BAB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"PLEASE," ucap Ian Ghadafi membuka pintu keretanya, senyuman menggoda ditayang ke bibir untuk Kay. Kay mengetap bibir agar tidak ketara perasaannya pada lelaki itu.

Menyampah.

Muak.

Mual.

Menjijikkan.

Beginikah cara Ian menggoda Rose sebelum ini.

Kay tak nampak orang lain, yang dia tahu, Ian Ghadafi adalah orang yang dicari-carinya. Lelaki itu yang paling jelas menjadi dalang serta menyebabkan Rose jadi kurang waras. Di antara Ian, Tuan Rafael dan Encik Shah, pembawakan Ian sahaja yang positif dalam membuat kerja-kerja keji. Encik Shah terlalu lurus. Dan Tuan Rafael pula nampak baik dan beretika.

Dia ingat aku spesis yang cepat masuk ke dalam perangkap senyuman manisnya? Kay menggumam di dalam hati, melampiaskan perasaan geramnya kepada lelaki itu. Dia perlu bersikap tenang kerana jika dia terburu-buru, misinya untuk membalas dendam lebur jadi air. Kelmarin pun lelaki itu seperti cepat menangkap persamaannya dengan Rose. Tidak mustahil jika Kay membuka mulut sembarangan, hari ini juga dia diberhentikan kerja oleh Ian.

"Muka you tu tak pernah rileks. Asyik tegang aje," komen Ian menarik tali pinggang keselamatan. Wajah Kay dilirik sekilas.

"Mr Ian bos, I pekerja, lebih normal begini rasanya." Kay membalas tanpa memandang ke arah lelaki itu.

"Hmm.. Jadi macam mana kerja you sekarang? Okey?"

Okey?

Kay mengutuk di dalam hati. Ian tidak ingatkah semalam kerjanya hanya membuat kopi dan membelikan lelaki itu makan tengah hari? Tapi kalau Ian mahu meneruskan cara itu, Kay langsung tak keberatan. Lagi bagus duduk sepanjang hari sambil buka facebook chatting dengan kenalan-kenalan.

"Okey."

"Susah juga nak bercakap dengan you, macam bercakap dengan robot pula." Ian tergelak kecil. Dia jadi mati akal mengajak gadis itu berbual.

Kelmarin memang dia sibuk, tetapi hari ini Ian lebih bersemangat berkenalan dengan pekerja barunya.

Melihat tiada tindak balas dari Kay, Ian meneruskan pemanduannya. Dia sempat membuka lagu agar perjalanan mereka berdua tidak terlalu janggal. Wanita itu membuat otaknya berfikir ligat tetapi apabila ditimbang-timbang, lebih baik dia tidak terlalu memaksa Kay Dhamina untuk terus berbual kerana Ian sedar wanita itu belum betul-betul selesa dengan dirinya.

"Nanti you ambil gambar material kabinet yang boleh kita tunjuk dengan client masa I tanya pengedar. Ingat, client ni nak kan gaya klasik. You tengok bahagian kabinet yang diperbuat dari kayu. You tahukan jenis-jenis kayu semua? Kalau you tak tahu tanya aje dengan pembantu dia orang kat sana."

"Okey, noted."

"Dan satu lagi, you kena betul-betul teliti dan pastikan beberapa contoh kabinet tu sesuai untuk diletakkan di tempat yang client nak terutamanya dari segi saiz dengan mengambil kira laluan ke dapur. Nanti bila you ambil gambar dan client minat gambar you, you boleh terang dengan jelas saiz dan kesesuaian tempat letak kabinet,"

Gampang. Balas Kay di dalam hati. Ian melirik sekilas.

"You faham kan?"

"Faham," balas Kay.

"Lepas pergi ke kilang perabot ni, I belanja you makan." Ian tersenyum.

Jantung Kay berdegup keras. Adakah lelaki itu sedang cuba masuk jarum? Otaknya masih memeta agar dia jelas dengan strategi yang bakal dipasangnya. Sekurang-kurang, dia perlu tahu lebih awal siapa yang menyebabkan Rose terlantar di hospital sampai sekarang. Dan sekurang-kurang, kalau pun dia gagal memusnahkan syarikat kecil itu, dia perlu memusnahkan hidup lelaki yang mendajalkan hidup Rose Dhamia.

"You suka makanan apa? Barat? Since you dah duduk di oversea bertahun-tahun sejak zaman study.."

"Mr Ian tak perlu hafal detail." Kay ucap dengan rasa tak selesa.

"Apa kata you cerita pada I tentang cara kerja orang sana, dan bagaimana mereka boleh membangun."

"Bergantung pada ekonomi negara."

Ian mengangkat keningnya. Tak sempat pun dia membuka mulut bercerita, Kay sudah memintas dengan jawapan bernasnya. Entah kenapa dia merasakan Kay tidak menyukainya dalam diam.

"Hmm, atau you nak cerita kisah hidup you di sana?"

"Hidup I macam sekarang ni lah, tak banyak lebih dan tak banyak berkurang."

"Really?" Ian menoleh sekilas sebelum memasuki bulatan besar.

Kay tak membalas. Ian tarik nafas panjang. Gadis ini bukan semudah gadis lain untuk didekati. Apa kurangnya dia? Harta? Rupa paras? Ian meraba dagu bersihnya untuk dua saat.

"Jadi, you prefer makan di mana?"

"Makan di pejabat."

Ian menelan air liur yang dirasakan berpasir. Mukanya jadi merah tiba-tiba. Mata Ian yang agak sepet merenung jalan raya seperti hendak meluahkan sesuatu yang terkurung di dada. Jari-jari Ian mula mengetuk stereng kereta. Dia sebagai bos cuba bermesra dengan pekerjanya tetapi Kay nyata-nyata menunjukkan sikap menolak. Terasa diri tercabar dengan sikap Kay yang dianggap sebagai 'no manner' oleh Ian.

Kay Dhamina, you get my nerve... Hati Ian berbisik dalam.

"I macam dah kasi tahu tadi, I belanja you makan lepas habis kerja sebab perut I tak kan bertahan sampai ke pejabat semula. Kecuali kalau you nak jadi makanan tengah hari I." Ucap Ian dengan nada serius.

Kay menoleh ke arah tingkap bertentangan. Terasa aura panas menguasai kereta yang berhawa sejuk ini. Ian marah. Kay faham. Cukup faham. Ayat Ian saja kedengaran bersifat amaran.

Suasana jadi sepi selepas itu. Ian tak rasa dia perlu berbaik-baik dengan wanita di sisinya itu lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro