan yang Luke langsung tak boleh cari aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku ragu-ragu juga. Buat masa sekarang ni aku terpaksa melarikan diri dan tinggalkan pelajaran aku. Tak apa lah kan? Masuk kolej tak ada sesiapa pun yang kisah pasal pelajar hadir ataupun tidak hadir.

Aku lihat pada jam dinding yang tergantung pada ruang tamu. Ia sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tiba masanya untuk aku pergi kerja.

Yup, aku kerja untuk cari duit. Aku tak naklah menyusahkan ibu bapa minta duit daripada mereka.

Aku kunci pintu rumah. Aku hanya berjalan kaki sahaja untuk ke tempat kerja. Sebab, rumah sewa aku tidak jauh daripada kawasan bandar. Dari jauh, kafe tempat aku kerja itu kelihatan baru sahaja dibuka. Almaklumlah, kafe ni buka dari pukul 10 pagi sampailah 8 malam.

Aku melangkah masuk ke dalam kafe dan dari jauh aku sudah ditegur oleh Aunty Marry.

"Hai, Cleo."

"Hai, Aunty Marry. Aunty sihat hari ni?" Tanyaku prihatin padanya.

Walaupun baru sahaja bekerja dengan wanita itu, aku cuba untuk beramah mesra.

"Mestilah aunty sihat." Katanya padaku sambil mengelap kaunter itu supaya nampak bersih dan berkilat.

Tidak lama kemudian, datang pelanggan yang ingin makan di kafe tersebut. Aku sebagai pelayan mengambil tablet yang dikhaskan untuk mengambil pesanan pelanggan.

Suasana kafe itu semakin dipenuhi dengan pelanggan yang baru sahaja datang. Pekerja yang lain sudah mula menjalankan tugas mereka masing-masing.

"Cleo, buatlah kerja dulu. Jangan banyak sangat berborak dengan Aunty. Takut leka pula sampai tak ingat dengan kerja." Kata Aunty Marry padaku.

"Hehehe, Okey Aunty."

Aku menuju ke arah meja yang aku pasti masih belum membuat pesanan itu. Aku mendekati meja tersebut sambil mataku merenung ke arah skrin tablet.

"Order?" Tanyaku pada tiga orang lelaki itu.

"I want...a girl with ponytail hair and she try to run from me."

Suara itu. Kenapa aku dengar suara itu macam suara Luke?

Aku pandang ke arah lelaki yang berada di depan aku itu. Ianya.. bukan  Luke. Cuma, lelaki biasa yang aku tak kenal dan pastinya dia pelanggan tetap di kafe ni.

Aku berimaginasi lagi pasal Luke. Jangan fikirkan pasal mamat tu Cleo. Dia dah tak ada depan mata dan jangan difikirkan sangat pasal Luke tu.

"Emmm, excuse me? Did you hear me miss?" Sapa lelaki itu padaku.

"Ohhh, I'm sorry. Can you repeat your order?" Pintaku sopan.

Lelaki itu hanya senyum. Hensemlah pula mamat ni. Okey, fokus. Jangan pandang benda lain Cleo.

"2 Latte coffee and 1 hot chocolate. Spaghetti with meat balls, salad and blueberry pie." Pesan lelaki itu pada aku.

Jari-jemari aku menekan semua pesanan yang dipesan oleh lelaki itu dengan mudah sahaja. Tidak perlu susah-susah untuk menulisnya. Aku berjalan pergi daripada meja tersebut untuk mengambil pesanan di meja lain pula.

Aku berharap sangat kehidupan aku lepas ni menjadi lebih baik daripada sebelum ni. Aku tak nak dikejar oleh orang gila. Ianya mengerikan.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Malam itu, aku balik lewat sikit sebab menolong Aunty Marry tutup kedai sekali. Semuanya sudah aku susun dengan kemas dan teratur. Kami berdua keluar daripada kafe dan Aunty Marry mengunci pintu kafe miliknya.

"Cleo, Aunty nak ajak Cleo makan malam di rumah Aunty."

Aku berfikir sejenak samada mahu menerima ataupun tidak pelawaan Aunty Marry. Kalau aku balik awal, aku boleh rehat dengan cepat dan aman di rumah sendiri. Tapi, perut aku lapar.

"Kalau macam tu.. saya ikutlah. Lagipun, perut saya lapar sekarang ni. Tapi, tak menyusahkan Aunty kah nanti nak hantarkan saya balik?"

"Oh, yang itu tak apa. Aunty akan hantar walaupun lewat macam mana sekali pun." Kata Aunty Marry padaku.

Aku hanya menganggukkan kepala aku sebab aku tak tahu nak jawab apa lagi.

▲▼▲▼▲▼▲

STEVE

Kakiku melangkah keluar dan menuju ke arah kereta milikku. Aku pergi ke tempat duduk pemandu setelah meletakkan barang di tempat duduk belakang.

Enjin kereta aku hidupkan dan kereta dipandu keluar daripada tempat parkir kereta. Aku kena ambil Matt di lapangan terbang memandangkan dia nak datang melawat nenek aku sekali.

Cucu kedua kesayangan nenek aku lah katakan. Dari jauh aku dapat lihat susuk tubuh Matt yang berdiri di depan pintu utama lapangan terbang. Aku berhentikan kereta dan dia meletakkan bagasi miliknya di bonet kereta.

Dia masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk bersebelahan dengan aku.

"Macam mana dengan kerja Luke? Dia dah jumpa minah tu?" Tanyaku pada Matt menghilangkan rasa sunyi di dalam kereta.

"Belum. Dah banyak tempat dia cari, Berlin, Chicago, Itali, Dubai, semua tempat pun tak ada. Aku tak tahu lah nak tolong macam mana lagi dengan Luke tu." Keluh Matt disebelah aku.

"Oh.. jauh betul minah tu larikan diri."

Aku bersyukur juga Cleo dapat larikan diri. Bukannya senang nak berurusan dengan Luke tu. Aku pernah juga terbayang kalau suatu hari nanti Luke berjaya tangkap Cleo. Macam mana lah kehidupan minah tu lepas ditangkap kan? Tak boleh dibayangkan sangat lah. Samada bahagia ataupun terseksa.

"Oh ya, Steve. Luke dan yang lain kata, esok diorang akan datang melawat Grandma."

"Asal diorang tak ikut kau sekali?"

"Paul ada kerja sikit yang belum settle."

"Ohh..."

▲▼▲▼▲▼▲

CLEO

"Aunty, Cleo nak tolong. Boleh?" Pelawa aku pada Aunty Marry yang sedang memotong kubis itu.

"Eh tak payah je lah. Cleo duduk je dekat ruang tamu. Ambil sikit minuman jus laici tu untuk alas perut sementara tunggu Aunty selesai masak makan malam." Kata wanita itu lembut pada aku.

"Kalau macam tu. Okey lah."

Aku mengambil gelas kosong dan tuangkan jus laici ke dalam gelas itu  sehingga penuh. Jus kegemaran aku ni. Tak pernah tak sedap.

Aku bawanya ke ruang tamu dan duduk di sofa sambil menonton televisyen yang memaparkan filem aksi itu. Rasa janggal menjengah diriku tiba-tiba. Almaklumlah, aku tak pernah mesra dengan orang lain sampai dijemput makan malam sekali.

Sesekali, mataku meliar ke arah dinding ruang tamu itu kerana mataku tertarik pada bingkai gambar yang tergantung pada dinding ruang tamu itu. Banyak gambar yang ada pada dinding itu daripada gambar yang hanya hitam putih sahaja warnanya sehingga pandanganku tertancap pada sebuah bingkai gambar yang sederhana besar itu.

Bingkainya diperbuat daripada emas dan digantung paling tinggi daripada gambar-gambar yang lainnya. Aku lihat seorang wanita bersama enam orang remaja lelaki dalam lingkungan umur belasan tahun. Gambar itu kelihatan sangat bahagia sekali.

Mungkin, itu anak-anak ataupun cucu Aunty Marry kot. Mungkin juga.

Telinga aku menangkap bunyi pintu utama dibuka.

"Sweetie! We're back!" Jerit suara itu dari jauh.

Aku lihat Aunty Marry menjengukkan sedikit kepalanya daripada dapur.

"Oh, Stu.. my little boy."

Aunty Marry menuju ke arah pintu. Aku masih tertanya-tanya siapa yang datang. Takkan cucu-cucu dia yang ada dalam gambar yang baru sahaja aku tengok tadi yang datang?

Tapi, bunyinya macam seorang sahaja yang datang. Tapi, dia kata 'we're'?

Aku setia duduk di ruang tamu tidak mengendahkan Aunty Marry yang melayan cucunya yang baru datang itu. Aku lihat buat kali kedua ke arah Aunty Marry yang membawa dua beg plastik yang berisi barang dapur itu.

Nampaknya, aku bukanlah makan malam bersama Aunty Marry sahaja. Tetapi, bersama cucunya sekali. Tapi  aku tak nampak pun kelibat cucu dia masuk ke dalam rumah.

Aku perasan ada kelibat hitam yang melimpasi di depan tingkap yang bersebelahan dengan televisyen itu. Mungkin, itulah cucu Aunty Marry yang masih berada di luar rumah dan sedang memandu keretanya masuk  ke dalam garaj.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro