36.my love

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nyata lelaki itu terkejut dengan panggilanku itu untuknya. Sedar yang dia kaku melihatku aku hanya mengendahkannya. Aku sendiri pun kaku, tidak menyangka aku akan panggil dirinya dengan panggilan itu.

"Im gonna talk about that 'abang' later, darl", katanya apabila melihat aku yang hanya membuat tidak mengerti dengan pandangannya.

Aku hanya diam, lidah kelu untuk membalas katanya.

Sesudah itu terus tangan aku dia bawa bersama masuk ke dalam dewan resepsi itu. Jantung seakan mahu jatuh melihat suasana dewan yang terhias cantik itu.

Semerbak bau bunga memenuhi rongga hidung, entah berapa banyak duit yang dia laburkan untuk majlis semewah ini, fikirku sendiri.

Aku memang tidak menyangka majlis ini akan menjadi semewah ini kerana semua persiapan ini telah dilakukan dan dirancang oleh dia dengan arwah Kak Marissa.

Mengingatkan perkara itu serta merta perasaanku dilanda sedih, jika dia ada pasti dia wanita yang paling bahagia melihat betapa cantiknya majlis yang dia rancang ini.

Mengingatkan itu, wajah aku palingkan melihat lelaki yang berjalan seiring denganku itu, persoalan tiba tiba menerpa minda.

"Benarkah keputusan ini ? Mampukah lelaki itu menyayangiku selepas ketiadaan Kak Marissa ? Mampukah perkahwinan kami ini bertahan ?", sendiri aku bertanya tanpa jawapan.

Persoalanku terkubur apabila telinga mendengar beberapa sindiran sinis daripada segelintir tetamu yang hadir tetapi suara-suara yang memuji juga jelas dengar di telingaku yang ternyata mampu menaikkan semangatku kembali.

"Eh siapa pulak perempuan yang ganti arwah tu."

"Cantik betul orangnya, manis. Bagai pinang dibelah dua."

"Sanggup eh dia ganti tempat arwah akak angkat dia, tak setanding arwah Marissa langsung", kata wanita itu kasar.

"Itulaa entah-entah dia pun suka arwah itu meninggal, dapat laa dia dekat Darren itu. Siapa je taknak lelaki macam Darren itu", balas lagi seorang wanita yang aku rasa sebaya umurnya dengan arwah Kak Marissa.

Ternyata ayat dia berjaya sekali menyakitkan hati aku, tertanya aku macam mana manusia boleh sanggup menutur kata nista sebegitu. Perbualan mereka berdua itu sungguh membuatkan aku rasa sangat teruk ketika ini.

Dan suara itu tenggelam di belakang telinga apabila suara lain menyapa telinga, kasar dan ternyata sangat marah tika ini

"If aku tak fikir majlis sekarang ni, I will make sure their mouth going to be mute for the rest of their life" tutur Darren kasar.

Auranya tika ini berjaya menaikkan bulu romaku, terlalu beku.

Suara nakalnya dan bicara lembut serta romantiknya hilang digantikan dengar suara kasar yang terlalu kasar.

Dan aku percaya dengan bicaranya sebentar tadi, aku tahu lelaki ini terlebih dari mampu untuk melakukan apa yang dia tuturkan.

Tidak dapat aku nafikan yang lelaki ini sangat seram apabila dia marah, memori ketika dia menengkingku di dalam kereta sehingga aku pengsan itu masih segar diruang minda.

"Nazim, you scared me right now", jujur aku takut dengannya sekarang.

Bertitik bicara ku sebentar tadi lantas wajahnya yang tegang itu mengendur dan digantikan dengan senyuman yang selalu meniti di bibirnya untukku.

"I am sorry, sayang", suaranya juga bertukar lembut kembali hilang suara yang menakutkan aku tadi.

"I didn't meant to scare you, I just dont like the way they talking about my  love here", katanya

"And dia orang atau sesiapa pun tak layak bercakap langsung pasal kau kecuali aku", sambungnya posesif.

Otak langsung tidak mampu merangka kata membalas bicaranya, aku hanya diam.

Sampai di hadapan pelamin yang dirangka indah itu, lelaki itu membantu aku dahulu untuk duduk kerana busana yang aku ragakan sedikit menyusahkan pergerakkanku.

Setelah itu baru dia duduk di tepiku dan  mengemaskan tauntan tangan kami kembali, wajah keluargaku dan keluarga Darren jelas di mataku.

Mereka duduk di meja hadapan berdekatan dengan pelamin kami. Senyuman aku ukirkan untuk mereka yang memandang kami di atas pelamin ini.

Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, tika ini aku dan Darren tengah berjalan untuk menyapa tetamu yang hadir.

Senyuman aku kekalkan semasa Darren sibuk berbicara dengan kenalannya yang hadir, perasaan kekok aku buang jauh-jauh ketika ini.

Dari jauh aku lihat sekumpulan lelaki sibuk memanggilnya ke meja itu,  wajah yang hadir semasa majlis akad nikah kami juga turut berada di situ.

"Sayang, jom kita pergi sana", katanya padaku apabila menyedari mereka yang memanggilnya.

"Haa awak pergilaa, saya nak pergi tandas kejap", kataku dengan alasan ingin mengelakkan diri berjumpa dengan kawan-kawannya.

Bukan apa aku cuma tidak selesa untuk berada di situ semasa mereka berbual. Sudahlaa semua lelaki.

"Takpelaa jom aku teman", katanya pula.

"Eh takpayah laa, awak pergi je sana.", kataku cepat menegah.

" Saya boleh pergi sendiri, Nazim", kataku lagi apabila dia seperti ingin melawan kataku.

"Eish yerlaa, hati-hati. Dah balik tandas datang sini balik", keluhnya  tetapi tetap beralah.

Aku hanya mengganguk, akur.

Langkah aku bawa keluar dari tandas selepas siap urusanku.

Perjalananku ingin kembali ke tempatku sebelum ini lancar sebelum suara seorang perempuan menyapa, 

"Hey there...".


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro