: ̗̀➛ Bab 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

INARA menggendang jari-jemarinya di atas meja sambil menunggu seseorang. Tamat saja cuti semester, dia terus WhatsApp Aideen untuk ajak berjumpa. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Tapi masalahnya, dah dekat tiga puluh minit dan kelibat Aideen langsung tak kelihatan! Sudahlah sebentar lagi dia ada kelas.

"Eh Ara. Kau tunggu apa lagi. Lagi berapa minit kelas nak mula. Jom lah," tegur Tia yang baru sahaja muncul di sisinya.

Inara melihat jam di skrin telefon. Keluhan dilepaskan. Tak mengapalah. Anggap sahaja dia tak ada rezeki untuk berjumpa dengan jejaka tersebut. Nampaknya tak dapatlah dia untuk relaikan segala persoalan yang kusut bermain di kepala. Totebag yang berada di atas meja diambil lalu digalas. Diikut rentak kaki Tia dari belakang menuju ke kelas.

***

"DAH dapat?" Si dia di talian bertanya.

"Dah. Mana awak dapat semua ni?"

"Well, don't ask. Be grateful and just do what you want to do with it," balas orang di talian sarkastik.

"Tapi..."

"Tapi apanya lagi? Awak sendiri pun tak suka kan tengok? Nak tengok benda tu terlepas depan mata sendiri? Well then, go ahead. I can settle this on my own," cantasnya geram. Haritu nak sangat. Bila dah bagi, teragak-agak pula." Baik tak payah dia susah-susah buat semua ni.

"Eh, eh. Terima kasih." Pantas ucapan terima kasih itu meniti di bibirnya. Si dia yang berada di talian mula mengorak senyuman tipis.

"Well then good luck and enjoy your achievement. I wish you all the best. My part here is done. Now what's left is for you to do your part. Good luck. Apa-apa update." Panggilan ditamatkan.

Keluhan dilepaskan. Aplikasi WhatsApp dibuka. Dilihat pesanan yang baru masuk itu. Satu mesej dilihat lalu didengar menyebabkan kedua-dua pinggir naik membentuk senyuman.

***

"ARA, kau okey ke tak ni?" Imratul mendekati katil Inara. Wanita itu dari tadi hanya baring, diam tidak berkutik. Nak kata tidur, mata kadang-kadang nampak celik lagi.

"O..okey kot." Entah jawapan paling bodoh apa yang dia berikan. Apa yang okaynya kalau sekarang muka berkerut habis dek kerana menahan senggugut yang agak teruk! Rasanya, kali ini punya senguggut memang lain dari yang lain. Inilah padahnya bila jarang senggugut. Sekali datang, rasa macam nak bergolek atas katil. Sakit!

"Kau kenapa ni?" Imratul memandang tempat letaknya tangan Inara. Terus dia dapat meneka. Bukan ke tadi Inara kata dia tak boleh solat?

"Kau senggugut ke apa ni?"

Hanya anggukan sebagai balasan. Dia hanya mahu tidur sahaja sekarang!

"Patutlah. Sakit sangat ke kalini?" Dah sedia maklum yang Inara jenis yang jarang senggugut.

Sekali lagi, Inara mengangguk. Rasa tak bermaya untuk mengeluarkan suara.

"Ada ubat tak? Pain killer?"

"Kau tahu kan aku jarang senggugut so aku memang tak ada semua tu.." Tak pernah sekali seumur hidup dia makan pain killer untuk melegakan rasa senggugut.

"Aduh, aku punya pun dah habis. Kejap aku pergi tanya orang lain dalam rumah ni." Imratul mula bangkit dari katil dan menapak keluar. Beberapa saat kemudian, pintu dikuak dan kelibat Imratul muncul semula.

"Diorang pun tak ada. Macam mana ni?" Rungsing Imratul jadinya. Melihatkan keadaan Inara itu, dia tahu kali ini punya senggugut mesti sakit yang teramat.

"Tak apalah. Kau tunggu sini sekejap. Aku pergi beli." Baru sahaja dia ingin menapak keluar, suara Inara menghentikan langkahnya.

"Tak payahlah Atul. Dah malam ni. Dengan hujan lebat lagi. Takkanlah kau nak keluar sorang-sorang?" Cukup dengan bunyi guruh dan kilat yang saling berdentum di luar, memberitahu bahawa cuaca sekarang agak buruk.

"Habistu kau macam mana?" Terpancar riak risau di wajah Imratul.

"Tak apa. Kau jangan risau." Imratul melepaskan keluhannya. Dia pula yang terlebih risau jadinya.

"Kau tidurlah. Kurang sikit rasa sakit kau nanti. Apa-apa kau bagitahu aku eh?" pesan Imratul. Wanita itu hanya mengangguk. Kelopak mata dipejamkan, cuba memanggil kantuk untuk datang menyinggah.

Imratul memerhatikan sahaja dada Inara yang turun naik itu. Dah tidur gamaknya. Baru sahaja dia ingin menapak keluar, bunyi telefon Inara bergetar kuat. Berlapis dahi Imratul jadinya. Dia mendekati objek leper tersebut. Nama pemanggil dilihat terlebih dahulu sebelum dia mula menyambungkan talian.

"Hello?"

"Eh, siapa yang jawab telefon Ara ni? Ara mana ye?" tanya Aideen pelik.

Kagum sesaat pula Imratul jadinya. Aideen boleh kenal pasti bahawa yang mengangkat telefon ini adalah bukan Inara. Hebat. Memang dah simpan kemas suara Inara dalam kotak memori gamaknya.

"Ya, ni bukan Ara. Ni Atul. Nak apa ye?"

"Ara mana?"

"Ara tidur."

"Tidur? Baru pukul 8.30." Naik hairan Aideen jadinya. Bukan ke Inara selalu tidur lewat gara-gara menelaah segala bahan bacaan akademiknya?

"Senggugut teruk. Itu yang dia tidur awal," balasnya ringkas.

"Senggugut teruk sangat ke? Bila lagi?" Soalan dilontarkan. Tak semena-mena bibir Imratul mengorak senyuman tipis.

'Kau memang dah menang besarlah Ara. Bertuah betul bila si Aideen dah mula perasan kehadiran kau ni. Dengar macam risau betul mamat ni,' desis Imratul dalam hati.

"Saya tak tahulah bila lagi tapi boleh kata teruk jugaklah sebab dia asyik baring aje tadi.@

"Oh, kalau macam tu, tak apalah. Terima kasih." Talian terus diputuskan tanpa sempat Imratul membuka mulut. Terpinga-pinga Imratul jadinya.

Eh? Dia end call macam tu saja? Lain macam betul. Dengar suara macam terlebih risau tadi. Kepala digelengkan perlahan. Objek leper itu kembali diletakkan di sisi katil Inara lantas dia menuju ke arah katilnya yang berada di sebelah rakannya itu. Mahu membunuh masa yang ada sebelum dia pejamkan mata.

Beberapa puluh minit kemudian, sedang Imratul seronok melayan K-drama pilihan hatinya, telefon Inara berdering. Laju dia bangun dan mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil. Tak nak tidur Inara terganggu.

"Hello? Maaf tapi ni bukan Ara. Ar-."

"Turun dekat bawah blok awak sekarang. Saya ada dekat bawah. Jangan risau. Saya tak buat benda-benda tak elok," bidas Aideen tanpa sempat Imratul menghabiskan ayatnya.

Imratul menjeling jam di atas meja. "Sekarang?"

"Yalah, sekaranglah. Takkan esok kot?"

"Yalah, yalah. Kejap." Sarkastik betul cara Aideen balas persoalannya itu tadi. Lain sangat dengan Haikal. Dia mencapai tudung sarung berserta dengan kardigan. Telefon Inara masih di tangannya. Mana tahu jikalau Aideen akan telefon semula.

Setibanya dia di blok bawah, Imratul menelefon semula Aideen. Disebabkan dia tahu passcode Inara, dia buka sahaja telefon gadis tersebut kerana rakannya itu sendiri pernah memberikan kebenaran untuk buka sahaja telefonnya jika diperlukan.

"Ada mana?"

"Pusing depan."

Imratul menoleh ke arah hadapan. Kelibat Aideen mula memenuhi kornea matanya apabila dia kian mendekat. Talian diputuskan. Macam scene dalam drama pula balasan Aideen itu. Ini kalau yang didepan adalah Haikal, sudah lama dia acah menjadi heroin dalam drama.

Anak mata kemudian jatuh di plastik putih yang berada di tangan kiri Aideen itu.

"Kenapa?" Senada dia bertanya.

"Um, tolong bagi ni dekat Ara." Plastik putih itu dihulurkan. Makin berlapis dahi Imratul tapi disambut sahaja huluran tersebut. Plastik itu dibuka. Wah! Boleh tak dia nak kagum sekejap?

Dibelek apa yang ada. Coklat? Banyak betul. Pain killer? Wah! Heat pad pun ada?

Patutlah Aideen cepat-cepat tamatkan talian tadi. Rupa-rupanya lelaki ini nak pergi ke kedai beli semua ini? Boleh tak jika dia ingin katakan bahawa ini memang tuah Inara?

"Awak beli semua ni?" soalnya seolah-olah tidak percaya.

Aideen mengangguk. "Saya tak tahu nak beli apa but saya just beli apa yang adik saya suruh beli setiap kali dia senggugut."

"Dalam hujan lebat macam ni?" Sanggup pula lelaki ni redah hujan. Lebat pula tu.

Sekali lagi Aideen mengangguk. Untuk kesekian kalinya, rasa kagum menyelinap masuk ke dalam diri dengan effort yang ditunjukkan itu.

"Eh apa ni?" Satu kertas yang dilipat kecil dibawa keluar. Baru sahaja dia ingin buka, Aideen pantas mengambilnya dari tangan Imratul. Tersentak dia jadinya.

"Tak ada apa pun. No need to baca. Bagi aje terus dekat Ara." Kertas itu dimasukkan semula ke dalam plastik tersebut.

"Oh, okay. Sorry. Thanks sebab ambil peduli pasal Ara. Mesti dia happy gila." Ucapan maaf diungkapkan terlebih dahulu. Ingatkan kertas itu resit ke apa. Tak sangka pula hal peribadi. Rasa bersalah pula. Tapi apa-apa pun, apa yang dia fikirkan sekarang adalah reaksi Inara sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Aideen lakukan semua ini.

"Saya balik dulu. Jangan lupa bagi dekat Ara," pesanan ditinggalkan.

"Ye, jangan risau." Lambaian kecil diberikan lalu dia membawa langkah kaki menuju ke tingkat yang menempatkan biliknya. Sampai sahaja di dalam bilik, plastik tersebut diletakkan berdekatan dengan katil Inara.

Wanita itu masih lagi tidur macam bayi. Langsung tidak sedarkan diri. Baguslah. At least kalau tidur, tidaklah perlu menanggung sangat rasa sakit itu. Tengok Inara dah enak diulit mimpi tu, dia pun diserang rasa mengantuk.

Tapi sebelum tidur, perlu solat Isyak dahulu. Kewajiban yang sudah tentunya perlu dilaksanakan sebagai umat Islam.

***

CAHAYA yang menerombos masuk, menembusi sedikit kelopak matanya membuatkan Inara pantas mencelikkan mata. Telefon dicari dahulu untuk melihat jam.

Pukul lapan pagi.

Kepala kemudian ditolehkan ke sisi. Kelihatan Imratul sedang pulas tidur. Senggugut yang dialami masih lagi dirasai tapi tidak seteruk semalam.

Dia mula bangun. Kaki dijatuhkan di atas lantai sebelum dia merasakan kulitnya bersentuhan dengan tekstur plastik yang berisi barangan. Keningnya bercantum. Siapa punya ni? Takkan Imratul belikan ini untuk dia walaupun sudah ditegah?

Diambil plastik tersebut, sejurus isinya dilihat. Lipatan kertas dicapai terlebih dahulu lalu dileraikan lipatan tersebut.

~ I just bought what my little sister always told me to buy when she was having a period pain. Get well soon dear. Jangan lupa makan ubat kalau sakit sangat. Apa-apa can roger me okeyh? - Aideen

Spontan bibir melarik senyuman manis. Lebar. Rama-rama dalam perut sudah mula berterbangan. Terasa mahu menjerit pula dia.

Beritahunya bagaimana untuk dia tidak rasa bahagia tatkala menerima penerimaan yang sebegini rupa? Terasa seperti disayangi meskipun hubungan mereka sekarang ibarat tanpa status. Hanya kawan. Tidak pernah benda ini jadi dalam hidupnya. Sementelah itu, daripada crush sendiri yang dia dah lama perhati dari jauh pula tu yang kini sudah jadi makin dekat. Terasa bahagia. Biarlah dia kekal dengan lamunan sendiri, kian tenggelam dalam dunia sendiri, menyulam perasaan gembira meskipun perasaannya mungkin tidak berbalas. Tetapi memadai untuk dia berasa di awang-awangan.

"Haih, senyum sakan nampak. Seronok lah tu crush bagi."

Rasa macam nak luruh jantung Inara bila dengar suara Imratul. "Eh, bukan kau tidur ke tadi?" Rasanya tadi dia nampak betapa nyenyaknya Imratul tidur. Ini, masa bila pula bangun?

"Memang aku tidur pun tapi entahlah. Rasa macam ada orang tu senyum sampai ke telinga sampai effect aku punya tidur tu." Selimut dilipat. Tidak jadi untuk dia sambung tidur.

"Sudah-sudahlah tu senyum. Kau chat la Aideen tak pun call dia ke bagitahu kata kau dah dapat barang tu. Nanti dia kata aku buat harta pulak benda yang dia beli dekat kau tu." Dia angkat tubuh. Segala urat saraf dibetulkan. Nikmat!

"Kau jumpa dia ke semalam?"

"Yalah. Dia telefon kau tapi kau dah tidur jadi aku angkatlah. Then dia tanya kau mana. Aku bagitahu kata kau tidur."

"Okay, lepastu?" Inara menantikan bicara Imratul yang seterusnya.

"Lepastu, dia terus end call macam tu aje. Aku pun be like, what? Dia end macam tu aje ke? Then I was like tak apalah. Duduk sekejap, dia call balik then dia suruh aku turun bawah blok. Turun-turun aje dia suruh aku bagi benda tu dekat kau. Dalam hujan lebat dia sanggup pergi beli tau. Bertuah kau Ara," sambung Imratul seraya menepuk perlahan tangannya tanda kagum dengan kesanggupan Aideen itu.

Untuk kesekian kalinya, bibir Inara merekah dengan senyuman. Langsung tidak boleh dikawal untuk terus tersenyum. Kalau begini caranya, macam manalah dia tidak jatuh cinta kepada jejaka bernama Aideen Haidar itu? Makin membuak-buak rasa suka meskipun cintanya sekarang hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

"Sengih macam tak ingat dunia. Call lah dia bagitahu kau dah dapat barang tu. Aku nak pergi mandi." Imratul mengambil tuala di penyidai lalu berjalan menuju ke bilik mandi meninggalkan Inara di katil.

Wanita itu mencari telefon pintarnya. Nama Aideen dicari. Pertama kali dia yang telefon dahulu. Hati berdebar menanti talian disambung. Setelah beberapa deringan, akhirnya suara Aideen mula menyapa lembut gegendang telinganya.

"Hello, dear. Kenapa call? First time awak call dulu. Terkejut saya. Ada apa-apa masalah ke? Awak dah okey?" Suara serak Aideen kedengaran menandakan lelaki itu baru sahaja bangun dari tidur.

Galau hati Inara jadinya tambah pula dengan panggilan 'dear' itu. Ini memang betul-betul membuatkan dia bertambah berharap meskipun dia tahu dirinya juga yang akan sakit nanti kalau semuanya akan ditolak mentah-mentah oleh lelaki di talian ini dan juga, bagaimana jika tutur kata  Aideen tempoh hari hanyalah gurauan semata-mata? Double kill of heartbreak.

"Sorry, kacau awak awal-awal pagi ni..." Lupa pulak kalau hujung minggu memang kebanyakkan pelajar akan habiskan masa untuk tidur.

"It's okay. Why? Sakit mana-mana lagi ke?"

"No. Saya dah okey sikit. Saya cuma nak bagitahu thanks. Saya dah dapat barang yang awak suruh Atul bagi dekat saya tu. Maaf tau kalau menyusahkan awak. Dengan hujan lebat pulak kelmarin." Inara memberitahu tujuan mengapa pada asalnya dia menghubungi lelaki tersebut.

"It's okay. Tak menyusahkan pun lagipun saya memang dekat luar time tu. Jadi, dah alang-alang tu saya singgah beli."

Senyuman tipis tergaris di bibir Inara. Tak kisahlah alang-alang ada dekat luar ke apa ke, janji Aideen dah belikan dan dia rasa terharu sangat.

"Tak kisahlah but thanks. Maaf sekali lagi sebab ganggu tidur awak.."

"No need to say sorry dear. Jangan lupa makan ubat ye kalau sakit lagi? Ubat tu bukan untuk dibuat harta tau?"

Inara ketawa halus. Dah pandai membebel si Aideen ni. "Ye, saya tahu. Bye."

"Bye Ara." Talian diputuskan. Inara merenung skrin telefon yang gelap itu kemudian pandangan diarahkan ke arah plastik yang berada di atas ribanya. Dipeluk plastik tersebut. Ah! Bahagianya rasa!

"Kemain eh kau sekarang. Dear? Wow!" tegur Haikal. Diangkat kedua-dua keningnya, berkali-kali. Selepas sahaja solat Subuh tadi, memang dia tidak sambung tidur tidur. Telefon Aideen yang berbunyi pun tadi, dia yang tolong kejutkan minta diangkat membuatkan dia boleh turut dengar perbualan yang berlangsung di antara mereka berdua itu tadi. Mungkin kerana masih lagi awal pagi, suasana agak sunyi, dan disebabkan itulah dia dapat dengar perbualan yang berlangsung.

"Mula-mula dear. Lepas ni apa pulak? Sayang?" usik Haikal.

Aideen tidak mengendahkan usikan Haikal itu. Selimut kembali ditarik untuk menyambung semula tidurnya. Layan usikan Haikal ni, sampai kesudah takkan habis. Baik dia tidur.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro