28. agree

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bahu yang sengal aku urut dengan tanganku. Selepas sarapan pagi tadi aku terus berkurung di dalam bilik akibat assignment yang berlambak tertangguh, memandangkan aku hanya ada satu minggu sahaja sebelum semester akhirku bermula terpaksa la aku menguruskan semua yang tetangguh secepat mungkin.

Jam yang elok terlekat di dinding aku lihat, 0630 petang masa yang tertera. Disebabkan badan yang dah lenguh aku terus bangun dari dudukku di tempat belajar dan melangkah ke arah katil. Badan ini aku sembamkan di atas katil.

Sebaik solat asar telah aku tunaikan di awal waktu lagi sempatlaa aku melelapkan mata sebentar sebelum azan maghrib berkumandang. Mata aku semakin lama makin tertutup dan akhirnya aku karam tertidur di atas katil empuk itu.

Ketukan di pintu menyedarkan aku dari lena yang berpanjangan. Mata ini aku tenyehkan untuk menjelaskan penglihatan. Bunyi pintu yang diketuk lagi sekali berjaya menyakitkan hati aku.

Eish siapa pulak ni ?

Aku merengus geram sebelum berjalan ke arah pintu. Buka sahaja pintu wajah Aura yang tersenyum menghiasi kedua biji mata aku. Belum sempat aku membuka bicara, mulut kecil dia sudah berceloteh dulu,

"Acu, i miss you.... Acu sihat tak ?", seraya bertanya badan aku terus dia peluk.

Aku tersenyum.

Badan aku, aku rendahkan memudahkan badan aku dipeluk sepenuhnya oleh dia, "Miss you too baby, alhamdullilah acu sihat", kata aku seraya mengucup pipi gebunya.

"Oh Aura lupa nak bagitahu, tok mama suruh acu cepat turun, dinner", kata Aura lagi.

"Oh okay, Aura turun dulu okay ? Acu nak solat dulu", balasku.

Dia mengganguk patuh dan terus membawa langkah menuruni tangga.

Sempat aku melaung, "Hati hati turun tangga tu Aura !".

"Okay acu !", kata dia membalas kuat.

Aku tergelak.

Haih comel betul !

Pantas aku membawa langkah masuk ke tandas.

Selesai sahaja semua perkara yang perlu aku lakukan, aku turun ke bawah dengan hanya menyarungkan pyjamas kosong berwarna hijau dengan rambut panjangku yang dibiarkan lepas.

Telefonku yang berbunyi di dalam poket pyjamasku aku keluarkan, sambil menuruni tangga ralit mataku melihat telefon,

Ada sale !!!

Tersenyum aku dengan pelbagai tawaran murah yang disediakan, dalam fikiranku sibuk mengarang ayat untuk memujuk siblingsku untuk belikan.

Tanpa aku sedar langkah kaki aku sudah sampai di ruangan makan tapi mataku masih melekat elok di telefonku,

"Adik...", suara Abang Shafiq yang memanggil aku endahkan, aku masih berdiri tegak di situ memesan barang yang aku ingin. Memandangkan barang itu hampir kehabisan stok jadi aku harus bertindak cepat.

"Adik !", kali ni suara Abang Mika pula kedengaran, kuat.

Aku merengus kasar, apa benda lagi dua orang ni nak !!!

Kepala ini aku tegakkan ingin menghadap dua orang manusia penyibuk itu. Angkat sahaja kepala niatku yang ingin memarahi mereka terus terbatal apabila mataku tepat bertemu denga sepasang mata yang aku kenal,

Nazim Darren.

Matanya yang meliar memandang seluruh tubuh badanku dari atas ke bawah, sesudah itu matanya terus dia palingkan dari terus memandangku,

Dah kenapa ?

Mata ini masih melekat di wajahnya, sesaat kemudian realiti seakan menyedarkanku.....

AKU TAK PAKAI TUDUNG !

Berdesup kaki ini berlari pergi bagai lipas kudung apabila menyedari situasi yang berlaku, pintu bilikku aku hempas kasar.

Nafasku mengah kerana tindakkanku yang laju menaiki tangga. Mulut tidak sudah menyumpah kebodohan sendiri, "Eyyyy apa kau buat ni Sha, kau gila ke ? Macam mana dia boleh ada kat bawah ? Argh, gila gila gila !!" gumamku sendiri sambil menghentak kaki sendiri ke lantai.

Lemah langkahku menuju ke arah katil, badan aku hempaslan kasar ke atas katil, "Huwaaaa malu !", aku menjerit sendiri.

Aku rasa berdosa !

Telefon di tanganku aku buka, terpampang tulisan 'SOLD OUT' di barangan yang aku ingin beli.

AKU TAK SEMPAT BELI PUN !

Aku rasa nak meraung sekarang ni, macam mana ni ? Dahlaa ramai orang kat meja makan tu, malulaa aku ! Barang pun tak sempat beli.

Ish benci !

Sempat aku kerling wajah kedua orang abangku itu, wajah mereka merah menahan gelak,

Kurang asam betul !

Bunyi ketukan pintu yang berbunyi menambahkan lagi kekusutan di kepalaku, argh aku taknak laaa keluar.

"Adik !", suara laungan dari luar aku biarkan.

"Adik, buka pintu ni !", suara Abang Shafiq masih tak mengalah menyuruh.

"Taknak laaa, pergi je laaa !", aku menjerit dari dalam bilik.

"Cepatlaaa ! Ayah suruh turun bawah", katanya lagi.

"Adik malu laaa ! Kata laa adik pengsan ke apa .

"Alasan tu bagi pandai lagi, kalau adik pengsan siapa yang cakap ngan abang ni !", suara dia sudah meninggi, geram.

"Adik taknak la abang, pergi je la adik ngantuk dah", lembut aku berbicara, memujuk.

"Argh tak kira, keluar sekarang ! Kalau tak abang panggil Darren je suruh naik bawak adik turun", katanya mengugutku.

Aku diam seolah ugutannya langsung tak memberi kesan pada diri ini padahal tangan aku dah menggigil.

"Abang kira sampai tiga, tak keluar jugak abang panggil dia", sambungnya lagi.

"Eish !", aku merengus.

Mahu tak mahu terpaksa aku  membawa langkah membuka pintu,

Wajah abang yang terjengul di hadapan pintu bilikku aku jeling, "Yang nak ugut ugut kenapa, tumbuk kang", tangan aku yang digumpal menjadi penumbuk aku tayang di hadapannya.

"Takutnyaaaa", wajahnya sengaja ditakutkan.

Jelingan tajam aku lemparkan padanya.

Tangan aku yang ditarik olehnya mengejutkan aku.

"Eh eh, abang nak bawa adik pergi mana ?", cemas aku menyoal.

"Turun bawahlaa", selamba dia membalas.

Wajah kesian aku tayang kepadanya, "Adik taknak turunnn.....", meleret aku memujuknya.

"Argh abang takkan terpedaya dengan muka adik, jom turun", tegas abang berbicara memberi kata putus.

"Eish yerlaaa, bagi laa adik pakai tudung dulu, cukupla sekali adik memalukan diri sendiri !", kata aku.

"Tak payah, Darren dengan family dia dah balik dah", selamba mulut dia berbicara.

"Abang tipu adik ?" tanya aku marah.

Anggukan selamba dia menambahkan lagi amarahku.

Tangan yang ada di dalam genggamannya aku tarik kasar menunjukkan yang aku marah.

Suka hati dia je tipu aku !

Menonong aku jalan tanpa menunggu abang di belakang, sampai sahaja di ruang tamu bawah,aku lihat semua orang sedang berkumpul.

Benarlaa kata abang tidak ku temu wajah Darren dan keluarganya. Wajah semua orang yang memandangku setelah menyedari kehadiran diri ini entah kenapa menimbulkan perasaan kurang enak dalam diri.

"Adik duduk sini, kami nak bincang sikit", kata mama lembut seraya menunjuk tempat duduk sebelahnya.

Serba salah aku ingin berjalan, hati aku kuat mengatakan ada perkara yang tak berapa baik yang akan berlaku. Badan aku yang ditolak dari belakang mematikan lamunanku, badanku elok ditolak Abang Shafiq dari belakang dan didudukkan cermat di sebelah mama.

Hey dia ni, tak habis ii tau !

Apabila aku memandang dia hanya senyuman senget yang dia hadiahkan untukku.

Suara ayah yang memulakan kata menghalang aku untuk memulakan pergaduhan dengan abangku itu,

"Adik....", panggil ayah, wajahnya jelas serba salah untuk memulakan kata.

"Kenapa ayah ? ", tanya aku hairan dengan tingkahnya.

"Ayah harap adik setuju dengan apa yang kami dah rancangkan ni", sambung ayah lagi

"Rancang apa pulak ni ?", tanya aku lagi walaupun hati aku sudah berdebar debar menunggu sambungan katanya.

"Ayah cadang nak kahwinkan adik dengan....", ayat ayah tergantung

"Dengan siapa ni, ayah jangan mainkan adik macam ni", kata aku risau.

"Dengan Darren, Nazim Darren".

Jantung aku rasa nak meletup.

"Huh ?", walaupun bait kata ayah jelas kedengaran aku masih mahu bertanya lagi mengharapkan apa yang aku dengar tadi salah.

"Ayah nak adik kahwin dengan Nazim Darren, tarikh yang sama dengan akad nikah yang akan berlangsung seperti yang telah dirancang", bicara ayah panjang lebar.

Aku terdiam kaku di tempat dudukku,

Aku kahwin dengan dia ?

Ya aku mengaku sebelum ni memang aku cintakan dia tapi selepas semua yang berlaku, aku sendiri tak pasti sama ada aku masih mencintainya atau tidak. Segala yang berlaku terlalu cepat, otak aku masih belum mampu mencerna semuanya secepat ini.

Sentuhan lembut di tanganku menyedarkan diri ini dari lamunanku, "Adik terima ke ?", tanya mama riak wajahnya aku nampak dia sangat berharap aku menerima.

"Kiranya adik jadi pengganti laa ni", tanya aku perlahan sedikit kesal. Ini soal masa depan aku kot entah Darren tu langsung tak sayang aku cinta apatah lagi.

"Kami yakin Darren boleh jaga adik dengan baik, adik jangan laa cakap macam tu, takde istilah ganti mengganti", kata umi lembut.

"Darren terima ke cadangan ni ?", tanya aku mengharapkan jawapan yang aku dapat menyenangkan hati ini sebaliknya lain yang terjadi,

Anggukan umi menjadi jawapan,

Aku mengeluh berat, otak aku mempersoalkan apa yang cuba lelaki itu lakukan sebenarnya ?

Semua wajah adik beradikku aku pandang mengharapkan mereka membantah cadangan gila ini tapi wajah yang mengharapkan aku menerima cadangan ini sahaja yang terpancar.

Haih, apa lagi lepas ni ?

"Bagi adik masa untuk fikirkan benda ni", putus aku.

"Baik adik fikir dulu, walid harap adik setuju. Lusa akad nikah akan dilangsungkan", kata walid pula.

Lusa ?

Allahu, apa yang perlu aku lakukan ?

Otakku kosong tak mampu berfikir.

Aku bangun dari kerusi ingin membawa langkah pergi dari situ, bangun sahaja kaki aku seolah melembik mahu terjatuh,

"Ya allah adik, okay tak ni ?", gusar mama sambil menahan tubuhku.

"Okay", kata aku sepatah,

Adik tak okay,

Sangat tak okay.

Kaki yang melembik aku kuatkan dan terus berjalan pergi dari situ.

Fikiran aku buntu,

Banyak persoalan yang membedil mindaku,

Mampukah kami bahagia ?

Mampukan kami melayari bahtera perkahwinan ini dengan baik ?

Aku taknak diri ini disakiti lagi apatah lagi sebuah perkahwinan yang hanya akan berakhir dengan penceraian,

Aku tak mahu.

🌑

Angin yang bertiup di balkoni tempat berdiriku ini tidak mampu menenangkan fikiranku yang menerawang jauh 

Bunyi ketukan di pintu berjaya membawa aku pulang ke dunia reality, walaupun aku tersangatlaa malas untuk melihat siapa yang mengganggu ketenteraman aku yang lansung tak tenteram ini, aku gagahkan juga.

Buka sahaja pintu terjengul wajah dua orang sahabat baikku itu. Walaupun aku sangatlaa terkejut melihat wajah Arya di hadapanku tapi mulutku seolah terbisu untuk menanyakan sebarang soalan.

"Babe kau okay tak ? Kita orang dah tahu, umi kau bagitahu kat bawah tadi", suara Lily memecah kesunyian yang menghuni di dalam bilikku.

"Taktahula babe, otak aku kosong taktahu nak buat apa", kataku lemah.

"Kalau korang ada kat tempat aku, tiba tiba family korang suruh kahwin korang terima ke ?", tanya aku meminta pendapat.

"Kalau pilihan suaminya abang abang kau yang ada kat bawah tu, aku terima !", kata Lily yakin.

"Kan Arya ?", sambung Lily.

Fikirku yang Arya ingin membantah terserong sepenuhnya,

"Betul !! Full package duh", kata Arya seraya tergelak.

Aku rasa nak cekik dua orang ni !

"Elok ii korang duduk atas katil jap lagi aku takut korang tergolek kena sepak ngan aku ke bawah", kata aku serious.

Aku nak pendapat tapi lain yang aku dapat !

"Alaaa chill la Sha, kau nampak serabut sangat ,aku cuma nak ceriakan kau lagipun aku tengok Darren tu takde kurangnya,perfect. Aku yakin dia boleh jaga kau sebaiknya", kata Lily.

"Ni bukan pasal perfect ke apa, ni soal masa depan aku tau", kata aku lagi.

"Mungkin dia memang dah ditakdirkan menjadi jodoh kau, siapa kita nak menolak takdir yang telah ditetapkan oleh Allah", kali ini suara Arya kedengaran lembut, menasihatiku.

Dan disebabkan bicaranya aku masih berjaga di tengah malam ini, kata katanya asyik menganggu mindaku dan menghalang diri ini untuk melelapkan mata.

Siapa aku nak melawan takdir-Nya ?

Mereka berdua yang elok tidur di katilku aku lihat, sebaik la katil aku besar boleh memuatkan kami bertiga.

Tekak yang haus memaksa aku melangkah keluar dari bilikku dan menuju ke dapur, bermacam zikir aku baca akibat keadaan rumah yang gelap gelita.

Laju aku melangkah, sampai di dapur aku terus membuka lampu dan mengambil air.

Air yang sudah diisi aku teguk sehingga kosong, sengaja aku duduk sendiri di bangku yang berada di dapur ini sekaligus memikirkan tentang masalah yang membelenggu.

"Adik, tak tidur lagi ?", suara ayah kedengaran menyapa pendengaranku.

"Belum, ayah kenapa tak tidur lagi ?", tanya aku pula, terkejut dengan kehadirannya.

"Haus pulak tekak ni tu yang turun bawah", jelasnya,

Aku hanya mengganguk.

"Adik, kenapa pulak tak tidur lagi", tanya ayah lagi.

Gelas yang aku pegang aku tunjukkan menandakan sebab aku sama dengannya.

"Are you sure, bukan sebab apa yang ayah cakap tadi ?" duga ayah kepadaku.

"Haih, adik taktahu laa. Ayah rasa adik boleh bahagia ke dengan perkahwinan ni ?", kataku terus terang lagipun aku sangat perlukan pendapat ayah.

"In Syaa Allah, ayah percaya Darren boleh jaga anak ayah ni", kata ayah , tersenyum.

"Jangan risau laa, adik pergi naik buat istikharah. Minta petunjuk daripada Dia. Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk adik, jangan pernah rasa terpaksa kalau andai kata adik terima perkahwinan ni anggap yang dia memang jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk adik. Insyaallah bahagia menanti", nasihat ayah kepadaku.

Aku mengganguk dan terus membawa langkahku naik ke atas mengikut nasihatnya.

Selepas solat dua rakaat aku dirikan, dengan sepenuh keyakinan aku berdoa kepada-Nya,

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan engkaulah yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah seandainya Engkau bahawa lelaki itu mampu membimbing ku ke syurga-Mu, mampu membahagiakan diri ini dan adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat , maka jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian redhailah aku dengannya".

HR Al-Bukhari

Air mata aku mengalir meminta kepada-Nya yang terbaik buatku dan agamaku, aku percaya dan yakin dengan bantuan-Nya aku akan temui jawapan yang terbaik.

🌑

Suasana sarapan di ruangan makan hari ini sunyi, tiada sebarang usikan dari abang abangku. Makanan yang berada di pingganku aku kuis sahaja, fikiranku menerawang jauh, aku sudah ada jawapan pada cadangan yang diberikan oleh keluargaku. Wajah semua yang ada di meja makan itu aku pandang termasuk wajah kedua sahabatku itu,

Aku harap ini yang terbaik buat diri ini.

Nafas aku tarik dalam sebelum memulakan pengumumanku,

"Ehem", aku berdehem untuk menarik perhatian orang di situ.

"Maaf adik ganggu semua makan", serba salah pula aku.

"Takpe, cakap apa yang adik nak cakap", arah walid.

"Pasal perkahwinan tu....", mata aku pejamkan mengumpul keyakinan dalam diri ini,

Semua mata tepat memandangku menungguku menghabiskan kata,

"Adik setuju, adik setuju kahwin dengan Nazim Darren",

Aku setuju.



To be continue...




Thankyou ♥️

Do vote and comment okee 🌻😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro