CHAPTER 7 🌺

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

。゚•┈୨ 10 votes + 10 comments ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Setelah beberapa hari Seoyun menjaga 'baby tua' itu di hospital, kini sudah tiba hari terakhirnya di sini. Esok, dia bakal bertemu semula dengan hidupnya seperti biasa.

Mereka keluar daripada kiosk hospital tersebut. Seoyun rasa nak sepak je lelaki yang sedang jalan dengan rasa tak bersalah di hadapannya itu kerana membiarkan Seoyun membawa semua plastik yang berisi makanan ringan serta air pelbagai jenis yang dibeli Taehyung seorang diri di belakang.

Suka lah dia tu, buat aku ni macam kuli, bibik dia kat hospital ni. Gedik melampau!

Haih, sabar Choi Seoyun.

"Taehyung, awak nak pergi mana?" tanya Seoyun dari belakang.

Taehyung hanya mendiamkan diri.

"Taehyung! Awak ni pekak ke apa?!" Seoyun menjerit memanggil lelaki itu kerana pertanyaannya tidak diendahkan.

Mujur orang sekeliling tak sibuk pandang Seoyun.

Taehyung masih lagi sama, bisu seribu bahasa. Seoyun rasa nak baling pasu bunga yang ada di sepanjang kaki lima tu kat kepala Taehyung.

"Eh, awak ingat saya ni bibik awak ke hah?! Berat tau bawak air yang awak beli ni! Nak beli botol besar je! Lepas tu, yang bawaknya saya, bukan awak!" Seoyun sudah mula membebel.

Bengkak hatinya melihat reaksi tunggul Taehyung itu. Dari hari pertama sampailah ke hari terakhir, lelaki itu tak pernah gagal dalam mencabar kesabaran seketul Seoyun.

Tak pernah lagi Seoyun jumpa lelaki gila macam tu!

Dari nak membebel lebih lagi terus tak jadi sebab reaksi Taehyung masih sama. Seoyun mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan hanya mengikuti Taehyung kemana dia pergi.

Lelaki itu membawanya ke sebuah taman yang ada di hospital tersebut. Ada beberapa kanak-kanak yang memakai uniform pesakit hospital sedang riang bermain bersama ibu bapa mereka di situ.

Mereka duduk di salah satu kerusi yang berada di sebelah pokok bunga mawar yang tumbuh mekar di situ.

"Aku nak air." minta Taehyung.

Tangannya dihulurkan tanpa memandang Seoyun yang berada di sebelah.

"Ambik lah sendiri. Ada je kat sebelah awak tu hah." kata Seoyun.

"Ambik je lah. Banyak cakap pulak. Report kat eomma kau nanti." ugut Taehyung.

Seoyun tergelak hambar tapi dalam hatinya sudah terbakar dengan Taehyung. Tak habis-habis nak mengugutnya.

Gadis itu menyelongkar beg plastik dengan kasar lalu mengambil botol air lalu diberikan kepada Taehyung.

"Buka." arahnya selamba.

Seoyun mengetapkan bibirnya dengan rapat. Eih si Taetarik ni lahaii. Nak je lempang muka handsome dia tu.

Seoyun membuka penutup botol itu lalu diberikan kepada Taehyung. Lelaki itu mengambil dan mula meneguk air bikarbonat berperisa anggur tersebut. Selepas itu, dia memberikan semula kepada Seoyun.

"Tutup."

Seoyun okay je. Dah biasa jadi kuli dia ni.

Dia mengambil botol itu daripada Taehyung dan meletakkan semula ke dalam plastik.

Taehyung memusingkan tubuhnya ke tepi untuk mengambil sesuatu. Kemudian, dia berpusing pula menghadap Seoyun. Di tangannya ada sekuntum bunga mawar merah yang mekar cantik.

Lelaki itu menghulurkan bunga cantik tersebut kepada Seoyun. Gadis itu memandangnya dengan wajah pelik. Tak lama itu, Seoyun mula mengukirkan senyuman kecil di bibirnya.

"Thanks, Taehyung." ucap Seoyun.

Hiks, dah kenapa mamat ni nak jadi romantic kat sini? Awww ^-^

Seoyun ingin mengambil bunga tersebut tapi Taehyung pantas melarikan bunga itu agar tidak dapat diambil Seoyun.

"Bukan untuk kau. Jangan nak perasan sangat." sindir Taehyung. Dia menjeling Seoyun yang wajahnya sudah merah menahan malu.

What?

Oh God! Malunyaa!

Lelaki itu bangun dan mula mencangkung di hadapan Seoyun. Baru gadis itu perasan, ada seorang kanak-kanak perempuan memakai baju hospital serta rambutnya diikat dua berdiri di sebelahnya sambil mata bulatnya memandang Taehyung di hadapan.

Taehyung menghulurkan sekuntum bunga mawar yang dipetik tadi kepada kanak-kanak tersebut.

"Bunga ni untuk adik yang cantik." kata Taehyung manis sambil membelai kejap pipi gebu kanak-kanak itu.

Si kecil itu hanya tersenyum malu lalu membawa bunga mawar itu pada hidungnya.

"Hmm, wangi bunga ni. Terima kasih, abang yang handsome." ucap kanak-kanak itu.

Taehyung tergelak kecil dengan suara comel budak itu.

"Nama adik siapa?" tanya Taehyung.

"Hara." jawab kanak-kanak bernama Hara itu sambil tersenyum manis sehingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.

Taehyung mengangguk perlahan.

"Hara pergi dulu. Nanti mama cari. Bye, abang." Hara melambaikan tangannya kepada Taehyung lalu berlari pergi dari situ dengan membawa bunga mawar yang diberi oleh Taehyung tadi.

Taehyung membalas lambaian Hara sambil bibirnya tersenyum manis. Dia kembali duduk di atas kerusi.

Seoyun malu untuk memandang Taehyung di sebelahnya. Namun, reaksi wajah dikekalkan agar tidak nampak terlalu malu.

"Tak sangka kau ni jenis perasan kan?" perli Taehyung sambil tergelak mengejek.

Seoyun memberi jelingan tajam buat Taehyung.

"Ye lah, ingatkan nak bagi bunga tu kat saya sebab saya dah buat macam-macam untuk awak. Angkat itu, suap ini, teman sana, ikut sini." kata Seoyun.

"Heh berangan lah kau! Tak ada masa aku nak bagi kau bunga. Kau bukannya lawa pun macam Hara. Bluekk!"

Taehyung menjelirkan lidahnya. Matanya dijulingkan. Seoyun geram dengan perangai tak matang Taehyung tu.

Mamat ni kadang-kadang poyo, kadang-kadang macam alien sesat kat bumi. Perangai tak sekata.

"Eleh, dah lah suruh saya buat macam-macam. Lepas tu, kutuk pulak saya ni tak lawa. Menyampah lah! At least, terima kasih lah sikit. Tak guna betul!" marah Seoyun.

Gadis itu berpeluk tubuh sambil bibirnya dimuncungkan. Taehyung ketawa halus dan mengeluarkan sepeket keropok lalu memberikannya kepada Seoyun.

"Hah, makanlah ni. Boleh tambah lemak dalam badan kau. Dah lah kau tu keding." kata Taehyung.

Ada jugak yang kena makan penampar ni.

Memang lah nampak keding! Sebab Seoyun pakai hoodie oversized yang dibawa dari rumahnya bagi menggantikan baju sekolahnya. Kalau Taehyung nampak Seoyun pakai baju ketat, barulah dia tahu betapa 'kedingnya' Seoyun.

Baju besar memang lah. Nanti nak pakai baju ketat, takut Taehyung pulak yang tergoda. Eleh, macam lah tak tahu. Lelaki kan?

------
TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro