22. a gift

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Open the music 🎵





Sekarang ini, jasad ini pegun berdiri di hadapan sebuah rumah besar ditemani Lily di sebelah.

Mengumpul kekuatan sebelum masuk ke dalam lembah yang penuh kelukaan ini.

Setelah aku menyuarakan buah bicaraku tentang diri ini yang mahu keluar bersama mereka yang sakiti aku, terus Lily mendesak untuk mengikutiku dan disokong penuh oleh Arya yang berada nun jauh di Singapore.

Aku tahu jika Arya tidak mempunyai sebarang kelas yang perlu dihadiri, pasti dia akan terbang dari Singapore ke sini.

Alasan yang mereka utarakan, mereka gusar aku tidak kuat untuk menghadapi hari ini, menghadap kedua orang itu di hadapan mataku.

Hati ini dalam diam megiakan,

Diri ini ragu dengan diri sendiri,

Mampukah aku ?

Aku bersetuju dengan mereka akhirnya setelah didesak.

Lily aku pandang, dia senyum memaknakan yang semua akan berjalan lancar.

Itu yang aku harapkan.

Badan ini aku bawakan masuk ke dalam rumah besar itu, masuk sahaja suara orang yang sangat aku kenali kedengaran,

Entah mengapa, hati ini pedih.

Ucapan salamku mematikan suaranya yang bergema, dia kelihatan terkejut dengan kedatanganku tapi hanya seketika sebelum dia alihkan pandangannya dariku, mengendahkanku.

Aku tersenyum dengan tindakkanya,

Dia berjaya lagi,

Mematahkan hati ini,

Sangat berjaya.

Wajah ini aku palingkan dari terus memandang wajahnya, muka umi aku cari.

Sebab aku datang ke mari hanyalah kerana umi yang terus terusan mendesak aku untuk datang bersarapan bersama pagi ini.

Aku lemah dengan pujukannya.

Tanpa aku sedar, aku bawakan diri ini untuk disakiti lagi...

Umi yang nampak kelibatku, terus ditariknya ke dalam pelukan dengan ucapan rindu yang tak lepas keluar dari mulutnya untukku

Hati bertanya sendiri, adakah ucapan rindu atau herdikan marah yang akan dia berikan padaku andai dia tahu niatku yang pernah ingin menghancurkan kebahagiaan anaknya ?

Mulut mati kata untuk menjawab.

Jiwa ini aku cekalkan, tidak akan aku titiskan air mata ini lagi.

Sepanjang bersarapan, aku hanya diamkan diri.

Abang Mika yang seringkali mengerlingku tidak aku kisahkan,

Aku tahu makna kerlingan itu, dia risaukan diriku.

Aksi romantik bakal pengantin baru itu menjadi tayangan derita aku hari ini,

Cukup derita.

Mata ini aku butakan untuk setiap adegan yang di bentangkan,

Tetapi hati tiap kali terasa seperti dicucuk jarum,

Membangkitkan rasa sakitku,

Lagi kuat hati ini aku cekalkan.

Kaki ini cepat aku langkahkan keluar untuk pergi dari situ selepas salam dengan umi, walid dan Abang Mika.

Aku paksakan senyuman untuk hadir.

Aku harapkan hari ini berlalu dengan pantas,

Tidak sanggup lagi aku menelan semua kepahitan yang disajikan.

Pandangan sayu yang Lily tampilkan, aku balas dengan senyuman menandakan yang aku okay padanya.

Senyuman perit.

Tangan aku, dia genggam sebagai kekuatannya untukku.

Pantas aku bawakan diri ini masuk kereta yang dipandu Lily manakala Kak Marissa dan lelaki itu menaiki kereta lain.

Lily aku lihat dari cermin kereta tengah berbincang sesuatu dengan Abang Mika sambil mata mereka melihatku di dalam kereta,

Entah apa yang mereka  bualkan, tidak aku ketahui.

Apa yang aku tahu, aku nak masa dan detak waktu ini cepat berjalan.

Aku taktahu sampai bila diri ini mampu kuat,

Aku takut usaha aku untuk kuat,

Akhirnya runtuh begitu sahaja,

Aku takut.

🌑

Otak ini aku cuba manipulasikannya,

Apabila melihat pasangan serasi itu berbincang gembira di kedai berhampiran cafe yang aku duduk ini,

Akal ini terus menyeksa batinku,

Bayangan yang aku mahu buang, berterusan di ulang tayang di minda ini,

Senyuman lelaki itu,

Renungan matanya,

Bicara nakalnya,

Bisikan gemersiknya,

Semua tentang dia.

Fikiran itu memakan jiwa sekaligus mematikan raga.

Suara Lily di sebelahku berjaya membawa aku keluar dari lamunan,

"You love him so much, does you ?" patah bicaranya membekukan aku.

"He don't even have any feeling towards me, does he ?, aku tidak menjawab persoalannya malah soalan juga yang aku lontarkan.

Bibir ini bergetar dengan rasa sakit yang hadir apabila soalan itu meniti di bibirku.

"Dia sayangkan kau Sha !", suara Lily meninggi, aku terpempan

"Aku tak faham apa masalah korang sebenarnya, kenapa korang kena sakitkan hati sendiri,  aku sendiri nampak la Sha cara dia pandang kau !", dia mendengus geram.

Aku tersenyum perit.

Andai sahaja setiap apa yang keluar dari mulut Lily itu benar,

Akulah wanita paling bahagia ,

Tapi semua itu hanya dusta semata,

Yang hanya akan mengguriskan hati ini lagi,

Aku tahu itu.

"Dia sayangkan kau Sha, aku yakin" suara Lily mengendur

"Berhenti buatkan aku berharap pada benda yang tak betul, Lily", ada nada sayu terselit sebelum aku menyambung kata.

"Kadang aku selalu tertanya, tidak layak ke untuk aku bahagia. Kenapa bila aku sedar aku sayang dia, Allah letakkan kesakitan pada hati aku, aku selalu fikir mungkin tuhan bencikan aku, dia taknak aku bahagia" , Lily diam mendengar.

"Tapi ada satu hari tu, lepas aku solat, aku duduk atas sejadah fikir pasal nasib diri aku, aku menangis sambil bibir ini tak lepas bertanya pada-Nya kenapa dia bagi aku sakit sampai aku rasa aku tak mampu dah nak teruskan hidup aku, aku tanya Dia kenapa dia hancurkan kebahagiaan aku dalam sekelip mata sahaja", air mata Lily bertakung,

Aku menarik nafas menahan sebak di dada,

"Dalam setiap persoalan yang aku tanya, aku jumpa jawapannya, mungkin rasa yang Dia hadirkan ini, rasa perit ini, Dia sembahkan pada aku agar aku ingat pada Dia. Mungkin ujian ini dia datangkan supaya aku lebih dekat dengan Dia sebab dia rindu nak dengar suara aku meminta dan memohon pada dia. Mungkin sedikit ujian ini dia jentikkan untuk beritahu aku yang aku makin jauh dari Dia, lalai dengan isi dunia yang Dia berikan. Dan aku jumpa jawapan pada soalan yang aku beri kepada-Nya, Allah tak benci aku, Dia sayang aku sangat sangat ii".

Aku tersenyum seraya menyambung, 

"This test is actually a gift from Allah for me".

Bernoktahkan ayat aku, badan aku ditarik masuk kedalam pelukan Lily.

Ternyata pelukan Lily memberikan impak yang besar kepadaku,

Segala perasaan yang aku pendam selama beberapa minggu ini,aku hamburkan di dalam dakapannya. Semua sisi kuat yang aku pamerkan kepada semua orang, aku runtuhkan. Segala air mata yang aku kekang daripada tumpah, aku hamburkan semuanya.

Di hadapan Lily.

Di dalam pelukan dia berkata,

 "Aku sayang kau Sha, aku taknak tengok kau sakit macamni. Kau ada aku, kau ada Arya, kita orang sayang kau sangat. Kau kuat sangat, aku bangga jadi kawan kau", suaranya pecah, menangis.

Hari itu, dia berkongsi dukaku bersamanya.

Lama Lily memelukku, menenangkan perasaan ini.

Sehinggala suara Kak Marissa kedengaran dekat dengan kami, kalut aku melepaskan pelukan.

Aku taknak dia lihat aku sakit.

Lily memegang erat tangan aku di bawah meja.

Aku balas pegangannya.

Air mata ini, aku seka dari pipiku.

Wajah gembira Kak Marissa kelihatan semasa dia berjalan ke arah kami. Makin dekat mereka menghampiri kami, makin kuat aku genggam tangan Lily.

Apabila Kak Marissa dan lelaki itu duduk di hadapan kami, aku melayangkan senyumanku ke arah Kak Marissa yang melihat.

Sangkaku, Kak Marissa ingin membalas senyumanku tapi tidak, kerutan di dahinya membalas.

"Adik kenapa ni ? Menangis ke ? Mata tu merah", riak wajahnya risau.

Aku kalut mencari alasan tapi mukaku tetap aku pamerkan seperi biasa.

"Takde apa, mata adik merah sebab masuk habuk tadi", kata aku menipunya.

Dia kelihatan ragu dengan jawapan yang aku lontarkan.

"Betul akak, dah order makan cepat", kata aku menyakinkan dia yang kelihatan masih curiga dengan diriku.

Dia mengangguk tapi ada satu pasang mata yang lain masih memandangku.

Nazim Darren,

Pandangan dia tajam menembus wajahku, dia seolah sedang mencari kebenaran dalam ayat yang aku lontarkan tadi.

Aku yang tidak betah berada di situ kerana aku tahu dia senang mencari jawapan dalam setiap riak yang aku pamerkan,

Aku yakin itu.

Lantas aku meminta diri untuk ke tandas, Lily mengenggam tanganku seakan dia tidak ingin melepaskanku, wajahnya jelas terpampang riak gusarnya, tidak aku tahu kenapa.

Aku mengelus tangannya memujuk hatinya, aku tahu dia risau.

Dalam keterpaksaan, dia melepaskan aku pergi, kaki ini membawa langkahnya ke tandas yang berhampiran.

Aku membasuh wajahku di dalam tandas, jelas mataku merah dan sedikit sembab.

Selesai segala halku di dalam tandas, aku melangkah keluar.

Tiba di luar, aku dikejutkan dengan figura yang menunggu di hadapan tandas perempuan itu.

Lelaki itu,

Yang membawa babak lara di dalam hidupku,

Dia,

Nazim Darren,

Menungguku.



To be continue...




Thankyou sebab support ♥️

Vote and comment banyak ii 🥰
Enjoyy 🥺

Assalammualaikum,
Sweetie.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro