♬ Rahsia ♪

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

~Rahsia~
____________________________________

Tii..Tii..

"Ayah! Hiks.. Bangun ayah!"

Tiiiiiiiiiii....

"Sayang, ayah kamu dah tiada.."

"Tak! Ayah masih hidup! Hiks.. Hali percaya itu!"

"Penyakit yang dialami oleh pesakit sudah mencapai tahap maksimum. Kami sudah berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan pesakit, tetapi Tuhan berkehendak lain."

"Tidak.. Ayah! Ayah!!"
____________________________________

"HALI!!"

Halilintar terbangun dari tidurnya. Penglihatannya kabur kerana air mata yang meluncur laju ke pipinya seperti air hujan yang mencurah ke tanah. Dia mengesat air matanya sebelum berpaling ke rakan sekelas yang juga merangkap sebagai kawan baiknya.

"Kau tak nak rehat ke? Ni dah jam rehat." Gempa membuka suara.

"Ha'ah. Nanti kau tak sempat nak makan pulak." Sahut Solar.

Halilintar hanya mendiamkan diri, dia tidak membalas ucapan Gempa serta Solar yang sedang melihatnya dengan raut wajah khuatir. Dia lantas mengubah posisinya, menghadap jendela yang pemandangan di sebalik kaca itu sungguh indah nan damai.

Halilintar menyukai tempat yang aman, tetapi membenci tempat yang dipenuhi dengan kerumunan orang dan tahap kebisingan yang tidak terkawal. Oleh itu, dia mengambil tempat duduk yang paling belakang, di penjuru kelas bersebelahan dengan jendela. Dia selalu merenung ke luar jendela sekadar melihat awan putih yang kelihatan seperti gula-gula kapas berarak, atau bunyi kicauan burung yang terdengar seperti muzik di telinga, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa lembut mukanya.

'Hali rindu suasana macam ni, bersama ibu dan ayah.'

Awan putih yang kelihatan empuk dan lembut mengingatkannya pada arwah ibu serta ayahnya. Dulu, semasa dia masih kecil, ibu dan ayahnya selalu menunjukkan pelbagai jenis awan dan bentuknya. Kicauan burung yang menusuk ke dalam telinganya pula bagaikan muzik yang bermain di dalam fikiran. Dia sangat suka dengan situasi begini. Akan tetapi, semuanya berubah, ketika dia berusia 6 tahun dan 12 tahun.

Ingatannya pada masa itu sangat jelas, seperti kejadian yang memeritkan itu terjadi pada kemarin hari, tetapi sekarang dia sudah besar, sudah boleh dianggap dewasa. Dia sangat rindu akan dua sosok yang sangat disayanginya itu. Sudah berapa lama dia tidak melihat wajah mereka? Sekarang dia sudah berusia 17 tahun, kejadian yang menghancurkan hidupnya itu sudah berlalu 11 tahun.

Pada mulanya, dia tidak berapa peduli dengan peninggalan ibu dan ayahnya, kerana dia tahu, semua makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan kehilangan nyawanya jika sudah tiba masanya. Tetapi, semakin dia tumbuh dewasa, melihat anak-anak sebaya umurnya sangat ceria bermain dengan keluarga mereka, perasaan rindunya pada kedua ibu bapanya semakin bertambah. Dia ingin melihat wajah ibu dan ayah tercintanya lagi. Halilintar berasa amat cemburu dengan mereka yang masih ada ibu bapa, tidak sepertinya, dia hanya ada ayah dan abang tiri yang tidak berperikemanusiaan. Perasaannya itu mengubah dirinya seiring masa berlalu. Tiada apa atau sesiapa yang dapat menggambarkan betapa hampa hatinya kini. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui yang faham akan hati kecilnya...

"Hali?"

'Ah.. Aku melamun lagi..'

Halilintar lantas melayangkan perhatiannya pada dua sosok sahabatnya, senyum tipis menghiasi bibirnya, "Tak apa. Korang pergilah makan dengan diorang yang lain, aku tak lapar.." Gumamnya.

'Aku hanya nak tenangkan fikiran..' Sambungnya dalam hati.

Gempa dan Solar hanya saling melempar pandangan satu sama lain. Akhirnya mereka menganggukkan kepala secara serentak. Sebelum meninggalkan Halilintar, Solar sempat menepuk bahu Halilintar dan Gempa berkata, "Kitorang pergi dulu la eh? Takut tak sempat makan pulak. Bye." Dengan beberapa perkataan, dua kelibat itu menghilang di sebalik pintu kelas.

Halilintar lantas menghela nafas panjang setelah kelibat dua temannya itu menghilang daripada pandangannya. Bibirnya yang mengukir sebuah senyum tipis tadinya langsung lenyap.

Tangannya dengan lincah mengambil sebuah buku berwarna hitam dengan corak merah seperti petir di dalam begnya. Sebuah pen hitam yang terletak di atas mejanya diambilnya, kemudian menggerakkan mata pen itu di atas kertas bersama corak hitam yang dipanggil tulisan.

Dear Diary,

Sampai bila semua ini akan tamat? Aku lelah. Aku penat. Aku letih menunggu masa yang berlalu dengan sia-sia, seperti angin yang berlalu di sawah yang kosong, tidak berpenghuni. Aku-

"Apa yang kau letihkan?"

Halilintar tersentak mendengar suara tersebut, pen yang menari tadi langsung berhenti. Secara spontan, Halilintar terus menutup buku itu.

"Apa yang kau nak?"

Suara dingin dan tegas keluar daripada mulutnya.

"Ala.. Saja. Asal kau tak rehat? Puasa eh?"

Halilintar memutar matanya, "Just straight to the point Fan, apa kau nak?" Dia mengutarakan persoalan yang sama kepada sosok di sebelahnya.

Taufan terlihat sedang berfikir, kemudian menjongketkan kedua bahunya, "Takde apa. Saja jenguk kau." Dia lantas mengambil sebuah kerusi kosong lalu melabuhkan punggungnya, "Kau ni.. makin pelik la sejak kebelakangan ni. Ada apa-apa yang berlaku ke?"

Pertanyaan yang diarahkan kepadanya sempat membuat jantungnya terlepas satu degupan, matanya sedikit melebar. Diorang dah tahu ke? Begitulah isi hatinya.

Halilintar memulihkan terkejutnya dengan memasang muka datarnya semula, kemudian dia menoleh ke luar jendela sambil menongkat dagunya, tatapannya kembali kosong, "Takde apa-apa pun." Katanya dengan suara yang perlahan.

Taufan melihat Halilintar dengan pandangan curiga, 'Mesti ada sesuatu yang terjadi. Tapi...' Taufan menghela nafas berat, "Takpe la Hali. Aku ke kantin jap eh? Kau nak pesan apa-apa tak?" Dia kembali bertanya kepada sahabatnya yang sangat cuak ini.

Halilintar masih sama dalam posisinya, cuma manik merah indahnya sekarang tertutup, wajahnya kelihatan damai, menikmati angin lembut, "Tak. Terima kasih je la. Kau pergilah."

Mendengar balasan singkat tersebut, Taufan terus melangkahkan kakinya, menjauh daripada Halilintar dan Kelas 5 Sains Tulen, kelas yang Halilintar duduki. Hanya satu tempat yang menjadi arah tujunya. Kantin.

__

Di kantin...

Taufan melihat kerumunan orang yang berpusu-pusu membeli makanan di kantin. Kelihatan ramai sekali murid yang sedang menikmati makanan mereka, ada juga yang sekadar berbual-bual. Kantin sekolah sangat ramai dengan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Waktu rehat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis terbahagi kepada dua. Waktu rehat pertama dan kedua. Waktu rehat pertama hanya untuk tingkatan 1,2 dan 3. Dan waktu rehat kedua pula untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Jadi tidak hairanlah mak cik dan pak cik kantin sibuk melayan karenah pelajar berumur 16 dan 17 tahun ini.

Taufan menggelengkan kepalanya, fikirannya sudah jauh ke mana. Tiba-tiba seorang murid lelaki memeluk bahunya, "Hey, Fan! Dah lama kau tak lepak ngan kitorang. Jomlah, lepak kat belakang bangunan sekolah. Bolos kelas lepas ni. Sekali-sekala, bukan selalu.. Betul tak geng?"

Terdengar suara sahut-menyahut daripada beberapa orang murid yang diyakini sebagai ahli kumpulan tersebut.

Taufan hanya tersenyum canggung seraya menggaru pipinya, "Er.. Takpelah. Lain kali je la. Aku ada hal penting nak bincangkan dengan geng aku. Aku gi dulu la ek? Sorry.."

Taufan meninggalkan kumpulan tersebut, menuju ke sebuah meja yang terletak di hujung kantin, "Hey korang. Sorry lambat. Geng Danniel ajak aku lepak ngan diorang, tapi aku tak nak la." Taufan melabuhkan punggungnya di sebelah Ice yang tertidur.

"Ala, leks la. Kita ada lebih kurang 15 minit lagi." Thorn berkata.

"Aku nak gi beli roti ngan air." Gempa bangun dari duduknya, kemudian diikuti Solar dan Fang.

"Eh, Fang. Tolong belikan aku keropok lekor ngan air teh ais eh? Nanti aku ganti balik duit kau." Ujar Blaze pada Fang, tetapi hanya balasan tajam yang menjadi jawapannya, "Kau ada kaki dan tangan an? So, beli sendiri."

Blaze memanyunkan bibirnya, "Ceh, landak kedekut." Ejeknya.

"Apa kau panggil aku!?" Yang diejek pasti akan tersulut emosi.

"Dah la tu.. Korang ni.. Aku kasi.. karate.. baru tahu.. Hmm.."

Keenam-enam manusia(termasuk Fang) memandang Ice yang asyik tidur dengan hairan.

"Dia mengigau je tu. Solar, tolong belikan aku yang biasa ye? Thanks!" Pesan Thorn.

Solar hanya mamasang wajah menyampah kepada Thorn, "Aku bukan pembantu atau pelayan kau, beli sendirilah."

Dengan itu Solar dan Fang mengikut jejak Gempa yang sudah berjalan terlebih dahulu, membuatkan Blaze dan Thorn memanyunkan bibir mereka, "Duo keder (kedekut)." Kata mereka.

"Eh, korang. Ada sesuatu yang aku nak bincangkan dengan korang. Pasal Hali."

Ucapan Taufan tadi berjaya membuatkan Blaze dan Thorn kembali serius dan Ice yang sudah berada dalam kayangan kembali jatuh ke bumi.

"Hoooamm~ Pagi mak." Ice mengosokkan mata beriris aquamarine-nya.

"Pagi? Woy, untuk pengetahuan kau, bukak mata kau tu dulu."

Ice membuka matanya seperti yang disuruh Thorn. Dan apa yang dilihatnya membuat maniknya membesar, dia terdiam seketika, "Ok, aku kat kantin. Macam mana aku terlepas ke sini pun entahlah." Ice lantas menggaru-garu kepala bertopinya.

"Kau sleepwalking. Hahaha! Hebat betul kau Ice!" Tawa Blaze.

"Weh, geng. Aku seriuslah." Taufan menarik perhatian sahabatnya sekali lagi, Blaze terus berhenti ketawa mendengar nada serius dalam suara kawannya.

"Ala.. Tunggu Gempa, Solar dan Fang la. Baru kau citer." Thorn berujar.

Tidak lama setelah itu, terlihatlah kelibat tiga orang rakan mereka yang lain bersama roti dan air kotak di tangan masing-masing. Mereka mengambil tempat duduk yang kosong.

"Ok, korang tak perasan ke? Hali sekarang ni makin pendiam? Selalunya kalau kita tanya dia, dia ada la juga jawab, tapi sekarang ni tak langsung." Taufan membuka suara.

"Ha'ah. Aku perasan semua tu. Lama dah, korang je yang baru perasaan." Fang berkata dengan sinis sambil mencubit rotinya, lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Dia semakin cold." Sambung Solar.

"Mesti ada benda yang dia sembunyikan dari kita." Gempa menyahut kemudian meminum minumannya.

"Betul tu. Dulu dia pernah bentak aku sebab aku kacau dia tidur. Tapikan, mata dia merah semacam la." Ucap Thorn.

Blaze menjongketkan sebelah keningnya ke atas, "Mata dia memang merah kot. Apalah kau ni. Buta warna ke? Haha!" Gelaknya.

"Aku setuju ngan Thorn. Merah mata dia lain la. Bukan merah 'normal'." Ujar Ice dengan suara datarnya.

"Mana kau tahu? Kau tahu buat 'peta' je, tu yang subjek Sejarah selalu dapat A++! Ahahaha- Adeh! Sakitlah!" Blaze mengusap bekas tumbukan Ice di kepalanya.

"Balik rumah nanti siap kau, aku bantai kau sampai la hati aku puas." Ice membalas acuh tak acuh.

"Korang ni la, dah la adik-beradik, kembar pulak tu, asyik bergaduh je. Sakit mata aku tengok." Ucap Fang.

"Lantaklah! Bluerk!" Blaze menjelirkan lidahnya pada Fang.

"Lantak kau la." Fang sambung mencubit rotinya.

"Entah-entah, Hali ada benda yang dirahsiakan? Andaian aku je la." Thorn meneka.

"Boleh jadi." Balas Gempa, "Tadi sebelum ke sini, aku dan Solar bangunkan Hali, ajak dia rehat dengan kita.."

"Lepastu apa jadi?" Tanya Taufan tidak sabar.

"Dia bangun dari tido, kepala dia hadap ke tepi, tapi aku dan Gempa sempat tengok dia kesat air mata. Dia nangis kot." Sambung Solar.

"Hali.. nangis..?"

____________________________________

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

____________________________________

Info:

1. Fang manusia. Ingat, cerita ini AU.

2. Blaze dan Ice merupakan kembar seiras. Ice kembar pertama dan Blaze kedua.

3. Halilintar, Gempa dan Solar kelas 5 Sains Tulen.

4. Taufan, Blaze dan Thorn kelas 5 MPV.

5. Ice dan Fang kelas 5 Perakaunan.

6. Thorn pengawas Pusat Sumber Sekolah(PSS), Halilintar dan Gempa pengawas sekolah, Fang pengawas Pembimbing Rakan Sebaya(PRS).

7. Gopal, Yaya dan Ying tidak dimasukkan ke dalam cerita. Bergantung pada readers, jika hendak dimasukkan, please inform me.

Kalau ada yang masih tak faham, atau info yang saya kasi tak jelas, tanya je. I don't bite, kay -,-

Kalau ada lagi info penting, saya akan tambah.

Mind to drop your comment? Or vote? Or even both? I'll be happy if you do so xD







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro