32. his darling

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta ini sunyi tanpa sebarang suara sekaligus menyesakkan lagi diri ini yang berada dekat dengan lelaki yang ku gelar suami ini. Tangannya yang elok terletak di bahu sebentar tadi perlahan dia alihkan ke pinggang, merangkul erat.

Nyaris terenjat aku kerana terkejut dengan tindakannya. Jika aku dapat terjun dari kenderaan mewah ini, sanggup aku terjun dari berada di sebelah lelaki ini.

Pantas aku ke tepi sedikit, berniat mahu melarikan diri dari dia tetapi dia seolah-olah dapat membaca diri ini apabila dengan pantasnya dia kuatkan lagi rangkulan tangannya sekaligus membatalkan niatku yang ingin bergerak jauh darinya.

Aku mengerling sekilas ke arahnya bertindak ingin menegah perbuatannya dengan kata-kataku. Mulutku terus terkelu ingin berbicara apabila dia tunak memandangku seolah hanya aku yang ada di fikirannya taktala ini.

Entah kenapa, mata ini tidak dapat aku larikan berpaling darinya. Terkaku lagi pergerakkan ini apabila tangannya mengelus lembut sisi wajahku.

Pandagannya menikam hebat sekaligus menyedarkan aku kedudukan kami yang sangat rapat tika ini. Wajah yang panas aku tundukkan mengelakkan dia dari terus mengelus wajah ini.

Setiap tindakkan yang ingin aku lakukan semuanya dipatahkan oleh lelaki ini apabila dia terus mengangkat kembali daguku supaya menghadapnya.

Tidak sempat kata-kata aku lemparkan, suara dia menyapa pendengaran ini dahulu dengan matanya yang liar mengitari seluruh wajahku.

"Youre beautiful, darling", tangannya naik mengelus rahang wajahku seraya menyambung.

"My darling...", katanya meleret dengan suara yang mampu menggetarkan seluruh badanku.

Aku hilang dalam renungan magisnya.

Aku hanya nampak dia, dia dan dia saat ini.

Wajahnya makin lama makin merapat hingga dahi kami merapat, renungan mata aku dan dia seakan terkunci apabila renungan ini  masih utuh melekat.

Nafas aku memberat, detakan jantung berdegup hebat apabila lelaki ini ingin merapatkan vermillion cantiknya dengan bibirku.

Aku hanyut dengannya sehingga aku langsung tidak menghalang apa yang ingin dia lakukan pada diri ini.

Tanpa sedar tangan aku menggengam erat baju di dadanya dan mata ditutup rapat apabila bibirnya hanya tinggal seinci dari bibirku.

Bunyi deheman yang berbunyi, Berjaya menyedarkan diri ini. Mata aku tercelik laju, reflex tangan menolak dada suamiku menjauh dariku.

Wajah pantas aku tundukkan tanpa diangkat memandang mereka yang berada di dalam kereta ini. Tidak sudah aku mengutuk diri sendiri apabila mengingati apa yang ingin berlaku sebentar tadi.

Malu !

"Ma...maaf, Dato' Darren dan datin kerana menggangu tapi kita dah sampai", suara pemandu itu bergetar memberitahu seakan takut teramat.

Mata aku kerlingkan sedikit ingin melihat reaksi lelaki itu, mengerti laa aku kenapa suara pemandu itu bergetar hebat.

Suamiku tajam merenung lelaki yang terlihat sangat gelisah di tempat duduk hadapan itu. Jika renungannya bisa membunuh, tidak aku menipu memang terbunuh lelaki itu.

Suamiku diam tidak menjawab malah terus mengalihkan pandagannya menghadap keadaan di luar kereta ini.

Lantas aku juga memandang ke luar, ingin terkeluar biji mataku apabila melihat terlalu ramai wartawan yang berkumpul di situ.

Lagi laju jantung mengepam darah, serta merta aku teringat betapa besarnya pengaruh lelaki yang sudah bergelar suamiku ini. Wartawan yang ramai menunggu itu memberitahu betapa ramainya orang yang ingin mengambil tahu tentang dirinya.

Rasa tidak layak terus menyusup masuk ke dalam diri ini, aku terasa kecil dan tidak pantas untuk berada di sebelah lelaki hebat ini.

Beberapa hari sebelum aku menikahi lelaki ini sempat Lily memberitahuku tentang maklumat diri lelaki ini. Betapa terkejutnya aku saat mengetahui yang lelaki ini bukan calang-calang orang.  Lagi terkejut aku apabila mengetahui yang lelaki ini berjaya mendapatkan pangkat dato' walaupun dia hanya berusia 30 tahun pada tahun ini.

Kekayaannya yang sangat kaya menakutkan aku untuk berada di sebelahnya, hasil kekayaannya juga bukan kerana ibu bapanya yang sudah sedia kaya tetapi dengan hasil usahanya sendiri menubuhkan syarikat di serata dunia.

Oleh itu, di sini aku merasa betapa tidak layaknyaa diri ini dengannya, berjalan dengannya.

Suaranya yang menyeru diri ini, menghilangkan segala apa yang difikiranku.

"Jom sayang, keluar", katanya lembut seraya bersedia ingin keluar dari kereta itu.

Pantas tangan aku menarik lengannya menghalang dia keluar, aku tidak bersedia lagi. Nafas seakan ingin terputus apabila dia suruh aku keluar dari kereta ini.

Aku nak balik.

Dia terus memalingkan wajahnya menghadapku dengan reaksi pelik.

"Why", tanyanya pendek.

Otak pantas mencari kata yang sesuai untuk dilontarkan tetapi percaya la otak aku memang kosong saat ini.

"Why, sayang...", katanya lembut seraya mengelus lembut tanganku.





Huwaaa, finally i made it.

Sorryyy for the very late update ❤

Dont forget to vote to unlock new chapter.
Dont be a silent readerr
Dialu alukann untuk comment okee 🥰

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro