CHAPTER 12 🌺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

。゚•┈୨ 16 votes + 15 comments ୧┈•゚。

。゚•┈୨ -tepi pagar sekolah- ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Seoyun mengerling jam yang terlilit di pergelangan tangan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul dua setengah petang. Namun, kelibat kereta Puan Choi masih tidak kelihatan.

Biasanya, waktu begini dia sudah berehat di dalam biliknya. Sesekali anak mata Seoyun memandang kiri dan kanan untuk melihat jika kereta Puan Choi tiba.

Hoseok pula, sudah lama balik sejak pukul satu tadi. Kini, hanya ada beberapa pelajar nerd yang sedang duduk berhampiran dengannya sambil tekun membaca buku.

Bahu Seoyun sedikit terhinjut tatkala ada satu tangan menyentuh bahunya. Dia segera berpaling ke belakang.

Taehyung tersenyum manis lalu memgambil tempat dan duduk di sebelah Seoyun. Airpod yang ada di telinganya ditanggalkan.

"Lambatnya kau balik? Biasanya waktu macam ni kau dah tak ada kat sini. Aku dah biasa balik lambat. So, tak pernah pulak nampak kau terpacak kat sini." ujar Taehyung. Dia memandang wajah seoyun sekilas.

Seoyun hanya mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa dengan kata-kata Taehyung.

Sedar bahawa tiada sebarang respon daripada Seoyun, Taehyung mengambil keputusan untuk memasang kembali airpod pada telinganya.

Tak lama kemudian, sebuah kereta jenama Honda Camry berwarna grey berhenti di hadapan mereka berdua. Taehyung bangun dan bergerak menuju ke arah kereta tersebut.

Jejaka itu masuk ke dalam perut kereta tetapi dia keluar semula dan menghampiri Seoyun yang sudah resah gelisah.

"Kau okay tak ni? Eomma kau tak ambil ke?" soal Taehyung dengan menjongketkan kening belah kanannya.

Seoyun mengangkat bahu.

"Kau nak stay sini?"

Seoyun diam.

"Kalau kau nak tahu, kat sini kan...ramai peragut, penculik, perogol dan macam-macam tau. Kau berani ke?"

Taehyung bertindak untuk sengaja menakut-nakutkan Seoyun yang sudah mula panik.

"Kalau tak, ikut aku hantar kau balik. Kalau kau okay nak stay sini, aku tak kisah. Tapi, if ada apa-apa jadi kat kau, jangan salahkan aku sebab aku dah inform awal-awal."

Taehyung sengaja mengacah gadis itu dengan berpura-pura meninggalkan dia dan masuk ke dalam kereta.

Seoyun menjadi tidak tentu arah. Dia terus berdiri dan memanggil Taehyung yang hampir saja masuk ke dalam kereta. Pergerakan jejaka itu terhenti.

"Okay! Saya ikut awak!"

Taehyung mengangguk kecil. Kenyitan mata serta senyuman senget daripada jejaka itu membuatkan Seoyun mencebik kegelian.

"Good girl! Come!"

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

[ rumah Seoyun ]

"Eomma tak balik lagi ke?" gumam Seoyun dengan perlahan.

Kereta Puan Choi tiada di situ. Pintu pagar turut berkunci.

"Kau takkan tak bawa kunci?" soal Taehyung. Kepalanya dijengukkan sedikit untuk memastikan sama ada rumah itu ada orang ataupun tidak.

Seoyun hanya menggeleng.

"Biasanya eomma balik awal. Jadi, saya tak ada lah pegang kunci tu. Taehyung, macam mana ni?"

"Tak apa, kita tunggu kejap." kata Taehyung sambil berdiri dan berpeluk tubuh di hadapan pintu pagar.

15 minit berlalu.

Seoyun serabaikan rambut panjangnya. Air matanya mula merembes di pipi. Taehyung kaget melihat reaksi gadis itu.

"Mana eomma ni?"

Taehyung mengeluh perlahan. Haih, budak ni cengeng rupanya.

"Erm, kalau macam tu kau ikut aku balik. Lagipun kat rumah tu ada mama aku. Boleh lah kau makan, rehat kejap. Nanti bila eomma kau dah balik, aku hantar kau."

Seoyun terdiam kejap untuk memikir tentang tawaran Taehyung tadi sama ada setuju ataupun tidak. Setelah berfikir banyak kali, akhirnya dia bersetuju untuk stay di rumah Taehyung buat sementara.

Kemudian, mereka berdua dibawa oleh pemandu peribadi Taehyung menuju ke kediaman keluarga jejaka itu.

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

[ rumah Taehyung ]

"Mama! Hari ni yeojachingu Tae datang!" laung Taehyung setelah kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Seoyun hanya memerhati gerak-geri Taehyung. Sejak bila pulak aku jadi yeojachingu alien ni, oh Tuhan!

Beg yang disandang terus dilempar ke ataa sofa. Jejaka itu terus berjalan menuju ke dapur dan Puan Kim muncul dengan apron di tubuh. Wanita itu tersenyum lebar.

"Aigoo~ Tak sangka mama dapat jumpa kamu lagi, si cantik."

Puan Kim menarik Seoyun ke dalam pelukannya. Gadis itu turut membalas. Sebuah senyuman manis Seoyun hadiahkan buat Puan Kim.

Taehyung menjelaskan mengapa Seoyun di rumah mereka dan membuatkan Puan Kim sesekali menganggukkan kepalanya.

"Oh ya ke? Tak apa. Nanti bila eomma Seoyun dah balik, pinjam phone Tae untuk call dia yang kamu ada di sini. Tae hantarkan kamu balik. Dah, mari sini. Kita makan." ujar Puan Kim.

"Terima kasih, aunty."

"Sama-sama, sayang."

Puan Kim membawa Seoyun ke dapur dan duduk di meja makan. Mereka bertiga menikmati hidangan tengah hari dengan penuh selera.

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

"Tae, maafkan aunty ya sebab susahkan kamu dengan mama kamu. Aunty ada meeting tadi sampai pukul empat setengah. Tak sempat nak ambil Seoyun."

Puan Choi berulang kali meminta maaf kerana dirinya berasa telah menyusahkan orang lain kerana menjaga anak gadisnya walau sementara.

"Nae, tak apa aunty. Lagipun Seoyun dah menangis dan extra lapar. Tu yang Tae bawa dia lunch sekali kat rumah. Mama Tae pun suka Seoyun." balas Taehyung pula.

Puan Choi senyum terharu. Tubuh besar Taehyung dipeluk sekejap. Seoyun hanya memerhatikan tingkah itu dengan kecil besar kecil besar je.

Siap peluk bagai?

"Anyway, terima kasih, Taehyung, sebab tolong saya."

Seoyun tidak mahu eommanya berlama-lama dengan Taehyung di situ kerana nanti takut dia pula yang termuntah.

"Okay, welcome! Aunty, Tae balik dulu!"

Taehyung tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya. Kemudian, dia masuk ke dalam sebelum kenderaan tersebut mula meluncur di atas jalan raya.

"Maafkan eomma, sayang. Eomma call kamu tapi kamu tertinggal phone, ya sayang?"

Seoyun mengangguk.

"Patutlah. Syukur ada Tae. Haih, untungnya siapa dapat dia. Dah lah perfect, handsome, gentleman, suara hot, baik pulak tu." puji Puan Choi sambil membuka kunci pada pintu pagarnya.

Seoyun hanya mampu mencebik.

Kalau lah eomma tahu perangai sebenar alien tu, mungkin eomma pun akan rasa menyampah. Tapi, syukur jugak eh sebab kali ni angin dia baik. HAHAHAHA.

------
TBC

haii gaes!❤ 917 words for this chapter❤

thanks for 1K reads! i love you alls❤ sebenarnya put nak update malam tadi, tapi sebab mandi swimming pool syok sangat so penat lah xD. hari ni put bagi haaa❤

maaf tau kalau bab kali ni agak hahahambar :( thanks pada yang sudi baca, sudi vomments! putri sayang anda!

for silent readers, thanks juga baca ff put ni even kamu tak mauu kasi vote HAHAHAH😆

selamat membaca!💜💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro